< Return to Video

Mitos di sebalik zodiak Cina - Megan Campisi dan Pen-Pen Chen

  • 0:09 - 0:10
    Apakah lambang anda?
  • 0:10 - 0:12
    Dalam astrologi Barat,
  • 0:12 - 0:16
    ia ialah buruj yang ditentukan oleh
    tarikh lahir anda dalam kalendar.
  • 0:16 - 0:20
    Tetapi menurut zodiak Cina,
    atau shēngxiào,
  • 0:20 - 0:24
    ia ialah shǔxiàng anda, maksudnya haiwan
    yang telah ditetapkan untuk tahun lahirmu.
  • 0:24 - 0:28
    Dalam banyak-banyak mitos yang menjelaskan
    lambang haiwan ini dan aturannya,
  • 0:28 - 0:32
    kisah yang paling lama bertahan ialah
    cerita Perlumbaan yang Agung.
  • 0:32 - 0:36
    Cerita itu mengisahkan Yù Dì, atau
    Maharaja Jed, Penguasa Syurga,
  • 0:36 - 0:41
    ingin mereka cara untuk mengukur masa,
    jadi dia mengaturkan sebuah perlumbaan.
  • 0:41 - 0:44
    Dua belas haiwan yang pertama untuk
    merentasi sungai
  • 0:44 - 0:48
    akan mendapat tempat dalam kalendar zodiak
    mengikut urutan ketibaan mereka.
  • 0:48 - 0:51
    Tikus bangun pada matahari terbit
    untuk tiba dengan awal,
  • 0:51 - 0:52
    tetapi dalam perjalannannya,
  • 0:52 - 0:55
    dia terserempak dengan kuda, harimau
    dan lembu.
  • 0:55 - 0:58
    Kerana tikus sangat kecil dan
    tidak begitu pandai berenang,
  • 0:58 - 1:00
    dia meminta bantuan daripada haiwan besar.
  • 1:00 - 1:02
    Harimau dan kuda menolak,
  • 1:02 - 1:05
    lembu yang baik hati itu setuju untuk
    membawa tikus itu ke seberang.
  • 1:05 - 1:08
    Namun, apabila mereka hampir
    tiba di seberang,
  • 1:08 - 1:13
    tikus itu melompat dari kepala lembu
    dan mendapat tempat pertama.
  • 1:13 - 1:15
    Lembu di tempat kedua,
  • 1:15 - 1:17
    dan harimau yang kuat di belakang lembu.
  • 1:17 - 1:19
    Arnad, telalu kecil untuk melawan arus,
  • 1:19 - 1:23
    dengan lincah melonjat di atas batu dan
    balak, mendapat tempat keempat.
  • 1:23 - 1:26
    Kemudian datang si naga, dia boleh
    terbang melintasi sungai,
  • 1:26 - 1:29
    tetapi berhenti untuk membantu beberapa
    haiwan yang diserempak olehnya.
  • 1:29 - 1:33
    Selpas itu datang si kuda,
    menderap menyeberangi sungai.
  • 1:33 - 1:36
    Namun sejurus selepas dia tiba di
    seberang, ular datang menyelinap.
  • 1:36 - 1:40
    Kuda yang terkejut itu berundur,
    membiarkan ular mendapat tempat keenam.
  • 1:40 - 1:42
    Maharaja Jed memandang ke arah sungai
  • 1:42 - 1:46
    lalu melihat kambing, monyet dan ayam
    semua berada di atas rakit,
  • 1:46 - 1:49
    bekerjasama untuk mengayuh rakit itu
    meredah rumput.
  • 1:49 - 1:50
    Apabila tiba di tebing,
  • 1:50 - 1:53
    mereka setuju untuk memberi
    kambing tempat kelapan,
  • 1:53 - 1:56
    haiwan yang paling
    tenang hati dan harmoni ,
  • 1:56 - 1:58
    diikuti oleh monyet dan ayam.
  • 1:58 - 2:01
    Kemudian datang si anjing,
    tiba di tebing dengan tergesa-gesa.
  • 2:01 - 2:02
    Dia perenang baik,
  • 2:02 - 2:06
    tetapi dia bermain di dalam air terlalu
    lama sehingga hanya dapat tempat sebelas.
  • 2:07 - 2:09
    Tempat terakhir diduduki oleh khinzir,
  • 2:09 - 2:12
    kerana lapar dia berhenti untuk
    makan dan tidur
  • 2:12 - 2:14
    sebelum terkedek-kedek
    melintasi garis penamat.
  • 2:15 - 2:19
    Oleh itu, setiap tahun dilambangkan oleh
    setiap haiwan mengikut urutan ini,
  • 2:19 - 2:22
    kitaran ini berulang setiap 60 tahun.
  • 2:22 - 2:24
    Mengapa 60 tahun dan bukan 12?
  • 2:24 - 2:29
    Kerana kalendar Cina terdiri daripada
    dua sistem yang bertindih.
  • 2:29 - 2:32
    Haiwan dalam zodiak itu berkaitan
    dengan apa yang dipanggil
  • 2:32 - 2:37
    Dua belas Cabang Bumi, atau shí'èr dìzhī.
  • 2:37 - 2:41
    Sistem kedua, Sepuluh Batang Langit,
    atau shí tiāngān,
  • 2:41 - 2:44
    berkaitan dengan lima unsur klasik
  • 2:44 - 2:45
    iaitu besi, jīn
  • 2:45 - 2:47
    kayu, mù,
  • 2:47 - 2:49
    air, shuǐ,
  • 2:49 - 2:50
    api, huǒ,
  • 2:50 - 2:52
    dan tanah, tǔ.
  • 2:52 - 2:56
    Setiap unsur diberi yīn atau yáng,
  • 2:56 - 2:58
    menghasilkan kitaran sepuluh tahun.
  • 2:58 - 3:00
    Apabila dua belas haiwan dari
    Cabang Bumi
  • 3:00 - 3:02
    dipasangkan dengan kelima-lima unsur itu,
  • 3:02 - 3:05
    tambah dengan yīn atau yáng
    dari Batang Langit,
  • 3:05 - 3:08
    terhasillah 60 kombinasi yang berbeza,
  • 3:08 - 3:11
    yang dikenali sebagai
    kitaran enam puluh tahun, atau gānzhī.
  • 3:11 - 3:16
    Jadi seseorang yang dilahirkan pada 1980
    akan mempunyai lambang monyet besi yáng ,
  • 3:16 - 3:21
    manakala seseorang yang dilahirkan
    pada 2007 ialah khinzir api yīn.
  • 3:21 - 3:25
    Sebenarnya, terdapat juga haiwan dalaman
    yang berdasarkan bulan kelahiranmu,
  • 3:25 - 3:28
    haiwan betul berdasarkan tarikh lahirmu,
  • 3:28 - 3:32
    dan haiwan rahsia berdasarkan
    jam kelahiranmu.
  • 3:32 - 3:34
    Perlumbaan yang Agung yang
    sepatutnya menentukan
  • 3:34 - 3:37
    mana satu haiwan disemadikan
    dalam zodiak Cina,
  • 3:37 - 3:39
    namun seraya sistem ini tersebar,
  • 3:39 - 3:42
    budaya Asia lain membuat perubahan
    yang mencerminkan komuniti mereka.
  • 3:42 - 3:45
    Jadi jika kamu mengikuti zodiak Vietnam,
  • 3:45 - 3:48
    kamu akan dapati lambang kamu ialah kucing
    dan bukan arnab,
  • 3:48 - 3:49
    dan jika kamu di negara Thai,
  • 3:49 - 3:53
    ular mitos yang dipanggil Naga
    akan menggantikan naga Cina.
  • 3:53 - 3:56
    Tidak kira kamu percaya apa
    yang dikatakan oleh zodiak
  • 3:56 - 3:57
    tentang kamu sebgai seorang individu,
  • 3:57 - 4:01
    ia sememangnya memperlihatkan banyak
    tentang budaya asalnya.
Title:
Mitos di sebalik zodiak Cina - Megan Campisi dan Pen-Pen Chen
Speaker:
Megan Campisi and Pen-Pen Chen
Description:

Untuk menonton pelajaran yang lengkap: http://ed.ted.com/lessons/the-myth-behind-the-chinese-zodiac-megan-campisi-and-pen-pen-chen

Apakah lambang anda? Dalam astrologi barat, ia ialah buruj yang ditentukan oleh tarikh lahir anda dalam kalendar. Tetapi menurut zodiak Cina (生肖), ia ialah shǔxiàng anda, maksudnya haiwan yang telah ditetapkan untuk tahun lahirmu. Dalam banyak-banyak mitos yang menjelaskan lambang haiwan ini dan aturannya, kisah yang paling lama bertahan ialah cerita Perlumbaan yang Agung. Megan Campisi dan Pen-Pen Chen menceritakan mitos klasik ini.

Pelajaran disediakan oleh Megan Campisi dan Pen-Pen Chen, animasi oleh Marta Prokopová.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TED-Ed
Duration:
04:23
TED Translators admin approved Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Norzaiha Norhan accepted Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Norzaiha Norhan edited Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac
Chien Yet Chong edited Malay subtitles for The myth behind the Chinese zodiac

Malay subtitles

Revisions