< Return to Video

Pressed Flowers | ASMR Summer Tutorial (cottagecore DIY, soft spoken)

  • 0:49 - 0:50
    Selamat petang
  • 0:50 - 0:54
    dan selamat datang ke video tutorial
    baru ini
  • 0:54 - 0:57
    Sekarang musim panas di sini di Perancis
  • 0:57 - 1:01
    dan saya nak buat sesuatu yang
    sedikit berwarna
  • 1:01 - 1:03
    jadi malam ini saya akan tunjukkan anda
  • 1:03 - 1:05
    bagaimana caranya untuk "menekan"
    bunga-bungaan
  • 1:05 - 1:08
    dan bagaimana untuk menggunakannya untuk
  • 1:08 - 1:11
    membuat objek-objek DIY atau hiasan.
  • 1:12 - 1:16
    Aktiviti ini amat menenangkan
  • 1:16 - 1:20
    dan anda juga boleh melakukannya dengan
    anak-anak.
  • 1:22 - 1:25
    Jadi mari kita mulakan dengan melihat
    bahan yang diperlukan
  • 1:26 - 1:28
    dan anda akan dapat lihat
  • 1:28 - 1:30
    aktiviti ini tidak memerlukan banyak alatan.
  • 1:31 - 1:32
    Penyepit,
  • 1:36 - 1:37
    gunting,
  • 1:38 - 1:40
    beberapa berus,
  • 1:41 - 1:44
    barang-barang yang boleh didapati
    di rumah.
  • 1:46 - 1:49
    Kertas tebal ataupun surat khabar
  • 1:49 - 1:52
    dan beberapa kepingan kadbod.
  • 1:52 - 1:55
    Dan semestinya sesuatu untuk menekan
    bunga-bungaan
  • 1:56 - 2:00
    Saya ada beberapa alat penekan di sini
  • 2:00 - 2:02
    Dua yang saya beli
  • 2:02 - 2:06
    dan satu yang saya buat sendiri
  • 2:06 - 2:09
    dengan menggunakan dua papan kayu
  • 2:09 - 2:12
    dan beberapa skru.
  • 2:14 - 2:17
    Kosnya sekitar 5 euro.
  • 2:18 - 2:20
    Dan jika anda tidak mempunyai
  • 2:20 - 2:22
    ataupun tidak mahu membuat alat penekan.
  • 2:22 - 2:25
    Anda boleh menggunakan sebuah buku tebal
  • 2:25 - 2:28
    seperti "The Lord of The Rings"
    (karya J.R.R. Tolkien)
  • 2:28 - 2:30
    mahupun "Middlemarch" (karya G. Eliot)
  • 2:30 - 2:33
    Tapi saya sangat menyukai rupa
  • 2:33 - 2:36
    sebuah alat penekan buatan tangan.
  • 2:37 - 2:39
    Alatan-alatan ini sangat cantik rupanya.
  • 2:40 - 2:43
    Jadi penekan yang ini dipenuhi dengan
    bunga-bungaan
  • 2:43 - 2:46
    saya letakkan di dalamnya sekitar
    dua minggu lalu.
  • 2:49 - 2:50
    Agak besar saiznya
  • 2:51 - 2:53
    dan sangat cantik
  • 2:55 - 2:57
    Tertulis di atasnya "Herbarium".
  • 3:17 - 3:20
    Dan yang ini adalah kosong sekarang ini,
  • 3:21 - 3:23
    kita akan gunakannya sebentar lagi
  • 3:26 - 3:29
    Terdapat pilihan semasa membelinya
  • 3:29 - 3:32
    untuk meletakkan ungkapan atau nama
    di atasnya
  • 3:32 - 3:35
    dan saya telah pilih ayat-ayat permulaan
  • 3:35 - 3:37
    daripada salah satu sajak kegemaran saya
  • 3:37 - 3:41
    iaitu "The Lady of Shalott" karya
    Alfred Tennyson
  • 3:43 - 3:45
    "Pada kedua belah sungai tersergam
  • 3:46 - 3:48
    sejauh pandangan padang barli dan rai
  • 3:49 - 3:53
    menghiasi bumi, menyapa langit".
  • 3:53 - 3:57
    Jadi sekarang saya panggil alat ini
    "penekan Shalott"
  • 4:09 - 4:11
    Dan semestinya kita perlukan
  • 4:11 - 4:13
    bunga segar.
  • 4:14 - 4:17
    Bunga-bunga ini saya petik dari taman saya
  • 4:17 - 4:20
    dan taman jiran saya.
  • 4:21 - 4:25
    Kami alami gelombang haba yang luar biasa
    di sini
  • 4:25 - 4:28
    akibatnya saya tidak dapat sebanyak
    yang saya mahu
  • 4:29 - 4:30
    tapi ini pasti boleh cukup.
  • 4:33 - 4:37
    Mari kita lihat bunga-bunga yang kita ada
  • 4:38 - 4:41
    yang mana kegemaran saya
  • 4:41 - 4:44
    dan mana yang sesuai untuk ditekan.
  • 4:52 - 4:55
    Bunga-bunga yang bagus sebagai permulaan
  • 4:55 - 4:58
    adalah yang permukaannya leper
  • 4:59 - 5:01
    seperti Bunga Siti Zubaidah (hydrangea).
  • 5:02 - 5:04
    Jika bunga ini ada di kawasan anda,
  • 5:06 - 5:08
    secara semula jadi bunga ini agak leper
  • 5:08 - 5:11
    dan sangat cantik bila dikeringkan.
  • 5:12 - 5:14
    Sangat mudah untuk diletakkan
    dalam alat penekan
  • 5:14 - 5:17
    atau dalam helaian buku.
  • 5:18 - 5:21
    Dan bunga ini terdapat pelbagai warna
  • 5:21 - 5:23
    seperti biru,
  • 5:27 - 5:29
    merah jambu,
  • 5:29 - 5:30
    putih,
  • 5:30 - 5:32
    ungu,
  • 5:32 - 5:34
    dan ada kalanya hampir hitam.
  • 5:44 - 5:48
    Yang ini juga kegemaran saya:
  • 5:49 - 5:52
    bunga nigella, juga dikenali sebagai
  • 5:52 - 5:56
    "cinta-sebalik-kabus", nama yang
    sangat romantis.
  • 5:59 - 6:02
    Malangnya yang ini sangat sangat kecil
  • 6:02 - 6:04
    seperti saya kata
  • 6:04 - 6:06
    kebanyakan bunga-bunga telah mati
  • 6:06 - 6:10
    jadi saya hanya jumpa yang kecil sahaja.
  • 6:13 - 6:15
    Apa lagi...
  • 6:21 - 6:23
    Yang ini besar sedikit:
  • 6:27 - 6:28
    bunga ulam raja (cosmos).
  • 6:30 - 6:31
    Sangat klasik.
  • 6:36 - 6:40
    Juga klasik dan senang dijumpai ialah
  • 6:42 - 6:43
    mawar.
  • 6:43 - 6:46
    Di sini saya ada kelopak mawar.
  • 6:47 - 6:49
    Anda boleh keringkan seluruh bunga
  • 6:49 - 6:51
    tapi sukar untuk melakukannya
  • 6:51 - 6:54
    dan saya belum pernah cuba.
  • 6:55 - 6:57
    Apa lagi ya...
  • 6:59 - 7:02
    saya cuba pilih bunga
  • 7:02 - 7:04
    yang serupa dengan yang ada dalam
    penekan ini
  • 7:07 - 7:10
    Jadi anda boleh lihat hasilnya.
  • 7:14 - 7:16
    Bunga Geranium
  • 7:19 - 7:22
    dan semestinya anda juga boleh menekan
    daun
  • 7:23 - 7:25
    "Herb Robert",
  • 7:27 - 7:29
    saya juga ada paku pakis dan
  • 7:34 - 7:36
    perovskia.
  • 7:43 - 7:45
    Itulah dia.
  • 7:46 - 7:49
    Jadi ini ialah perovskia,
  • 7:49 - 7:52
    juga dikenali sebagai "sej Rusia"
  • 7:53 - 7:56
    tapi dalam bahasa perancis kami panggil
    "sauge d'Afghanistan"
  • 7:56 - 7:59
    iaitu "sej Afghanistan"
  • 8:06 - 8:08
    Jadi jangan lengahkan masa lagi
  • 8:08 - 8:10
    sebab kita perlukan bunga-bunga ini
  • 8:10 - 8:12
    sesegar mungkin.
  • 8:13 - 8:19
    Jadi saya akan gunakan penekan
    empat segi ini
  • 8:23 - 8:26
    Saya akan tanggalkan nat sesayap
  • 8:26 - 8:28
    dan pencuci.
  • 8:31 - 8:33
    Tak mengapa kalau tiada pencuci
  • 8:33 - 8:34
    tapi kalau anda ada kayu lembut
    seperti ini
  • 8:37 - 8:41
    pencuci akan mengelakkan kerosakan
    pada kayu.
  • 8:52 - 8:54
    Dan ini satu perkara penting:
  • 8:55 - 8:58
    skru pada bahagian bawah mesti sentiasa
  • 8:58 - 9:00
    dipasang terlebih dahulu
  • 9:00 - 9:03
    apabila anda letakkan lapisan-lapisan bunga
  • 9:03 - 9:05
    jadi anda hanya perlu letakkan
    bahagian atas
  • 9:07 - 9:09
    apabila siap.
  • 9:09 - 9:12
    Jika anda cuba letakkan skru bawah di
    penghujung,
  • 9:12 - 9:15
    itu mungkin sukar.
  • 9:16 - 9:21
    Jadi dalam penekan ini kita ada kadbod
  • 9:21 - 9:25
    dan sejenis kertas penekap
  • 9:26 - 9:28
    tapi jika anda tidak ada kertas penekap
  • 9:28 - 9:30
    surat khabar juga boleh digunakan.
  • 9:31 - 9:34
    Sama juga jika anda menggunakan buku.
  • 9:37 - 9:41
    Ini kadbod kosong.
  • 9:41 - 9:43
    Tak perlu terlalu tebal
  • 9:43 - 9:45
    kita hanya perlukan yang kukuh.
  • 9:47 - 9:51
    Saya ada tiga lapisan di sini
  • 9:52 - 9:55
    tapi anda boleh tambah sebanyak yang
    anda mahu
  • 9:55 - 9:59
    asalkan skru anda cukup panjang.
  • 10:04 - 10:06
    Jadi mari mulakan dengan
  • 10:08 - 10:10
    bahan-bahan yang paling nipis:
  • 10:14 - 10:16
    daun-daunan.
  • 10:18 - 10:23
    Dan cuba untuk letakkan bunga-bungaan yang
    sama ketebalannya
  • 10:23 - 10:25
    di setiap lapisan
  • 10:25 - 10:27
    supaya setiap bunga
  • 10:27 - 10:29
    ditekan dengan kadar yang sama.
  • 10:33 - 10:35
    Perovskia,
  • 10:43 - 10:46
    paku pakis jantan.
  • 11:05 - 11:07
    Mari kita potong yang ini.
  • 11:17 - 11:18
    Baik.
  • 11:20 - 11:25
    Mari kita letakkan lapisan kertas kedua
  • 11:25 - 11:29
    dan sekeping kadbod.
  • 11:31 - 11:34
    Dan sekarang kita boleh buat lapisan yang
    kedua.
  • 11:37 - 11:40
    Kertas penekap..
  • 11:40 - 11:44
    dan saya akan letakkan
  • 11:46 - 11:48
    bunga Siti Zubaidah.
  • 12:07 - 12:11
    Pertama sekali, yang berwarna biru.
  • 12:20 - 12:22
    Dan...
  • 12:22 - 12:24
    yang merah jambu.
  • 12:26 - 12:28
    Baik.
  • 12:28 - 12:32
    Sekarang kita letakkan bunga geranium,
  • 12:35 - 12:37
    warnanya sangat terang.
  • 12:47 - 12:49
    Dan...
  • 12:50 - 12:52
    Kelopak mawar.
  • 12:58 - 13:00
    Warnanya juga sangat terang.
  • 13:03 - 13:07
    Dan ini adalah lapisan kedua kita.
  • 13:19 - 13:21
    Baik.
  • 13:26 - 13:30
    Sekarang mari kita buat lapisan terakhir.
  • 13:35 - 13:37
    Jadi
  • 13:37 - 13:40
    mari gunakan bunga nigella yang kecil ini.
  • 13:44 - 13:46
    Bunga ini sedikit sukar
  • 13:46 - 13:49
    kerana bahagian "hati" bunga ini
  • 13:49 - 13:53
    agak rumit dan sangat tebal
  • 13:54 - 13:55
    jadi apa saya akan buat
  • 13:57 - 14:01
    saya akan potong bahagian tengahnya.
  • 14:04 - 14:06
    Buat dengan perlahan-lahan, ambil
    masa anda
  • 14:08 - 14:13
    Cuba untuk kekalkan bunga ini secantik
    mungkin
  • 14:21 - 14:23
    Itu dia.
  • 14:24 - 14:27
    Sekarang mudah sedikit.
  • 14:45 - 14:50
    Satu lagi yang tebal... bunga ulam raja.
  • 14:56 - 15:01
    Saya akan ambil bahagian bunga sahaja.
  • 15:12 - 15:14
    Dan...
  • 15:24 - 15:26
    Satu lagi.
  • 15:39 - 15:41
    Dan mari kita sudahkan dengan
  • 15:43 - 15:48
    bunga yang sangat cantik: agapanthus.
  • 15:50 - 15:53
    Agak tebal juga jadi
  • 15:55 - 15:58
    sesuai untuk diletakkan di lapisan ketiga
    ini.
  • 16:02 - 16:03
    Baik.
  • 16:03 - 16:04
    Sempurna.
  • 16:32 - 16:33
    Dan sekarang masa untuk
  • 16:33 - 16:36
    menekan semua mutiara kecil ini.
  • 16:41 - 16:44
    Jadi saya akan letakkan kembali bahagian
    atas
  • 16:48 - 16:52
    pencuci.. dan nat sesayap.
  • 17:03 - 17:06
    Dan jika ada bunga yang tebal
  • 17:06 - 17:09
    cuba ketatkan lagi skru
  • 17:09 - 17:11
    selepas satu atau dua hari
  • 17:12 - 17:15
    semasa bunga-bunga sudahpun
  • 17:15 - 17:18
    mula mengering dan mengecut
  • 17:18 - 17:22
    jadi bunga-bunga tersebut akan tertekan
    dengan betul.
  • 17:26 - 17:29
    Dan sekarang kita akan tunggu
  • 17:29 - 17:32
    dalam masa dua hingga tiga minggu,
  • 17:33 - 17:35
    tiada lagi perlu dilakukan.
  • 17:40 - 17:41
    Baik.
  • 17:46 - 17:49
    Dan sekarang kita akan lihat
  • 17:50 - 17:53
    bunga-bunga yang telah ditekan
  • 17:55 - 17:58
    yang saya buat 20 hari lalu.
  • 18:02 - 18:04
    Tak sabarnya saya.
  • 18:08 - 18:09
    Baik.
  • 18:10 - 18:13
    Masa untuk rungkaikan.
  • 18:24 - 18:26
    Jadi, mari lihat...
  • 18:46 - 18:48
    Baik.
  • 18:48 - 18:52
    Saya letakkan paku pakis di atas lapisan.
  • 18:54 - 18:57
    Saya tak pasti jika anda boleh lihat
  • 18:58 - 19:00
    ada sedikit serbuk
  • 19:00 - 19:02
    disebabkan oleh spora.
  • 19:02 - 19:04
    Ini paku pakis jantan.
  • 19:08 - 19:10
    Sudah kering dengan amat cantik.
  • 19:20 - 19:22
    Baik sekali.
  • 19:30 - 19:33
    Jadi mari lihat lapisan pertama.
  • 19:36 - 19:38
    Wah, sangat cantik.
  • 19:42 - 19:46
    Saya akan letakkan atas kertas ini.
  • 19:48 - 19:52
    Di sini kita ada kelopak mawar,
  • 19:56 - 19:58
    sangat mulus.
  • 20:08 - 20:09
    Dan
  • 20:12 - 20:14
    dan bunga-bunga yang agak rapuh
  • 20:15 - 20:18
    anda boleh gunakan berus kecil
  • 20:18 - 20:18
    dan
  • 20:23 - 20:27
    dengan perlahan-lahan tanggalkan dari
    kertas.
  • 20:35 - 20:38
    Macam ini.
  • 20:41 - 20:43
    Supaya anda tak rosakkan bunga-bunga ini.
  • 20:52 - 20:53
    Baik.
  • 21:07 - 21:12
    Jadi ini adalah bunga geranium dan
    bunga Siti Zubaidah.
  • 21:21 - 21:22
    Baik.
  • 21:24 - 21:26
    Mari letakkan atas kertas.
  • 21:27 - 21:30
    Semua bunga ini mengekalkan warnanya
  • 21:30 - 21:32
    dan itu sangat bagus
  • 21:32 - 21:34
    tapi mungkin ada yang hilang sedikit
    warnanya
  • 21:34 - 21:36
    kita akan lihat
  • 21:36 - 21:38
    tak mengapa.
  • 21:42 - 21:48
    Yang ini warnanya pudar sedikit.
  • 21:49 - 21:52
    Jadi lapisan kedua.
  • 22:01 - 22:03
    Oh tidak.
  • 22:05 - 22:09
    Jadi, perkara sebegini kadangkala berlaku
  • 22:17 - 22:19
    Bunga ulam raja ini takkan mudah
  • 22:19 - 22:21
    untuk ditanggalkan.
  • 22:45 - 22:49
    Baik, bunga ini sangat mulus,
  • 22:53 - 22:55
    tapi sangat cantik.
  • 23:03 - 23:08
    Yang ini kecil sedikit, mari gunakan berus.
  • 23:21 - 23:22
    Sempurna.
  • 23:26 - 23:28
    Saya sangat suka,
  • 23:29 - 23:31
    cantik.
  • 23:33 - 23:36
    Dan ini ialah daun pokok maple
  • 23:37 - 23:39
    sangat mudah untuk ditekan.
  • 23:48 - 23:50
    Jadi, lapisan seterusnya...
  • 23:57 - 23:59
    dengan daun-daunan.
  • 24:02 - 24:05
    Jadi ini adalah daun pokok ulam raja
  • 24:05 - 24:08
    dan ini daun perovskia.
  • 24:23 - 24:25
    Hampir seperti renda
  • 24:28 - 24:29
    sangat comel.
  • 24:33 - 24:36
    Sangat rapuh bila dikeringkan
  • 24:36 - 24:39
    jadi berhati-hati semasa menanggalkannya
  • 24:39 - 24:41
    dari kertas.
  • 24:41 - 24:45
    Dan akhir sekali, lapisan terakhir.
  • 24:53 - 24:56
    Oh ini sangat cantik!
  • 24:57 - 25:00
    Ini bunga nigella,
  • 25:01 - 25:04
    ini adalah saiznya yang normal.
  • 25:07 - 25:10
    Sangat sangat cantik.
  • 25:13 - 25:16
    Saya sangat gembira dengannya.
  • 25:38 - 25:40
    Baik, bagus sekali.
  • 25:56 - 25:58
    Dan sekarang dengan bunga-bungaan dan
    daunan ini
  • 25:58 - 26:01
    saya akan buat pendanda buku
  • 26:01 - 26:04
    yang mungkin merupakan projek DIY
  • 26:04 - 26:06
    paling mudah untuk dimulakan
  • 26:06 - 26:07
    kerana pendanda buku selalunya
  • 26:07 - 26:10
    tersimpan dalam buku
  • 26:10 - 26:13
    jadi bunga anda akan kekal bentuknya.
  • 26:13 - 26:15
    Untuk itu saya akan gunakan
  • 26:19 - 26:21
    kertas kadbod
  • 26:21 - 26:24
    yang saya telah hiaskan sebelumnya.
  • 26:27 - 26:31
    Saya akan gunakan berus...
  • 26:34 - 26:36
    seperti ini.
  • 26:38 - 26:42
    Dan saya akan gunakan gam 'napkin'
  • 26:42 - 26:44
    berasaskan air?
  • 26:44 - 26:48
    Saya tak pasti jika itu perkataannya
    dalam bahasa Inggeris.
  • 26:48 - 26:49
    Jadi
  • 26:49 - 26:51
    anda boleh hasilkan sendiri di rumah
  • 26:51 - 26:53
    dengan tepung dan air
  • 26:54 - 26:56
    Saya akan tinggalkan resipi dalam
    penerangan
  • 26:56 - 27:00
    tapi untuk yang ini saya mahukan kemasan
    yang lebih terang
  • 27:16 - 27:19
    Jadi di sini saya ada kertas linen
  • 27:19 - 27:21
    tapi kertas ini agak terlalu tebal.
  • 27:26 - 27:30
    Dan dua keping kertas kadbod
  • 27:30 - 27:33
    satu dengan kertas kapas di atasnya
  • 27:34 - 27:38
    dan yang ini ada empingan kertas kapas.
  • 27:40 - 27:43
    Saya suka, tapi suami saya kata yang ini
  • 27:45 - 27:46
    ganjil?
  • 27:48 - 27:50
    Saya akan gunakan yang ini.
  • 27:53 - 27:57
    Pastikan kertas ini kalis air
  • 27:58 - 27:59
    kerana jika tidak ia akan membengkok
  • 27:59 - 28:02
    bila gam disapukan.
  • 28:04 - 28:07
    Jadi sekarang bahagian yang paling seronok
  • 28:07 - 28:11
    Saya akan susunkan bunga-bunga
  • 28:11 - 28:12
    dan daun-daun
  • 28:12 - 28:14
    pada penanda buku ini
  • 28:14 - 28:16
    hingga saya puas hati dengan coraknya.
  • 28:18 - 28:20
    Jadi mari mulakan.
  • 29:00 - 29:01
    Jom kita lihat...
  • 29:12 - 29:14
    Saya tak tahu
  • 29:14 - 29:17
    Rasanya satu bunga nigella sudah nampak
    elok
  • 29:17 - 29:18
    Tampak elegan.
  • 29:27 - 29:29
    Tapi saya boleh tambah sedikit warna merah
  • 29:33 - 29:35
    untuk menarik perhatian.
  • 30:02 - 30:05
    Mari cuba benda lain.
  • 30:32 - 30:34
    Ini cantik juga.
  • 30:40 - 30:42
    Apa lagi kita boleh buat?
  • 30:53 - 30:56
    Mungkin boleh letakkan bunga ulam raja.
  • 31:36 - 31:38
    Semuanya nampak cantik
  • 31:38 - 31:40
    jadi saya hanya perlu pilih mana yang
    berkenan.
  • 31:59 - 32:01
    Mungkin dengan daunan?
  • 32:13 - 32:16
    Dan daun pokok ulam raja
  • 32:33 - 32:36
    Baik, saya rasa versi kegemaran saya
  • 32:36 - 32:38
    adalah dengan bunga nigella saja.
  • 32:39 - 32:42
    Dan saya akan gunakan yang selebihnya
  • 32:42 - 32:45
    untuk buat lebih penanda buku
  • 32:45 - 32:48
    atau mungkin lilin.
  • 33:05 - 33:07
    Yang ini kecil sedikit jadi
  • 33:09 - 33:11
    mungkin lebih baik.
  • 33:15 - 33:16
    Ya.
  • 33:18 - 33:21
    Saya mahukannya nampak ringkas.
  • 33:34 - 33:37
    Dan sekarang saya akan sapukan gam pada
    bunga ini.
  • 33:38 - 33:42
    Dan di sini anda perlu buatkan dengan
    lembut
  • 33:45 - 33:48
    Anda boleh gunakan lidi kecil seperti ini.
  • 33:55 - 33:56
    Mari mulakan.
  • 34:16 - 34:18
    Gam ini nampak putih sekarang
  • 34:18 - 34:20
    tapi ia akan menjadi jernih bila kering.
  • 34:39 - 34:41
    Baik.
  • 34:44 - 34:47
    Saya akan tekan dengan lembut dengan jari.
  • 34:53 - 34:55
    Kemudian saya akan potong
  • 34:55 - 34:57
    yang lebih dari penanda buku ini.
  • 35:17 - 35:19
    Dan saya akan sapukan
  • 35:19 - 35:22
    lapisan gam terakhir
  • 35:22 - 35:25
    pada keseluruhan penanda buku
  • 35:25 - 35:27
    untuk lekatkan bunga ini.
  • 35:28 - 35:31
    Anda juga boleh melaminasi penanda buku
    ini
  • 35:31 - 35:33
    dengan alatan khusus.
  • 35:33 - 35:38
    Dan itu akan memelihara bunga untuk masa
    yang lebih lama
  • 35:38 - 35:40
    tapi saya tidak ada mesin seperti itu
  • 35:40 - 35:44
    dan saya tak berapa suka akan plastik.
  • 35:48 - 35:50
    Mari kita.
  • 35:53 - 35:54
    Sekali lagi, jangan risau,
  • 35:54 - 35:56
    ini akan kering dengan warna jernih.
  • 37:24 - 37:25
    Baik
  • 37:28 - 37:31
    Dan sekarang kita biarkannya kering untuk
    beberapa minit.
  • 38:47 - 38:48
    Itulah dia.
  • 38:50 - 38:53
    Saya gembira dengannya.
  • 38:53 - 38:55
    Saya akan letakkannya dalam buku
  • 38:55 - 38:57
    yang saya sedang baca
  • 38:57 - 38:59
    buku kisah dongeng
  • 38:59 - 39:02
    dari abad ke-17.
  • 39:03 - 39:05
    Anda boleh gunakan kaedah ini
  • 39:05 - 39:07
    untuk perkara lain seperti
  • 39:07 - 39:10
    poskad, lilin
  • 39:10 - 39:13
    boleh dijadikan sebagai hadiah.
  • 39:14 - 39:17
    Dan anda juga boleh gunakan bunga-bunga
    yang telah ditekan
  • 39:17 - 39:18
    dalam makanan juga
  • 39:18 - 39:21
    seperti kek dan biskut
  • 39:21 - 39:23
    tapi pastikan anda gunakan
  • 39:23 - 39:25
    bunga yang boleh dimakan
  • 39:25 - 39:27
    dan gula untuk menggantikan gam.
  • 39:29 - 39:32
    Saya harap anda suka tutorial ini
  • 39:32 - 39:34
    dan seperti biasa
  • 39:34 - 39:38
    saya ucapkan selamat malam.
Title:
Pressed Flowers | ASMR Summer Tutorial (cottagecore DIY, soft spoken)
Description:

more » « less
Video Language:
English
Duration:
41:01

Malay subtitles

Revisions