< Return to Video

Anatomi Sel Otot

  • 0:00 - 0:00
    Saya rasa kita sudah faham
  • 0:00 - 0:03
    bagaimana otot mengecut
  • 0:03 - 0:05
    pada aras molekul.
  • 0:05 - 0:08
    Mari kita lihat dan faham pula tentang
  • 0:08 - 0:11
    struktur otot dan bagaimana ia berhubung dengan
  • 0:11 - 0:12
    perkara yang selalu kita kaitkan dengan otot.
  • 0:12 - 0:16
    Biar saya lukiskan
  • 0:16 - 0:19
    bisep yang membengkok.
  • 0:19 - 0:22
    Itu adalah bahagian siku, dan ini pula
  • 0:22 - 0:24
    adalah tangannya.
  • 0:24 - 0:25
    Jadi, ini adalah bisep dan
  • 0:25 - 0:28
    ianya dalam keadaan bengkok.
  • 0:28 - 0:31
    Saya rasa kita sudah lihat gambar rajah tentang otot,
  • 0:31 - 0:34
    sekurang-kurangnya pada aras makro dan ianya
  • 0:34 - 0:36
    bersambung dengan tulang pada setiap hujung.
  • 0:36 - 0:39
    Mari saya lukiskan tulangnya.
  • 0:39 - 0:41
    Di mana kita tahu tulang bersambung dengan
  • 0:41 - 0:43
    tendon pada setiap hujung.
  • 0:43 - 0:50
    Jadi ini ialah tulang.
  • 0:50 - 0:53
    Di sini pula ada lagi satu tulang yang bersambung dengan tulang tadi.
  • 0:53 - 0:56
    Dan ini ialah tendon yang
  • 0:56 - 0:58
    menghubungkan tulang
  • 0:58 - 1:03
    dengan otot.
  • 1:03 - 1:05
    Kita tahu secara general berhubung dengan dua tulang di mana apabila
  • 1:05 - 1:07
    ianya membengkok, ini akan menggerakkan sebahagian dari sistem rangka kita.
  • 1:07 - 1:09
    Jadi, kita akan lebih fokus
  • 1:09 - 1:13
    kepada otot rangka.
  • 1:13 - 1:16
    Jenis otot lain adalah otot licin dan otot kardium.
  • 1:16 - 1:19
    Otot kardium terletak di dalam hati kita.
  • 1:19 - 1:23
    Dan otot licin adalah otot luar kawal yang bergerak perlahan,
  • 1:23 - 1:26
    seperti saluran pencernaan kita.
  • 1:26 - 1:28
    Saya akan lakukan video tentang ini kemudian, tetapi
  • 1:28 - 1:30
    pada kebanyakan masa apabila kita bercakap tentang otot, kita akan
  • 1:30 - 1:34
    kaitkannya dengan otot rangka yang menggerakkan sistem rangka kita yang seterusnya membolehkan
  • 1:34 - 1:39
    kita berlari, mengangkat barang, bercakap atau menggigit.
  • 1:39 - 1:41
    Jadi, mari kita lihat dengan lebih lanjut
  • 1:41 - 1:42
    berkenaan dengan ini.
  • 1:42 - 1:46
    Jadi, jika saya ambil keratan rentas bisep di situ
  • 1:46 - 1:50
    Mari saya lukiskan dalam bentuk
  • 1:50 - 1:52
    yang lebih besar
  • 1:52 - 2:07
    di bawah.
  • 2:07 - 2:11
    Jadi ia akan kelihatan seperti ini.
  • 2:11 - 2:16
    Ini adalah bahagian dalam otot.
  • 2:16 - 2:18
    Saya ada katakan tadi kita ada
  • 2:18 - 2:22
    tendon di sini.
  • 2:22 - 2:26
    Dan di bahagian ini terdapat satu lapisan yang melitupi
  • 2:26 - 2:29
    sekeliling otot ini,
  • 2:29 - 2:35
    dan ianya dipanggil
  • 2:35 - 2:42
    epimisium dan ia sebenarnya adalah tisu
  • 2:42 - 2:45
    yang menutupi dan melindungi otot, serta mengurangkan geseran
  • 2:45 - 2:49
    antara otot dan dan tulang di sekelilingnya dan juga tisu-tisu
  • 2:49 - 2:53
    lain yang ada di dalam tangan kita.
  • 2:53 - 2:57
    Kemudian, di dalam otot ini, kita mempunyai
  • 2:57 - 2:58
    tisu penghubung.
  • 2:58 - 3:00
    Biar saya gunakan warna lain.
  • 3:00 - 3:01
    Kita gunakan warna
  • 3:01 - 3:18
    oren pula.
  • 3:18 - 3:21
    Tisu ini dipanggil perimisium, dan ianya juga
  • 3:21 - 3:24
    adalah tisu penghubung di dalam
  • 3:24 - 3:29
    otot kita.
  • 3:29 - 3:33
    Dan setiap bahagian yang dibahagikan
  • 3:33 - 3:38
    oleh perimisium ini --
  • 3:38 - 3:40
    Biar saya
  • 3:40 - 3:44
    lukiskannya
  • 3:44 - 3:46
    supaya kita boleh lihat
  • 3:46 - 3:47
    dengan lebih jelas.
  • 3:47 - 3:52
    Di sini kita boleh lihat bahawa perimisium
  • 3:52 - 3:55
    akan melitupi sekeliling bahagian ini.
  • 3:55 - 3:58
    Ini semua adalah perimisium, dan ianya adalah perkataan lain untuk
  • 3:58 - 4:01
    tisu poenghubung.
  • 4:01 - 4:02
    Terdapat pelbagai bahagian lain lagi di dalam ini.
  • 4:02 - 4:04
    Kita boleh mempunyai saraf, kapilari, dan juga pelbagai bahagian lain
  • 4:04 - 4:08
    kerana kita perlu salurkan darah dan juga isyarat neuron
  • 4:08 - 4:10
    kepada otot kita,
  • 4:10 - 4:11
    jadi ia bukan sahaja bertindak sebagai
  • 4:11 - 4:14
    tisu
  • 4:14 - 4:15
    penghubung.
  • 4:15 - 4:19
    Maka, setiap bahagian ini --
  • 4:19 - 4:23
    saya rasa kita boleh gelarkan sebagai sub-serat,
  • 4:23 - 4:24
    ini dipanggil sebagai
  • 4:24 - 4:36
    fascicle.
  • 4:36 - 4:40
    Tisu penghubung di dalam fascicle
  • 4:40 - 4:41
    dipanggil
  • 4:41 - 4:45
    endomisium.
  • 4:45 - 4:49
    Jadi, sekali lagi, akan ada lebih banyak tisu penghubung yang mempunyai
  • 4:49 - 4:53
    kapilari, saraf, dan juga pelbagai bahagian yang
  • 4:53 - 4:57
    akhirnya akan berhubung atau bersambung dengan sel-sel otot.
  • 4:57 - 5:00
    Kita sekarang berada di dalam satu sel tunggal.
  • 5:00 - 5:05
    Jadi kita lukiskan endomisium di sini.
  • 5:05 - 5:07
    Maka semua tisu penghubung bewarna hijau
  • 5:07 - 5:13
    ini dikenali sebagai endomisium.
  • 5:13 - 5:16
    Dan setiap bahagian di dalam
  • 5:16 - 5:18
    endomisium ini adalah
  • 5:18 - 5:20
    sebenarnya sel otot.
  • 5:20 - 5:21
    Saya akan gunakan warna ungu.
  • 5:21 - 5:25
    Jadi, bahagian ini -- mari saya
  • 5:25 - 5:30
    lukiskan dengan lebih lanjut.
  • 5:30 - 5:37
    Ini adalah sel otot.
  • 5:37 - 5:39
    Inilah apa yang kita mahu lihat, tapi kita akan meneroka lebih dalam
  • 5:39 - 5:44
    tentang sel otot dan lihat serta fahami hubung kaitan
  • 5:44 - 5:46
    myocin d filamen aktin di dalam sel otot.
  • 5:46 - 5:49
    Jadi, di sini ialah satu sel otot
  • 5:49 - 5:51
    atau nama lainnya myofiber.
  • 5:51 - 5:54
    Apabila anda mengkaji otot
  • 5:54 - 5:58
    anda akan berjumpa dengan istilah myo yang
  • 5:58 - 6:00
    merujuk kepada otot.
  • 6:00 - 6:02
    Dan anda juga akan terjumpa perkataan sarco,
  • 6:02 - 6:06
    seperti sarcolemma ataupun retikulum sarkoplasmik.
  • 6:06 - 6:10
    Jadi, akan ada istilah sarco yang bermaksud
  • 6:10 - 6:14
    isi atau daging -- jadi sarkofagus -- atau anda boleh fikirkan
  • 6:14 - 6:15
    perkara lain yang bermula dengan sarko.
  • 6:15 - 6:17
    Jadi, sarko ialah daging atau isi.
  • 6:17 - 6:19
    Otot ialah daging dan myo ialah otot.
  • 6:19 - 6:20
    Maka, ini ialah serat otot.
  • 6:20 - 6:23
    Ini adalah sel otot dan mari kita
  • 6:23 - 6:23
    zoom lebih jauh ke dalamnya.
  • 6:23 - 6:27
    Biar saya lukiskan dengan lebih besar.
  • 6:27 - 6:31
    Jadi, sel otot dipanggil serat fiber.
  • 6:31 - 6:35
    Ianya dipanggil fiber kerana panjangnya adalah lebih dari lebarnya,
  • 6:35 - 6:37
    dan ianya datang dalam pelbagai bentuk --
  • 6:37 - 6:39
    mari saya lukiskan serat fiber
  • 6:39 - 6:46
    itu begini.
  • 6:46 - 6:48
    Saya akan lukiskan keratan rentas
  • 6:48 - 6:53
    sel otot juga. Ini adalah serat fiber kita.
  • 6:53 - 6:57
    Dan ianya boleh menjadi pendek -- beberapa ratus mikrometer --
  • 6:57 - 7:01
    atau ianya boleh menjadi panjang -- di dalam konteks
  • 7:01 - 7:02
    piawaian sel.
  • 7:02 - 7:06
    Kita merujuk kepada beberapa sentimeter.
  • 7:06 - 7:07
    Dari sudut sel, ianya adalah
  • 7:07 - 7:08
    sel yang panjang.
  • 7:08 - 7:11
    Disebabkan ianya panjang, ia perlukan
  • 7:11 - 7:13
    banyak nukleus.
  • 7:13 - 7:15
    Biar saya lukis semula supaya kita boleh
  • 7:15 - 7:17
    lihat nukleus tersebut.
  • 7:17 - 7:22
    Di sini anda lihat saya lukiskan benjolan di luar membran
  • 7:22 - 7:26
    di mana nukleus berada dalam serat fiber.
  • 7:26 - 7:29
    Ingat, ini cumalah satu sel otot dan ianya adalah
  • 7:29 - 7:33
    panjang, maka ia akan mempunyai banyak nukleus.
  • 7:33 - 7:35
    Saya akan lukis keratan rentas san kita boleh
  • 7:35 - 7:37
    lihat bahagian dalam sel otot ini.
  • 7:37 - 7:40
    Seperti yang saya katakan tadi, sel otot
  • 7:40 - 7:43
    mempunyai banyak nukleus.
  • 7:43 - 7:47
    Jadi kita ada nukleus di sini,
  • 7:47 - 7:49
    di sini, satu nukleus di sini,
  • 7:49 - 7:50
    dan satu nukleus di sini.
  • 7:50 - 7:54
    Dan sebab kenapa sel otot mempunyai banyak nukleus ialah
  • 7:54 - 7:56
    supaya dalam jarak yang jauh,
  • 7:56 - 7:58
    ia tidak perlu menunggu protein bergerak dari
  • 7:58 - 7:59
    satu tempat ke tempat lain di dalam sel otot,
  • 7:59 - 8:03
    Jadi kita ada maklumat DNA berdekatan dengan
  • 8:03 - 8:04
    tempat yang sepatutnya.
  • 8:04 - 8:05
    Maka, ia mempunyai multi nukleus.
  • 8:05 - 8:09
    Saya pernah terbaca -- seingat saya kebiasaannya wujud lebih
  • 8:09 - 8:11
    kurang 30 nukleus bagi tisu otot per milimeter.
  • 8:11 - 8:13
    Dan nukleus terletak betul-betul di bawah
  • 8:13 - 8:17
    membran sel otot --
  • 8:17 - 8:20
    dan jika anda ingat dalam video
  • 8:20 - 8:21
    sebelum ini --
  • 8:21 - 8:23
    Membran sel otot
  • 8:23 - 8:31
    digelar sarcolemma.
  • 8:31 - 8:33
    Ini adalah
  • 8:33 - 8:37
    nukleus-nukleusnya.
  • 8:37 - 8:44
    Dan di dalam keratan rentas ini, terdapat
  • 8:44 - 8:47
    tiub yang dipanggil myofibril.
  • 8:47 - 8:53
    Jadi, akan ada sekelompok tiub di dalam
  • 8:53 - 8:54
    sel otot.
  • 8:54 - 8:56
    Biar saya
  • 8:56 - 8:58
    lukiskannya.
  • 8:58 - 8:59
    Ini ialah
  • 8:59 - 9:04
    myofibril.
  • 9:04 - 9:07
    Dan jika anda lihat ini di bawah mikroskop cahaya,
  • 9:07 - 9:11
    anda akan lihat ada corak atau tekstur di atasnya.
  • 9:11 - 9:14
    Corak ini kelihatan seperti ini dan ada juga corak
  • 9:14 - 9:18
    yang nipis atau kurus
  • 9:18 - 9:19
    seperti itu.
  • 9:19 - 9:24
    Dan di dalam myofibril ini kita akan bertemu dengan myosin
  • 9:24 - 9:25
    dan filamen aktin.
  • 9:25 - 9:28
    Mari kita zoom myofibril ini dengan lebih besar.
  • 9:28 - 9:32
    Kita akan terus melihat sehingga kita tiba ke aras molekul.
  • 9:32 - 9:36
    Maka, myofibril ini -- ingat bahawa ianya terletak di dalam
  • 9:36 - 9:39
    sel otot, ataupun myofiber.
  • 9:39 - 9:41
    Myofiber adalah sel otot.
  • 9:41 - 9:46
    Myofibril pula adalah tiub di dalam
  • 9:46 - 9:47
    sel otot.
  • 9:47 - 9:48
    Inilah bahagian yang melakukan
  • 9:48 - 9:50
    pengecutan.
  • 9:50 - 9:53
    Mari saya lukiskan myofibril secara lebih besar --
  • 9:53 - 9:57
    dan ianya akan mempunyai
  • 9:57 - 9:59
    corak atau tekstur
  • 9:59 - 10:01
    yang kelihatan seperti ini.
  • 10:01 - 10:05
    Kita akan ada corak pendek
  • 10:05 - 10:10
    seperti itu.
  • 10:10 - 10:14
    Kemudian kita akan ada corak yang lebih lebar
  • 10:14 - 10:18
    dan mungkin ada
  • 10:18 - 10:20
    garis di situ.
  • 10:20 - 10:25
    Dan ini akan berulang di bahagian ini pula.
  • 10:25 - 10:26
    Jadi, unit yang berulang ini
  • 10:26 - 10:30
    dikenali sebagai
  • 10:30 - 10:37
    sarcomere.
  • 10:37 - 10:40
    Dan ianya bergerak dari -- ini dipanggil garis-Z --
  • 10:40 - 10:43
    ke garis-Z yang lain.
  • 10:43 - 10:46
    Semua terminologi ini wujud apabila saintis
  • 10:46 - 10:48
    melihat di bawah mikroskop dan mereka nampak garis-garis ini,
  • 10:48 - 10:50
    dan menamakannya berdasarkan
  • 10:50 - 10:52
    kriteria masing-masing.
  • 10:52 - 10:55
    Di sini
  • 10:55 - 10:57
    kita ada
  • 10:57 - 11:01
    jalur-A.
  • 11:01 - 11:03
    Dan jarak antara ini pula dipanggil
  • 11:03 - 11:07
    jalur-I.
  • 11:07 - 11:09
    Dan kita akan bincangkan bagaimana ini berhubung kait
  • 11:09 - 11:13
    dengan mekanisme ataupun unit dan molekul
  • 11:13 - 11:14
    yang kita relah bincangkan dalam video sebelum ini.
  • 11:14 - 11:18
    Jadi, jika kita zoom ke dalam myofibril ini,
  • 11:18 - 11:20
    jika kita ambil keratan rentasnya
  • 11:20 - 11:24
    secara selari,
  • 11:24 - 11:29
    apa yang akan kita dapati
  • 11:29 - 11:32
    akan kelihatan
  • 11:32 - 11:34
    seperti ini.
  • 11:34 - 11:35
    Jadi, ini ialah garis
  • 11:35 - 11:41
    atau jalur-Z.
  • 11:41 - 11:43
    Ini pula jalur-Z yang seterusnya.
  • 11:43 - 11:45
    Sekarang saya sedang
  • 11:45 - 11:50
    zoom ke dalam sarcomere.
  • 11:50 - 11:53
    Kemudian kita ada filamen aktin.
  • 11:53 - 11:55
    Kini kita sedang menuju ke aras molekul
  • 11:55 - 11:56
    seperti yang
  • 11:56 - 12:17
    saya katakan tadi.
  • 12:17 - 12:20
    Dan di antara filamen aktin,
  • 12:20 - 12:23
    kita ada
  • 12:23 - 12:28
    filamen myosin.
  • 12:28 - 12:31
    Ingat, filamen myosin mempunyai 2 kepala.
  • 12:31 - 12:37
    Setiapnya mempunyai 2 kepala
  • 12:37 - 12:37
    seperti ini.
  • 12:37 - 12:39
    Saya cuma lukiskan beberapa myosin dan ianya
  • 12:39 - 12:42
    bersambung di bahagian tengah seperti itu.
  • 12:42 - 12:44
    Kita akan bincangkan apa yang berlaku apabila
  • 12:44 - 12:47
    otot mengecut sebentar lagi.
  • 12:47 - 12:48
    Dan saya akan lukiskannya lagi
  • 12:48 - 12:51
    di sini pula.
  • 12:51 - 12:53
    Jadi, untuk pengetahuan anda,
  • 12:53 - 12:55
    myosin mempunyai lebih banyak kepala
  • 12:55 - 13:00
    berbanding dengan apa yang saya lukis sekarang.
  • 13:00 - 13:03
    Jadi ini adalah myosin dan ianya adalah
  • 13:03 - 13:06
    berselirat, seperti yang kita lihat dalam video sebelum ini,
  • 13:06 - 13:08
    dan saya akan lukiskan
  • 13:08 - 13:10
    lagi satu di sini.
  • 13:10 - 13:13
    Jadi, anda boleh lihat bahawa jalur-A merujuk kepada
  • 13:13 - 13:15
    tempat di mana terletaknya myosin.
  • 13:15 - 13:17
    Maka, ini adalah
  • 13:17 - 13:20
    jalur-A kita.
  • 13:20 - 13:24
    Dan akan ada pertindihan,
  • 13:24 - 13:28
    walaupun di dalam keadaan rehat, tetapi
  • 13:28 - 13:30
    jalur-I adalah di mana kita hanya ada
  • 13:30 - 13:32
    filamen aktin sahaja,
  • 13:32 - 13:36
    tiada myosin ya.
  • 13:36 - 13:39
    Dan kemudian, filamen myosin ini disokong oleh titin,
  • 13:39 - 13:44
    anda boleh bayangkannya sebagai protein bersifat spring.
  • 13:44 - 13:46
    Biar saya gunakan
  • 13:46 - 13:52
    warna yang lain untuk titin.
  • 13:52 - 13:55
    Jadi, myosin disokong
  • 13:55 - 13:58
    oleh titin.
  • 13:58 - 14:01
    Ianya bersambung kepada jalur-Z melalui titin.
  • 14:01 - 14:02
    Jadi, apa yang berlaku?
  • 14:02 - 14:07
    Ini akan melibatkan tindakan neuron --
  • 14:07 - 14:11
    biar saya lukiskan hujung neuron di sini
  • 14:11 - 14:12
    dan aksonnya di situ.
  • 14:12 - 14:13
    Ini ialah neuron motor,
  • 14:13 - 14:15
    yang membawa maklumat pengecutan otot.
  • 14:15 - 14:17
    Kita ada keupayaan tindakan
  • 14:17 - 14:21
    yang bergerak melalui membran,
  • 14:21 - 14:23
    dalam kesemua arah.
  • 14:23 - 14:25
    Dan jika kita lihat dari sudut ini,
  • 14:25 - 14:30
    akan ada tubul-T yang bergerak
  • 14:30 - 14:36
    ke dalam sel dan akan terus menjana
  • 14:36 - 14:37
    keupayaan tindakan.
  • 14:37 - 14:42
    Ini akan menyebabkan retikulum sarcoplasmik membebaskan kalsium
  • 14:42 - 14:47
    yang akan bersambung dengan troponin yang disambung
  • 14:47 - 14:50
    kepada filamen aktin, yang kemudiannya menggerakkan tropomyosin keluar dari laluan,
  • 14:50 - 14:52
    dan pergerakan boleh berlaku.
  • 14:52 - 14:55
    Myosin akan mula menggunakan ATP untuk bergerak
  • 14:55 - 14:57
    sepanjang filamen aktin,
  • 14:57 - 15:03
    dan kuasa lejangnya akan menolak -- anda boleh bayangkan
  • 15:03 - 15:07
    filamen aktin bergerak ke arah ini
  • 15:07 - 15:10
    ataupun myosin bergerak ke arah itu,
  • 15:10 - 15:12
    ataupun anda boleh bayangkan anda sedang
  • 15:12 - 15:14
    menarik tali di kedua-dua hujung.
  • 15:14 - 15:18
    Jadi, myosin akan kekal pada kedudukannya
  • 15:18 - 15:20
    dan filamen aktin akan
  • 15:20 - 15:23
    ditarik secara serentak.
  • 15:23 - 15:26
    Dan begitulah bagaimana otot mengecut.
  • 15:26 - 15:29
    Dan saya harap melalui video ini, kita boleh lihat
  • 15:29 - 15:32
    kaitan antara otot yang membengkok seperti gambar di atas
  • 15:32 - 15:35
    dengan apa yang berlaku pada aras molekul,
  • 15:35 - 15:36
    seperti yang kita pelajari dalam beberapa video sebelumnya.
  • 15:36 - 15:40
    Dan anda boleh lihat, apabila ini berlaku ke atas semua
  • 15:40 - 15:43
    myofibril di dalam otot, disebabkan
  • 15:43 - 15:46
    retikulum sarkoplasmik membebaskan kalsium ke dalam
  • 15:46 - 15:50
    cytoplasma -- ataupun dipanggil myoplasma,
  • 15:50 - 15:52
    kerana kita bercakap tentang sel otot -- iaitu
  • 15:52 - 15:54
    cytoplasma sel otot tersebut.
  • 15:54 - 15:57
    Kalsium akan membanjiri kesemua myofibril,
  • 15:57 - 16:01
    dan ianya akan bersambung dengan kesemua troponin
  • 16:01 - 16:05
    yang berada di atas filamen aktin dan kemudian
  • 16:05 - 16:07
    keseluruhan otot akan mengecut.
  • 16:07 - 16:11
    Dan pada akhirnya, setiap fiber otot atau myofiber
  • 16:11 - 16:13
    atau setiap otot tidak akan mempunyai kuasa
  • 16:13 - 16:14
    kecutan yang secukupnya.
  • 16:14 - 16:17
    Tetapi, jika anda gabungkannya dengan
  • 16:17 - 16:19
    kesemua myofibril
  • 16:19 - 16:20
    di mana kesemuanya
  • 16:20 - 16:23
    mengecut secara serentak,
  • 16:23 - 16:25
    ini akan mencipta kuasa yang
  • 16:25 - 16:28
    membuatkan tulang kita tertarik secara serentak,
  • 16:28 - 16:29
    atau membolehkan kita mengangkat berat.
  • 16:29 - 16:32
    Jadi, saya harap maklumat ini berguna untuk anda.
Title:
Anatomi Sel Otot
Description:

Pemahaman berhubung struktur sel otot

more » « less
Video Language:
English
Duration:
16:32
v. Maroro added a translation

Malay subtitles

Revisions