-
Selamat datang ke Hour of Code...
-
Hai, saya Kathleen Kennedy dan saya adalah penerbit Star Wars: The Force Awakens.
-
Hari ini anda akan bekerja dengan salah seorang bintang filem kami...
-
BB-8.
-
BB-8 ialah droid berbentuk sfera.
-
Setiap perbuatan dan pergerakannya,
di kawal oleh perisian komputer.
-
Sains komputer memberi kesan kepada setiap industri,
-
daripada bidang pemasaran, penjagaan kesihatan dan perfileman.
-
Sebenarnya, beratus-ratus jurutera komputer..
-
bekerja bersama untuk membuat filem seperti The Force Awakens.
-
Hai, saya Rachel Rose. Saya adalah jurutera kanan R&D di ILM..
-
dan saya mengetuai kumpulan pembangunan animasi dan makhluk.
-
Dalam The Force Awakens,
saya bertanggungjawab membantu para artis..
-
membangunkan alat (rigs), yang merupakan..
-
sebahagian daripada watak yang bergerak, dan membolehkan watak kelihatan
-
mudah dipercayai dari galaksi yang sangat, sangat jauh.
-
Untuk sejam berikutnya, kita akan membina
permainan Star Wars sendiri,
-
yang akan mengajar anda konsep asas pengaturcaraan.
-
Pengaturcaraan biasanya terdiri dari teks,
-
tapi di sini kita akan gunakan blok yang boleh diseret dan letak untuk hasilkan atur cara.
-
Sebagai permulaan, kita akan membantu Rey..
-
memprogramkan BB-8 untuk berjalan mengutip semua bahagian sekerap.
-
Skrin anda terbahagi kepada tiga bahagian.
-
Di sebelah kiri, adalah ruang permainan Star Wars di mana kod akan dijalankan.
-
Arahan bagi setiap tahap ditulis di bawah ruang permainan.
-
Kawasan tengah ini adalah kotak alat dan setiap blok ini..
-
adalah arahan yang boleh difahami oleh BB-8.
-
Ruang putih di sebelah kanan dipanggil sebagai ruang kerja..
-
dan di sini di mana kami akan membina atur cara.
-
Jika saya seret blok 'moveLeft' ke ruang kerja dan tekan 'Jalan', apa berlaku?
-
BB-8 bergerak ke kiri satu blok dalam grid.
-
Dan bagaimana jika saya mahu BB-8 melakukan sesuatu selepas bergerak ke blok kiri?
-
Saya boleh menambah satu lagi blok pada atur cara ini.
-
Saya memilih blok 'moveUp' dan saya akan seretnya di bawah blok 'moveLeft'..
-
sehingga sisinya jadi terang. Selepas itu, saya letakkannya dan dua blok ini akan melekat.
-
Apabila saya menekan 'Jalan' sekali lagi, BB-8 akan melaksanakan arahan..
-
yang disusun dari atas ke bawah dalam ruang kerja.
-
Jika anda ingin memadam blok,
-
hanya buangnya daripada susunan dan seretnya semula ke dalam kotak alat.
-
Selepas anda tekan 'Jalan',
-
anda boleh menekan butang 'Set Semula' untuk BB-8 kembali daripada mula.
-
Sekarang, mari kita mencuba !