-
Resipi bagi mufin oat pisang memerlukan 3/4 cawan
-
oat sebagai bahannya.
-
Anda ingin membuat 1/2 resipinya.
-
Berapakah oat yang anda perlukan?
-
Jadi satu resipi ini memerlukan 3/4 cawan dan
-
kamu hanya ingin membuat separuh daripada resipi tersebut, maka
-
kamu perlukan separuh daripada 3/4, kan?
-
Kamu inginkan separuh daripada jumlah oat yang diperlukan
-
dalam resipinya.
-
Jadi kamu inginkan 1/2 daripada 3/4.
-
Kamu hanya perlu darabkan 1/2 dengan 3/4, dan ini adalah bersamaan dengan --
-
kamu darabkan pengangkanya.
-
1 kali 3 adalah 3.
-
2 kali 4 adalah 8.
-
Dan dapatlah kita jawapannya.
-
Kamu perlukan 3/8 cawan oat.
-
Mari kita cuba menggambarkan contoh ini supaya kamu dapat
-
lebih fahaminya.
-
Saya akan lukiskan 3/4, iaitu jumlah oat yang kamu perlukan
-
kalau kamu buatkan
-
ikut resipi asalnya,
-
Biar saya lukiskan.
-
Katakanlah ini mewakili satu cawan. dan jika kita bahagikannya
-
kepada 4 -- biar saya lukiskan lebih cantik lagi.
-
Jadi kita dah bahagikan kepada 4, dan 3/4 akan diwakili 3 daripadanya,
-
jadi itulah satu, dua, tiga.
-
3/4 adalah sebanyak oat ini.
-
Sekarang kita nak separuh daripada ini, kan?
-
Sebab kita nak buatkan separuh daripada resipinya.
-
Maka kita boleh bahagikannya kepada dua.
-
Biar saya lakukan dalam warna baru.
-
Jadi kalau ikut resipi kamu perlukan jumlah oat dalam warna oren ini, tapi
-
kita akan buatkan separuh daripada resipinya, jadi
-
kita hanya perlukan separuh daripadanya.
-
Kamu perlukan oat sebanyak ini.
-
Sekarang mari kita bandingkan jumlah ini
-
dengan jumlah dalam satu cawan.
-
Kita boleh lakukannya dengan membahagikan lagi empat
-
kepingan ini, ataupun empat bahagian cawan ini
-
kepada lapan bahagian cawan.
-
Mari kita buatkan.
-
Untuk lakukannya, kita perlu menjadikan setiap kepingan ini, setiap 1/4 ini
-
kepada dua kepingan.
-
Mari kita bahagikan setiap ini kepada dua.
-
Jadi ini kepingan pertama.
-
Kita akan membahagikannya kepada dua, dan kita akan dapat
-
dua kepingan sekarang.
-
Bergerak kepada kepingan kedua di sini.
-
Kita akan membahagikannya kepada dua kepingan.
-
Kepingan ketiga, kita bahagikannya kepada dua,
-
dan kepingan keempat, ataupun bahagian keempat,
-
kita bahagikannya kepada dua bahagian.
-
Sekarang, apakah pecahan ini daripada seluruh kepingan besar ini?
-
Baik, kita ada lapan kepingan kecil sekarang, kan?
-
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, kerana kita
-
telah membahagikan setiap empat keping ini kepada dua,
-
jadi sekarang kita ada 8 sebagai penyebut, dan kita inginkan
-
separuh daripada 3/4, betul?
-
Ingat ya, 3/4 adalah dalam warna oren.
-
Saya ingin menjelaskan lagi kerana lukisan ini
-
mungkin akan mengelirukan kamu.
-
Ini adalah 3/4.
-
Jadi ini 3/4.
-
Bahagian dalam warna ungu ini adalah separuh daripada 3/4.
-
Jadi, daripada lapan kepingan kecil ini,
-
berapakah jumlah kepingan bahagian ungu?
-
Baik, kamu ada satu bahagian kecil di sini, dua bahagian kecil
-
di sini, tiga bahagian kecil di sini, maka ia adalah 3/8.
-
Harap-harap kamu telah mendapat ideanya ataupun
-
konsepnya bagi contoh masalah ini, di mana kamu
-
mengambil 1/2 daripada 3/4.