Hari ini saya akan bercakap
tentang sejarah seni bina
dalam 30 tahun kebelakangan ini.
Terdapat banyak perkara yang
perlu disebut dalam 18 minit ini.
Ia topik yang kompleks,
jadi kita cuma akan meninjau
sebuah tempat yang kompleks:
New Jersey.
Kerana 30 tahun lalu,
saya berasal dari Jersey,
masa itu saya berusia 6 tahun
dan tinggal di rumah ibu bapa saya
yang terletak di Livingston.
Inilah bilik tidur saya pada masa itu.
Di tepi bilik tidur saya
terletaknya bilik air yang
saya kongsi dengan adik saya.
Di antara bilik tidur dan bilik air itu
terletaknya balkoni yang
menghadap ruang tamu.
Di situlah semua orang
bersantai dan menonton TV.
Setiap kali saya berjalan
dari bilik tidur saya ke bilik air,
semua orang dapat melihat saya.
Setiap kali setelah saya mandi dan
cuma berbalutkan tuala,
semua orang dapat melihat saya.
Saya kelihatan seperti ini.
Saya berasa kekok,
tidak selesa, saya bencikannya.
Saya bencikan laluan itu,
saya bencikan balkoni itu,
saya bencikan ruang tamu itu,
dan saya bencikan rumah itu.
Itulah dia seni bina.
(Gelak ketawa)
Habis cerita.
Perasaan dan emosi yang saya alami itu
tercetus daripada hasil seni bina.
Sebab, seni bina bukannya tentang
matematik atau pengezonan,
ia adalah tentang emosi kita
yang meluap-luap
terhadap tempat di mana kita berada.
Ia bukannya perkara yang luar biasa
jika kita berasa begitu,
kerana menurut
Agensi Perlindungan Persekitaran,
warga Amerika menghabiskan 90%
daripada masa mereka di dalam bangunan.
Itu masanya kita berdepan
dengan hasil seni bina.
Agak lama masanya.
Maksudnya, kita terpengaruh oleh
hasil seni bina tanpa kita sedarinya.
Ia menjadikan kita
mudah terpedaya dan mudah dijangka.
Maksudnya, bila saya menunjukkan
bangunan ini kepada anda,
saya tahu apa yang anda fikirkan:
Anda berfikir tentang "kuasa",
"kestabilan" dan "demokrasi".
Saya tahu anda berfikir begitu kerana
ia dibina berdasarkan sebuah bangunan
yang dibina pada 2,500 tahun
yang lalu oleh orang Yunani.
Ini ialah sebuah cara.
Ini ialah cara yang digunakan oleh arkitek
agar anda dapat mengaitkan
bangunan-bangunan yang kami bina
berdasarkan bentuknya.
Ia merupakan tindakan yang dapat dijangka,
dan cara ini telah lama digunakan.
Ia digunakan pada [200] tahun yang lalu
untuk membina bank.
Ia digunakan pada abad ke-19
untuk membina muzium seni.
Di Amerika, semasa abad ke-20,
ia digunakan untuk membina rumah.
Lihatlah rumah-rumah
yang kukuh dan stabil ini
yang menghadap laut dan
terlindung daripada unsur-unsur alam.
Ia amat berguna sekali,
kerana membina sesuatu bukannya mudah.
Ia mahal, mengambil masa yang lama,
dan amat rumit.
Pihak-pihak yang terlibat
dalam pembinaan,
iaitu pemaju dan kerajaan,
mereka tidak menyukai inovasi.
Mereka lebih suka menggunakan
reka bentuk yang anda sukai.
Itulah sebabnya bangunan sebegini dibina.
Bangunan ini kelihatan cantik.
Inilah Perpustakaan Awam Livingston
yang siap dibina pada tahun 2004
di kampung saya.
Ia mempunyai kubah
dan ia mempunyai bahagian yang bulat,
tiang-tiang, bata merah.
Anda dapat meneka apa yang Livingston
cuba sampaikan melalui bangunan ini:
kanak-kanak,
nilai harta benda dan sejarah.
Tapi, ia tidak begitu berkaitan dengan
fungsi perpustakaan pada hari ini.
Pada tahun yang sama, tahun 2004,
di bahagian lain negara ini,
sebuah lagi perpustakaan siap dibina,
dan beginilah rupanya.
Ia terletak di Seattle.
Ia menunjukkan bagaimana kita
menggunakan media dalam era digital.
Ia merupakan kemudahan awam
yang baru di bandar itu.
Ia tempat untuk berkumpul,
membaca dan berkongsi.
Jadi, kenapa agaknya
pada tahun yang sama,
di negara yang sama,
dua bangunan yang dipanggil
perpustakaan ini,
kelihatan amat berbeza?
Jawapannya, bidang seni bina diusahakan
berdasarkan prinsip pendulum.
Di sebelah ialah inovasi.
Arkitek sentiasa cuba
mencari teknologi baru,
tipologi baru, penyelesaian baru
untuk gaya hidup kita pada masa kini.
Kami asyik memfokuskan pada inovasi
sehingga kami mengabaikan pendapat anda.
Kami berpakaian hitam,
kami kelihatan murung,
anda rasa kami kelihatan menarik,
kami berasa sedih kerana
kami tidak dapat melakukan apa-apa.
Jadi, kami perlu ke sebelah
dan memilih reka bentuk
yang anda sukai.
Kami melakukannya dan anda berpuas hati.
Ia telah berjaya,
jadi kami mencuba lagi
dan kami asyik mengayunkan
pendulum ke kiri dan ke kanan.
Ia telah berlaku selama 300 tahun,
dan dalam 30 tahun kebelakangan ini.
30 tahun yang lalu, kita meninjau
keadaan pada zaman 1970-an.
Arkitek asyik mencuba sesuatu
yang dipanggil brutalisme.
Ia melibatkan konkrit.
(Gelak ketawa)
Anda dapat menekannya.
Tingkap-tingkap kecil.
Tiada sifat-sifat manusia.
Ia bahan yang amat kukuh.
Menjelang zaman 80-an,
kami menggunakan semula
reka bentuk tersebut.
Kami mengayunkan pendulum
balik ke arah bertentangan.
Kami menggunakan
reka bentuk ini yang anda sukai
dan menambah unsur baru.
Kami menambah neon,
kami menambah pastel,
kami menambah bahan-bahan baru.
Anda menyukainya.
Kami meneruskannya.
Reka bentuk almari Chippendale digunakan
untuk membina pencakar langit.
Pencakar langit berupa istana zaman
pertengahan yang diperbuat daripada kaca.
Saiznya semakin besar,
reka bentuknya semakin berani
dan berwarna-warni.
Orang kerdil dijadikan tiang.
(Gelak ketawa)
Saiz swan yang amat besar sekali.
Memang gila.
Tapi, itulah zaman 80-an.
Ia kelihatan hebat.
(Gelak ketawa)
Kita suka ke pusat beli-belah,
dan kita suka berpindah ke subbandar.
Di subbandar,
kita boleh mewujudkan
bangunan yang istimewa.
Bangunan tersebut
boleh bergaya Mediterranean,
atau Perancis,
atau Itali.
(Gelak ketawa)
Ia tiada batasannya.
Inilah yang dipanggil postmodernisme.
Inilah dia reka bentuk.
Ia adalah mudah dan murah,
kerana daripada membina tempat baru,
kami membina tempat yang dikenang.
Kerana saya tahu,
dan saya tahu anda semua tahu,
sini bukannya Tuscany.
sini ialah Ohio.
(Gelak ketawa)
Arkitek berasa kecewa,
dan kami mengayunkan pendulum
balik ke arah yang bertentangan.
Pada akhir zaman 80-an
dan awal zaman 90-an,
kami mula mencuba sesuatu yang
dipanggil dekonstruktivisme.
Kami tidak lagi menggunakan
reka bentuk lama.
Kami bergantung pada teknik-teknik
reka bentuk berbantukan komputer.
Kami menggunakan reka bentuk baru,
bentuk-bentuk yang berbeza.
Ia bersifat ilmiah dan memeningkan.
Ia tidak popular langsung.
Kami mengabaikan pendapat anda.
Seperti biasa, pendulum akan berayun
balik ke arah yang bertentangan.
Kemudian, sesuatu yang hebat berlaku.
Pada tahun 1997, bangunan ini dibuka.
Ini ialah Guggenheim Bilbao
yang direka oleh Frank Gehry.
Bangunan ini
telah mengubah pandangan orang ramai
terhadap bidang seni bina.
Paul Goldberger berkata bahawa
Bilbao menyebabkan
para pengkritik, ahli akademik
dan orang ramai
telah disatukan
disebabkan sebuah bangunan.
Menurut New York Times,
bangunan ini ialah sebuah keajaiban.
Pelancongan di Bilbao
meningkat sebanyak 2,500%
setelah bangunan ini siap dibina.
Jadi secara tiba-tiba, semua orang
mahukan bangunan sebegini:
L.A.,
Seatle,
Chicago,
New York,
Cleveland,
Springfield.
(Gelak ketawa)
Semua orang mahukannya.
Gehry pergi ke banyak tempat.
Dia telah menjadi arkitek yang terkenal.
Kenapa reka-reka bentuk ini --
ia adalah kasar dan radikal --
kenapa ia wujud di mana-mana saja
di seluruh dunia?
Ia berlaku kerana pihak media telah
memberikan liputan yang banyak
dan memberikan anggapan reka-reka bentuk ini
mewakili budaya dan pelancongan.
Semua orang bertindak balas
terhadap reka-reka bentuk ini.
Begitu juga dengan datuk bandar
di seluruh dunia.
Mereka tahu jika terdapatnya
reka-reka bentuk ini,
maka terdapatnya budaya dan pelancongan.
Fenomena semasa peralihan abad ini
berlaku pada arkitek lain yang terkenal.
Ia berlaku pada Zaha.
dan berlaku pada Libeskind.
Apa yang berlaku pada para arkitek ini
semasa peralihan abad
boleh juga berlaku pada bidang seni bina,
kerana media digital membolehkan kita
memperoleh maklumat
dengan kadar yang lebih pantas.
Fikirkan bagaimana anda
mendapat maklumat bangunan.
Seribu tahun yang lalu,
anda perlu berjalan ke kampung sebelah
untuk melihat sebuah bangunan.
Pengangkutan mempercepatnya:
anda boleh menaiki bot dan kapal terbang.
Anda boleh menjadi pelancong.
Teknologi mempercepatnya: Anda boleh
melihatnya dalam surat khabar, TV.
Dan akhirnya, kita semua
mengambil gambar-gambar bangunan.
Bangunan itu bukan lagi
terdapat di satu tempat.
Kini, bangunan itu
terdapat di mana-mana saja.
Ia bermakna bahawa kepantasan komunikasi
telah berjaya mengejar
kemajuan dalam bidang seni bina.
Oleh sebab bidang ini
berkembang dengan pantas,
reka bentuk bangunan mudah disediakan.
Tapi, pembinaannya
mengambil masa yang lama,
tiga atau empat tahun,
dan sementara itu,
seorang arkitek akan mereka 2 atau 8
atau 100 bangunan lagi
sebelum dia tahu bangunan yang
direka pada 4 tahun yang lalu
mendapat sambutan atau tidak.
Ini kerana tidak terdapatnya lingkaran
maklum balas yang baik dalam bidang seni bina.
Sebab itulah terdapatnya
bangunan-bangunan seperti ini.
Trend brutalisme tidak berakhir
selepas 2 tahun.
Ia berterusan selama 20 tahun.
Selama 20 tahun, kami menghasilkan
bangunan-bangunan sebegini
kerana kami tidak tahu
setakat mana anda membencinya.
Ia tidak akan berlaku lagi,
rasanya begitu,
kerana berlakunya revolusi yang hebat
dalam bidang seni bina
sejak terciptanya konkrit,
keluli, atau lif,
iaitu revolusi media.
Jadi teori saya ialah, bila media
diletakkan pada pendulum ini,
ia mula berayun dengan semakin cepat
sehingga ia berada di kedua-dua belah
pada masa yang sama,
dan ia telah mengaburkan
perbezaan antara inovasi dengan simbol,
dengan kami, iaitu arkitek,
dan anda, iaitu orang awam.
Sekarang, kami boleh mencipta
simbol-simbol baru yang menyentuh emosi
daripada sesuatu dengan pantas.
Saya akan tunjukkan
bagaimana ia dilakukan
dalam sebuah projek yang baru
disiapkan oleh syarikat saya.
Kami diupah untuk menggantikan
bangunan ini yang telah terbakar.
Sini ialah Pines,
pusat bandar Fire Island,
Negeri New York.
Ia sebuah tempat percutian.
Kami mencadangkan
sebuah rancangan yang berani,
yang menggunakan bentuk-bentuk
yang tidak biasa dilihat di situ.
Kami berasa takut,
klien kami berasa takut,
komuniti di situ pun berasa takut.
Jadi, kami menghasilkan
gambar-gambar realistik
dan memaparkannya di Facebook
dan Instagram,
dan kami melihat
apa yang orang ramai lakukan:
kongsikannya, memberi komen,
sukakannya, bencikannya.
Jadi, 2 tahun sebelum
bangunan itu siap dibina,
ia telah menjadi sebahagian
daripada komuniti itu.
Oleh sebab lukisan tersebut adalah
serupa dengan produk akhir,
maka tidak terdapatnya kejutan.
Bangunan ini telah menjadi
sebahagian daripada komuniti ini.
Kemudian,
pada musim panas yang pertama,
bila orang ramai ke situ dan kongsikan
gambar bangunan itu dalam media sosial,
selain sebuah bangunan yang besar,
ia telah menjadi sebuah media,
kerana semua itu bukannya sekadar
gambar-gambar sebuah bangunan,
ia gambar-gambar yang anda ambil.
Bila anda menggunakannya untuk
menceritakan kisah anda,
ia menjadi sebahagian
daripada naratif peribadi anda,
dan apa yang anda lakukan ialah,
anda mengaburkan
ingatan bersama semua orang,
dan anda menghasilkan simbol-simbol yang
menyentuh emosi ini untuk semua orang.
Maksudnya, kita tidak lagi
memerlukan orang Yunani
untuk memberi kita idea
dalam bidang seni bina.
Kita boleh saling berbincang
tentang bidang seni bina,
kerana media digital bukan saja telah
mengubah perhubungan antara kita semua,
ia juga telah mengubah perhubungan
antara kita dengan bangunan.
Berfikir sebentar tentang
pustakawan di Livingston.
Jika mereka mahu
membina sebuah perpustakaan,
mereka akan melayari Internet dan
mencari "perpustakaan baru".
Mereka akan melihat
banyak eksperimen, inovasi,
dan banyak lagi maklumat tentang
rupa bentuk sebuah perpustakaan.
Itulah senjata mereka.
Itulah senjata yang boleh ditunjukkan
kepada datuk bandar Livingston,
warga livingston,
dan berkata tidak terdapatnya reka bentuk
yang tertentu untuk perpustakaan.
Marilah menjadi sebahagian daripadanya.
Contoh-contoh yang banyak ini
membolehkan mereka
menjalankan eksperimen sendiri.
Semua perkara adalah berbeza sekarang.
Arkitek bukan lagi
orang yang penuh misteri
yang menggunakan jargon
dan lukisan yang rumit,
dan anda bukannya orang yang kasihan,
iaitu pengguna yang enggan menerima
sesuatu yang anda tidak pernah lihat.
Arkitek mendengar pendapat anda,
dan anda tidak berasa takut pada arkitek.
Maksudnya, pendulum
yang berayun ulang-alik
dari gaya ke gaya, dari trend ke trend
adalah tidak relevan.
Kita boleh pandang ke depan
dan mencari penyelesaian yang relevan dengan
masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita.
Sejarah bidang seni bina tamat di sini.
Ia bermakna bahawa
bangunan pada masa depan
akan kelihatan berbeza dengan
bangunan pada masa kini.
Ia bermakna bahawa ruang awam
di Seville, sebuah bandar purba,
boleh kelihatan unik dan disesuaikan
mengikuti gaya di bandar yang moden.
Ia bermakna bahawa stadium di Brooklyn
mungkin mempunyai gaya di Brooklyn,
bukannya mempunyai
bata merah dan pastis lama
yang mana kita rasa ia sepatutnya begitu.
Maknanya, robot akan
membina bangunan kita,
kerana akhirnya kita sudah bersedia
untuk bentuk-bentuk yang akan dibinanya.
Ia juga bermakna bahawa bangunan
akan berkompromi dengan alam sekitar,
bukannya sebaliknya.
Ia bermakna garaj
di Miami Beach, Florida,
boleh juga dijadikan tempat untuk bersukan
dan berlatih yoga,
bahkan anda boleh berkahwin
di situ pada waktu malam.
(Gelak ketawa)
Ia bermakna bahawa tiga arkitek
boleh bermimpi tentang berenang
di East River, New York,
kemudian mengumpulkan
hampir setengah juta dolar
daripada sebuah komuniti yang
menyokong tujuan mereka,
bukannya daripada seorang klien.
Ia bermakna bahawa inovasi juga
boleh berlaku pada bangunan kecil.
contohnya pavilion untuk
melihat rusa kutub ini,
rupanya adalah sehebat
rusa-rusa kutub di situ.
Ia juga bermakna bahawa
bangunan tidak perlu kelihatan cantik
agar ia akan disukai,
contohnya bangunan
yang hodoh ini di Sepanyol,
yang mana arkiteknya
menggali sebuah lubang,
memasukkan rumput kering,
kemudian mencurahkan konkrit
di sekitarnya.
Setelah konkrit menjadi kering,
mereka menjemput seseorang untuk
menguruskan rumput kering di situ
agar apa yang tinggal setelah ia selesai
ialah bilik kecil yang hodoh ini
penuh dengan kesan dan calar
yang ditinggalkan semasa ia dibina.
Ia merupakan tempat yang hebat
untuk melihat matahari terbenam.
Kerana ia tidak penting jika
lembu yang membina bangunan kita
atau robot yang membinanya,
bagaimana ia dibina tidak penting,
yang penting apa yang kita bina.
Arkitek sudah tahu cara untuk membina
bangunan yang lebih mesra alam,
lebih bijak dan mesra.
Kami cuma menunggu
anda semua mahukannya.
Akhirnya, kita tidak lagi berada
di pihak yang bertentangan.
Temuilah seorang arkitek,
upahlah seorang arkitek,
bekerjasamalah dengan kami untuk membina
bangunan, bandar, dan dunia yang lebih baik,
kerana ganjarannya adalah besar.
Bangunan bukan saja
menggambarkan masyarakat kita,
ia juga membentuk masyarakat kita
walaupun ruangnya kecil:
perpustakaan tempatan,
rumah di mana kita membesarkan anak kita,
dan laluan yang diambil
dari bilik tidur ke bilik air.
Terima kasih.
(Tepukan)