< Return to Video

Formula Arthur Benjamin untuk mengubah pendidikan matematik

  • 0:00 - 0:03
    JIka Presiden Obama
  • 0:03 - 0:07
    menawarkan saya untuk menjadi Ketua Matematik yang baru,
  • 0:07 - 0:10
    maka saya ada satu cadangan untuknya
  • 0:10 - 0:12
    yang saya fikir akan dapat banyak memperbaiki
  • 0:12 - 0:15
    pendidikan matematik di negara ini.
  • 0:15 - 0:17
    Dan ia mudah untuk dilaksanakan
  • 0:17 - 0:19
    dan tidak mahal.
  • 0:19 - 0:21
    Kurikulum matematik kita
  • 0:21 - 0:25
    adalah berdasarkan pada asas aritmetik dan algebra.
  • 0:25 - 0:27
    Dan segala-gala yang kita pelajari selepas itu
  • 0:27 - 0:30
    membina ke arah satu subjek.
  • 0:30 - 0:34
    Dan di puncak piramid itu ialah kalkulus.
  • 0:34 - 0:36
    Dan saya di sini mahu memperkatakan
  • 0:36 - 0:40
    bahawa itu adalah puncak piramid yang salah...
  • 0:40 - 0:42
    puncak yang betul -- di mana semua pelajar kita,
  • 0:42 - 0:44
    setiap lulusan sekolah tinggi perlu tahu --
  • 0:44 - 0:47
    sepatutnya ialah statistik:
  • 0:47 - 0:49
    kebarangkalian dan statistik.
  • 0:49 - 0:51
    (Tepuk tangan)
  • 0:51 - 0:55
    Maksud saya, jangan salah faham. Kalkulus ialah mata pelajaran yang penting.
  • 0:55 - 0:57
    Ia suatu hasil minda manusia yang hebat.
  • 0:57 - 1:01
    Undang-undang alam ditulis dalam bahasa kalkulus.
  • 1:01 - 1:05
    Dan setiap pelajar yang mempelajari matematik, sains, kejuruteraan, ekonomi,
  • 1:05 - 1:07
    mereka tentu belajar kalkulus
  • 1:07 - 1:09
    di akhir tahun pertama di kolej.
  • 1:09 - 1:12
    Dan di sini saya mahu memperkatakan, sebagai seorang profesor matematik,
  • 1:12 - 1:16
    bahawa segelintir orang yang benar-benar menggunakan kalkulus
  • 1:16 - 1:19
    secara sedar, bermakna dan dalam kehidupan seharian mereka.
  • 1:19 - 1:21
    Sebaliknya,
  • 1:21 - 1:24
    statistik – itu satu mata pelajaran yang anda boleh,
  • 1:24 - 1:27
    dan patut menggunakannya secara harian. Betul?
  • 1:27 - 1:30
    Ia mengenai risiko. Mengenai ganjaran. Mengenai kerawakan.
  • 1:30 - 1:32
    Mengenai pemahaman data.
  • 1:32 - 1:34
    Saya fikir jika pelajar kita, jika pelajar sekolah tinggi kita --
  • 1:34 - 1:36
    jika semua warga Amerika --
  • 1:36 - 1:39
    faham mengenai kebarangkalian dan statistik,
  • 1:39 - 1:42
    kita tidak akan berada dalam kecelaruan ekonomi yang kita hadapi sekarang.
  • 1:42 - 1:45
    Bukan sahaja – terima kasih – bukan sahaja itu...
  • 1:45 - 1:48
    [tetapi] jika ia diajarkan dengan betul, ia menyeronokkan.
  • 1:48 - 1:50
    Maksud saya, kebarangkalian dan statistik,
  • 1:50 - 1:54
    ia adalah matematik permainan dan perjudian.
  • 1:54 - 1:58
    Ia adalah menganalisis tren. Meramalkan masa depan.
  • 1:58 - 2:00
    Lihat, dunia telah berubah
  • 2:00 - 2:03
    dari analog kepada digital.
  • 2:03 - 2:06
    Dan sudah masanya kurikulum matematik kita berubah
  • 2:06 - 2:08
    dari analog kepada digital.
  • 2:08 - 2:12
    Dari matematik yang lebih klasikal dan selanjar,
  • 2:12 - 2:15
    kepada matematik yang lebih moden, diskret.
  • 2:15 - 2:17
    Matematik ketidakpastian,
  • 2:17 - 2:19
    kerawakan, data --
  • 2:19 - 2:22
    dan itulah kebarangkalian dan statistik.
  • 2:22 - 2:24
    Ringkasnya, daripada pelajar kita
  • 2:24 - 2:27
    belajar teknik kalkulus,
  • 2:27 - 2:30
    saya fikir adalah lebih bererti
  • 2:30 - 2:33
    jika mereka faham apa itu dua sisihan piawai
  • 2:33 - 2:36
    dari min. Dan saya bersungguh-sungguh mengenainya.
  • 2:36 - 2:38
    Terima kasih banyak.
  • 2:38 - 2:41
    (Tepuk tangan)
Title:
Formula Arthur Benjamin untuk mengubah pendidikan matematik
Speaker:
Arthur Benjamin
Description:

Orang sering bertanya guru matematik, “Adakah saya akan menggunakan kalkulus dalam kehidupan saya?” Dan bagi kebanyakan kita, ujar Arthur Benjamin, jawapannya ialah tidak. Beliau mengemukakan satu usul yang berani mengenai bagaimana menjadikan pendidikan matematik relevan dalam zaman digital.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
02:42
Rudy Herman Sinen added a translation

Malay subtitles

Revisions