Return to Video

TAJUK: Pembahagian Perpuluhan Dengan Kuasa 10

  • 0:01 - 0:04
    Kita disuruh membahagi 99.061 atau
  • 0:04 - 0:08
    sembilan puluh sembilan dan enam puluh satu perseribu dengan 100.
  • 0:08 - 0:09
    Dan ada beberapa cara untuk melakukannya
  • 0:09 - 0:11
    tetapi dalam video ini, saya hanya akan menumpukan perhatian
  • 0:11 - 0:13
    terhadap cara yang lebih cepat untuk memikirkannya.
  • 0:13 - 0:14
    Dan saya berharap anda dapat memahaminya.
  • 0:14 - 0:17
    Dan itu juga fokusnya. Yang ianya boleh difahami oleh anda.
  • 0:17 - 0:20
    Mari kita fikirkan tentang ianya untuk sebentar.
  • 0:20 - 0:27
    Jadi 99.061. Jadi jikalau anda membahagi ini dengan 10,
  • 0:27 - 0:28
    untuk menjelaskan apa yang saya maksudkan,
  • 0:28 - 0:31
    jikalau kita membahagi ini dengan 10, apa yang akan kita dapat?
  • 0:31 - 0:34
    Kita akan menggerakkan tempat perpuluhan itu
  • 0:34 - 0:37
    sebanyak satu tempat ke kiri. Dan itu sepatutnya boleh anda fahami
  • 0:37 - 0:39
    kerana kita mempunyai nilai yang lebih sedikit daripada 99.
  • 0:39 - 0:43
    Jikalau anda mengambil 99 dibahagi dengan 10, anda sepatutnya memperolehi nilai yang lebih sedikit daripada 9.
  • 0:43 - 0:46
    Jadi anda akan menggerakkan tempat perpuluhan itu
  • 0:46 - 0:49
    sebanyak satu ke sebelah kiri apabila anda membahagi dengan 10.
  • 0:49 - 0:55
    Jadi ini akan menjadi sama dengan 9.9061.
  • 0:55 - 0:58
    Jikalau anda membahaginya dengan 100,
  • 0:58 - 1:01
    yang sebenarnya fokus masalah ini,
  • 1:01 - 1:06
    jadi jikalau kita membahagi 99.061 dibahagi dengan 100.
  • 1:06 - 1:08
    Jikalau kita menggerakkan tempat perpuluhan itu sekali ke sebelah kiri,
  • 1:08 - 1:10
    kita membahagi dengan 10.
  • 1:10 - 1:13
    Untuk membahaginya dengan 100, kita perlu membahaginya dengan 10 lagi sekali.
  • 1:13 - 1:16
    Jadi kita gerakkannya sebanyak dua kali. Jadi satu, dua kali.
  • 1:16 - 1:21
    Dan sekarang tempat perpuluhan itu terletak di hadapan 9 yang pertama itu.
  • 1:21 - 1:26
    Ini juga sepatutnya anda fahami. 99 adalah hampir dengan 100.
  • 1:26 - 1:29
    Atau kurang sedikit daripada 100. Jadi jikalau anda membahaginya dengan 100
  • 1:29 - 1:32
    kita akan mendapat kurang sedikit daripada 1.
  • 1:32 - 1:34
    Dan jadi jikalau anda menggerakkan tempat perpuluhan itu
  • 1:34 - 1:35
    sebanyak dua tempat ke sebelah kiri,
  • 1:35 - 1:37
    kerana kita sebenarnya membahagi dengan 10 sebanyak dua kali
  • 1:37 - 1:39
    jikalau anda mahu memikirkannya dengan cara begitu,
  • 1:39 - 1:43
    kita akan mendapat perpuluhan itu di hadapan 99 itu.
  • 1:43 - 1:46
    .99061, kita patut meletakkan satu 0 di sini,
  • 1:46 - 1:48
    kadang kala ia menjelaskan apa yang kita mempunyai.
  • 1:48 - 1:50
    Jadi kemudian kita akan mendapat ini di sini.
  • 1:50 - 1:52
    Sekarang satu cara untuk memikirkan ini,
  • 1:52 - 1:54
    walaupun saya mahukan anda sentiasa membayangkan yang
  • 1:54 - 1:55
    apabila anda menggerakkan tempat perpuluhan itu ke kiri,
  • 1:55 - 1:58
    anda sebenarnya membahagi dengan 10 apabila anda menggerakkannya ke kiri.
  • 1:58 - 2:01
    Apabila anda menggerakkannya ke sebelah kanan, anda mendarab dengan 10.
  • 2:01 - 2:03
    Kadang kala ada orang mengatakan, lihat,
  • 2:03 - 2:05
    anda hanya perlu mengirakan berapa kosong yang ada.
  • 2:05 - 2:09
    Dan jikalau anda membahagi, jadi di sini anda membahagi dengan 100,
  • 2:09 - 2:14
    100 mempunyai dua kosong, jadi apabila kita membahagi dengannya,
  • 2:14 - 2:18
    jadi kita boleh menggerakkan perpuluhan kita sebanyak dua ruang ke sebelah kiri.
  • 2:18 - 2:20
    Itu anda boleh lakukan, jikalau anda mengetahui
  • 2:20 - 2:22
    yang itu adalah cara yang cepat.
  • 2:22 - 2:24
    Jikalau ini mempunyai 20 kosong, anda perlu mengatakan,
  • 2:24 - 2:27
    ok, mari kita gerakkan perpuluhan itu sebanyak 20 ruang ke sebelah kiri.
  • 2:27 - 2:30
    Tetapi saya mahu anda fikirkan tentang mengapa ini caranya.
  • 2:30 - 2:31
    Kenapa ini boleh diterima?
  • 2:31 - 2:35
    Kenapa ia memberikan anda suatu nombor yang seolah-olah
  • 2:35 - 2:37
    dalam saiz nombor yang betul.
  • 2:37 - 2:39
    Yang ini adalah mengapa ia boleh diterima
  • 2:39 - 2:41
    sekiranya anda mengambil sesuatu yang hampir dengan 100
  • 2:41 - 2:45
    dan membahaginya dengan 100, anda akan mendapat sesuatu yang hampir dengan 1.
  • 2:45 - 2:48
    Dan bahagian itu, sebenarnya, adalah
  • 2:48 - 2:50
    untuk memastikan yang anda menuju ke arah yang betul dengan perpuluhan itu.
  • 2:50 - 2:53
    Kerana jikalau anda mencuba ini dalam masa lima atau sepuluh tahun yang akan datang,
  • 2:53 - 2:56
    kemungkinan memori anda mengenai peraturan
  • 2:56 - 2:58
    atau apa-apa yang anda ingin memanggilnya apabila melakukan ini,
  • 2:58 - 3:00
    anda mungkin akan mengatakan, hei, tunggu sebentar. Adakah saya gerakkan perpuluhan itu
  • 3:00 - 3:02
    ke sebelah kiri atau kanan?
  • 3:02 - 3:03
    Ia adalah bagus untuk berfikir balik
  • 3:03 - 3:05
    dan mengatakan, ok, lihat. Jikalau saya membahagi dengan 100,
  • 3:05 - 3:07
    saya sepatutnya mendapat nilai yang lagi kecil.
  • 3:07 - 3:09
    Dan menggerakkkan perpuluhan itu ke sebelah kiri,
  • 3:09 - 3:11
    akan memberikan saya nilai yang lebih kecil itu.
  • 3:11 - 3:13
    Jikalau saya mendarab dengan 100, saya sepatutnya mendapat nilai yang lebih besar.
  • 3:13 - 3:15
    Dan menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan
  • 3:15 - 3:18
    akan memberikan anda nilai yang lebih besar itu.
Title:
TAJUK: Pembahagian Perpuluhan Dengan Kuasa 10
Description:

u3_l2_t2_we4 Dividing a Decimal by a Power of 10

more » « less
Video Language:
English
Duration:
03:18
clairedevir3 edited Malay subtitles for Dividing a Decimal by a Power of 10
clairedevir3 added a translation

Malay subtitles

Revisions Compare revisions