Return to Video

CIVIX Explains : Bentuk Maklumat Yang Salah

  • 0:00 - 0:04
    ♪ (muzik) ♪
  • 0:16 - 0:19
    Untuk memerangi maklumat yang salah
    dan mengelirukan
  • 0:19 - 0:22
    elok jika kita dapat mengenali
    beberapa rupanya.
  • 0:23 - 0:27
    Berikut lima bentuk lazim akan
    kesilapan maklumat & maklumat salah
  • 0:27 - 0:28
    yang boleh kita kenali.
  • 0:29 - 0:30
    REKAAN
  • 0:31 - 0:35
    Satu kisah atau dakwaan fiksyen
    dikatakan kandungan rekaan.
  • 0:35 - 0:38
    Orang boleh mencipta cerita atas
    sebab-sebab politik
  • 0:38 - 0:40
    tetapi kebanyakan motif adalah duit.
  • 0:41 - 0:43
    Pemilik laman web mengaut
    hasil melalui iklan terpapar
  • 0:43 - 0:45
    sebelah siaran kandungan mereka.
  • 0:45 - 0:47
    Lagi banyak klik, lagi banyak duit dibuat.
  • 0:49 - 0:51
    PENYAMARAN
  • 0:51 - 0:55
    Laman samaran cuba memperbodoh orang
    dengan meniru organisasi berita sahih.
  • 0:56 - 0:59
    Menggunakan URL dan logo laman
    yang terkenal, mungkin diubah sedikit saja
  • 0:59 - 1:02
    supaya orang percaya yang
    mereka melihat sesuatu yang benar.
  • 1:02 - 1:04
    Matlamatnya untuk memperdayakan orang
  • 1:04 - 1:07
    dengan mempercayai dan
    berkongsi maklumat tidak betul.
  • 1:08 - 1:10
    CLICKBAIT
  • 1:10 - 1:13
    Tajuk clickbait direka untuk
    mencipta perasaan ingin tahu
  • 1:13 - 1:16
    supaya orang menekan butang klik
    untuk mengetahui lebih lanjut.
  • 1:17 - 1:19
    Clickbait menaikkan minat
    dengan menokok tambah,
  • 1:20 - 1:21
    bahasa emosi
  • 1:22 - 1:23
    atau mewujudkan suspens.
  • 1:24 - 1:27
    Wang dari iklan adalah
    alasan disebalik clickbait.
  • 1:29 - 1:30
    MEMANIPULASI
  • 1:30 - 1:34
    Kandungan dimanIpulasi adalah
    maklumat benar yang digubah maksudnya
  • 1:34 - 1:37
    contohnya gambar atau video
    yang menggambarkan sesuatu
  • 1:37 - 1:38
    tetapi tiada dalam yang asal.
  • 1:39 - 1:43
    Imej visual cepat menarik perhatian
    emosi kita berbanding kata-kata
  • 1:43 - 1:45
    jadi ia cara mudah untuk
    menyebarkan maklumat yang salah.
  • 1:47 - 1:49
    KONTEKS PALSU
  • 1:49 - 1:54
    Konteks palsu wujud bila gambar
    sebenar terkait dengan cerita tidak tepat.
  • 1:54 - 1:58
    Ini adalah bentuk kesilapan dan
    maklumat yang salah paling biasa.
  • 1:58 - 2:00
    Satu imej yang tidak digubah dengan
    mudahnya mengelirukan
  • 2:00 - 2:03
    melalui penambahan
    tajuk atau kandungan yang palsu.
  • 2:05 - 2:07
    Mengetahui kosa kata pencemaran maklumat
  • 2:07 - 2:11
    adalah langkah penting untuk menjadi
    pengguna maklumat yang mahir.
  • 2:11 - 2:13
    ♪ (muzik) ♪
Title:
CIVIX Explains : Bentuk Maklumat Yang Salah
Description:

Untuk memerangi maklumat palsu dan mengelirukan, adalah berguna untuk mengenali pelbagai bentuk yang boleh diambil. Berikut ialah lima jenis kesilapan dan maklumat salah yang biasa perlu diperhatikan.

more » « less
Video Language:
English
Team:
Amplifying Voices
Project:
CIVIX
Duration:
02:26

Malay subtitles

Incomplete

Revisions Compare revisions