WEBVTT 00:00:01.608 --> 00:00:03.448 Hari ini saya akan bercakap 00:00:03.472 --> 00:00:06.742 tentang sejarah seni bina dalam 30 tahun kebelakangan ini. 00:00:07.065 --> 00:00:10.143 Terdapat banyak perkara yang perlu disebut dalam 18 minit ini. NOTE Paragraph 00:00:10.167 --> 00:00:11.874 Ia topik yang kompleks, 00:00:11.878 --> 00:00:16.166 jadi kita cuma akan meninjau sebuah tempat yang kompleks: 00:00:16.166 --> 00:00:17.482 New Jersey. 00:00:17.506 --> 00:00:20.696 Kerana 30 tahun lalu, saya berasal dari Jersey, 00:00:20.720 --> 00:00:24.346 masa itu saya berusia 6 tahun dan tinggal di rumah ibu bapa saya 00:00:24.346 --> 00:00:26.210 yang terletak di Livingston. 00:00:26.234 --> 00:00:29.165 Inilah bilik tidur saya pada masa itu. 00:00:29.479 --> 00:00:31.768 Di tepi bilik tidur saya 00:00:31.768 --> 00:00:35.250 terletaknya bilik air yang saya kongsi dengan adik saya. 00:00:35.250 --> 00:00:38.138 Di antara bilik tidur dan bilik air itu 00:00:38.142 --> 00:00:41.283 terletaknya balkoni yang menghadap ruang tamu. 00:00:41.293 --> 00:00:44.989 Di situlah semua orang bersantai dan menonton TV. 00:00:44.989 --> 00:00:48.902 Setiap kali saya berjalan dari bilik tidur saya ke bilik air, 00:00:48.902 --> 00:00:50.652 semua orang dapat melihat saya. 00:00:50.652 --> 00:00:54.134 Setiap kali setelah saya mandi dan cuma berbalutkan tuala, 00:00:54.134 --> 00:00:55.901 semua orang dapat melihat saya. 00:00:55.901 --> 00:00:58.223 Saya kelihatan seperti ini. 00:00:58.528 --> 00:01:00.595 Saya berasa kekok, 00:01:01.495 --> 00:01:03.856 tidak selesa, saya bencikannya. 00:01:03.880 --> 00:01:06.883 Saya bencikan laluan itu, saya bencikan balkoni itu, 00:01:06.883 --> 00:01:09.967 saya bencikan ruang tamu itu, dan saya bencikan rumah itu. NOTE Paragraph 00:01:10.609 --> 00:01:12.457 Itulah dia seni bina. 00:01:12.917 --> 00:01:14.108 (Gelak ketawa) 00:01:14.108 --> 00:01:15.576 Habis cerita. 00:01:16.088 --> 00:01:19.436 Perasaan dan emosi yang saya alami itu 00:01:19.436 --> 00:01:22.179 tercetus daripada hasil seni bina. 00:01:22.203 --> 00:01:25.741 Sebab, seni bina bukannya tentang matematik atau pengezonan, 00:01:25.765 --> 00:01:29.097 ia adalah tentang emosi kita yang meluap-luap 00:01:29.097 --> 00:01:31.903 terhadap tempat di mana kita berada. 00:01:32.653 --> 00:01:35.293 Ia bukannya perkara yang luar biasa jika kita berasa begitu, 00:01:35.293 --> 00:01:37.841 kerana menurut Agensi Perlindungan Persekitaran, 00:01:37.841 --> 00:01:42.454 warga Amerika menghabiskan 90% daripada masa mereka di dalam bangunan. 00:01:42.454 --> 00:01:46.948 Itu masanya kita berdepan dengan hasil seni bina. 00:01:46.948 --> 00:01:48.506 Agak lama masanya. 00:01:48.506 --> 00:01:53.213 Maksudnya, kita terpengaruh oleh hasil seni bina tanpa kita sedarinya. NOTE Paragraph 00:01:53.622 --> 00:01:59.224 Ia menjadikan kita mudah terpedaya dan mudah dijangka. 00:01:59.224 --> 00:02:01.987 Maksudnya, bila saya menunjukkan bangunan ini kepada anda, 00:02:01.987 --> 00:02:03.569 saya tahu apa yang anda fikirkan: 00:02:03.569 --> 00:02:06.870 Anda berfikir tentang "kuasa", "kestabilan" dan "demokrasi". 00:02:07.079 --> 00:02:10.902 Saya tahu anda berfikir begitu kerana ia dibina berdasarkan sebuah bangunan 00:02:10.902 --> 00:02:13.690 yang dibina pada 2,500 tahun yang lalu oleh orang Yunani. 00:02:14.122 --> 00:02:15.572 Ini ialah sebuah cara. 00:02:15.572 --> 00:02:18.100 Ini ialah cara yang digunakan oleh arkitek 00:02:18.104 --> 00:02:21.053 agar anda dapat mengaitkan 00:02:21.053 --> 00:02:24.658 bangunan-bangunan yang kami bina berdasarkan bentuknya. 00:02:24.977 --> 00:02:27.897 Ia merupakan tindakan yang dapat dijangka, 00:02:27.901 --> 00:02:31.121 dan cara ini telah lama digunakan. 00:02:31.629 --> 00:02:34.546 Ia digunakan pada [200] tahun yang lalu untuk membina bank. 00:02:34.546 --> 00:02:37.727 Ia digunakan pada abad ke-19 untuk membina muzium seni. 00:02:37.727 --> 00:02:40.116 Di Amerika, semasa abad ke-20, 00:02:40.116 --> 00:02:42.171 ia digunakan untuk membina rumah. 00:02:42.195 --> 00:02:44.867 Lihatlah rumah-rumah yang kukuh dan stabil ini 00:02:44.867 --> 00:02:47.768 yang menghadap laut dan terlindung daripada unsur-unsur alam. NOTE Paragraph 00:02:48.265 --> 00:02:50.900 Ia amat berguna sekali, 00:02:50.904 --> 00:02:53.911 kerana membina sesuatu bukannya mudah. 00:02:54.221 --> 00:02:58.697 Ia mahal, mengambil masa yang lama, dan amat rumit. 00:02:58.996 --> 00:03:01.024 Pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan, 00:03:01.024 --> 00:03:03.113 iaitu pemaju dan kerajaan, 00:03:03.113 --> 00:03:06.234 mereka tidak menyukai inovasi. 00:03:06.234 --> 00:03:10.484 Mereka lebih suka menggunakan reka bentuk yang anda sukai. NOTE Paragraph 00:03:10.835 --> 00:03:13.314 Itulah sebabnya bangunan sebegini dibina. 00:03:14.006 --> 00:03:15.796 Bangunan ini kelihatan cantik. 00:03:15.796 --> 00:03:18.041 Inilah Perpustakaan Awam Livingston 00:03:18.041 --> 00:03:21.215 yang siap dibina pada tahun 2004 di kampung saya. 00:03:21.239 --> 00:03:22.864 Ia mempunyai kubah 00:03:22.888 --> 00:03:26.495 dan ia mempunyai bahagian yang bulat, tiang-tiang, bata merah. 00:03:26.495 --> 00:03:31.485 Anda dapat meneka apa yang Livingston cuba sampaikan melalui bangunan ini: 00:03:31.509 --> 00:03:35.035 kanak-kanak, nilai harta benda dan sejarah. 00:03:35.461 --> 00:03:39.566 Tapi, ia tidak begitu berkaitan dengan fungsi perpustakaan pada hari ini. 00:03:39.869 --> 00:03:44.077 Pada tahun yang sama, tahun 2004, di bahagian lain negara ini, 00:03:44.077 --> 00:03:46.352 sebuah lagi perpustakaan siap dibina, 00:03:46.352 --> 00:03:47.789 dan beginilah rupanya. 00:03:47.998 --> 00:03:49.331 Ia terletak di Seattle. 00:03:50.140 --> 00:03:55.678 Ia menunjukkan bagaimana kita menggunakan media dalam era digital. 00:03:55.678 --> 00:03:59.272 Ia merupakan kemudahan awam yang baru di bandar itu. 00:03:59.272 --> 00:04:01.917 Ia tempat untuk berkumpul, membaca dan berkongsi. NOTE Paragraph 00:04:03.244 --> 00:04:04.867 Jadi, kenapa agaknya 00:04:04.891 --> 00:04:08.228 pada tahun yang sama, di negara yang sama, 00:04:08.228 --> 00:04:10.885 dua bangunan yang dipanggil perpustakaan ini, 00:04:10.885 --> 00:04:12.977 kelihatan amat berbeza? 00:04:13.576 --> 00:04:19.009 Jawapannya, bidang seni bina diusahakan berdasarkan prinsip pendulum. 00:04:19.371 --> 00:04:22.399 Di sebelah ialah inovasi. 00:04:22.399 --> 00:04:26.004 Arkitek sentiasa cuba mencari teknologi baru, 00:04:26.004 --> 00:04:29.886 tipologi baru, penyelesaian baru untuk gaya hidup kita pada masa kini. 00:04:29.886 --> 00:04:32.330 Kami asyik memfokuskan pada inovasi 00:04:32.330 --> 00:04:34.923 sehingga kami mengabaikan pendapat anda. 00:04:34.927 --> 00:04:37.193 Kami berpakaian hitam, kami kelihatan murung, 00:04:37.193 --> 00:04:39.388 anda rasa kami kelihatan menarik, 00:04:39.388 --> 00:04:42.861 kami berasa sedih kerana kami tidak dapat melakukan apa-apa. 00:04:42.861 --> 00:04:44.657 Jadi, kami perlu ke sebelah 00:04:44.657 --> 00:04:47.736 dan memilih reka bentuk yang anda sukai. 00:04:48.394 --> 00:04:50.547 Kami melakukannya dan anda berpuas hati. 00:04:50.547 --> 00:04:52.397 Ia telah berjaya, 00:04:52.411 --> 00:04:54.101 jadi kami mencuba lagi 00:04:54.101 --> 00:04:57.273 dan kami asyik mengayunkan pendulum ke kiri dan ke kanan. 00:04:57.283 --> 00:04:59.708 Ia telah berlaku selama 300 tahun, 00:04:59.708 --> 00:05:02.105 dan dalam 30 tahun kebelakangan ini. NOTE Paragraph 00:05:02.926 --> 00:05:06.518 30 tahun yang lalu, kita meninjau keadaan pada zaman 1970-an. 00:05:06.542 --> 00:05:10.189 Arkitek asyik mencuba sesuatu yang dipanggil brutalisme. 00:05:10.189 --> 00:05:11.805 Ia melibatkan konkrit. 00:05:11.805 --> 00:05:13.255 (Gelak ketawa) 00:05:13.265 --> 00:05:14.469 Anda dapat menekannya. 00:05:14.469 --> 00:05:17.747 Tingkap-tingkap kecil. Tiada sifat-sifat manusia. 00:05:17.747 --> 00:05:20.284 Ia bahan yang amat kukuh. 00:05:20.284 --> 00:05:23.081 Menjelang zaman 80-an, 00:05:23.081 --> 00:05:25.484 kami menggunakan semula reka bentuk tersebut. 00:05:25.484 --> 00:05:28.550 Kami mengayunkan pendulum balik ke arah bertentangan. 00:05:28.550 --> 00:05:31.529 Kami menggunakan reka bentuk ini yang anda sukai 00:05:31.529 --> 00:05:33.218 dan menambah unsur baru. 00:05:33.218 --> 00:05:35.181 Kami menambah neon, 00:05:35.181 --> 00:05:37.469 kami menambah pastel, 00:05:37.469 --> 00:05:39.187 kami menambah bahan-bahan baru. 00:05:39.187 --> 00:05:40.589 Anda menyukainya. 00:05:40.603 --> 00:05:42.442 Kami meneruskannya. 00:05:42.442 --> 00:05:44.780 Reka bentuk almari Chippendale digunakan 00:05:44.780 --> 00:05:46.870 untuk membina pencakar langit. 00:05:46.870 --> 00:05:52.416 Pencakar langit berupa istana zaman pertengahan yang diperbuat daripada kaca. 00:05:52.416 --> 00:05:53.961 Saiznya semakin besar, 00:05:53.985 --> 00:05:56.552 reka bentuknya semakin berani dan berwarna-warni. 00:05:56.552 --> 00:05:59.274 Orang kerdil dijadikan tiang. 00:05:59.274 --> 00:06:00.253 (Gelak ketawa) 00:06:00.253 --> 00:06:02.407 Saiz swan yang amat besar sekali. 00:06:02.407 --> 00:06:03.934 Memang gila. 00:06:04.520 --> 00:06:08.497 Tapi, itulah zaman 80-an. Ia kelihatan hebat. 00:06:08.497 --> 00:06:09.715 (Gelak ketawa) 00:06:09.739 --> 00:06:11.697 Kita suka ke pusat beli-belah, 00:06:11.697 --> 00:06:14.218 dan kita suka berpindah ke subbandar. 00:06:14.218 --> 00:06:16.730 Di subbandar, 00:06:16.730 --> 00:06:20.092 kita boleh mewujudkan bangunan yang istimewa. 00:06:20.096 --> 00:06:21.870 Bangunan tersebut 00:06:21.870 --> 00:06:23.987 boleh bergaya Mediterranean, 00:06:23.987 --> 00:06:25.946 atau Perancis, 00:06:25.946 --> 00:06:27.150 atau Itali. 00:06:27.154 --> 00:06:28.791 (Gelak ketawa) 00:06:28.791 --> 00:06:30.448 Ia tiada batasannya. NOTE Paragraph 00:06:30.448 --> 00:06:32.748 Inilah yang dipanggil postmodernisme. 00:06:32.748 --> 00:06:34.602 Inilah dia reka bentuk. 00:06:34.908 --> 00:06:37.852 Ia adalah mudah dan murah, 00:06:37.852 --> 00:06:40.437 kerana daripada membina tempat baru, 00:06:40.441 --> 00:06:42.751 kami membina tempat yang dikenang. 00:06:42.751 --> 00:06:45.841 Kerana saya tahu, dan saya tahu anda semua tahu, 00:06:45.841 --> 00:06:47.606 sini bukannya Tuscany. 00:06:47.922 --> 00:06:49.392 sini ialah Ohio. 00:06:49.392 --> 00:06:50.894 (Gelak ketawa) NOTE Paragraph 00:06:50.894 --> 00:06:52.803 Arkitek berasa kecewa, 00:06:52.803 --> 00:06:56.519 dan kami mengayunkan pendulum balik ke arah yang bertentangan. 00:06:56.519 --> 00:06:58.826 Pada akhir zaman 80-an dan awal zaman 90-an, 00:06:58.826 --> 00:07:02.238 kami mula mencuba sesuatu yang dipanggil dekonstruktivisme. 00:07:02.637 --> 00:07:05.513 Kami tidak lagi menggunakan reka bentuk lama. 00:07:05.513 --> 00:07:09.327 Kami bergantung pada teknik-teknik reka bentuk berbantukan komputer. 00:07:09.327 --> 00:07:11.374 Kami menggunakan reka bentuk baru, 00:07:11.374 --> 00:07:14.058 bentuk-bentuk yang berbeza. 00:07:14.058 --> 00:07:17.235 Ia bersifat ilmiah dan memeningkan. 00:07:17.235 --> 00:07:19.166 Ia tidak popular langsung. 00:07:19.166 --> 00:07:20.833 Kami mengabaikan pendapat anda. 00:07:20.837 --> 00:07:25.018 Seperti biasa, pendulum akan berayun balik ke arah yang bertentangan. 00:07:25.018 --> 00:07:27.380 Kemudian, sesuatu yang hebat berlaku. NOTE Paragraph 00:07:28.111 --> 00:07:31.222 Pada tahun 1997, bangunan ini dibuka. 00:07:31.678 --> 00:07:35.323 Ini ialah Guggenheim Bilbao yang direka oleh Frank Gehry. 00:07:35.958 --> 00:07:37.342 Bangunan ini 00:07:37.342 --> 00:07:41.920 telah mengubah pandangan orang ramai terhadap bidang seni bina. 00:07:42.264 --> 00:07:46.614 Paul Goldberger berkata bahawa Bilbao menyebabkan 00:07:46.618 --> 00:07:49.941 para pengkritik, ahli akademik dan orang ramai 00:07:49.945 --> 00:07:52.821 telah disatukan disebabkan sebuah bangunan. 00:07:53.131 --> 00:07:56.952 Menurut New York Times, bangunan ini ialah sebuah keajaiban. 00:07:56.960 --> 00:08:02.546 Pelancongan di Bilbao meningkat sebanyak 2,500% 00:08:02.546 --> 00:08:04.675 setelah bangunan ini siap dibina. 00:08:04.675 --> 00:08:08.334 Jadi secara tiba-tiba, semua orang mahukan bangunan sebegini: 00:08:09.044 --> 00:08:10.383 L.A., 00:08:11.633 --> 00:08:13.192 Seatle, 00:08:13.192 --> 00:08:14.784 Chicago, 00:08:14.784 --> 00:08:16.558 New York, 00:08:16.558 --> 00:08:18.466 Cleveland, 00:08:18.470 --> 00:08:19.657 Springfield. 00:08:19.657 --> 00:08:20.465 (Gelak ketawa) 00:08:20.465 --> 00:08:23.852 Semua orang mahukannya. Gehry pergi ke banyak tempat. 00:08:23.852 --> 00:08:27.382 Dia telah menjadi arkitek yang terkenal. NOTE Paragraph 00:08:27.799 --> 00:08:32.589 Kenapa reka-reka bentuk ini -- 00:08:32.589 --> 00:08:34.648 ia adalah kasar dan radikal -- 00:08:34.648 --> 00:08:38.657 kenapa ia wujud di mana-mana saja di seluruh dunia? 00:08:39.270 --> 00:08:44.766 Ia berlaku kerana pihak media telah memberikan liputan yang banyak 00:08:44.770 --> 00:08:50.587 dan memberikan anggapan reka-reka bentuk ini mewakili budaya dan pelancongan. 00:08:50.708 --> 00:08:54.336 Semua orang bertindak balas terhadap reka-reka bentuk ini. 00:08:54.336 --> 00:08:56.982 Begitu juga dengan datuk bandar di seluruh dunia. 00:08:56.982 --> 00:08:59.499 Mereka tahu jika terdapatnya reka-reka bentuk ini, 00:08:59.499 --> 00:09:02.483 maka terdapatnya budaya dan pelancongan. NOTE Paragraph 00:09:03.608 --> 00:09:06.094 Fenomena semasa peralihan abad ini 00:09:06.094 --> 00:09:08.258 berlaku pada arkitek lain yang terkenal. 00:09:08.258 --> 00:09:10.671 Ia berlaku pada Zaha. 00:09:10.675 --> 00:09:13.078 dan berlaku pada Libeskind. 00:09:13.078 --> 00:09:17.676 Apa yang berlaku pada para arkitek ini 00:09:17.676 --> 00:09:19.562 semasa peralihan abad 00:09:19.562 --> 00:09:22.797 boleh juga berlaku pada bidang seni bina, 00:09:22.797 --> 00:09:25.209 kerana media digital membolehkan kita 00:09:25.209 --> 00:09:28.314 memperoleh maklumat dengan kadar yang lebih pantas. 00:09:28.796 --> 00:09:32.124 Fikirkan bagaimana anda mendapat maklumat bangunan. 00:09:32.124 --> 00:09:33.614 Seribu tahun yang lalu, 00:09:33.614 --> 00:09:36.928 anda perlu berjalan ke kampung sebelah untuk melihat sebuah bangunan. 00:09:36.928 --> 00:09:38.738 Pengangkutan mempercepatnya: 00:09:38.738 --> 00:09:42.122 anda boleh menaiki bot dan kapal terbang. Anda boleh menjadi pelancong. 00:09:42.122 --> 00:09:45.263 Teknologi mempercepatnya: Anda boleh melihatnya dalam surat khabar, TV. 00:09:45.263 --> 00:09:49.944 Dan akhirnya, kita semua mengambil gambar-gambar bangunan. 00:09:49.944 --> 00:09:54.014 Bangunan itu bukan lagi terdapat di satu tempat. 00:09:54.378 --> 00:09:58.019 Kini, bangunan itu terdapat di mana-mana saja. 00:09:58.019 --> 00:10:01.313 Ia bermakna bahawa kepantasan komunikasi 00:10:01.313 --> 00:10:04.990 telah berjaya mengejar kemajuan dalam bidang seni bina. NOTE Paragraph 00:10:05.409 --> 00:10:07.873 Oleh sebab bidang ini berkembang dengan pantas, 00:10:07.873 --> 00:10:10.631 reka bentuk bangunan mudah disediakan. 00:10:10.635 --> 00:10:12.828 Tapi, pembinaannya mengambil masa yang lama, 00:10:12.828 --> 00:10:14.766 tiga atau empat tahun, 00:10:14.766 --> 00:10:18.848 dan sementara itu, seorang arkitek akan mereka 2 atau 8 00:10:18.848 --> 00:10:21.452 atau 100 bangunan lagi 00:10:21.452 --> 00:10:25.137 sebelum dia tahu bangunan yang direka pada 4 tahun yang lalu 00:10:25.137 --> 00:10:27.085 mendapat sambutan atau tidak. 00:10:27.340 --> 00:10:31.519 Ini kerana tidak terdapatnya lingkaran maklum balas yang baik dalam bidang seni bina. 00:10:31.846 --> 00:10:35.292 Sebab itulah terdapatnya bangunan-bangunan seperti ini. 00:10:35.292 --> 00:10:37.986 Trend brutalisme tidak berakhir selepas 2 tahun. 00:10:37.986 --> 00:10:40.223 Ia berterusan selama 20 tahun. 00:10:40.223 --> 00:10:44.005 Selama 20 tahun, kami menghasilkan bangunan-bangunan sebegini 00:10:44.005 --> 00:10:47.313 kerana kami tidak tahu setakat mana anda membencinya. 00:10:48.074 --> 00:10:50.018 Ia tidak akan berlaku lagi, 00:10:50.538 --> 00:10:51.958 rasanya begitu, 00:10:52.972 --> 00:10:58.996 kerana berlakunya revolusi yang hebat dalam bidang seni bina 00:10:58.996 --> 00:11:01.259 sejak terciptanya konkrit, 00:11:01.259 --> 00:11:04.037 keluli, atau lif, 00:11:04.037 --> 00:11:06.119 iaitu revolusi media. NOTE Paragraph 00:11:06.562 --> 00:11:11.456 Jadi teori saya ialah, bila media diletakkan pada pendulum ini, 00:11:11.456 --> 00:11:14.617 ia mula berayun dengan semakin cepat 00:11:14.641 --> 00:11:18.373 sehingga ia berada di kedua-dua belah pada masa yang sama, 00:11:18.373 --> 00:11:22.845 dan ia telah mengaburkan perbezaan antara inovasi dengan simbol, 00:11:22.845 --> 00:11:27.070 dengan kami, iaitu arkitek, dan anda, iaitu orang awam. 00:11:27.202 --> 00:11:33.356 Sekarang, kami boleh mencipta simbol-simbol baru yang menyentuh emosi 00:11:33.356 --> 00:11:35.485 daripada sesuatu dengan pantas. NOTE Paragraph 00:11:35.843 --> 00:11:37.856 Saya akan tunjukkan bagaimana ia dilakukan 00:11:37.856 --> 00:11:40.706 dalam sebuah projek yang baru disiapkan oleh syarikat saya. 00:11:40.709 --> 00:11:44.144 Kami diupah untuk menggantikan bangunan ini yang telah terbakar. 00:11:44.144 --> 00:11:45.897 Sini ialah Pines, 00:11:45.897 --> 00:11:48.297 pusat bandar Fire Island, Negeri New York. 00:11:48.297 --> 00:11:50.139 Ia sebuah tempat percutian. 00:11:50.139 --> 00:11:54.086 Kami mencadangkan sebuah rancangan yang berani, 00:11:54.086 --> 00:11:58.157 yang menggunakan bentuk-bentuk yang tidak biasa dilihat di situ. 00:11:59.501 --> 00:12:02.446 Kami berasa takut, klien kami berasa takut, 00:12:02.446 --> 00:12:04.359 komuniti di situ pun berasa takut. 00:12:04.359 --> 00:12:08.113 Jadi, kami menghasilkan gambar-gambar realistik 00:12:08.113 --> 00:12:09.931 dan memaparkannya di Facebook 00:12:09.931 --> 00:12:12.055 dan Instagram, 00:12:12.055 --> 00:12:14.560 dan kami melihat apa yang orang ramai lakukan: 00:12:14.560 --> 00:12:17.631 kongsikannya, memberi komen, sukakannya, bencikannya. 00:12:17.982 --> 00:12:22.366 Jadi, 2 tahun sebelum bangunan itu siap dibina, 00:12:22.366 --> 00:12:25.258 ia telah menjadi sebahagian daripada komuniti itu. 00:12:25.668 --> 00:12:32.158 Oleh sebab lukisan tersebut adalah serupa dengan produk akhir, 00:12:32.158 --> 00:12:34.188 maka tidak terdapatnya kejutan. 00:12:34.212 --> 00:12:37.734 Bangunan ini telah menjadi sebahagian daripada komuniti ini. 00:12:37.734 --> 00:12:40.013 Kemudian, pada musim panas yang pertama, 00:12:40.013 --> 00:12:44.481 bila orang ramai ke situ dan kongsikan gambar bangunan itu dalam media sosial, 00:12:44.481 --> 00:12:49.126 selain sebuah bangunan yang besar, ia telah menjadi sebuah media, 00:12:49.426 --> 00:12:53.633 kerana semua itu bukannya sekadar gambar-gambar sebuah bangunan, 00:12:53.633 --> 00:12:56.080 ia gambar-gambar yang anda ambil. 00:12:56.377 --> 00:12:59.678 Bila anda menggunakannya untuk menceritakan kisah anda, 00:12:59.678 --> 00:13:02.510 ia menjadi sebahagian daripada naratif peribadi anda, 00:13:02.510 --> 00:13:04.522 dan apa yang anda lakukan ialah, 00:13:04.522 --> 00:13:08.176 anda mengaburkan ingatan bersama semua orang, 00:13:08.176 --> 00:13:12.927 dan anda menghasilkan simbol-simbol yang menyentuh emosi ini untuk semua orang. 00:13:12.927 --> 00:13:15.496 Maksudnya, kita tidak lagi memerlukan orang Yunani 00:13:15.500 --> 00:13:18.102 untuk memberi kita idea dalam bidang seni bina. 00:13:18.102 --> 00:13:21.797 Kita boleh saling berbincang tentang bidang seni bina, 00:13:21.797 --> 00:13:28.002 kerana media digital bukan saja telah mengubah perhubungan antara kita semua, 00:13:28.002 --> 00:13:31.735 ia juga telah mengubah perhubungan antara kita dengan bangunan. 00:13:32.324 --> 00:13:35.882 Berfikir sebentar tentang pustakawan di Livingston. 00:13:36.130 --> 00:13:38.779 Jika mereka mahu membina sebuah perpustakaan, 00:13:38.779 --> 00:13:43.473 mereka akan melayari Internet dan mencari "perpustakaan baru". 00:13:43.705 --> 00:13:48.439 Mereka akan melihat banyak eksperimen, inovasi, 00:13:48.439 --> 00:13:52.637 dan banyak lagi maklumat tentang rupa bentuk sebuah perpustakaan. 00:13:52.798 --> 00:13:54.336 Itulah senjata mereka. 00:13:54.336 --> 00:13:56.795 Itulah senjata yang boleh ditunjukkan 00:13:56.795 --> 00:14:00.134 kepada datuk bandar Livingston, warga livingston, 00:14:00.134 --> 00:14:04.473 dan berkata tidak terdapatnya reka bentuk yang tertentu untuk perpustakaan. 00:14:04.473 --> 00:14:06.282 Marilah menjadi sebahagian daripadanya. 00:14:06.287 --> 00:14:08.797 Contoh-contoh yang banyak ini 00:14:08.797 --> 00:14:12.236 membolehkan mereka menjalankan eksperimen sendiri. NOTE Paragraph 00:14:14.032 --> 00:14:16.514 Semua perkara adalah berbeza sekarang. 00:14:16.514 --> 00:14:19.823 Arkitek bukan lagi orang yang penuh misteri 00:14:19.823 --> 00:14:22.538 yang menggunakan jargon dan lukisan yang rumit, 00:14:22.562 --> 00:14:25.506 dan anda bukannya orang yang kasihan, 00:14:25.506 --> 00:14:29.531 iaitu pengguna yang enggan menerima sesuatu yang anda tidak pernah lihat. 00:14:30.680 --> 00:14:32.653 Arkitek mendengar pendapat anda, 00:14:32.653 --> 00:14:35.141 dan anda tidak berasa takut pada arkitek. 00:14:35.440 --> 00:14:39.152 Maksudnya, pendulum yang berayun ulang-alik 00:14:39.176 --> 00:14:42.058 dari gaya ke gaya, dari trend ke trend 00:14:42.058 --> 00:14:43.579 adalah tidak relevan. 00:14:43.590 --> 00:14:46.280 Kita boleh pandang ke depan 00:14:46.284 --> 00:14:50.920 dan mencari penyelesaian yang relevan dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita. 00:14:51.357 --> 00:14:54.813 Sejarah bidang seni bina tamat di sini. 00:14:54.813 --> 00:14:58.075 Ia bermakna bahawa bangunan pada masa depan 00:14:58.075 --> 00:15:01.478 akan kelihatan berbeza dengan bangunan pada masa kini. 00:15:02.389 --> 00:15:06.791 Ia bermakna bahawa ruang awam di Seville, sebuah bandar purba, 00:15:06.791 --> 00:15:11.485 boleh kelihatan unik dan disesuaikan mengikuti gaya di bandar yang moden. 00:15:11.812 --> 00:15:16.245 Ia bermakna bahawa stadium di Brooklyn mungkin mempunyai gaya di Brooklyn, 00:15:16.245 --> 00:15:19.121 bukannya mempunyai bata merah dan pastis lama 00:15:19.121 --> 00:15:21.701 yang mana kita rasa ia sepatutnya begitu. 00:15:22.190 --> 00:15:25.373 Maknanya, robot akan membina bangunan kita, 00:15:25.397 --> 00:15:29.014 kerana akhirnya kita sudah bersedia untuk bentuk-bentuk yang akan dibinanya. 00:15:29.842 --> 00:15:33.667 Ia juga bermakna bahawa bangunan akan berkompromi dengan alam sekitar, 00:15:33.667 --> 00:15:35.520 bukannya sebaliknya. 00:15:36.676 --> 00:15:40.264 Ia bermakna garaj di Miami Beach, Florida, 00:15:40.264 --> 00:15:42.762 boleh juga dijadikan tempat untuk bersukan 00:15:42.762 --> 00:15:44.251 dan berlatih yoga, 00:15:44.251 --> 00:15:46.748 bahkan anda boleh berkahwin di situ pada waktu malam. 00:15:46.748 --> 00:15:47.842 (Gelak ketawa) 00:15:47.866 --> 00:15:51.993 Ia bermakna bahawa tiga arkitek boleh bermimpi tentang berenang 00:15:51.993 --> 00:15:53.973 di East River, New York, 00:15:53.997 --> 00:15:56.487 kemudian mengumpulkan hampir setengah juta dolar 00:15:56.511 --> 00:15:59.813 daripada sebuah komuniti yang menyokong tujuan mereka, 00:15:59.813 --> 00:16:01.873 bukannya daripada seorang klien. 00:16:02.325 --> 00:16:05.696 Ia bermakna bahawa inovasi juga boleh berlaku pada bangunan kecil. 00:16:05.696 --> 00:16:08.008 contohnya pavilion untuk melihat rusa kutub ini, 00:16:08.008 --> 00:16:13.003 rupanya adalah sehebat rusa-rusa kutub di situ. 00:16:13.328 --> 00:16:16.510 Ia juga bermakna bahawa bangunan tidak perlu kelihatan cantik 00:16:16.510 --> 00:16:17.863 agar ia akan disukai, 00:16:17.887 --> 00:16:20.902 contohnya bangunan yang hodoh ini di Sepanyol, 00:16:20.926 --> 00:16:23.407 yang mana arkiteknya menggali sebuah lubang, 00:16:23.431 --> 00:16:24.813 memasukkan rumput kering, 00:16:24.837 --> 00:16:27.170 kemudian mencurahkan konkrit di sekitarnya. 00:16:27.174 --> 00:16:28.884 Setelah konkrit menjadi kering, 00:16:28.884 --> 00:16:32.418 mereka menjemput seseorang untuk menguruskan rumput kering di situ 00:16:32.442 --> 00:16:35.247 agar apa yang tinggal setelah ia selesai 00:16:35.247 --> 00:16:38.066 ialah bilik kecil yang hodoh ini 00:16:38.066 --> 00:16:44.014 penuh dengan kesan dan calar yang ditinggalkan semasa ia dibina. 00:16:44.014 --> 00:16:48.558 Ia merupakan tempat yang hebat untuk melihat matahari terbenam. NOTE Paragraph 00:16:49.348 --> 00:16:52.997 Kerana ia tidak penting jika lembu yang membina bangunan kita 00:16:52.997 --> 00:16:54.877 atau robot yang membinanya, 00:16:54.877 --> 00:16:58.219 bagaimana ia dibina tidak penting, yang penting apa yang kita bina. 00:16:58.769 --> 00:17:02.288 Arkitek sudah tahu cara untuk membina bangunan yang lebih mesra alam, 00:17:02.288 --> 00:17:04.340 lebih bijak dan mesra. 00:17:04.340 --> 00:17:07.404 Kami cuma menunggu anda semua mahukannya. 00:17:08.022 --> 00:17:11.350 Akhirnya, kita tidak lagi berada di pihak yang bertentangan. 00:17:11.767 --> 00:17:14.893 Temuilah seorang arkitek, upahlah seorang arkitek, 00:17:14.893 --> 00:17:20.770 bekerjasamalah dengan kami untuk membina bangunan, bandar, dan dunia yang lebih baik, 00:17:20.794 --> 00:17:23.034 kerana ganjarannya adalah besar. 00:17:23.455 --> 00:17:26.387 Bangunan bukan saja menggambarkan masyarakat kita, 00:17:26.387 --> 00:17:28.479 ia juga membentuk masyarakat kita 00:17:28.479 --> 00:17:30.725 walaupun ruangnya kecil: 00:17:30.725 --> 00:17:32.793 perpustakaan tempatan, 00:17:32.793 --> 00:17:35.376 rumah di mana kita membesarkan anak kita, 00:17:35.376 --> 00:17:38.919 dan laluan yang diambil dari bilik tidur ke bilik air. NOTE Paragraph 00:17:39.188 --> 00:17:40.372 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:17:40.372 --> 00:17:42.862 (Tepukan)