1 00:00:01,608 --> 00:00:03,448 Hari ini saya akan bercakap 2 00:00:03,472 --> 00:00:06,742 tentang sejarah seni bina dalam 30 tahun kebelakangan ini. 3 00:00:07,065 --> 00:00:10,143 Terdapat banyak perkara yang perlu disebut dalam 18 minit ini. 4 00:00:10,167 --> 00:00:11,874 Ia topik yang kompleks, 5 00:00:11,878 --> 00:00:16,166 jadi kita cuma akan meninjau sebuah tempat yang kompleks: 6 00:00:16,166 --> 00:00:17,482 New Jersey. 7 00:00:17,506 --> 00:00:20,696 Kerana 30 tahun lalu, saya berasal dari Jersey, 8 00:00:20,720 --> 00:00:24,346 masa itu saya berusia 6 tahun dan tinggal di rumah ibu bapa saya 9 00:00:24,346 --> 00:00:26,210 yang terletak di Livingston. 10 00:00:26,234 --> 00:00:29,165 Inilah bilik tidur saya pada masa itu. 11 00:00:29,479 --> 00:00:31,768 Di tepi bilik tidur saya 12 00:00:31,768 --> 00:00:35,250 terletaknya bilik air yang saya kongsi dengan adik saya. 13 00:00:35,250 --> 00:00:38,138 Di antara bilik tidur dan bilik air itu 14 00:00:38,142 --> 00:00:41,283 terletaknya balkoni yang menghadap ruang tamu. 15 00:00:41,293 --> 00:00:44,989 Di situlah semua orang bersantai dan menonton TV. 16 00:00:44,989 --> 00:00:48,902 Setiap kali saya berjalan dari bilik tidur saya ke bilik air, 17 00:00:48,902 --> 00:00:50,652 semua orang dapat melihat saya. 18 00:00:50,652 --> 00:00:54,134 Setiap kali setelah saya mandi dan cuma berbalutkan tuala, 19 00:00:54,134 --> 00:00:55,901 semua orang dapat melihat saya. 20 00:00:55,901 --> 00:00:58,223 Saya kelihatan seperti ini. 21 00:00:58,528 --> 00:01:00,595 Saya berasa kekok, 22 00:01:01,495 --> 00:01:03,856 tidak selesa, saya bencikannya. 23 00:01:03,880 --> 00:01:06,883 Saya bencikan laluan itu, saya bencikan balkoni itu, 24 00:01:06,883 --> 00:01:09,967 saya bencikan ruang tamu itu, dan saya bencikan rumah itu. 25 00:01:10,609 --> 00:01:12,457 Itulah dia seni bina. 26 00:01:12,917 --> 00:01:14,108 (Gelak ketawa) 27 00:01:14,108 --> 00:01:15,576 Habis cerita. 28 00:01:16,088 --> 00:01:19,436 Perasaan dan emosi yang saya alami itu 29 00:01:19,436 --> 00:01:22,179 tercetus daripada hasil seni bina. 30 00:01:22,203 --> 00:01:25,741 Sebab, seni bina bukannya tentang matematik atau pengezonan, 31 00:01:25,765 --> 00:01:29,097 ia adalah tentang emosi kita yang meluap-luap 32 00:01:29,097 --> 00:01:31,903 terhadap tempat di mana kita berada. 33 00:01:32,653 --> 00:01:35,293 Ia bukannya perkara yang luar biasa jika kita berasa begitu, 34 00:01:35,293 --> 00:01:37,841 kerana menurut Agensi Perlindungan Persekitaran, 35 00:01:37,841 --> 00:01:42,454 warga Amerika menghabiskan 90% daripada masa mereka di dalam bangunan. 36 00:01:42,454 --> 00:01:46,948 Itu masanya kita berdepan dengan hasil seni bina. 37 00:01:46,948 --> 00:01:48,506 Agak lama masanya. 38 00:01:48,506 --> 00:01:53,213 Maksudnya, kita terpengaruh oleh hasil seni bina tanpa kita sedarinya. 39 00:01:53,622 --> 00:01:59,224 Ia menjadikan kita mudah terpedaya dan mudah dijangka. 40 00:01:59,224 --> 00:02:01,987 Maksudnya, bila saya menunjukkan bangunan ini kepada anda, 41 00:02:01,987 --> 00:02:03,569 saya tahu apa yang anda fikirkan: 42 00:02:03,569 --> 00:02:06,870 Anda berfikir tentang "kuasa", "kestabilan" dan "demokrasi". 43 00:02:07,079 --> 00:02:10,902 Saya tahu anda berfikir begitu kerana ia dibina berdasarkan sebuah bangunan 44 00:02:10,902 --> 00:02:13,690 yang dibina pada 2,500 tahun yang lalu oleh orang Yunani. 45 00:02:14,122 --> 00:02:15,572 Ini ialah sebuah cara. 46 00:02:15,572 --> 00:02:18,100 Ini ialah cara yang digunakan oleh arkitek 47 00:02:18,104 --> 00:02:21,053 agar anda dapat mengaitkan 48 00:02:21,053 --> 00:02:24,658 bangunan-bangunan yang kami bina berdasarkan bentuknya. 49 00:02:24,977 --> 00:02:27,897 Ia merupakan tindakan yang dapat dijangka, 50 00:02:27,901 --> 00:02:31,121 dan cara ini telah lama digunakan. 51 00:02:31,629 --> 00:02:34,546 Ia digunakan pada [200] tahun yang lalu untuk membina bank. 52 00:02:34,546 --> 00:02:37,727 Ia digunakan pada abad ke-19 untuk membina muzium seni. 53 00:02:37,727 --> 00:02:40,116 Di Amerika, semasa abad ke-20, 54 00:02:40,116 --> 00:02:42,171 ia digunakan untuk membina rumah. 55 00:02:42,195 --> 00:02:44,867 Lihatlah rumah-rumah yang kukuh dan stabil ini 56 00:02:44,867 --> 00:02:47,768 yang menghadap laut dan terlindung daripada unsur-unsur alam. 57 00:02:48,265 --> 00:02:50,900 Ia amat berguna sekali, 58 00:02:50,904 --> 00:02:53,911 kerana membina sesuatu bukannya mudah. 59 00:02:54,221 --> 00:02:58,697 Ia mahal, mengambil masa yang lama, dan amat rumit. 60 00:02:58,996 --> 00:03:01,024 Pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan, 61 00:03:01,024 --> 00:03:03,113 iaitu pemaju dan kerajaan, 62 00:03:03,113 --> 00:03:06,234 mereka tidak menyukai inovasi. 63 00:03:06,234 --> 00:03:10,484 Mereka lebih suka menggunakan reka bentuk yang anda sukai. 64 00:03:10,835 --> 00:03:13,314 Itulah sebabnya bangunan sebegini dibina. 65 00:03:14,006 --> 00:03:15,796 Bangunan ini kelihatan cantik. 66 00:03:15,796 --> 00:03:18,041 Inilah Perpustakaan Awam Livingston 67 00:03:18,041 --> 00:03:21,215 yang siap dibina pada tahun 2004 di kampung saya. 68 00:03:21,239 --> 00:03:22,864 Ia mempunyai kubah 69 00:03:22,888 --> 00:03:26,495 dan ia mempunyai bahagian yang bulat, tiang-tiang, bata merah. 70 00:03:26,495 --> 00:03:31,485 Anda dapat meneka apa yang Livingston cuba sampaikan melalui bangunan ini: 71 00:03:31,509 --> 00:03:35,035 kanak-kanak, nilai harta benda dan sejarah. 72 00:03:35,461 --> 00:03:39,566 Tapi, ia tidak begitu berkaitan dengan fungsi perpustakaan pada hari ini. 73 00:03:39,869 --> 00:03:44,077 Pada tahun yang sama, tahun 2004, di bahagian lain negara ini, 74 00:03:44,077 --> 00:03:46,352 sebuah lagi perpustakaan siap dibina, 75 00:03:46,352 --> 00:03:47,789 dan beginilah rupanya. 76 00:03:47,998 --> 00:03:49,331 Ia terletak di Seattle. 77 00:03:50,140 --> 00:03:55,678 Ia menunjukkan bagaimana kita menggunakan media dalam era digital. 78 00:03:55,678 --> 00:03:59,272 Ia merupakan kemudahan awam yang baru di bandar itu. 79 00:03:59,272 --> 00:04:01,917 Ia tempat untuk berkumpul, membaca dan berkongsi. 80 00:04:03,244 --> 00:04:04,867 Jadi, kenapa agaknya 81 00:04:04,891 --> 00:04:08,228 pada tahun yang sama, di negara yang sama, 82 00:04:08,228 --> 00:04:10,885 dua bangunan yang dipanggil perpustakaan ini, 83 00:04:10,885 --> 00:04:12,977 kelihatan amat berbeza? 84 00:04:13,576 --> 00:04:19,009 Jawapannya, bidang seni bina diusahakan berdasarkan prinsip pendulum. 85 00:04:19,371 --> 00:04:22,399 Di sebelah ialah inovasi. 86 00:04:22,399 --> 00:04:26,004 Arkitek sentiasa cuba mencari teknologi baru, 87 00:04:26,004 --> 00:04:29,886 tipologi baru, penyelesaian baru untuk gaya hidup kita pada masa kini. 88 00:04:29,886 --> 00:04:32,330 Kami asyik memfokuskan pada inovasi 89 00:04:32,330 --> 00:04:34,923 sehingga kami mengabaikan pendapat anda. 90 00:04:34,927 --> 00:04:37,193 Kami berpakaian hitam, kami kelihatan murung, 91 00:04:37,193 --> 00:04:39,388 anda rasa kami kelihatan menarik, 92 00:04:39,388 --> 00:04:42,861 kami berasa sedih kerana kami tidak dapat melakukan apa-apa. 93 00:04:42,861 --> 00:04:44,657 Jadi, kami perlu ke sebelah 94 00:04:44,657 --> 00:04:47,736 dan memilih reka bentuk yang anda sukai. 95 00:04:48,394 --> 00:04:50,547 Kami melakukannya dan anda berpuas hati. 96 00:04:50,547 --> 00:04:52,397 Ia telah berjaya, 97 00:04:52,411 --> 00:04:54,101 jadi kami mencuba lagi 98 00:04:54,101 --> 00:04:57,273 dan kami asyik mengayunkan pendulum ke kiri dan ke kanan. 99 00:04:57,283 --> 00:04:59,708 Ia telah berlaku selama 300 tahun, 100 00:04:59,708 --> 00:05:02,105 dan dalam 30 tahun kebelakangan ini. 101 00:05:02,926 --> 00:05:06,518 30 tahun yang lalu, kita meninjau keadaan pada zaman 1970-an. 102 00:05:06,542 --> 00:05:10,189 Arkitek asyik mencuba sesuatu yang dipanggil brutalisme. 103 00:05:10,189 --> 00:05:11,805 Ia melibatkan konkrit. 104 00:05:11,805 --> 00:05:13,255 (Gelak ketawa) 105 00:05:13,265 --> 00:05:14,469 Anda dapat menekannya. 106 00:05:14,469 --> 00:05:17,747 Tingkap-tingkap kecil. Tiada sifat-sifat manusia. 107 00:05:17,747 --> 00:05:20,284 Ia bahan yang amat kukuh. 108 00:05:20,284 --> 00:05:23,081 Menjelang zaman 80-an, 109 00:05:23,081 --> 00:05:25,484 kami menggunakan semula reka bentuk tersebut. 110 00:05:25,484 --> 00:05:28,550 Kami mengayunkan pendulum balik ke arah bertentangan. 111 00:05:28,550 --> 00:05:31,529 Kami menggunakan reka bentuk ini yang anda sukai 112 00:05:31,529 --> 00:05:33,218 dan menambah unsur baru. 113 00:05:33,218 --> 00:05:35,181 Kami menambah neon, 114 00:05:35,181 --> 00:05:37,469 kami menambah pastel, 115 00:05:37,469 --> 00:05:39,187 kami menambah bahan-bahan baru. 116 00:05:39,187 --> 00:05:40,589 Anda menyukainya. 117 00:05:40,603 --> 00:05:42,442 Kami meneruskannya. 118 00:05:42,442 --> 00:05:44,780 Reka bentuk almari Chippendale digunakan 119 00:05:44,780 --> 00:05:46,870 untuk membina pencakar langit. 120 00:05:46,870 --> 00:05:52,416 Pencakar langit berupa istana zaman pertengahan yang diperbuat daripada kaca. 121 00:05:52,416 --> 00:05:53,961 Saiznya semakin besar, 122 00:05:53,985 --> 00:05:56,552 reka bentuknya semakin berani dan berwarna-warni. 123 00:05:56,552 --> 00:05:59,274 Orang kerdil dijadikan tiang. 124 00:05:59,274 --> 00:06:00,253 (Gelak ketawa) 125 00:06:00,253 --> 00:06:02,407 Saiz swan yang amat besar sekali. 126 00:06:02,407 --> 00:06:03,934 Memang gila. 127 00:06:04,520 --> 00:06:08,497 Tapi, itulah zaman 80-an. Ia kelihatan hebat. 128 00:06:08,497 --> 00:06:09,715 (Gelak ketawa) 129 00:06:09,739 --> 00:06:11,697 Kita suka ke pusat beli-belah, 130 00:06:11,697 --> 00:06:14,218 dan kita suka berpindah ke subbandar. 131 00:06:14,218 --> 00:06:16,730 Di subbandar, 132 00:06:16,730 --> 00:06:20,092 kita boleh mewujudkan bangunan yang istimewa. 133 00:06:20,096 --> 00:06:21,870 Bangunan tersebut 134 00:06:21,870 --> 00:06:23,987 boleh bergaya Mediterranean, 135 00:06:23,987 --> 00:06:25,946 atau Perancis, 136 00:06:25,946 --> 00:06:27,150 atau Itali. 137 00:06:27,154 --> 00:06:28,791 (Gelak ketawa) 138 00:06:28,791 --> 00:06:30,448 Ia tiada batasannya. 139 00:06:30,448 --> 00:06:32,748 Inilah yang dipanggil postmodernisme. 140 00:06:32,748 --> 00:06:34,602 Inilah dia reka bentuk. 141 00:06:34,908 --> 00:06:37,852 Ia adalah mudah dan murah, 142 00:06:37,852 --> 00:06:40,437 kerana daripada membina tempat baru, 143 00:06:40,441 --> 00:06:42,751 kami membina tempat yang dikenang. 144 00:06:42,751 --> 00:06:45,841 Kerana saya tahu, dan saya tahu anda semua tahu, 145 00:06:45,841 --> 00:06:47,606 sini bukannya Tuscany. 146 00:06:47,922 --> 00:06:49,392 sini ialah Ohio. 147 00:06:49,392 --> 00:06:50,894 (Gelak ketawa) 148 00:06:50,894 --> 00:06:52,803 Arkitek berasa kecewa, 149 00:06:52,803 --> 00:06:56,519 dan kami mengayunkan pendulum balik ke arah yang bertentangan. 150 00:06:56,519 --> 00:06:58,826 Pada akhir zaman 80-an dan awal zaman 90-an, 151 00:06:58,826 --> 00:07:02,238 kami mula mencuba sesuatu yang dipanggil dekonstruktivisme. 152 00:07:02,637 --> 00:07:05,513 Kami tidak lagi menggunakan reka bentuk lama. 153 00:07:05,513 --> 00:07:09,327 Kami bergantung pada teknik-teknik reka bentuk berbantukan komputer. 154 00:07:09,327 --> 00:07:11,374 Kami menggunakan reka bentuk baru, 155 00:07:11,374 --> 00:07:14,058 bentuk-bentuk yang berbeza. 156 00:07:14,058 --> 00:07:17,235 Ia bersifat ilmiah dan memeningkan. 157 00:07:17,235 --> 00:07:19,166 Ia tidak popular langsung. 158 00:07:19,166 --> 00:07:20,833 Kami mengabaikan pendapat anda. 159 00:07:20,837 --> 00:07:25,018 Seperti biasa, pendulum akan berayun balik ke arah yang bertentangan. 160 00:07:25,018 --> 00:07:27,380 Kemudian, sesuatu yang hebat berlaku. 161 00:07:28,111 --> 00:07:31,222 Pada tahun 1997, bangunan ini dibuka. 162 00:07:31,678 --> 00:07:35,323 Ini ialah Guggenheim Bilbao yang direka oleh Frank Gehry. 163 00:07:35,958 --> 00:07:37,342 Bangunan ini 164 00:07:37,342 --> 00:07:41,920 telah mengubah pandangan orang ramai terhadap bidang seni bina. 165 00:07:42,264 --> 00:07:46,614 Paul Goldberger berkata bahawa Bilbao menyebabkan 166 00:07:46,618 --> 00:07:49,941 para pengkritik, ahli akademik dan orang ramai 167 00:07:49,945 --> 00:07:52,821 telah disatukan disebabkan sebuah bangunan. 168 00:07:53,131 --> 00:07:56,952 Menurut New York Times, bangunan ini ialah sebuah keajaiban. 169 00:07:56,960 --> 00:08:02,546 Pelancongan di Bilbao meningkat sebanyak 2,500% 170 00:08:02,546 --> 00:08:04,675 setelah bangunan ini siap dibina. 171 00:08:04,675 --> 00:08:08,334 Jadi secara tiba-tiba, semua orang mahukan bangunan sebegini: 172 00:08:09,044 --> 00:08:10,383 L.A., 173 00:08:11,633 --> 00:08:13,192 Seatle, 174 00:08:13,192 --> 00:08:14,784 Chicago, 175 00:08:14,784 --> 00:08:16,558 New York, 176 00:08:16,558 --> 00:08:18,466 Cleveland, 177 00:08:18,470 --> 00:08:19,657 Springfield. 178 00:08:19,657 --> 00:08:20,465 (Gelak ketawa) 179 00:08:20,465 --> 00:08:23,852 Semua orang mahukannya. Gehry pergi ke banyak tempat. 180 00:08:23,852 --> 00:08:27,382 Dia telah menjadi arkitek yang terkenal. 181 00:08:27,799 --> 00:08:32,589 Kenapa reka-reka bentuk ini -- 182 00:08:32,589 --> 00:08:34,648 ia adalah kasar dan radikal -- 183 00:08:34,648 --> 00:08:38,657 kenapa ia wujud di mana-mana saja di seluruh dunia? 184 00:08:39,270 --> 00:08:44,766 Ia berlaku kerana pihak media telah memberikan liputan yang banyak 185 00:08:44,770 --> 00:08:50,587 dan memberikan anggapan reka-reka bentuk ini mewakili budaya dan pelancongan. 186 00:08:50,708 --> 00:08:54,336 Semua orang bertindak balas terhadap reka-reka bentuk ini. 187 00:08:54,336 --> 00:08:56,982 Begitu juga dengan datuk bandar di seluruh dunia. 188 00:08:56,982 --> 00:08:59,499 Mereka tahu jika terdapatnya reka-reka bentuk ini, 189 00:08:59,499 --> 00:09:02,483 maka terdapatnya budaya dan pelancongan. 190 00:09:03,608 --> 00:09:06,094 Fenomena semasa peralihan abad ini 191 00:09:06,094 --> 00:09:08,258 berlaku pada arkitek lain yang terkenal. 192 00:09:08,258 --> 00:09:10,671 Ia berlaku pada Zaha. 193 00:09:10,675 --> 00:09:13,078 dan berlaku pada Libeskind. 194 00:09:13,078 --> 00:09:17,676 Apa yang berlaku pada para arkitek ini 195 00:09:17,676 --> 00:09:19,562 semasa peralihan abad 196 00:09:19,562 --> 00:09:22,797 boleh juga berlaku pada bidang seni bina, 197 00:09:22,797 --> 00:09:25,209 kerana media digital membolehkan kita 198 00:09:25,209 --> 00:09:28,314 memperoleh maklumat dengan kadar yang lebih pantas. 199 00:09:28,796 --> 00:09:32,124 Fikirkan bagaimana anda mendapat maklumat bangunan. 200 00:09:32,124 --> 00:09:33,614 Seribu tahun yang lalu, 201 00:09:33,614 --> 00:09:36,928 anda perlu berjalan ke kampung sebelah untuk melihat sebuah bangunan. 202 00:09:36,928 --> 00:09:38,738 Pengangkutan mempercepatnya: 203 00:09:38,738 --> 00:09:42,122 anda boleh menaiki bot dan kapal terbang. Anda boleh menjadi pelancong. 204 00:09:42,122 --> 00:09:45,263 Teknologi mempercepatnya: Anda boleh melihatnya dalam surat khabar, TV. 205 00:09:45,263 --> 00:09:49,944 Dan akhirnya, kita semua mengambil gambar-gambar bangunan. 206 00:09:49,944 --> 00:09:54,014 Bangunan itu bukan lagi terdapat di satu tempat. 207 00:09:54,378 --> 00:09:58,019 Kini, bangunan itu terdapat di mana-mana saja. 208 00:09:58,019 --> 00:10:01,313 Ia bermakna bahawa kepantasan komunikasi 209 00:10:01,313 --> 00:10:04,990 telah berjaya mengejar kemajuan dalam bidang seni bina. 210 00:10:05,409 --> 00:10:07,873 Oleh sebab bidang ini berkembang dengan pantas, 211 00:10:07,873 --> 00:10:10,631 reka bentuk bangunan mudah disediakan. 212 00:10:10,635 --> 00:10:12,828 Tapi, pembinaannya mengambil masa yang lama, 213 00:10:12,828 --> 00:10:14,766 tiga atau empat tahun, 214 00:10:14,766 --> 00:10:18,848 dan sementara itu, seorang arkitek akan mereka 2 atau 8 215 00:10:18,848 --> 00:10:21,452 atau 100 bangunan lagi 216 00:10:21,452 --> 00:10:25,137 sebelum dia tahu bangunan yang direka pada 4 tahun yang lalu 217 00:10:25,137 --> 00:10:27,085 mendapat sambutan atau tidak. 218 00:10:27,340 --> 00:10:31,519 Ini kerana tidak terdapatnya lingkaran maklum balas yang baik dalam bidang seni bina. 219 00:10:31,846 --> 00:10:35,292 Sebab itulah terdapatnya bangunan-bangunan seperti ini. 220 00:10:35,292 --> 00:10:37,986 Trend brutalisme tidak berakhir selepas 2 tahun. 221 00:10:37,986 --> 00:10:40,223 Ia berterusan selama 20 tahun. 222 00:10:40,223 --> 00:10:44,005 Selama 20 tahun, kami menghasilkan bangunan-bangunan sebegini 223 00:10:44,005 --> 00:10:47,313 kerana kami tidak tahu setakat mana anda membencinya. 224 00:10:48,074 --> 00:10:50,018 Ia tidak akan berlaku lagi, 225 00:10:50,538 --> 00:10:51,958 rasanya begitu, 226 00:10:52,972 --> 00:10:58,996 kerana berlakunya revolusi yang hebat dalam bidang seni bina 227 00:10:58,996 --> 00:11:01,259 sejak terciptanya konkrit, 228 00:11:01,259 --> 00:11:04,037 keluli, atau lif, 229 00:11:04,037 --> 00:11:06,119 iaitu revolusi media. 230 00:11:06,562 --> 00:11:11,456 Jadi teori saya ialah, bila media diletakkan pada pendulum ini, 231 00:11:11,456 --> 00:11:14,617 ia mula berayun dengan semakin cepat 232 00:11:14,641 --> 00:11:18,373 sehingga ia berada di kedua-dua belah pada masa yang sama, 233 00:11:18,373 --> 00:11:22,845 dan ia telah mengaburkan perbezaan antara inovasi dengan simbol, 234 00:11:22,845 --> 00:11:27,070 dengan kami, iaitu arkitek, dan anda, iaitu orang awam. 235 00:11:27,202 --> 00:11:33,356 Sekarang, kami boleh mencipta simbol-simbol baru yang menyentuh emosi 236 00:11:33,356 --> 00:11:35,485 daripada sesuatu dengan pantas. 237 00:11:35,843 --> 00:11:37,856 Saya akan tunjukkan bagaimana ia dilakukan 238 00:11:37,856 --> 00:11:40,706 dalam sebuah projek yang baru disiapkan oleh syarikat saya. 239 00:11:40,709 --> 00:11:44,144 Kami diupah untuk menggantikan bangunan ini yang telah terbakar. 240 00:11:44,144 --> 00:11:45,897 Sini ialah Pines, 241 00:11:45,897 --> 00:11:48,297 pusat bandar Fire Island, Negeri New York. 242 00:11:48,297 --> 00:11:50,139 Ia sebuah tempat percutian. 243 00:11:50,139 --> 00:11:54,086 Kami mencadangkan sebuah rancangan yang berani, 244 00:11:54,086 --> 00:11:58,157 yang menggunakan bentuk-bentuk yang tidak biasa dilihat di situ. 245 00:11:59,501 --> 00:12:02,446 Kami berasa takut, klien kami berasa takut, 246 00:12:02,446 --> 00:12:04,359 komuniti di situ pun berasa takut. 247 00:12:04,359 --> 00:12:08,113 Jadi, kami menghasilkan gambar-gambar realistik 248 00:12:08,113 --> 00:12:09,931 dan memaparkannya di Facebook 249 00:12:09,931 --> 00:12:12,055 dan Instagram, 250 00:12:12,055 --> 00:12:14,560 dan kami melihat apa yang orang ramai lakukan: 251 00:12:14,560 --> 00:12:17,631 kongsikannya, memberi komen, sukakannya, bencikannya. 252 00:12:17,982 --> 00:12:22,366 Jadi, 2 tahun sebelum bangunan itu siap dibina, 253 00:12:22,366 --> 00:12:25,258 ia telah menjadi sebahagian daripada komuniti itu. 254 00:12:25,668 --> 00:12:32,158 Oleh sebab lukisan tersebut adalah serupa dengan produk akhir, 255 00:12:32,158 --> 00:12:34,188 maka tidak terdapatnya kejutan. 256 00:12:34,212 --> 00:12:37,734 Bangunan ini telah menjadi sebahagian daripada komuniti ini. 257 00:12:37,734 --> 00:12:40,013 Kemudian, pada musim panas yang pertama, 258 00:12:40,013 --> 00:12:44,481 bila orang ramai ke situ dan kongsikan gambar bangunan itu dalam media sosial, 259 00:12:44,481 --> 00:12:49,126 selain sebuah bangunan yang besar, ia telah menjadi sebuah media, 260 00:12:49,426 --> 00:12:53,633 kerana semua itu bukannya sekadar gambar-gambar sebuah bangunan, 261 00:12:53,633 --> 00:12:56,080 ia gambar-gambar yang anda ambil. 262 00:12:56,377 --> 00:12:59,678 Bila anda menggunakannya untuk menceritakan kisah anda, 263 00:12:59,678 --> 00:13:02,510 ia menjadi sebahagian daripada naratif peribadi anda, 264 00:13:02,510 --> 00:13:04,522 dan apa yang anda lakukan ialah, 265 00:13:04,522 --> 00:13:08,176 anda mengaburkan ingatan bersama semua orang, 266 00:13:08,176 --> 00:13:12,927 dan anda menghasilkan simbol-simbol yang menyentuh emosi ini untuk semua orang. 267 00:13:12,927 --> 00:13:15,496 Maksudnya, kita tidak lagi memerlukan orang Yunani 268 00:13:15,500 --> 00:13:18,102 untuk memberi kita idea dalam bidang seni bina. 269 00:13:18,102 --> 00:13:21,797 Kita boleh saling berbincang tentang bidang seni bina, 270 00:13:21,797 --> 00:13:28,002 kerana media digital bukan saja telah mengubah perhubungan antara kita semua, 271 00:13:28,002 --> 00:13:31,735 ia juga telah mengubah perhubungan antara kita dengan bangunan. 272 00:13:32,324 --> 00:13:35,882 Berfikir sebentar tentang pustakawan di Livingston. 273 00:13:36,130 --> 00:13:38,779 Jika mereka mahu membina sebuah perpustakaan, 274 00:13:38,779 --> 00:13:43,473 mereka akan melayari Internet dan mencari "perpustakaan baru". 275 00:13:43,705 --> 00:13:48,439 Mereka akan melihat banyak eksperimen, inovasi, 276 00:13:48,439 --> 00:13:52,637 dan banyak lagi maklumat tentang rupa bentuk sebuah perpustakaan. 277 00:13:52,798 --> 00:13:54,336 Itulah senjata mereka. 278 00:13:54,336 --> 00:13:56,795 Itulah senjata yang boleh ditunjukkan 279 00:13:56,795 --> 00:14:00,134 kepada datuk bandar Livingston, warga livingston, 280 00:14:00,134 --> 00:14:04,473 dan berkata tidak terdapatnya reka bentuk yang tertentu untuk perpustakaan. 281 00:14:04,473 --> 00:14:06,282 Marilah menjadi sebahagian daripadanya. 282 00:14:06,287 --> 00:14:08,797 Contoh-contoh yang banyak ini 283 00:14:08,797 --> 00:14:12,236 membolehkan mereka menjalankan eksperimen sendiri. 284 00:14:14,032 --> 00:14:16,514 Semua perkara adalah berbeza sekarang. 285 00:14:16,514 --> 00:14:19,823 Arkitek bukan lagi orang yang penuh misteri 286 00:14:19,823 --> 00:14:22,538 yang menggunakan jargon dan lukisan yang rumit, 287 00:14:22,562 --> 00:14:25,506 dan anda bukannya orang yang kasihan, 288 00:14:25,506 --> 00:14:29,531 iaitu pengguna yang enggan menerima sesuatu yang anda tidak pernah lihat. 289 00:14:30,680 --> 00:14:32,653 Arkitek mendengar pendapat anda, 290 00:14:32,653 --> 00:14:35,141 dan anda tidak berasa takut pada arkitek. 291 00:14:35,440 --> 00:14:39,152 Maksudnya, pendulum yang berayun ulang-alik 292 00:14:39,176 --> 00:14:42,058 dari gaya ke gaya, dari trend ke trend 293 00:14:42,058 --> 00:14:43,579 adalah tidak relevan. 294 00:14:43,590 --> 00:14:46,280 Kita boleh pandang ke depan 295 00:14:46,284 --> 00:14:50,920 dan mencari penyelesaian yang relevan dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita. 296 00:14:51,357 --> 00:14:54,813 Sejarah bidang seni bina tamat di sini. 297 00:14:54,813 --> 00:14:58,075 Ia bermakna bahawa bangunan pada masa depan 298 00:14:58,075 --> 00:15:01,478 akan kelihatan berbeza dengan bangunan pada masa kini. 299 00:15:02,389 --> 00:15:06,791 Ia bermakna bahawa ruang awam di Seville, sebuah bandar purba, 300 00:15:06,791 --> 00:15:11,485 boleh kelihatan unik dan disesuaikan mengikuti gaya di bandar yang moden. 301 00:15:11,812 --> 00:15:16,245 Ia bermakna bahawa stadium di Brooklyn mungkin mempunyai gaya di Brooklyn, 302 00:15:16,245 --> 00:15:19,121 bukannya mempunyai bata merah dan pastis lama 303 00:15:19,121 --> 00:15:21,701 yang mana kita rasa ia sepatutnya begitu. 304 00:15:22,190 --> 00:15:25,373 Maknanya, robot akan membina bangunan kita, 305 00:15:25,397 --> 00:15:29,014 kerana akhirnya kita sudah bersedia untuk bentuk-bentuk yang akan dibinanya. 306 00:15:29,842 --> 00:15:33,667 Ia juga bermakna bahawa bangunan akan berkompromi dengan alam sekitar, 307 00:15:33,667 --> 00:15:35,520 bukannya sebaliknya. 308 00:15:36,676 --> 00:15:40,264 Ia bermakna garaj di Miami Beach, Florida, 309 00:15:40,264 --> 00:15:42,762 boleh juga dijadikan tempat untuk bersukan 310 00:15:42,762 --> 00:15:44,251 dan berlatih yoga, 311 00:15:44,251 --> 00:15:46,748 bahkan anda boleh berkahwin di situ pada waktu malam. 312 00:15:46,748 --> 00:15:47,842 (Gelak ketawa) 313 00:15:47,866 --> 00:15:51,993 Ia bermakna bahawa tiga arkitek boleh bermimpi tentang berenang 314 00:15:51,993 --> 00:15:53,973 di East River, New York, 315 00:15:53,997 --> 00:15:56,487 kemudian mengumpulkan hampir setengah juta dolar 316 00:15:56,511 --> 00:15:59,813 daripada sebuah komuniti yang menyokong tujuan mereka, 317 00:15:59,813 --> 00:16:01,873 bukannya daripada seorang klien. 318 00:16:02,325 --> 00:16:05,696 Ia bermakna bahawa inovasi juga boleh berlaku pada bangunan kecil. 319 00:16:05,696 --> 00:16:08,008 contohnya pavilion untuk melihat rusa kutub ini, 320 00:16:08,008 --> 00:16:13,003 rupanya adalah sehebat rusa-rusa kutub di situ. 321 00:16:13,328 --> 00:16:16,510 Ia juga bermakna bahawa bangunan tidak perlu kelihatan cantik 322 00:16:16,510 --> 00:16:17,863 agar ia akan disukai, 323 00:16:17,887 --> 00:16:20,902 contohnya bangunan yang hodoh ini di Sepanyol, 324 00:16:20,926 --> 00:16:23,407 yang mana arkiteknya menggali sebuah lubang, 325 00:16:23,431 --> 00:16:24,813 memasukkan rumput kering, 326 00:16:24,837 --> 00:16:27,170 kemudian mencurahkan konkrit di sekitarnya. 327 00:16:27,174 --> 00:16:28,884 Setelah konkrit menjadi kering, 328 00:16:28,884 --> 00:16:32,418 mereka menjemput seseorang untuk menguruskan rumput kering di situ 329 00:16:32,442 --> 00:16:35,247 agar apa yang tinggal setelah ia selesai 330 00:16:35,247 --> 00:16:38,066 ialah bilik kecil yang hodoh ini 331 00:16:38,066 --> 00:16:44,014 penuh dengan kesan dan calar yang ditinggalkan semasa ia dibina. 332 00:16:44,014 --> 00:16:48,558 Ia merupakan tempat yang hebat untuk melihat matahari terbenam. 333 00:16:49,348 --> 00:16:52,997 Kerana ia tidak penting jika lembu yang membina bangunan kita 334 00:16:52,997 --> 00:16:54,877 atau robot yang membinanya, 335 00:16:54,877 --> 00:16:58,219 bagaimana ia dibina tidak penting, yang penting apa yang kita bina. 336 00:16:58,769 --> 00:17:02,288 Arkitek sudah tahu cara untuk membina bangunan yang lebih mesra alam, 337 00:17:02,288 --> 00:17:04,340 lebih bijak dan mesra. 338 00:17:04,340 --> 00:17:07,404 Kami cuma menunggu anda semua mahukannya. 339 00:17:08,022 --> 00:17:11,350 Akhirnya, kita tidak lagi berada di pihak yang bertentangan. 340 00:17:11,767 --> 00:17:14,893 Temuilah seorang arkitek, upahlah seorang arkitek, 341 00:17:14,893 --> 00:17:20,770 bekerjasamalah dengan kami untuk membina bangunan, bandar, dan dunia yang lebih baik, 342 00:17:20,794 --> 00:17:23,034 kerana ganjarannya adalah besar. 343 00:17:23,455 --> 00:17:26,387 Bangunan bukan saja menggambarkan masyarakat kita, 344 00:17:26,387 --> 00:17:28,479 ia juga membentuk masyarakat kita 345 00:17:28,479 --> 00:17:30,725 walaupun ruangnya kecil: 346 00:17:30,725 --> 00:17:32,793 perpustakaan tempatan, 347 00:17:32,793 --> 00:17:35,376 rumah di mana kita membesarkan anak kita, 348 00:17:35,376 --> 00:17:38,919 dan laluan yang diambil dari bilik tidur ke bilik air. 349 00:17:39,188 --> 00:17:40,372 Terima kasih. 350 00:17:40,372 --> 00:17:42,862 (Tepukan)