Hari ini saya akan bercakap
tentang sejarah seni bina
dalam 30 tahun kebelakangan ini.
Banyak perkara perlu
disebut dalam 18 minit ini.
Ia sebuah topik yang kompleks,
jadi kita cuma akan meninjau
sebuah tempat yang kompleks:
New Jersey.
Kerana 30 tahun lalu,
saya berasal dari Jersey,
masa itu saya berusia 6 tahun
dan tinggal di rumah ibu bapa saya
yang terletak di Livingston.
Inilah bilik tidur saya pada masa itu.
Di tepi bilik tidur saya
ialah sebuah bilik air
yang dikongsi dengan adik saya.
Di antara bilik tidur dan bilik air itu
terletaknya balkoni yang
menghadap ruang tamu.
Di situlah semua orang
bersantai dan menonton TV.
Jadi, bila saya berjalan
dari bilik tidur saya ke bilik air,
semua orang dapat melihat saya,
dan setelah saya mandi dan
cuma berbalutkan tuala,
semua orang dapat melihat saya.
Beginilah keadaan saya.
Saya berasa kekok,
tak selesa, saya bencikannya.
Saya bencikan laluan itu,
saya bencikan balkoni itu,
saya bencikan ruang tamu itu,
dan saya bencikan rumah itu.
Itulah dia seni bina.
(Ketawa)
Habis cerita.
Perasaan dan emosi yang saya alami itu
tercetus daripada hasil seni bina.
Sebab, seni bina bukannya tentang
matematik atau pengezonan,
ia adalah tentang emosi kita
yang meluap-luap
terhadap tempat di mana kita berada.
Ia bukannya perkara yang luar biasa
jika kita berasa begitu,
kerana mengikut
Agensi Perlindungan Persekitaran,
warga Amerika menghabiskan 90%
daripada masa mereka di dalam bangunan.
Itu masanya kita berdepan
dengan hasil seni bina.
Agak lama masanya.
Maksudnya, kita terpengaruh oleh
hasil seni bina tanpa kita sedari.
Ia menjadikan kita
mudah terpedaya dan mudah dijangka.
Maksudnya, bila saya menunjukkan
bangunan sebegini kepada anda,
saya tahu apa yang anda fikirkan:
Anda berfikir tentang "kuasa", "
kestabilan" dan "demokrasi".
Saya tahu anda berfikir begitu
kerana ia dibina berdasarkan
sebuah bangunan yang dibina pada
2,500 tahun yang lalu oleh orang Yunani.
Inilah caranya.
Inilah cara yang digunakan
oleh para arkitek
untuk mewujudkan emosi anda terhadap
bangunan-bangunan yang dibina.
Ia merupakan emosi yang dapat dijangka,
dan cara ini telah lama digunakan.
Ia digunakan pada 200 tahun yang lalu
untuk membina bank.
Ia digunakan pada abad ke-19
untuk membina muzium seni.
Pada abad ke-20 di Amerika,
ia digunakan untuk membina rumah.
Lihatlah rumah-rumah
yang kukuh dan stabil ini
yang menghadap ke laut dan
terlindung daripada unsur-unsur alam.
Ia amat berguna sekali,
kerana membina sesuatu bukannya mudah.
Ia mahal, mengambil masa yang lama,
dan amat rumit.
Pihak-pihak yang terlibat
dalam pembinaan,
iaitu pemaju dan kerajaan,
mereka tak menyukai inovasi,
mereka akan menggunakan
reka bentuk yang anda sukai.
Sebab itulah bangunan sebegini dibina.
Bangunan ini kelihatan cantik.
Inilah Perpustakaan Awam Livingston
yang siap dibina pada tahun 2004
di tempat asal saya.
Ia mempunyai kubah
dan ia mempunyai bahagian yang bulat,
tiang-tiang, bata merah.
Anda dapat meneka apa yang Livingston
cuba sampaikan melalui bangunan ini:
kanak-kanak,
nilai harta benda dan sejarah.
Tapi, ia tak berkaitan sangat dengan
tujuan perpustakaan pada hari ini.
Pada tahun yang sama, tahun 2004,
di bahagian lain negara ini,
sebuah lagi perpustakaan siap dibina,
dan beginilah rupanya.
Ia terletak di Seattle.
Ia menunjukkan bagaimana kita
menggunakan media dalam era digital.
Ia merupakan kemudahan awam
yang baru di bandar itu.
Ia tempat untuk berkumpul,
membaca dan berkongsi.
Jadi, kenapa agaknya
pada tahun yang sama,
di negara yang sama,
two bangunan yang dipanggil
perpustakaan ini,
kelihatan amat berbeza sekali?
Jawapannya, seni bina digunakan
berdasarkan prinsip pendulum.
Cara pertama melibatkan inovasi,
dan arkitek sentiasa cuba
menggunakan teknologi baru,
tipologi baru, penyelesaian baru
untuk cara hidup kita pada masa kini.
Kami asyik berbuat begitu
sehingga ia meminggirkan penyertaan anda.
Kami berpakaian hitam,
kami kelihatan murung,
anda rasa kami kelihatan menarik,
kami berasa sedih kerana
kami tak dapat berbuat apa-apa.
Jadi, kami menggunakan cara kedua
dan memilih simbol-simbol
yang anda sukai.
Kami melakukannya dan anda berpuas hati.
Ia telah berjaya.
Jadi, kami mencuba lagi
dengan cara pertama dan kedua
secara berselang-seli.
Ia telah berlaku selama 300 tahun,
dan semestinya dalam
30 tahun kebelakangan ini.
30 tahun yang lalu, kita meninjau
keadaan pada zaman 1970-an.
Arkitek asyik mencuba sesuatu
yang dipanggil brutalisme.
Ia berkaitan dengan konkrit.
(Ketawa)
Anda dapat meneka apa dia.
Ia bahan yang amat kukuh.
Menjelang zaman 1980-an,
kami mula menggunakan simbol-simbol.
Kami menggunakan cara kedua.
Kami menggunakan
bentuk-bentuk yang anda sukai
dan kami memperbaiknya.
Kami menambah neon,
kami menambah pastel,
kami menambah bahan-bahan baru.
Anda menyukainya.
Anda berpuas hati dengannya.
Kami menggunakan reka bentuk
almari Chippendale
dalam pembinaan pencakar langit.
Contohnya, istana zaman pertengahan
yang diperbuat daripada kaca.
Saiznya semakin besar,
reka bentuknya semakin hebat
dan berwarna-warni.
Orang kerdil dijadikan tiang.
(Ketawa)
Saiz swan yang amat besar sekali.
Mengagumkan.
Itulah dia zaman 1980-an. Hebatnya.
(Ketawa)
(Ketawa)
(Ketawa)
L.A.,
Seatle,
Chicago,
New York,
Cleveland,
Springfield.
(Ketawa)
(Ketawa)
Terima kasih.
(Tepukan)