Kini anda telah mempelajari cara
menggunakan Sprite Lab, anda pasti mahu
membuat program anda bertindak balas
apabila seseorang bermain dengannya.
Untuk membuat demikian,
anda akan menggunakan peristiwa.
Satu peristiwa memberitahu program
anda untuk mendengar
untuk sesuatu yang berlaku dan
kemudian bertindak balas dengan segera.
Contoh peristiwa ialah mendengar
klik tetikus,
butang anak panah ditekan atau
ketikan pada skrin.
Blok seperti when clicked dipanggil
blok peristiwa.
Kod yang disambungkan ke blok
peristiwa berjalan
apabila tindakan yang sesuai dikesan.
Contohnya,
jika saya sambungkan blok say ini
ke peristiwa when clicked,
sprite saya akan berkata sesuatu
apabila pengguna mengklik
atau mengetik padanya.
Perhatikan bahawa blok peristiwa tidak
dapat dicantum dalam program utama anda.
Sebaliknya, mereka menghasilkan
program kecil mereka sendiri.
Jika anda mempunyai lebih daripada
satu sprite,
anda boleh menggunakan peristiwa tambahan
untuk menceritakan sesuatu yang interaktif.
Hai, Pizza!
Avocado, kawanku!
Tidak lama lagi, anda akan belajar bagaimana
untuk melakukan lebih banyak lagi di Sprite lab,
termasuk menukar saiz
atau penampilan sprite,
menetapkan latar belakang yang berbeza,
memainkan bunyi, dan banyak lagi.
Apa yang anda mahu sprite anda lakukan
apabila seseorang berinteraksi dengannya?
Itu terpulang kepada anda.