-
Komputer sangat cekap dalam mengulangi tindakan.
Anda dapat mengira sehingga 10, 20 atau 100. Tetapi komputer
-
dapat mengira sehingga bilion atau trilion. Ia tidak akan
menjadi bosan dan hanya perlukan beberapa saat.
-
Sama ada mengira, melukis atau perkara lain, komputer dapat
mengulangi perkara beratus-ratus malah berbilion-bilion kali.
-
Dalam pengaturcaraan, kita panggil ini "gelung".
"Gelung" ialah cara mengulangi kod anda berkali-kali.
-
Bagi teka-teki seterusnnya, matlamat anda adalah untuk
membantu Anna mencipta segiempat sama dengan blok "Ulang".
-
Sebarang blok kod yang anda masukkan
ke dalam blok "Ulang" akan berulang dalam urutan
-
seberapa banyak kali yang anda mahu. Untuk melukis segi empat sama,
anda boleh menggunakan blok "Bergerak Ke Depan" dan "Belok"
-
sebanyak 4 kali. Tetapi cara yang lebih mudah adalah
dengan menyuruh komputer "Bergerak Ke Depan" dan
-
"Belok 90 darjah" sekali, kemudian mengulangi
pasangan tindakan ini 4 kali. Untuk berbuat demikian,
-
anda perlu meletakkan blok "Bergerak Ke Depan" dan
"Belok" di dalam blok "Ulang". Ingat,
-
anda boleh menukar nombor dalam blok "Ulang"
kepada sebarang nombor dan ia akan mengulangi
-
tindakan dalam blok
seberapa kali yang anda tetapkan.