Malay subtitles

← Siri Pembelajaran OTP 03: Cara mencari video

Get Embed Code
30 Languages

Showing Revision 10 created 12/13/2016 by Rudy Herman Sinen.

  1. [Cara mencari video]
  2. Umumnya, terdapat dua cara
    untuk mencari bahan tugasan.
  3. Anda boleh mula dengan video tertentu
    atau lihat tugasan tersedia.
  4. Bagaimana untuk mula
    dengan video tertentu?
  5. Cari video TEDTalk, TEDxTalk
    atau video TED-Ed
  6. yang anda rasa menarik.
  7. Tonton video terlebih dahulu,
  8. untuk memastikannya tidak
    terlampau pendek atau panjang
  9. terlampau teknikal, atau mungkin
    tidak cukup teknikal untuk anda!
  10. Setelah anda membuat pilihan,
  11. salin tajuk atau nama penceramah,
  12. pergi ke Amara.org,
  13. dan buat semula langkah ini
    di antara muka Amara.
  14. Pertama, pastikan anda log masuk
    menggunakan profil TED.
  15. Kemudian halakan tetikus
    ke arah nama pengguna anda
  16. dan pilih "TED" daripada senarai kumpulan
    pada bahagian bawah
  17. Pada halaman kumpulan, klik tab "Tasks".
  18. Di sini, anda akan nampak
    banyak penapis berguna
  19. yang akan bantu anda
    mencari video anda
  20. Video ini dibahagikan
    kepada beberapa projek:
  21. TEDTalks, TEDxTalks, TED-Ed,
    OTP Resources dan Best of TEDxTalks.
  22. Tetapan lalai di sini ialah "TEDTalks,"
  23. tapi jika video yang anda cari
    bukan TEDTalk,
  24. pilih salah satu dari projek lain
    dalam senarai tersebut
  25. atau hanya klik "any project"
    untuk cari dimana-mana.
  26. Setelah senarai tugasan segar semula,
  27. tampal nama penceramah atau
    tajuk ceramah ke dalam kotak pencarian
  28. dan tekan Enter.
  29. Anda akan nampak tugasan
    yang terdapat dalam bahasa anda.
  30. Sekarang pergi ke video,
  31. dan klik "Start Now"
  32. Biar saya berikan pembayang!
  33. Semasa mencari TEDTalks,
  34. gunakan hanya nama penceramah
    atau sekadar tajuk,
  35. atau buang tanda titik bertindih
    dari tajuk penuh, seperti ini.
  36. Jika anda cari tajuk penuh
    dengan titik bertindih di dalamnya,
  37. ia akan memerangkap sistem dan
    tiada keputusan akan diperolehi.
  38. Ataupun, jika anda tidak menemui
    tugasan untuk video yang dicari,
  39. ia bermakna sukarelawan lain
    sudah mengambilnya.
  40. Jangan putus asa,
    dan teruskan mencari ceramah lain!
  41. Sekarang kita bincang cara lain
    mencari bahan
  42. dengan melihat tugasan yang tersedia.
  43. Jika anda tidak memikirkan
    sebarang video yang khusus,
  44. semak tugasan tersedia
    dalam projek kami.
  45. Mari berseronok dengan
    penapis di sini.
  46. Pertama, bergantung kepada
    apa yang anda mahu lakukan,
  47. pilih jenis tugasan yang anda cari.
  48. Contoh, tugas "Translate".
  49. Kemudian pilih projek.
  50. Tetapan lalai ialah "TEDTalks,"
  51. tapi ada yang lebih menarik
    untuk dilakukan di sini.
  52. Selain video TEDxTalks
    dan TED-Ed,
  53. anda boleh lakukan sarikata
    untuk video tutorial seperti ini,
  54. dalam "OTP Resources,"
  55. atau semak sorotan terpilih
  56. daripada koleksi am TEDxTalks,
  57. dalam projek "Best of TEDxTalks"
  58. Pilih satu projek, dan anda akan terima
    senarai video yang perlukan bantuan anda.
  59. Jika anda tidak menemui
    sebarang tugas kosong,
  60. pilihlah projek lain
    daripada senarai tersebut.
  61. Dan sekarang,
    selamat mentranskripsi dan menterjemah!