-
Hi, selamat datang ke topik Tingkatan 4, Bab 7
-
Dalam pelajaran ini kita akan bincang tentang imej yang terbentuk melalui cermin satah, kanta cembung serta kanta cekung.
-
Dan semua ini adalah berkaitan dengan cahaya kerana tajuk Bab 7 adalah Cahaya, Warna dan Penglihatan.
-
Jadi, apakah itu cahaya?
-
Cahaya ialah satu bentuk tenaga dan sudah tentu sumber utama cahaya datangnya dari matahari.
-
Dan cahaya bergerak di dalam garisan lurus.
-
Dan apakah itu cermin satah?
-
Baik, cermin satah sebenarnya ialah sekeping kaca yang dibentuk dengan satu lapisan perak di bahagian belakangnya.
-
Jadi, ianya adalah sekeping gelas halus dan ianya mempunyai satu lapisan perak di belakangnya.
-
Maka, lapisan perak ini boleh membentuk imej.
-
Malah, bahan bersinar yang digilap juga boleh digunakan sebagai cermin dan adakah anda tahu yang sudu juga boleh digunakan sebagai cermin?
-
Kadang kala, apabila anda gunakan alatan yang digilap dengan baik, anda boleh lihat diri anda dalam pantulannya.
-
Pembentukan imej oleh cermin satah sebenarnya adalah disebabkan pantulan cahaya.
-
Jadi katakan yang saya letakkan satu objek di hadapan cermin. Katakan yang saya gunakan huruf F.
-
Dan apa yang saya dapat lihat di dalam cermin adalah sebenarnya bayangan objek tersebut, bukan?
-
Atau apa yang kita panggil imej.
-
Sekarang, apakah ciri-ciri imej yang akan dibentuk oleh cermin?
-
Pertama sekali, apa yang kita dapat lihat adalah imej yang terbentuk adalah maya.
-
Maya bermaksud imeh itu tidak boleh terbentuk di atas skrin.
-
Kemudian, imej yang terbentuk itu juga adalah tegak.
-
Ini bermakna jika objek tersebut menghala ke arah ini, imej yang terbentuk juga akan menghala ke arah yang sama.
-
Perkataan lain yang sama yang anda dapat lihat di dalam buku anda adalah lurus atau tidak condong.
-
Kemudian, apa lagi yang kita dapat lihat?
-
Kita dapat lihat yang imej ini adalah songsang sisi.
-
Songsang sisi bermaksud bahagian kiri imej dibentuk oleh bahagian kanan objek tersebut.
-
Baik, mari kita lihat huruf F ini dengan lebih dekat.
-
Jadi ini adalah bahagian kanan objek dan ini adalah bahagian kiri objek.
-
Dan mari saya letakkan simbol tambah di bahagian kanan huruf ini.
-
Maka, saya dapat lihat simbol tambah terbentuk di dalam cermin, tetapi ianya adalah bahagian kanan imej tersebut.
-
Dan ini adalah bahagian kiri imej tersebut.
-
Jadi anda boleh lihat simbol tambah yang saya letakkan di bahagian kanan objek ini, apabila ia membentuk imej di dalam cermin, ia sebenarnya terbentuk di bahagian kiri imej.
-
Maka ini adalah apa yang dipanggil songsang sisi di mana bahagian kanan akan menjadi kiri dan kiri akan menjadi kanan.
-
Dan apa lagi yang kita boleh lihat?
-
Kita juga boleh lihat imej yang terbentuk mempunyai saiz yang sama seperti objek.
-
Jadi katakan yang objek yang saya letakkan mempunyai ketinggian 5cm.
-
Maka di dalam imej, ketinggiannya juga adalah sama, iaitu 5cm.
-
Dan ciri lain imej yang kita dapat lihat ialah imej yang terbentuk mempunyai jarak dari cermin yang sama seperti objek.
-
Jadi katakan yang saya letakkan objek ini sejauh 1 meter dari cermin.
-
Imej yang terbentuk juga akan mempunyai jarak dari cermin yang sama, iaitu 1 meter.
-
Baik, mari kita lihat semula.
-
Imej yang dibentuk oleh cermin satah.
-
Jadi, imejnya adalah maya yang bermaksud ianya tidak boleh dibentuk di atas skrin.
-
Tegak bermaksud ia menghala atau menghadap arah yang sama seperti objek.
-
Songsang sisi bermakna yang bahagian kanan akan menjadi bahagian kiri.
-
Imej yang terbentuk juga akan mempunyai saiz dan jarak yang sama seperti objek.
-
Sekarang, mari kita lihat tentang kanta pula.
-
Kita ada dua jenis kanta, iaitu kanta cembung dan kanta cekung.
-
Kanta cembung kelihatan seperti ini.
-
Manakala, kanta cekung kelihatan seperti ini.
-
Haha, harap maaf sebab lukisan saya tidak begitu cantik.
-
Jadi ini adalah kanta cembung dan ini pula kanta cekung.
-
Jadi apakah perbezaan antara keduanya?
-
Baik, kanta cembung adalah lebih tebal di bahagian tengah dan lebih nipis di bahagian hujungnya.
-
Manakala, kanta cekung pula adalah sebaliknya.
-
Bahagian tengah kanta adalah lebih nipis dan bahagian hujungnya adalah lebih tebal.
-
Jadi apabila ia membentuk imej, imej ini akan kelihatan berbeza antara satu sama lain.
-
Baik, mari kita bincang tentang kanta cembung.
-
Mata kita sebenarnya adalah contoh kepada kanta cembung.
-
Dan ciri imej yang terbentuk oleh kanta cembung bergantung kepada jarak antara kanta dan objek.
-
Maka, jika objek berada lebih dekat dengan kanta, imej yang terbentuk adalah lebih besar berbanding objek.
-
Tetapi apabila objek berada lebih jauh dari kanta, imej yang terbentuk adalah lebih kecil.
-
Maka saiz imej yang terbentuk adalah berbeza bergantung kepada jarak objek dari kanta.
-
Kita akan bincang lebih lanjut tentang ini dalam pelajaran seterusnya.
-
Secara umumnya, untuk objek jauh, imej yang dibentuk oleh kanta cembung adalah sebenar.
-
Ini bermaksud kita boleh melihatnya di atas skrin.
-
Dan ianya adalah songsang sisi yang bermakna ia tidak lagi menghadap arah yang sama.
-
Dan untuk objek yang jauh, imej yang terbentuk adalah lebih kecil berbanding saiz sebenar objek.
-
Dan istilah yang kita gunakan adalah berkurangan.
-
Manakala untuk kanta cembung, posisi objek tidak akan diambil kira.
-
Jadi, sama ada kita letakkan objek lebih dekat atau jauh dari kanta, imej yang terbentuk oleh kanta cembung akan sentiasa menjadi maya.
-
Ini bermakna ianya tidak boleh ditangkap di atas skrin dan ianya akan menjadi tegak yang bermaksud ia menghadap arah yang sama seperti objek.
-
Serta imejnya juga adalah sentiasa lebih kecil berbanding objek, juga apa yang kita panggil berkurangan.
-
Dan imej yang terbentuk juga akan sentiasa berada di sisi yang sama seperti objek.
-
Ini bermakna jika kita letakkan objek di bahagian kiri, imej yang terbentuk juga akan berada di sebelah kiri kanta.
-
Jadi, dalam pelajaran seterusnya kita akan fokus lebih kepada imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung.