Return to Video

Apa yang berlaku apabila seorang ahli teknologi Lembah Silikon bekerja untuk kerajaan

  • 0:01 - 0:02
    Hai semua.
  • 0:02 - 0:03
    Nama saya Matt Cutts,
  • 0:03 - 0:08
    dan saya bekerja di Google
    selama hampir 17 tahun.
  • 0:08 - 0:10
    Sebagai jurutera yang
    mahir di sana,
  • 0:10 - 0:14
    Saya berada ditahap agak tinggi
    di ekosistem Lembah Silikon.
  • 0:14 - 0:17
    Lalu saya putuskan mengikut
    beberapa orang yang berinspirasi
  • 0:17 - 0:21
    dan melakukan lawatan singkat
    di Perkhidmatan Digital AS.
  • 0:21 - 0:24
    Mereka adalah pakar komputer yang
    membantu selamatkan HealthCare.gov
  • 0:24 - 0:28
    apabila laman web itu tidak berfungsi
    dengan teruknya pada tahun 2013.
  • 0:28 - 0:29
    Ya.
  • 0:29 - 0:32
    Jadi saya mendaftar untuk lawatan
    tiga ke enam bulan,
  • 0:32 - 0:34
    dan hampir tiga tahun kemudian,
  • 0:34 - 0:36
    saya masih di Washington DC,
  • 0:36 - 0:38
    bekerja untuk kerajaan persekutuan,
  • 0:38 - 0:42
    kerana kerajaan benar-benar memerlukan
    ahli teknologi pada masa ini.
  • 0:42 - 0:43
    Di tempat kerja lama saya,
  • 0:43 - 0:46
    setiap bilik mempunyai alat
    persidangan video
  • 0:46 - 0:48
    diintegrasi dengan kalendar,
  • 0:48 - 0:52
    kabel kuasa telah terbina
    ke dalam perabot.
  • 0:52 - 0:55
    Apabila saya berpindah ke agensi kerajaan,
  • 0:55 - 0:58
    saya terpaksa panggil seseorang
    memasang persidangan telefon.
  • 0:58 - 1:00
    Dan bila berpindah ke pejabat baru,
  • 1:00 - 1:02
    kami tidak mempunyai perabot seketika,
  • 1:02 - 1:04
    jadi kami memasang telefon di atas
    tong sampah.
  • 1:06 - 1:09
    Salah satu perkara yang mengejutkan saya,
    bila berpindah ke DC,
  • 1:09 - 1:13
    adalah bagaimana kerajaan masih
    perlu berurusan menggunakan kertas.
  • 1:14 - 1:16
    Ini adalah satu bangunan di Winston-Salem,
  • 1:16 - 1:17
    North Carolina,
  • 1:17 - 1:19
    di mana orang ramai bimbang
  • 1:19 - 1:22
    bahawa bangunan itu
    mempunyai struktur tidak kukuh
  • 1:22 - 1:24
    daripada menampung berat semua kertas itu.
  • 1:24 - 1:26
    Ya.
  • 1:26 - 1:27
    Kertas punyai kelemahan.
  • 1:27 - 1:28
    Berikut adalah kuiz pop:
  • 1:28 - 1:32
    Jika nama akhir anda bermula dengan H
    atau selepasnya,
  • 1:32 - 1:35
    H atau selepasnya, bolehkah anda
    angkat tangan?
  • 1:37 - 1:38
    Wau.
  • 1:38 - 1:39
    Saya ada berita buruk:
  • 1:39 - 1:41
    Rekod veteran anda
    mungkin telah termusnah
  • 1:41 - 1:43
    dalam kebakaran tahun 1973.
  • 1:43 - 1:44
    (Ketawa)
  • 1:44 - 1:45
    Ya.
  • 1:45 - 1:50
    Proses kertas juga perlahan
    dan lebih terdedah kepada kesilapan.
  • 1:50 - 1:51
    Jika anda seorang veteran
  • 1:51 - 1:53
    dan anda memohon
    mendapatkan faedah kesihatan
  • 1:53 - 1:55
    menggunakan borang kertas,
  • 1:55 - 1:59
    anda mungkin perlu menunggu berbulan-bulan
    untuk borang itu diproses.
  • 1:59 - 2:01
    Kami menggantikannya dengan borang web,
  • 2:01 - 2:03
    dan kini kebanyakan veteran tahu
  • 2:03 - 2:05
    samada mereka dapat akses
    kepada faedah kesihatan
  • 2:05 - 2:07
    dalam masa 10 minit.
  • 2:07 - 2:10
    (Tepukan)
  • 2:10 - 2:12
    Satu lagi pelancaran yang saya bangga.
  • 2:12 - 2:14
    Kami bekerja dengan Pentadbiran
    Peniaga Kecil
  • 2:14 - 2:17
    untuk memindah salah satu sistem mereka
    dari kertas ke digital.
  • 2:17 - 2:19
    Jadi ini adalah gambar sebelumnya,
  • 2:19 - 2:22
    dan ini adalah selepas.
  • 2:22 - 2:24
    Kubikel yang sama, orang yang sama,
  • 2:24 - 2:26
    hanya sistem yang lebih baik untuk semua.
  • 2:27 - 2:31
    Pada satu ketika, kami mahu meraikan
    pemodenan sistem yang berbeza,
  • 2:31 - 2:33
    dan jadi kami pergi ke kedai runcit
  • 2:33 - 2:34
    dan berkata, "Boleh anda buat kek
  • 2:34 - 2:37
    dan hiasnya dengan borang
    yang telah kami digitkan?"
  • 2:37 - 2:41
    Dan pekedai runcit itu berasa sungguh
    pelik di atas permintaan kami.
  • 2:41 - 2:44
    Mereka mahu satu surat yang mempunyai
    kepala surat rasmi kerajaan,
  • 2:44 - 2:47
    Baik, kami memang kerja kerajaan,
    jadi kami tulis surat mengatakan,
  • 2:47 - 2:49
    "Anda boleh menggunakan borang
    domain awam ini
  • 2:50 - 2:53
    di atas kek untuk tujuan
    sambutan perayaan."
  • 2:53 - 2:55
    (Ketawa)
  • 2:55 - 2:58
    Menjadi bahan lawak tidak lucu
    isi borang tiga kali ganda kek.
  • 2:58 - 2:59
    Ya, lawak bodoh dalam kerajaan.
  • 3:00 - 3:02
    Setelah bercakap banyak mengenai
    kertas,
  • 3:02 - 3:06
    kami juga boleh memperbaiki
    sistem komputer yang tidak berfungsi.
  • 3:06 - 3:08
    Kami membawa amalan teknologi moden,
  • 3:08 - 3:12
    seperti reka bentuk terpusat pengguna
    dan penyimpanan data awan,
  • 3:12 - 3:14
    dan kami juga menolong
    memperbaiki sistem perolehan.
  • 3:14 - 3:17
    Ternyata kerajaan membeli perisian
  • 3:17 - 3:22
    dengan cara yang sama seperti membeli
    kerusi dan kek dan kereta kebal:
  • 3:22 - 3:27
    daripada peraturan kerajaan yang lebih
    daripada 1,000 muka surat panjangnya.
  • 3:27 - 3:31
    Jadi ya, ada beberapa perkara tidak
    terurus dalam kerajaan pada masa ini.
  • 3:31 - 3:34
    Tapi jika fikir Lembah Silikon adalah
    penyelamat dalam cerita ini,
  • 3:34 - 3:35
    (Ketawa)
  • 3:35 - 3:37
    andaian anda adalah salah.
  • 3:37 - 3:40
    Mereka mempunyai minda terbaik
    dan bijak dalam teknologi
  • 3:40 - 3:42
    mengerjakan syarikat pemula
    hantar makanan
  • 3:42 - 3:43
    dan skuter
  • 3:43 - 3:47
    dan bagaimana menghantar marijuana
    kepada orang dengan cara lebih baik lagi.
  • 3:47 - 3:51
    Adakah itu perkara yang paling penting
    untuk dilakukan sekarang?
  • 3:52 - 3:56
    Mereka di Lembah Silikon suka bercakap
    membuat dunia tempat yang lebih baik.
  • 3:56 - 4:00
    Tetapi anda boleh rasakan impak anda
    dengan keyakinan yang lebih mendalam
  • 4:00 - 4:01
    dengan kerajaan.
  • 4:02 - 4:05
    Dia merupakan seorang yang bapanya
    telah meninggal dunia.
  • 4:05 - 4:07
    Dia mencari saya di Twitter
  • 4:07 - 4:10
    untuk mengatakan sistem yang kami perbaiki
  • 4:10 - 4:12
    berfungsi baik untuknya dimasa sukar.
  • 4:13 - 4:16
    Masa yang sukar itulah
    masa kerajaan perlu berfungsi lancar
  • 4:16 - 4:19
    dan sebab mengapa kita perlu pembaharuan
    dalam kerajaan.
  • 4:19 - 4:21
    Saya ada pengakuan untuk dibuat.
  • 4:21 - 4:22
    Semasa saya datang ke DC,
  • 4:22 - 4:26
    saya kadang kala guna perkataan
    seperti birokrat.
  • 4:26 - 4:27
    Baru-baru ini,
  • 4:27 - 4:31
    saya lebih cenderung untuk guna
    perkataan penjawat awam.
  • 4:31 - 4:34
    Seperti Francine, yang boleh membuat
    anda menangis.
  • 4:34 - 4:35
    Paling tidak, dia buat saya menangis,
  • 4:35 - 4:38
    kerana dia sangat berinspirasi.
  • 4:38 - 4:42
    Saya juga sangat bangga
    dengan rakan sekerja saya.
  • 4:42 - 4:46
    Mereka akan bekerja
    melalui situasi tidak logik
  • 4:46 - 4:49
    dan bekerja sampai malam
    untuk mendapat hasil yang betul.
  • 4:50 - 4:52
    Kerajaan tidak boleh membayar
    bonus gaji yang besar,
  • 4:52 - 4:56
    jadi kami akhirnya membuat
    anugerah kami sendiri.
  • 4:56 - 4:59
    Maskot kami adalah seekor ketam
    yang bernama Molly.
  • 4:59 - 5:03
    Dan sebenarnya anugerah itu ialah
    dompet bentuk ketam,
  • 5:03 - 5:04
    diskrukan ke atas sekeping logam.
  • 5:06 - 5:09
    Kini, saya kurang percaya dengan
    penyelesaian mudah.
  • 5:09 - 5:11
    yang boleh membetulkan segala-galanya.
  • 5:12 - 5:14
    Saya lebih banyak percaya
  • 5:14 - 5:16
    terhadap orang yang datang membantu.
  • 5:17 - 5:20
    Jika anda sedang mencari sesuatu
    yang sangat bermakna --
  • 5:20 - 5:25
    dan pendedahan penuh,
    kadang kala mengecewakan --
  • 5:25 - 5:27
    ini yang perlu anda tahu.
  • 5:27 - 5:29
    Terdapat sesuatu perkara yang sukar
  • 5:29 - 5:34
    dan tidak kemas dan penting
    dan magik sedang berlaku
  • 5:34 - 5:37
    apabila penjawat awam menjadi
    rakan kongsi ahli teknologi
  • 5:37 - 5:40
    di peringkat bandar dan negeri
    dan kebangsaan.
  • 5:40 - 5:42
    Anda tidak perlu melakukan
    selama-lamanya.
  • 5:42 - 5:46
    Tetapi anda boleh memperbaiki
    perkhidmatan awam
  • 5:46 - 5:47
    sekarang.
  • 5:47 - 5:49
    Terima kasih.
  • 5:49 - 5:52
    (Tepukan)
Title:
Apa yang berlaku apabila seorang ahli teknologi Lembah Silikon bekerja untuk kerajaan
Speaker:
Matt Cutts
Description:

Bagaimana jika kerajaan beroperasi seperti Lembah Silikon? Jurutera Matt Cutts berkongsi kenapa dia memutuskan untuk meninggalkan Google (di mana dia telah bekerja selama hampir 17 tahun) untuk kerjaya dalam kerajaan AS - dan menekankan jika anda mahu memberi kesan kepada sesuatu, pergilah ke tempat yang paling memerlukan bantuan anda.

more » « less
Video Language:
English
Team:
closed TED
Project:
TEDTalks
Duration:
06:04

Malay subtitles

Revisions