Return to Video

Identifying Percent Amount and Base

  • 0:00 - 0:08
    Kita diminta untuk mengenal pasti peratus, jumlah dan nombor dasar bagi soalan ini.
  • 0:08 - 0:12
    Soalannya ialah nombor apakah yang 25% daripadanya adalah 150?
  • 0:12 - 0:20
    Kita boleh fikirkannya sebagai kita perlu mendarab 25% dengan sesuatu nombor, dan saya akan tuliskan 25% dalam kuning.
  • 0:20 - 0:35
    25% kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150.
  • 0:35 - 0:40
    Jadi peratusnya mudah saja, iaitu 25% di sini.
  • 0:40 - 0:45
    Maka inilah peratusnya. Ini peratus.
  • 0:45 - 0:50
    Dan kita akan darabkan peratus ini dengan sesuatu nombor dasar. Jadi nombor di sini adalah dasarnya
  • 0:50 - 0:57
    dan peratus kali nombor dasar adalah bersamaan dengan sesuatu jumlah.
  • 0:57 - 1:06
    Dan kamu boleh cuba fikirkan.
  • 1:06 - 1:11
    Soalan ini sebenarnya bermaksud 25% darab dengan sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150.
  • 1:11 - 1:19
    Untuk memudahkannya lagi, kita juga boleh tuliskannya sebagai 0.25 (yang sebenarnya sama dengan 25%).
  • 1:19 - 1:27
    0.25 kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150.
  • 1:27 - 1:32
    Dan kita perlu fikirkan - adakah nombor ini sepatutnya lebih besar atau lebih kecil daripada 150?
  • 1:32 - 1:35
    Baik, kalau kita hanya mengambil 25% daripada nombor tersebut, ataupun 25/100 daripada nombor tersebut.
  • 1:35 - 1:46
    Yang juga bersamaan dengan 1/4. 25% adalah bersamaan dengan 1/4. Kita ambil 1/4 daripada nombor tersebut, maka nombor tersebut adalah lebih besar daripada 150.
  • 1:46 - 1:50
    Dan ia adalah 4 kali lebih besar daripada 150.
  • 1:50 - 1:52
    Untuk mendapat nombor tersebut,
  • 1:52 - 1:57
    kita perlu membuat pendaraban, kerana ungkapan di sebelah kiri adalah sama dengan di sebelah kanan.
  • 1:57 - 2:01
    Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mendarab dua-dua belah persamaan ini dengan 4.
  • 2:01 - 2:05
    Ini adalah kerana kalau saya darabkan ungkapan di sebelah kiri
  • 2:05 - 2:08
    dengan 4, saya juga perlu darabkan 4 di sebelah kanan untuk mendapat
  • 2:08 - 2:09
    nilai yang sama.
  • 2:09 - 2:16
    4 kali 0.25 (atau 4 kali 25% atau kali 1/4), ia adalah bersamaan dengan 1.
  • 2:16 - 2:21
    Dan nombor dasar ini adalah bersamaan dengan 150 kali 4.
  • 2:21 - 2:24
    Yang juga bersamaan dengan 600.
  • 2:24 - 2:28
    Dan ia adalah masuk akal, kerana 25% daripada 600 adalah 150.
  • 2:28 -
    1/4 daripada 600 adalah 150.
Title:
Identifying Percent Amount and Base
Description:

u5_l2_t1_we1 Identifying Percent Amount and Base

more » « less
Video Language:
English
Duration:
02:32

Malay subtitles

Revisions