< Return to Video

The Internet: Wires, Cables, & Wifi

  • 0:03 - 0:08
    Internet | Wayar, Kabel, dan Wi-Fi
  • 0:08 - 0:13
    Nama saya Tess Winlock,
    saya seorang jurutera perisian
  • 0:13 - 0:18
    di Google. Satu soalan: Bagaimana gambar,mesej
    teks atau e-mel dihantar dari satu peranti
  • 0:18 - 0:25
    ke yang lain? Ia bukan sihir, itu Internet. Sistem
    fizikal yang ketara untuk memindahkan maklumat.
  • 0:25 - 0:30
    Internet sama seperti perkhidmatan pos,
    tetapi barang fizikal yang dihantar adalah
  • 0:30 - 0:37
    berbeza. Sebalik kotak dan sampul surat,
    internet menghantar maklumat binari.
  • 0:37 - 0:41
    Maklumat terdiri daripada bit. Bit boleh digambarkan
    sebagai pasangan berlawanan: hidupkan atau
  • 0:41 - 0:49
    mati, ya atau tidak. Biasanya 1 bermaksud hidup
    atau 0 bermaksud mati.Kerana bit mempunyai dua
  • 0:49 - 0:56
    keadaan yang boleh dipanggil kod binari . 8
    bit disatukan bersama menjadi 1 byte. 1000 bytes
  • 0:56 - 1:02
    sama dengan satu kilobyte. 1000 kilobytes
    ialah satu megabyte.Sebuah lagu biasanya dikodkan
  • 1:02 - 1:08
    menggunakan kira-kira 3-4MB. Tidak kira sama
    ada gambar, video, atau lagu, segala-galanya
  • 1:08 - 1:13
    di Internet diwakili dan dihantar
    sebagai bit. Ini adalah atom maklumat.
  • 1:13 - 1:17
    Tetapi ia bukannya secara fizikal menghantar
    1 dan 0 dari satu tempat ke tempat lain atau
  • 1:17 - 1:22
    dari satu orang ke yang lain. Jadi apakah barang
    fizikal yang sebenarnya dihantar melalui wayar
  • 1:22 - 1:26
    dan saluran udara? Mari kita lihat contoh
    ini, bagaimana manusia boleh secara fizikal
  • 1:26 - 1:31
    berkomunikasi untuk menghantar satu bit maklumat
    dari satu tempat ke tempat lain. Katakan bahawa
  • 1:31 - 1:37
    kita boleh hidupkan lampu dengan 1 atau matikan dengan
    0. Atau gunakan bunyi bip atau perkara yang serupa
  • 1:37 - 1:42
    untuk kod Morse. Kaedah ini berfungsi tetapi mereka
    amat perlahan,mudah ralat, dan bergantung sepenuhnya
  • 1:42 - 1:47
    pada manusia. Apa yang kita perlukan adalah mesin.
    Sepanjang sejarah, kita telah membina banyak sistem
  • 1:47 - 1:51
    yang dapat menghantar maklumat binari ini
    melalui pelbagai jenis medium fizikal.
  • 1:51 - 2:00
    Kini, kita menghantar bit melalui elektrik, cahaya,dan
    gelombang radio. Untuk menghantar bit melalui elektrik,
  • 2:00 - 2:05
    bayangkan anda mempunyai dua lampu yang disambungkan
    oleh wayar tembaga. Jika satu pengendali peranti
  • 2:05 - 2:09
    hidupkan elektrik maka lampu menyala
    Tiada elektrik, maka tiada lampu. Jika
  • 2:09 - 2:14
    kedua-dua pengendali bersetuju bahawa lampu menyala
    bermaksud 1 dan lampu mati bermaksud 0, maka kita
  • 2:14 - 2:19
    mempunyai satu sistem untuk menghantar bit maklumat
    dari satu orang ke orang lain menggunakan elektrik.
  • 2:19 - 2:25
    Tetapi ada masalah kecil, jika kita perlu
    menghantar 0 lima kali berturut-turut,
  • 2:25 - 2:30
    bagaimana anda boleh melakukannya supaya orang
    boleh dengan senang mengira bilangan 0?
  • 2:30 - 2:35
    Penyelesaiannya adalah memperkenalkan jam
    atau pemasa. Pengendali boleh bersetuju bahawa
  • 2:35 - 2:39
    penghantar akan menghantar 1 bit sesaat dan
    penerima akan duduk dan merakam setiap
  • 2:39 - 2:44
    saat dan lihat keputusannya. Untuk menghantar
    lima 0 berturut-turut, anda matikan lampu,
  • 2:44 - 2:48
    tunggu 5 saat, orang di hujung sambungan
    lain akan mencatat kesemua 5 saat.
  • 2:48 - 2:54
    Untuk lima 1 berturut-turut, hidupkan lampu,
    tunggu 5 saat, catat setiap saat. Kita ingin
  • 2:54 - 2:58
    mempercepatkan penghantaran dari satu bit
    sesaat, jadi kita perlu meningkatkan bandwidth
  • 2:58 - 3:04
    kami - kapasiti penghantaran maksimum
    peranti. Bandwidth diukur dalam bitrate,
  • 3:04 - 3:09
    yang merupakan bilangan bit yang kita boleh hantar
    dalam tempoh masa yang diberikan biasanya diukur
  • 3:09 - 3:14
    dalam saat. Ukuran kelajuan yang berbeza adalah
    kependaman, atau jumlah masa yang diperlukan
  • 3:14 - 3:22
    untuk satu bit bergerak dari satu tempat ke
    tempat lain, dari sumber ke peranti yang meminta.
  • 3:22 - 3:27
    Dalam analogi manusia, satu bit sesaat adalah
    cepat tetapi agak sukar bagi seorang manusia untuk
  • 3:27 - 3:31
    teruskan. Katakan bahawa anda ingin
    memuat turun lagu 3MB dalam 3 saat,
  • 3:31 - 3:37
    pada 8 juta bit satu megabait bermaksud
    kadar satu bit sekitar 8 juta bit sesaat.
  • 3:37 - 3:41
    Pastinya, manusia tidak boleh menghantar atau
    menerima 8 juta bit sesaat tetapi mesin boleh
  • 3:41 - 3:45
    melakukannya dengan baik. Soalan seterusnya,
    apakah jenis kabel yang harus diguna untuk
  • 3:45 - 3:50
    menghantar mesej dan sejauh mana isyaratnya
    sampai. Dengan wayar ethernet, biasanya
  • 3:50 - 3:56
    digunakan di rumah, pejabat, atau sekolah anda
    kehilangan isyarat atau gangguan boleh diukur
  • 3:56 - 4:01
    dalam beberapa ratus kaki. Untuk Internet
    berfungsi di seluruh dunia, kita perlu mempunyai
  • 4:01 - 4:06
    kaedah alternatif untuk menghantar bit
    berjarak jauh. Kami bercakap seperti merentasi
  • 4:06 - 4:11
    laut. Apa lagi yang boleh kita gunakan? Sesuatu
    yang bergerak lebih cepat daripada elektrik
  • 4:11 - 4:18
    melalui wayar? Cahaya. Kita boleh menghantar bit
    sebagai pancaran cahaya dari satu tempat ke tempat lain
  • 4:18 - 4:23
    menggunakan kabel gentian optik. Kabel gentian
    optik merupakan benang kaca halus untuk mencerminkan
  • 4:23 - 4:27
    cahaya. Apabila pancaran cahaya melalui kabel,
    cahaya dipantul ke atas dan ke bawah sepanjang
  • 4:27 - 4:31
    kabel sehingga ia diterima di penghujung sambungan.
    Bergantung pada sudut pantulan, kita boleh
  • 4:31 - 4:36
    menghantar berbilang bit secara serentak,
    semuanya bergerak dengan kelajuan cahaya.
  • 4:36 - 4:41
    Serat sangat cepat. Tetapi yang lebih
    penting isyarat tidak merosot dalam jarak
  • 4:41 - 4:45
    jauh. Inilah cara anda boleh bergerak ratusan
    batu tanpa kehilangan isyarat. Inilah sebabnya
  • 4:45 - 4:50
    kami menggunakan kabel gentian optik merentasi
    lautan untuk menyambung satu benua ke benua lain.
  • 4:50 - 4:57
    Pada tahun 2008 kabel berhampiran Alexandria,
    Mesir dipotong menyebabkan internet terganggu
  • 4:57 - 5:01
    di sebahagian besar Timur Tengah dan India.
    Kita menganggap perkara internet ini biasa
  • 5:01 - 5:05
    tetapi sebenarnya ia satu sistem fizikal
    yang rapuh. Serat adalah hebat tetapi
  • 5:05 - 5:09
    ia sangat mahal dan sukar untuk bekerja dengan.
    Untuk kebanyakan tujuan, anda akan menemui
  • 5:09 - 5:17
    kabel tembaga. Bagaimana kita menggerakkan sesuatu tanpa
    wayar? Bagaimana kita menghantar barang tanpa wayar? Radio.
  • 5:17 - 5:21
    Mesin penghantaran bit tanpa wayar biasanya menggunakan
    isyarat radio untuk menghantar bit dari satu tempat
  • 5:21 - 5:28
    ke tempat lain. Mesin perlu terjemahkan 1
    dan 0 menjadi gelombang radio dalam
  • 5:28 - 5:32
    frekuensi yang berbeza. Mesin penerima
    menterbalikkan proses dan menukarnya kembali
  • 5:32 - 5:37
    ke binari pada komputer anda. Tanpa wayar telah
    menjadikan Internet mudah alih. Tetapi isyarat
  • 5:37 - 5:42
    radio boleh terganggu apabila di jarak jauh.
    Kerana ini, anda tidak boleh mendengar
  • 5:42 - 5:48
    stesen radio Los Angeles di Chicago. Walaupun
    tanpa wayar hebat, kini ia masih bergantung
  • 5:48 - 5:52
    pada wayar internet. Jika anda di kedai cafe
    menggunakan wifi, bit akan dihantar ke
  • 5:52 - 5:56
    penghala tanpa wayar dan kemudian dipindahkan
    melalui wayar fizikal untuk bergerak jarak
  • 5:56 - 6:01
    jauh di internet. Kaedah fizikal untuk
    menghantar bit boleh berubah pada masa
  • 6:01 - 6:06
    depan, sama ada menggunakan laser antara satelit,
    atau gelombang radio dari belon, atau drone, tetapi
  • 6:06 - 6:11
    perwakilan binari asas maklumat dan
    protokol untuk menghantar dan menerima
  • 6:11 - 6:15
    maklumat itu kekal sama.
    Segala dalam internet, sama ada
  • 6:15 - 6:21
    ia perkataan, e-mel, gambar, video kucing,
    video anak anjing, semuanya terdiri dari 1 dan
  • 6:21 - 6:26
    0 dihantar oleh elektrik, pancaran cahaya,
    gelombang radio, dan banyak cinta.
Title:
The Internet: Wires, Cables, & Wifi
Description:

more » « less
Video Language:
English
Duration:
06:41

Malay subtitles

Revisions