-
Pelajaran ini dipanggil
Algoritma Tangram.
-
Tangram adalah teka-teki dengan tujuh
kepingan yang boleh disatukan untuk membuat
-
betuk lain, anda akan menggunakan
algoritma untuk menerangkan
-
kepada rakan anda bagaimana untuk
menyelesaikan teka-teki.
-
Algoritma adalah senarai langkah yang
boleh diambil untuk menyelesaikan tugas.
-
Kita menggunakannya setiap hari dengan pelbagai
perkara seperti senarai beli-belah dan resipi.
-
Jika algoritma anda ringkas, terdapat
banyak cara untuk menafsirkannya
-
dan sesiapa yang melakukan algoritma itu mungkin
tidak akan memberikan keputusan yang anda mahu.
-
Jika anda ingin memastikan semua orang
berakhir dengan keputusan yang sama,
-
maka algoritma anda perlu lebih
terperinci dan sangat spesifik.
-
Saya menggunakan algoritma hari ini
untuk melengkapkan satu lukisan.
-
Saya ingin cuba melukiskan beberapa
-
serigala, tetapi saya tidak pandai
melukis.
-
Nasib baik untuk orang seperti saya,
terdapat warna mengikut nombor.
-
Terdapat 40 warna dan ia
mempunyai huruf dan nombor
-
yang memberitahu anda warna manakah untuk
digunakan dalam setiap bahagian ini.
-
Warna mengikut nombor memberitahu saya warna
untuk digunakan dan di mana dengan jelas.
-
Ia sangat spesifik,
jadi saya dapat mengikuti arahan
-
dan lukisan saya akan kelihatan cantik.
-
Ia adalah algoritma yang bagus.
-
Jika arahannya tidak cukup spesifik,
serigala saya tidak akan kelihatan baik.
-
Jadi jika anda benar-benar inginkan
keputusan seperti yang anda rancangkan,
-
ia baik untuk menberi algoritma
yang tepat.