-
Satu setem pos berharga $0.44. Berapakah harga satu gulung yang mengandungi 1000 setem?
-
Dan sebenarnya ada dua cara untuk menyelesaikan ini, dan saya akan menunjukkan kedua-duanya supaya anda tahu bahawa semuanya berkesan.
-
Satu adalah cara yang lebih cepat, tetapi saya mahu memastikan yang anda memahami mengapa ia berkesan.
-
Dan kemudian kita akan mengujinya untuk memastikan yang ia memberikan jawapan yang betul
-
dengan menggunakan cara yang lebih tradisional iaitu pendaraban perpuluhan.
-
Jadi, kita bermula dengan $0.44. Saya tuliskan 0.44.
-
Itu adalah satu setem, jadi ini adalah satu setem. Saya akan menulisnya seperti ini, 1 setem.
-
Berapakah harga 10 setem?
-
Jikalau 1 setem adalah $0.44, maka 10 setem,
-
kita boleh menggerakkan perpuluhan itu ke kanan sebanyak satu tempat,
-
dan sekarang ia akan menjadi, dan sekarang sifar di hadapan ini tidak berguna,
-
jadi sekarang ia akan menjadi $4.4. Ataupun, sekiranya anda mahu menjelaskannya, ia akan menjadi $4.40.
-
Sekarang, apakah akan terjadi sekiranya anda mahukan seratus setem? 100 setem.
-
Idea yang sama akan berlaku.
-
Kita sekarang mengambil 10 kali lebih jadi kita akan menggerakkan perpuluhan ke sebelah kanan sebanyak sekali.
-
Jadi, seratus setem akan berharga $44.00.
-
Dan ini sepatutnya anda boleh fahami.
-
Jikalau satu setem adalah 44 perseratus daripada satu dolar, maka seratus setem akan menjadi
-
44 perseratus daripada seratus dolar, atau $44. Ataupun, anda boleh menganggap yang
-
kita telah menggerakkan perpuluhan itu sebanyak satu tempat.
-
Jadi sekiranya kita mahukan seribu setem, sekiranya kita mahukan 1000 setem,
-
kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kanan lagi sekali.
-
Menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan adalah sama dengan mendarabkan ia dengan sepuluh. Jadi ia akan menjadi $440.
-
Sekarang, kita boleh menambahkan lagi satu kosong di belakang untuk menjelaskan bahawa tiada sen di sini.
-
Jadi jikalau anda mahu menyelesaikannya dengan cepat, anda boleh bermula dengan $0.44.
-
Dan anda boleh mengatakan, lihat, saya tidak mendarab dengan sepuluh. Saya tidak mendarab dengan seratus.
-
Saya mendarab dengan seribu. Anda perlu meletakkan lagi satu kosong di belakang sini.
-
Dan anda akan menggerakkan perpuluhan dari sini ke sini.
-
Anda telah mendarabkan ini, darab sepuluh darab sepuluh darab sepuluh, yang adalah seribu.
-
Jadi ini akan menjadi $440.
-
Jadi mari kita pastikan sama ada ini adalah sama dengan jikalau kita mendarab dengan cara yang tradisional
-
iaitu cara kita mendarab perpuluhan. Jadi jikalau anda mempunyai 1000 darab $0.44.
-
Jadi anda bermula di sini. 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4.
-
Ataupun anda boleh mengatakan, hei, ini adalah 4 darab seribu.
-
Kemudian kita akan bergerak sebanyak satu tempat, jadi kita akan menambah satu kosong.
-
Dan kita, sekali lagi, akan mendapat 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4.
-
Ataupun kita baru sahaja membuat 4 darab seribu. Jadi itu adalah 4000,
-
jikalau anda tidak mengambil kira kosong ini yang kita telah tambahkan di sini
-
kerana kita bergerak sebanyak satu tempat ke kiri.
-
Dan kemudian kita tidak mempunyai apa-apa lagi. Saya tidak langsung memikirkan tentang perpuluhan itu sehingga sekarang.
-
Setakat ini saya melihatnya sebagai seribu darab 44. Saya telah mengabaikan perpuluhan itu.
-
Jadi jikalau ia adalah seribu darab 44,
-
kita akan mendapat 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 4 tambah 0 adalah 4,
-
4 tambah tiada apa-apa adalah 4. Dan sekiranya anda mengabaikan perpuluhan itu, ia akan menjadi jelas.
-
Sebab seribu darab 4 adalah 4000 dan seribu darab 40 akan menjadi 40 000.
-
Jadi anda akan mendapat 44 000. Tetapi ini bukan 44. Ini adalah 44 perseratus.
-
Kita mempunyai, antara kedua-dua nombor itu, dua nombor di belakang titik perpuluhan itu.
-
Jadi kita memerlukan dua nombor di belakang atau ke sebelah kanan titik perpuluhan dalam jawapan kita.
-
Jadi satu, dua. Di sana.
-
Jadi, sekali lagi, kita mendapat $440.00 untuk seribu setem itu.