-
Ada ramai orang dalam hidup saya. Antaranya -
rakan kolej saya, keluarga saya, rakan sekerja saya
-
dan kawan berbasikal saya.
-
Saya ada banyak perkara untuk dikongsi tetapi saya tidak mahu mengongsi kesemuanya dengan semua orang.
-
Bagaimana jika perkongsian dalam talian berfungsi lebih mirip kepada perhubungan dalam kehidupan nyata anda, anda yang menentukan
-
siapa mengetahui apa?
-
Dengan Kalangan, saya boleh berkongsi foto majlis saya dengan kawan kolej.
-
Atau pengembaraan berbasikal saya dengan kumpulan berbasikal saya.
-
Dan saya telah merakamkan gambar-gambar menarik majlis penyampaian ijazah kakak saya, jadi saya mahu memastikan
-
keluarga saya melihat gambar-gambar ini.
-
Membuat kalangan adalah sangat mudah.
-
Apabila saya menambahkan orang ke kalangan di Google+, mereka akan lihat bahawa saya telah berhubung dengan mereka tetapi
-
mereka tidak akan lihat dalam kalangan mana saya telah menempatkan mereka.
-
Dan saya tidak sentiasa mahu melihat kemaskinian semua orang pada setiap masa. Jadi, Kalangan membantu saya mengabaikan
-
apa yang saya tidak mahu dengan memilih orang yang saya mahu tahu perkembangan mereka.
-
Kalangan membolehkan anda berkongsi apa yang penting dengan orang yang penting.
-
Jadi, menarilah semahu-mahunya dengan gaya tersendiri: Makcik anda tidak perlu tahu...