Hari ini saya akan bercakap tentang sejarah seni bina dalam 30 tahun ini. Banyak perkara perlu disebut dalam 18 minit ini. Ia sebuah topik yang kompleks, jadi kita cuma akan meninjau sebuah tempat yang kompleks: New Jersey. Kerana 30 tahun lalu, saya berasal dari Jersey, masa itu saya berusia 6 tahun dan tinggal di rumah ibu bapa saya yang terletak di Livingston. Inilah bilik tidur saya pada masa itu. Di tepi bilik tidur saya ialah sebuah bilik air yang dikongsi dengan adik saya. Di antara bilik tidur dan bilik air itu terletaknya balkoni yang menghadap ruang tamu. Di situlah semua orang bersantai dan menonton TV. Jadi, bila saya berjalan dari bilik tidur saya ke bilik air, semua orang dapat melihat saya, dan setelah saya mandi dan cuma berbalutkan tuala, semua orang dapat melihat saya. Beginilah keadaan saya. Saya berasa kekok, tak selesa, saya bencikannya. Saya bencikan laluan itu, saya bencikan balkoni itu, saya bencikan ruang tamu itu, dan saya bencikan rumah itu. Itulah dia seni bina. (Ketawa) Habis cerita. Perasaan dan emosi yang saya alami itu tercetus daripada hasil seni bina. Sebab, seni bina bukannya tentang matematik atau pengezonan, ia adalah tentang emosi kita yang meluap-luap terhadap tempat di mana kita berada. Ia bukannya perkara yang luar biasa jika kita berasa begitu, kerana mengikut Agensi Perlindungan Persekitaran, warga Amerika menghabiskan 90% daripada masa mereka di dalam bangunan. Itu masanya kita berdepan dengan hasil seni bina. Agak lama masanya. Maksudnya, kita terpengaruh oleh hasil seni bina tanpa kita sedari. Ia menjadikan kita mudah terpedaya dan mudah dijangka. Maksudnya, bila saya menunjukkan bangunan sebegini kepada anda, saya tahu apa yang anda fikirkan: Anda berfikir tentang "kuasa", " kestabilan" dan "demokrasi". Saya tahu anda berfikir begitu kerana ia dibina berdasarkan sebuah bangunan yang dibina pada 2,500 tahun yang lalu oleh orang Yunani. Inilah caranya. Inilah cara yang digunakan oleh para arkitek untuk mewujudkan emosi anda terhadap bangunan-bangunan yang dibina. Ia merupakan emosi yang dapat dijangka, dan cara ini telah lama digunakan. Ia digunakan pada 200 tahun yang lalu untuk membina bank. Ia digunakan pada abad ke-19 untuk membina muzium seni. Pada abad ke-20 di Amerika, ia digunakan untuk membina rumah. Lihatlah rumah-rumah yang kukuh dan stabil ini yang menghadap ke laut dan terlindung daripada unsur-unsur alam. Ia amat berguna sekali, kerana membina sesuatu bukannya mudah. Ia mahal, mengambil masa yang lama, dan amat rumit. Pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan, iaitu pemaju dan kerajaan, mereka tak menyukai inovasi, mereka akan menggunakan reka bentuk yang anda sukai. Sebab itulah bangunan sebegini dibina. Bangunan ini kelihatan cantik. Inilah Perpustakaan Awam Livingston yang siap dibina pada tahun 2004 di tempat asal saya. Ia mempunyai kubah dan ia mempunyai bahagian yang bulat, tiang-tiang, bata merah. Anda dapat meneka apa yang Livingston cuba sampaikan melalui bangunan ini: kanak-kanak, nilai harta benda dan sejarah. (Ketawa) (Ketawa) (Ketawa) (Ketawa) (Ketawa) L.A., Seatle, Chicago, New York, Cleveland, Springfield. (Ketawa) (Ketawa) Terima kasih. (Tepukan)