< Return to Video

Meet the lungs | Respiratory system physiology | NCLEX-RN | Khan Academy

  • 0:01 - 0:05
    Katakan ini ialah anda.
    Anda sedang menghayati cuaca cerah
  • 0:05 - 0:10
    dan anda mahu menarik nafas yang panjang.
  • 0:10 - 0:16
    Semestinya, apa yang anda fokuskan ialah oksigen.
  • 0:16 - 0:21
    Itulah yang manusia perlukan untuk hidup.
  • 0:21 - 0:25
    Jadi, anda menarik nafas yang panjang.
    Katakan, anda menarik nafas melalui mulut.
  • 0:25 - 0:27
    Anda menarik nafas yang panjang melalui mulut.
  • 0:27 - 0:30
    Kemudian, anda menarik nafas yang panjang sekali lagi,
  • 0:30 - 0:32
    dan anda menarik nafas melalui hidung.
  • 0:32 - 0:37
    Anda mungkin fikir, "kedua-duanya ialah
    2 cara yang berbeza untuk mengambil udara."
  • 0:37 - 0:40
    Memang ia kelihatan begitu apabila
    anda melihat mulut dan hidung.
  • 0:40 - 0:42
    Kedua-duanya tidak kelihatan
    mempunyai banyak persamaan.
  • 0:42 - 0:45
    Tapi, jika anda mengekori udara,
  • 0:45 - 0:50
    ia melalui laluan yang sama.
  • 0:50 - 0:56
    Udara akan menuju ke kerongkong
    tidak kira bagaimana anda mengambilnya.
  • 0:56 - 1:00
    Di sini, udara masuk melalui hidung,
  • 1:00 - 1:04
    di sini, udara masuk melalui mulut,
    dan ia bertemu di kerongkong.
  • 1:04 - 1:10
    Ia akan masuk ke dalam,
    ia menuju ke Adam's apple.
  • 1:10 - 1:15
    Saya akan naikkannya agar
    anda dapat lihat dengan jelas.
  • 1:15 - 1:19
    Anda dapat lihat Adam's apple di sini.
  • 1:19 - 1:23
    Anda boleh cuba mencari Adam's apple anda.
  • 1:23 - 1:27
    Ia ialah struktur yang menarik
    di bahagian tengah kerongkong anda.
  • 1:27 - 1:31
    Semua orang memilikinya, inilah perkara pertama
    yang saya mahu beritahu anda.
  • 1:31 - 1:34
    Semua orang memilikinya, bukan hanya lelaki,
    perempuan juga memilikinya.
  • 1:34 - 1:42
    Ia dipanggil Adam's apple kerana
    biasanya "Adam" ialah nama lelaki.
  • 1:42 - 1:49
    Ia mengingatkan kita bahawa biasanya lelaki memiliki
    Adam's apple yang lebih besar berbanding perempuan.
  • 1:49 - 1:54
    Jika anda cuba mencarinya, ia ialah sebuah takik di sini.
  • 1:54 - 1:57
    Jika anda dapat merasa takik itu dengan jari anda,
  • 1:57 - 2:00
    ia ialah petunjuk yang baik tentang lokasinya.
  • 2:00 - 2:07
    Inilah Adam's apple, ia membantu anda
    mengawal suara anda.
  • 2:07 - 2:09
    Terdapat nama yang lain untuk Adam's apple.
  • 2:09 - 2:14
    Kadangkala, ia dipangil pita suara.
  • 2:14 - 2:22
    Udara melalui pita suara yang
    merupakan laluan masuk ke trakea.
  • 2:22 - 2:28
    Ia membolehkan saya meninggikan
    atau merendahkan suara saya,
  • 2:28 - 2:34
    bergantung kepada bagaimana saya
    mengubah otot di sekitar Adam's apple.
  • 2:34 - 2:39
    Itulah perkara pertama yang saya mahu beritahu anda,
    iaitu anda boleh mengawal suara anda.
  • 2:39 - 2:44
    Saya pasti anda tahu tentangnya, tapi apa yang anda gunakan ialah Adam's apple, pita suara anda.
  • 2:44 - 2:49
    Jadi, udara akan terus masuk.
  • 2:49 - 2:54
    Bahagian udara yang kita fokuskan ialah oksigen.
  • 2:54 - 2:58
    Ia akan menuju ke peparu.
  • 2:58 - 3:05
    Ia melalui trakea dan menuju ke peparu,
    iaitu peparu kiri dan peparu kanan.
  • 3:05 - 3:11
    Saya akan gunakan L untuk peparu kiri
    dan R untuk peparu kanan.
  • 3:11 - 3:15
    Anda akan tanya, "Adakah ia terbalik?"
  • 3:15 - 3:19
    Ingatlah bahawa ini adalah
    dari perspektif pemilik peparu.
  • 3:19 - 3:23
    Sebab itu, saya melabelkannya begitu.
  • 3:23 - 3:27
    Saya akan mula melabel bahagian-bahagian ini.
  • 3:27 - 3:30
    Anda boleh lihat bahawa kedua-dua peparu
    nampak berbeza, betul?
  • 3:30 - 3:35
    Ia kelihatan sedikit berbeza, contohnya,
    yang ini mempunyai 3 lobus.
  • 3:35 - 3:41
    Peparu kanan mempunyai 3 lobus yang dipanggil
    lobus atas, lobus tengah, dan lobus bawah.
  • 3:41 - 3:45
    Peparu kiri hanya mempunyai 2 lobus,
    itulah perbezaan yang ketara.
  • 3:45 - 3:54
    Perbezaan kedua ialah, terdapatnya sesuatu
    di tengah yang dipanggil takik kardium.
  • 3:54 - 3:57
    Ia dipanggil takik kardium.
  • 3:57 - 4:03
    Ia dipanggil begitu kerana tempat itu terbentuk
  • 4:03 - 4:08
    kerana jantung terkeluar dari sini.
  • 4:08 - 4:12
    Ia akibatkan sebuah takik di peparu.
  • 4:12 - 4:16
    Jadi, jantung menduduki sedikit ruang ini.
    Ini ialah jantung.
  • 4:16 - 4:22
    Ia akibatkan takik itu. Jadi, inilah ruang jantung.
  • 4:22 - 4:27
    Di sebelah ini, terdapat 2 lobus,
    lobus atas dan lobus bawah.
  • 4:27 - 4:32
    Ia adalah eksklusif, belahan peparu
    berada di tempat masing-masing.
  • 4:32 - 4:36
    Jika anda mahu tahu jika
    ia ialah peparu kiri atau peparu kanan,
  • 4:36 - 4:41
    anda boleh lihat lobusnya, bilangan lobus,
    atau cari takik kardium itu.
  • 4:41 - 4:46
    Di sekitar peparu, terdapatnya tulang rusuk.
  • 4:46 - 4:52
    Terdapat juga otot tulang rusuk di kedua-dua belah.
  • 4:52 - 4:59
    Di bawah peparu dan jantung,
    terdapatnya lapisan otot.
  • 4:59 - 5:06
    Ia merangkumi bahagian ini.
  • 5:06 - 5:08
    Ia membentuk lantai.
  • 5:08 - 5:14
    Jantung dan peparu berada di atas otot ini.
  • 5:14 - 5:22
    Ia dipanggil otot diafragma.
  • 5:22 - 5:27
    Tulang rusuk membentuk dinding.
    Jadi, apakah yang ada di sini?
  • 5:27 - 5:33
    Terdapatnya sebuah bilik yang besar dan lantai.
  • 5:33 - 5:36
    Bilik ini dipanggil toraks.
  • 5:36 - 5:40
    Di dalam bilik ini, terdapatnya peparu dan jantung.
  • 5:40 - 5:46
    Okey. Tapi, saya belum tunjukkan
    udara menuju ke mana.
  • 5:46 - 5:51
    Saya telah tunjukkan ia menuju ke peparu, tapi
    anda belum tahu ia menuju ke mana selepas itu.
  • 5:51 - 5:54
    Jadi, saya akan padamkan
    kebanyakan bahan di sini.
  • 5:54 - 6:00
    Saya akan tunjukkannya.
    Jika anda pakai kaca mata X-ray
  • 6:00 - 6:03
    dan lihat peparu anda,
    ia akan kelihatan begini.
  • 6:03 - 6:11
    Ia mempunyai reka bentuk yang menarik,
    cara terbaik untuk fikirkannya ialah
  • 6:11 - 6:15
    bayangkan sepohon pokok.
  • 6:15 - 6:19
    Bayangkan sepohon pokok yang diterbalikkan.
  • 6:19 - 6:25
    Jadi, terdapatnya dahan yang bercabang.
  • 6:25 - 6:31
    Jika anda terbalikkan pokok ini,
    ia kelihatan seperti peparu kita.
  • 6:31 - 6:38
    Peparu kita adalah seperti pokok yang diterbalikkan,
  • 6:38 - 6:42
    bahkan struktur ini dipanggil pokok bronkial.
  • 6:42 - 6:47
    Peparu kelihatan tidak teratur dan rumit.
  • 6:47 - 6:52
    Bayangkannya sebagai pokok yang terbalik dan tiba-tiba
  • 6:52 - 6:58
    ia kelihatan mudah, pada dasarnya ini batang pokok,
  • 6:58 - 7:02
    ia bercabang dari sini.
  • 7:02 - 7:06
    Udara masuk melalui batang ini, iaitu trakea,
    dan ia mula terbahagi.
  • 7:06 - 7:13
    Kawasan hijau dan kawasan ungu ini
    meliputi lobus yang berbeza.
  • 7:13 - 7:19
    Kawasan hijau ini meliputi lobus bawah,
    kawasan ungu meliputi lobus atas.
  • 7:19 - 7:23
    Di sebelah ini, terdapatnya lobus atas,
    lobus tengah, dan lobus bawah.
  • 7:23 - 7:26
    Saya tahu, ia nampak pelik kerana
  • 7:26 - 7:30
    sedikit cabang hijau ini juga meliputi lobus tengah di sini;
  • 7:30 - 7:34
    sedikit cabang jingga juga meliputi lobus atas di sini.
  • 7:34 - 7:39
    Tapi, cuba bayangkan,
  • 7:39 - 7:45
    ini ialah peparu dalam bentuk 3 dimensi.
  • 7:45 - 7:49
    Secara literal, kita sedang melihat bahagian depan,
  • 7:49 - 7:52
    tapi sudah tentu lobus tengah juga
    mempunyai bahagian belakang.
  • 7:52 - 7:58
    Jika anda melihat dari belakang, adalah munasabah juga
    kenapa cabang jingga berada di situ.
  • 7:58 - 8:02
    Biar saya teruskan perjalanan udara
    kerana saya mahu tamatkannya.
  • 8:02 - 8:06
    Katakan, kita mengambil cabang ini dan zum masuk.
  • 8:06 - 8:10
    Kita terus mengezum masuk
  • 8:10 - 8:12
    sehingga kita tidak dapat lihatnya dengan mata kasar;
  • 8:12 - 8:16
    tapi anda boleh lihatnya dengan mikroskop.
    Ia akan kelihatan seperti ini.
  • 8:16 - 8:22
    Di bawah mikroskop,
    ia kelihatan seperti pundi-pundi ini.
  • 8:22 - 8:27
    Pundi-pundi ini dipanggil alveolus.
  • 8:27 - 8:31
    udara akan masuk ke dalam alveolus.
  • 8:31 - 8:34
    Ia menemui janlan buntu dan keluar semula.
  • 8:34 - 8:37
    Kemudian, anda menghembuskannya keluar.
    Itulah dia pernafasan.
  • 8:37 - 8:42
    Udara masuk melalui mulut ke alveolus,
    ambil pusingan U dan keluar semula.
  • 8:42 - 8:49
    Tapi sebelum ia keluar semula-
    Saluran darah berada di tepi alveolus.
  • 8:49 - 8:55
    Katakan, darah mengalir dari sini ke situ,
    apa yang akan berlaku ialah,
  • 8:55 - 8:59
    Saya akan mulakan dengan masuk ke dalam darah.
  • 8:59 - 9:05
    Oksigen akan masuk ke dalam darah, manakala
    bahan buangan akan keluar dari darah.
  • 9:05 - 9:09
    Jadi, terdapatnya bahan buangan, iaitu
    karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel-sel.
  • 9:09 - 9:15
    Bahan buangan ini akan dibuang balik ke alveolus.
  • 9:15 - 9:19
    Jadi, anda telah lihat bagaimana oksigen dari luar
  • 9:19 - 9:21
    dibawa masuk ke peparu apabila anda menarik nafas,
  • 9:21 - 9:25
    dibawa masuk ke peparu apabila anda menarik nafas,
  • 9:25 - 9:28
    kemudian, anda menghembus nafas
    dan membebaskan karbon dioksida.
Title:
Meet the lungs | Respiratory system physiology | NCLEX-RN | Khan Academy
Description:

more » « less
Video Language:
English
Team:
Khan Academy
Duration:
09:36

Malay subtitles

Revisions