Hari ini saya akan bercakap
tentang sejarah seni bina
dalam 30 tahun kebelakangan ini.
Banyak perkara perlu
disebut dalam 18 minit ini.
Ia sebuah topik yang kompleks,
jadi kita cuma akan meninjau
sebuah tempat yang kompleks:
New Jersey.
Kerana 30 tahun lalu,
saya berasal dari Jersey,
masa itu saya berusia 6 tahun
dan tinggal di rumah ibu bapa saya
yang terletak di Livingston.
Inilah bilik tidur saya pada masa itu.
Di tepi bilik tidur saya
ialah sebuah bilik air
yang dikongsi dengan adik saya.
Di antara bilik tidur dan bilik air itu
terletaknya balkoni yang
menghadap ruang tamu.
Di situlah semua orang
bersantai dan menonton TV.
Jadi, bila saya berjalan
dari bilik tidur saya ke bilik air,
semua orang dapat melihat saya,
dan setelah saya mandi dan
cuma berbalutkan tuala,
semua orang dapat melihat saya.
Beginilah keadaan saya.
Saya berasa kekok,
tak selesa, saya bencikannya.
Saya bencikan laluan itu,
saya bencikan balkoni itu,
saya bencikan ruang tamu itu,
dan saya bencikan rumah itu.
Itulah dia seni bina.
(Gelak ketawa)
Habis cerita.
Perasaan dan emosi yang saya alami itu
tercetus daripada hasil seni bina.
Sebab, seni bina bukannya tentang
matematik atau pengezonan,
ia adalah tentang emosi kita
yang meluap-luap
terhadap tempat di mana kita berada.
Ia bukannya perkara yang luar biasa
jika kita berasa begitu,
kerana menurut
Agensi Perlindungan Persekitaran,
warga Amerika menghabiskan 90%
daripada masa mereka di dalam bangunan.
Itu masanya kita berdepan
dengan hasil seni bina.
Agak lama masanya.
Maksudnya, kita terpengaruh oleh
hasil seni bina tanpa kita sedari.
Ia menjadikan kita
mudah terpedaya dan mudah dijangka.
Jadi, bila saya menunjukkan
bangunan ini kepada anda,
saya tahu apa yang anda:
Anda berfikir tentang "kuasa", "
kestabilan" dan "demokrasi".
Saya tahu kerana ia dibina
berdasarkan sebuah bangunan
yang dibina pada 2,500 tahun yang lalu
oleh orang Yunani.
Inilah caranya.
Inilah cara yang digunakan
oleh para arkitek
untuk mewujudkan emosi anda terhadap
bangunan-bangunan yang dibina.
Ia merupakan emosi yang dapat dijangka,
dan cara ini telah lama digunakan.
Ia digunakan pada 200 tahun yang lalu
untuk membina bank.
Ia digunakan pada abad ke-19
untuk membina muzium seni.
Pada abad ke-20 di Amerika,
ia digunakan untuk membina rumah.
Lihatlah rumah-rumah
yang kukuh dan stabil ini
yang menghadap laut dan
terlindung daripada unsur-unsur alam.
Ia amat berguna sekali,
kerana membina sesuatu bukannya mudah.
Ia mahal, mengambil masa yang lama,
dan amat rumit.
Pihak-pihak yang terlibat
dalam pembinaan,
iaitu pemaju dan kerajaan,
mereka tak menyukai inovasi,
mereka akan menggunakan
reka bentuk yang anda sukai.
Sebab itulah bangunan sebegini dibina.
Bangunan ini kelihatan cantik.
Inilah Perpustakaan Awam Livingston
yang siap dibina pada tahun 2004
di tempat asal saya.
Ia mempunyai kubah
dan ia mempunyai bahagian yang bulat,
tiang-tiang, bata merah.
Anda dapat meneka apa yang Livingston
cuba sampaikan melalui bangunan ini:
kanak-kanak,
nilai harta benda dan sejarah.
Tapi, ia tak berkaitan sangat dengan
tujuan perpustakaan pada hari ini.
Pada tahun yang sama, tahun 2004,
di bahagian lain negara ini,
sebuah lagi perpustakaan siap dibina,
dan beginilah rupanya.
Ia terletak di Seattle.
Ia menunjukkan bagaimana kita
menggunakan media dalam era digital.
Ia merupakan kemudahan awam
yang baru di bandar itu.
Ia tempat untuk berkumpul,
membaca dan berkongsi.
Jadi, kenapa agaknya
pada tahun yang sama,
di negara yang sama,
two bangunan yang dipanggil
perpustakaan ini,
kelihatan amat berbeza sekali?
Jawapannya, seni bina digunakan
berdasarkan prinsip pendulum.
Cara pertama melibatkan inovasi,
dan arkitek sentiasa cuba
menggunakan teknologi baru,
tipologi baru, penyelesaian baru
untuk cara hidup kita pada masa kini.
Kami asyik bergantung pada inovasi
sehingga kami mengabaikan pendapat anda.
Kami berpakaian hitam,
kami kelihatan murung,
anda rasa kami kelihatan menarik,
kami berasa sedih kerana
kami tak dapat berbuat apa-apa.
Jadi, kami menggunakan cara kedua
dan memilih bentuk-bentuk
yang anda sukai.
Kami melakukannya dan anda berpuas hati.
Ia telah berjaya.
Jadi, kami menggunakan
inovasi dan bentuk-bentuk
secara berselang-seli.
Ia telah berlaku selama 300 tahun,
dan dalam 30 tahun kebelakangan ini.
30 tahun yang lalu, kita meninjau
keadaan pada zaman 1970-an.
Arkitek asyik mencuba sesuatu
yang dipanggil brutalisme.
Ia melibatkan konkrit.
(Gelak ketawa)
Anda dapat menekannya.
Tingkat yang kecil,
Ia bahan yang amat kukuh.
Menjelang zaman 80-an,
kami beralih kepada bentuk-bentuk.
Kami menggunakan bentuk-bentuk semula.
Kami menggunakan
bentuk-bentuk yang anda sukai
dan kami memperbaiknya.
Kami menambah neon,
kami menambah pastel,
kami menambah bahan-bahan baru.
Anda menyukainya.
Anda berpuas hati dengannya.
Kami menggunakan reka bentuk
almari Chippendale
untuk membina pencakar langit.
Contohnya, istana zaman pertengahan
yang diperbuat daripada kaca.
Saiznya semakin besar,
reka bentuknya semakin hebat
dan berwarna-warni.
Orang kerdil dijadikan tiang.
(Gelak ketawa)
Saiz swan yang amat besar sekali.
Mengagumkan.
Itulah dia zaman 80-an. Hebatnya.
(Gelak ketawa)
Kita suka ke pusat beli-belah,
dan kita suka berpindah ke subbandar.
Di subbandar,
kita boleh mewujudkan
hasil seni bina yang istimewa.
Hasil seni bina tersebut
boleh bergaya Mediterranean,
Perancis,
atau Itali.
(Gelak ketawa)
Mungkin ia termasuk roti jejari.
Inilah yang dipanggil postmodernisme.
Ia melibatkan bentuk-bentuk.
Ia adalah mudah dan murah,
kerana daripada membina tempat,
kita membina tempat yang
wujud dalam ingatan kita.
Kerana saya tahu, anda semua pun tahu,
sini bukannya Tuscany.
sini ialah Ohio.
(Gelak ketawa)
Jadi arkitek berasa kecewa,
dan kami beralih kepada cara pertama.
Pada akhir zaman 80-an
dan awal zaman 90-an,
kami mula mencuba sesuatu yang
dipanggil dekonstruktivisme.
Kami tidak lagi menggunakan bentuk-bentuk.
Kami bergantung pada teknik-teknik
reka bentuk berbantukan komputer.
Kami menggunakan reka bentuk baru,
bentuk-bentuk yang saling bertimbunan.
Ia bersifat ilmiah dan memeningkan.
Ia langsung tak popular.
Kami mengabaikan pendapat anda.
Seperti biasa, kami akan
beralih kepada cara lain pula.
Kemudian, sesuatu yang hebat berlaku.
Pada tahun 1997, bangunan ini dibuka.
Inilah Guggenheim Bilbao.
Ia direka oleh Frank Gehry.
Bangunan ini
telah mengubah pandangan orang ramai
terhadap bidang seni bina.
Paul Goldberger berkata Bilbao menyebabkan
para pengkritik, ahli akademik
dan orang ramai
berada di pihak yang sama.
New York Times menyatakan bahawa
bangunan ini amat menakjubkan.
Pelancongan di Bilbao
meningkat sebanyak 2,500%
setelah bangunan ini siap dibina.
Jadi secara tiba-tiba, semua orang
mahukan bangunan sebegini:
L.A.,
Seatle,
Chicago,
New York,
Cleveland,
Springfield.
(Gelak ketawa)
Semua orang mahukannya.
Gehry pergi ke banyak tempat.
Dia telah menjadi arkitek yang terkenal.
Jadi, kenapa bentuk-bentuk ini --
ia adalah kasar dan radikal --
kenapa ia wujud di mana-mana saja
di seluruh dunia?
Ia berlaku kerana pihak media telah
memberikan liputan yang banyak
dan memberikan anggapan bentuk-bentuk ini
mewakili budaya dan pelancongan.
Kita telah mewujudkan reaksi emosi
terhadap bentuk-bentuk ini.
Begitu juga dengan datuk bandar
di seluruh dunia.
Mereka tahu
jika terdapatnya bentuk-bentuk ini,
maka terdapatnya budaya dan pelancongan.
Fenomena semasa peralihan abad ini
berlaku pada para arkitek lain
yang terkenal.
Ia berlaku pada Zaha.
dan berlaku pada Libeskind.
Apa yang berlaku pada para arkitek ini
semasa peralihan abad
boleh juga berlaku pada
seluruh bidang arkitek
kerana media digital membolehkan
pemerolehan maklumat yang pantas
Fikirkan bagaimana anda
melihat hasil seni bina.
Seribu tahun yang lalu,
anda perlu berjalan ke kampung sebelah
untuk melihat sebuah bangunan.
Setelah adanya pengangkutan:
Anda menaiki bot dan kapal terbang.
Anda menjadi pelancong.
Setelah adanya teknologi:
Anda melihatnya dalam surat khabar dan TV.
Sehinggalah akhirnya, kita semua
mengambil gambar-gambar bangunan,
dan bangunan itu muncul dalam
laman-laman web yang berbeza.
Jadi, bangunan itu berada di semua tempat.
Ia bermakna bahawa kepantasan komunikasi
telah berjaya mengejar
kemajuan dalam bidang seni bina.
Oleh sebab bidang ini
berkembang dengan pantas,
reka bentuknya mudah disediakan.
Tapi, membina bangunan
mengambil masa yang lama,
tiga atau empat tahun,
dan sementara itu,
arkitek akan mereka dua atau lapan
atau seratus bangunan lagi
sebelum mengetahui bangunan yang
direka pada empat tahun yang lalu
mendapat sambutan atau tidak.
Ini kerana tidak terdapatnya lingkaran
maklum balas yang baik.
Sebab itulah terdapatnya
bangunan-bangunan sebegini.
Brutalisme tidak digunakan
selama dua tahun saja.
Ia digunakan selama 20 tahun.
Selama 20 tahun, kami menghasilkan
bangunan-bangunan sebegini
kerana kami tidak tahu
setakat mana anda membencinya.
Ia tidak akan berlaku lagi
saya rasa begitu,
(Gelak ketawa)
Terima kasih.
(Tepukan)