0:00:00.000,0:00:03.448 Hari ini saya akan bercakap 0:00:03.472,0:00:06.742 tentang sejarah seni bina [br]dalam 30 tahun kebelakangan ini. 0:00:07.065,0:00:10.143 Banyak perkara perlu [br]dimasukkan dalam 18 minit ini. 0:00:10.167,0:00:11.874 Ia topik yang kompleks, 0:00:11.878,0:00:16.166 jadi kita cuma akan meninjau [br]sebuah tempat yang kompleks: 0:00:16.166,0:00:17.482 New Jersey. 0:00:17.506,0:00:20.696 Kerana 30 tahun lalu, [br]saya berasal dari Jersey, 0:00:20.720,0:00:24.346 masa itu saya berusia 6 tahun [br]dan tinggal di rumah ibu bapa saya 0:00:24.346,0:00:26.210 yang terletak di Livingston. 0:00:26.234,0:00:29.165 Inilah bilik tidur saya pada masa itu. 0:00:29.479,0:00:31.768 Di tepi bilik tidur saya 0:00:31.768,0:00:35.250 terletaknya bilik air yang [br]saya kongsi dengan adik saya. 0:00:35.250,0:00:38.138 Di antara bilik tidur dan bilik air itu 0:00:38.142,0:00:41.283 terletaknya balkoni yang [br]menghadap ruang tamu. 0:00:41.293,0:00:44.989 Di situlah semua orang [br]bersantai dan menonton TV. 0:00:44.989,0:00:48.902 Setiap kali saya berjalan [br]dari bilik tidur ke bilik air, 0:00:48.902,0:00:50.652 semua orang dapat melihat saya. 0:00:50.652,0:00:54.134 Setiap kali setelah saya mandi [br]dan cuma berbalutkan tuala, 0:00:54.134,0:00:55.901 semua orang dapat melihat saya. 0:00:55.901,0:00:58.223 Saya kelihatan seperti ini. 0:00:58.528,0:01:00.595 Saya berasa kekok, 0:01:01.495,0:01:03.856 tidak selesa. Saya bencikannya. 0:01:03.880,0:01:06.883 Saya bencikan laluan itu, [br]saya bencikan balkoni itu, 0:01:06.883,0:01:09.967 saya bencikan ruang tamu itu, [br]dan saya bencikan rumah itu. 0:01:10.609,0:01:12.457 Itulah dia seni bina. 0:01:12.917,0:01:14.108 (Gelak ketawa) 0:01:14.108,0:01:15.576 Selesai. 0:01:16.088,0:01:19.436 Perasaan dan emosi yang saya alami itu 0:01:19.436,0:01:22.179 tercetus oleh hasil seni bina, 0:01:22.203,0:01:25.735 kerana seni bina bukannya tentang [br]matematik atau pengezonan, 0:01:25.735,0:01:29.097 ia adalah tentang emosi kita [br]yang meluap-luap 0:01:29.097,0:01:31.903 terhadap tempat di mana kita berada. 0:01:32.393,0:01:35.293 Ia bukannya perkara yang luar biasa [br]jika kita berasa begitu, 0:01:35.293,0:01:37.891 kerana menurut [br]Agensi Perlindungan Persekitaran, 0:01:37.891,0:01:42.454 warga Amerika menghabiskan 90%[br]daripada masa mereka di dalam bangunan. 0:01:42.454,0:01:46.948 Itu masanya kita berdepan [br]dengan hasil seni bina. 0:01:46.948,0:01:48.506 Agak panjang masanya. 0:01:48.506,0:01:53.213 Maksudnya, kita terpengaruh oleh [br]hasil seni bina tanpa kita sedarinya. 0:01:53.622,0:01:59.224 Ia menjadikan kita [br]mudah terpedaya dan mudah dijangka. 0:01:59.224,0:02:01.987 Maksudnya, bila saya menunjukkan [br]bangunan ini kepada anda, 0:02:01.987,0:02:03.569 saya tahu apa yang anda fikirkan: 0:02:03.569,0:02:06.870 Anda berfikir tentang "kuasa", [br]"kestabilan" dan "demokrasi". 0:02:07.079,0:02:10.902 Saya tahu anda berfikir begitu kerana [br]ia dibina berdasarkan sebuah bangunan 0:02:10.902,0:02:13.690 yang dibina oleh orang Yunani [br]pada 2,500 tahun yang lalu. 0:02:14.122,0:02:15.572 Ini ialah sebuah cara. 0:02:15.572,0:02:18.100 Ini ialah cara yang digunakan oleh arkitek 0:02:18.104,0:02:21.053 agar anda dapat mengaitkan 0:02:21.053,0:02:24.658 bangunan-bangunan yang kami bina [br]berdasarkan bentuknya. 0:02:24.977,0:02:27.897 Ia merupakan tindakan yang dapat dijangka, 0:02:27.901,0:02:31.121 dan cara ini telah lama digunakan. 0:02:31.629,0:02:34.546 Ia digunakan pada [200] tahun yang lalu [br]untuk membina bank. 0:02:34.546,0:02:37.727 Ia digunakan pada abad ke-19 [br]untuk membina muzium seni. 0:02:37.727,0:02:40.116 Di Amerika, semasa abad ke-20, 0:02:40.116,0:02:42.171 ia digunakan untuk membina rumah. 0:02:42.195,0:02:44.867 Lihatlah rumah-rumah [br]yang kukuh dan stabil ini 0:02:44.867,0:02:47.768 yang menghadap laut dan [br]terlindung daripada unsur-unsur alam. 0:02:48.265,0:02:50.900 Ia amat berguna sekali, 0:02:50.904,0:02:53.911 kerana membina sesuatu bukannya mudah. 0:02:54.221,0:02:58.697 Ia mahal, mengambil masa yang lama, [br]dan amat rumit. 0:02:58.996,0:03:01.024 Pihak-pihak yang terlibat [br]dalam pembinaan, 0:03:01.024,0:03:03.113 iaitu pemaju dan kerajaan, 0:03:03.113,0:03:06.234 mereka tidak menyukai inovasi. 0:03:06.234,0:03:10.484 Mereka lebih suka menggunakan [br]reka bentuk yang anda suka. 0:03:10.835,0:03:13.314 Itulah sebabnya bangunan sebegini dibina. 0:03:14.006,0:03:15.796 Bangunan ini kelihatan cantik. 0:03:15.796,0:03:18.041 Inilah Perpustakaan Awam Livingston 0:03:18.041,0:03:21.215 yang siap dibina pada tahun 2004 [br]di kampung saya. 0:03:21.239,0:03:22.864 Ia mempunyai kubah 0:03:22.888,0:03:26.495 dan ia mempunyai bahagian yang bulat, [br]tiang-tiang, bata merah. 0:03:26.495,0:03:31.485 Anda dapat meneka apa yang Livingston [br]cuba sampaikan melalui bangunan ini: 0:03:31.509,0:03:35.035 kanak-kanak, [br]nilai harta benda dan sejarah. 0:03:35.461,0:03:39.566 Tapi, ia tidak begitu berkaitan dengan [br]fungsi perpustakaan pada hari ini. 0:03:39.869,0:03:44.077 Pada tahun yang sama, tahun 2004, [br]di bahagian lain negara ini, 0:03:44.077,0:03:46.352 sebuah lagi perpustakaan siap dibina, 0:03:46.352,0:03:47.789 dan beginilah rupanya. 0:03:47.998,0:03:49.331 Ia terletak di Seattle. 0:03:50.140,0:03:55.678 Ia menunjukkan bagaimana kita [br]menggunakan media dalam era digital. 0:03:55.678,0:03:59.272 Ia merupakan kemudahan awam [br]yang baru di bandar itu. 0:03:59.272,0:04:01.917 Ia tempat untuk berkumpul, [br]membaca dan berkongsi. 0:04:03.244,0:04:04.867 Jadi, kenapa agaknya 0:04:04.891,0:04:08.228 pada tahun yang sama, [br]di negara yang sama, 0:04:08.228,0:04:10.885 dua bangunan yang dipanggil [br]perpustakaan ini, 0:04:10.885,0:04:12.977 kelihatan amat berbeza? 0:04:13.576,0:04:19.009 Jawapannya, bidang seni bina diusahakan [br]berdasarkan prinsip buah jam. 0:04:19.371,0:04:22.399 Di sebelah ialah inovasi. 0:04:22.399,0:04:26.004 Arkitek sentiasa cuba [br]mencari teknologi baru, 0:04:26.004,0:04:29.886 tipologi baru, penyelesaian baru [br]untuk gaya hidup kita pada masa kini. 0:04:29.886,0:04:32.330 Kami asyik memfokuskan pada inovasi 0:04:32.330,0:04:34.923 sehingga kami mengabaikan pendapat anda. 0:04:34.927,0:04:37.193 Kami berpakaian hitam, [br]kami kelihatan murung, 0:04:37.193,0:04:39.388 anda rasa kami kelihatan menarik, 0:04:39.388,0:04:42.861 kami berasa sedih kerana [br]kami tidak dapat melakukan apa-apa. 0:04:42.861,0:04:44.657 Jadi, kami perlu ke sebelah 0:04:44.657,0:04:47.736 dan memilih simbol-simbol yang anda suka. 0:04:48.394,0:04:50.547 Kami melakukannya dan anda berpuas hati. 0:04:50.547,0:04:52.397 Ia telah berjaya, 0:04:52.411,0:04:54.101 jadi kami mencuba lagi 0:04:54.101,0:04:57.273 dan kami asyik mengayunkan [br]buah jam ke kiri dan ke kanan. 0:04:57.283,0:04:59.708 Ia telah berlaku selama 300 tahun, 0:04:59.708,0:05:02.105 dan dalam 30 tahun kebelakangan ini. 0:05:02.926,0:05:06.518 30 tahun yang lalu, kita meninjau [br]keadaan pada tahun 70-an. 0:05:06.542,0:05:10.189 Arkitek asyik mencuba sesuatu [br]yang dipanggil brutalisme. 0:05:10.189,0:05:11.805 Ia melibatkan konkrit. 0:05:11.805,0:05:13.255 (Gelak ketawa) 0:05:13.265,0:05:14.469 Anda dapat menekannya. 0:05:14.469,0:05:17.747 Tingkap-tingkap kecil, [br]mengabaikan sifat manusia. 0:05:17.747,0:05:20.284 Ia bahan yang amat kukuh. 0:05:20.284,0:05:23.081 Menjelang tahun 80-an, 0:05:23.081,0:05:25.484 kami menggunakan semula [br]simbol-simbol tersebut. 0:05:25.484,0:05:28.550 Kami mengayunkan buah jam [br]balik ke arah bertentangan. 0:05:28.550,0:05:31.529 Kami menggunakan [br]reka bentuk yang anda suka 0:05:31.529,0:05:33.218 dan menambah unsur baru. 0:05:33.218,0:05:35.181 Kami menambah neon, 0:05:35.181,0:05:37.469 kami menambah pastel, 0:05:37.469,0:05:39.187 kami menambah bahan-bahan baru. 0:05:39.187,0:05:40.589 Anda menyukainya. 0:05:40.603,0:05:42.442 Kami meneruskannya. 0:05:42.442,0:05:44.780 Reka bentuk almari Chippendale digunakan 0:05:44.780,0:05:46.870 untuk membina pencakar langit. 0:05:46.870,0:05:52.416 Pencakar langit berupa istana zaman [br]pertengahan yang diperbuat daripada kaca. 0:05:52.416,0:05:53.961 Saiznya semakin besar, 0:05:53.985,0:05:56.552 reka bentuknya semakin berani [br]dan berwarna-warni. 0:05:56.552,0:05:59.274 Orang kerdil dijadikan tiang. 0:05:59.274,0:06:00.253 (Gelak ketawa) 0:06:00.253,0:06:02.407 Saiz swan yang amat besar sekali. 0:06:02.407,0:06:03.934 Memang gila. 0:06:04.520,0:06:08.497 Tapi, itulah tahun 80-an. [br]Ia kelihatan hebat. 0:06:08.497,0:06:09.715 (Gelak ketawa) 0:06:09.739,0:06:11.697 Kita suka ke pusat beli-belah, 0:06:11.697,0:06:14.218 dan kita suka berpindah ke subbandar. 0:06:14.218,0:06:16.730 Di subbandar, 0:06:16.730,0:06:20.092 kita boleh mewujudkan [br]bangunan yang istimewa. 0:06:20.096,0:06:21.870 Bangunan tersebut 0:06:21.870,0:06:23.987 boleh bergaya Mediterranean, 0:06:23.987,0:06:25.946 atau Perancis, 0:06:25.946,0:06:27.150 atau Itali. 0:06:27.154,0:06:28.791 (Gelak ketawa) 0:06:28.791,0:06:30.448 Ia tiada batasannya. 0:06:30.448,0:06:32.748 Inilah dia postmodernisme. 0:06:32.748,0:06:34.602 Inilah dia simbol. 0:06:34.908,0:06:37.852 Ia adalah mudah dan murah, 0:06:37.852,0:06:40.437 kerana daripada membina tempat baru, 0:06:40.441,0:06:42.751 kami membina tempat yang dikenang. 0:06:42.751,0:06:45.841 Kerana saya tahu, [br]dan saya tahu anda semua tahu, 0:06:45.841,0:06:47.606 sini bukannya Tuscany. 0:06:47.922,0:06:49.392 sini ialah Ohio. 0:06:49.392,0:06:50.894 (Gelak ketawa) 0:06:50.894,0:06:52.803 Arkitek berasa kecewa, 0:06:52.803,0:06:56.519 dan kami mengayunkan buah jam [br]balik ke arah yang bertentangan. 0:06:56.519,0:06:58.826 Pada akhir tahun 80-an [br]dan awal tahun 90-an, 0:06:58.826,0:07:02.238 kami mula mencuba sesuatu yang [br]dipanggil dekonstruktivisme. 0:07:02.637,0:07:05.513 Kami tidak lagi menggunakan [br]simbol-simbol lama. 0:07:05.513,0:07:09.327 Kami bergantung pada teknik-teknik [br]reka bentuk berbantukan komputer. 0:07:09.327,0:07:11.374 Kami menggunakan reka bentuk baru, 0:07:11.374,0:07:14.058 bentuk-bentuk yang berbeza. 0:07:14.058,0:07:17.235 Ia bersifat ilmiah dan memeningkan. 0:07:17.235,0:07:19.166 Ia tidak popular langsung. 0:07:19.166,0:07:20.833 Kami mengabaikan pendapat anda. 0:07:20.837,0:07:25.018 Seperti biasa, buah jam akan berayun [br]balik ke arah yang bertentangan. 0:07:25.018,0:07:27.380 Kemudian, sesuatu yang hebat berlaku. 0:07:28.111,0:07:31.222 Pada tahun 1997, bangunan ini dibuka. 0:07:31.678,0:07:35.323 Ini ialah Guggenheim Bilbao [br]yang direka oleh Frank Gehry. 0:07:35.958,0:07:37.342 Bangunan ini 0:07:37.342,0:07:41.920 telah mengubah pandangan orang ramai [br]terhadap bidang seni bina. 0:07:42.264,0:07:46.614 Paul Goldberger berkata bahawa [br]Bilbao menyebabkan 0:07:46.618,0:07:49.941 para pengkritik, ahli akademik [br]dan orang ramai 0:07:49.945,0:07:52.821 bersatu disebabkan sebuah bangunan. 0:07:53.131,0:07:56.952 Menurut New York Times, [br]bangunan ini ialah sebuah keajaiban. 0:07:56.960,0:08:02.546 Pelancongan di Bilbao [br]meningkat sebanyak 2,500% 0:08:02.546,0:08:04.675 setelah bangunan ini siap dibina. 0:08:04.675,0:08:08.334 Jadi secara tiba-tiba, semua orang [br]mahukan bangunan sebegini: 0:08:09.044,0:08:10.383 L.A., 0:08:11.633,0:08:13.192 Seattle, 0:08:13.192,0:08:14.784 Chicago, 0:08:14.784,0:08:16.558 New York, 0:08:16.558,0:08:18.466 Cleveland, 0:08:18.470,0:08:19.657 Springfield. 0:08:19.657,0:08:20.465 (Gelak ketawa) 0:08:20.465,0:08:23.852 Semua orang mahukannya. [br]Gehry pergi ke banyak tempat. 0:08:23.852,0:08:27.382 Dia telah menjadi arkitek yang terkenal. 0:08:27.799,0:08:32.589 Kenapa reka-reka bentuk ini -- 0:08:32.589,0:08:34.648 ia adalah kasar dan radikal -- 0:08:34.648,0:08:38.657 kenapa ia wujud di mana-mana saja [br]di seluruh dunia? 0:08:39.270,0:08:44.766 Ia berlaku kerana pihak media telah [br]memberikan liputan yang banyak 0:08:44.770,0:08:50.587 dan kita ingat reka-reka bentuk ini [br]mewakili budaya dan pelancongan. 0:08:50.708,0:08:54.336 Semua orang bertindak balas [br]terhadap reka-reka bentuk ini. 0:08:54.336,0:08:56.982 Begitu juga dengan datuk-datuk bandar [br]di seluruh dunia. 0:08:56.982,0:08:59.499 Mereka tahu jika terdapatnya [br]reka-reka bentuk ini, 0:08:59.499,0:09:02.483 maka terdapatnya budaya dan pelancongan. 0:09:03.608,0:09:06.094 Fenomena semasa peralihan abad ini 0:09:06.094,0:09:08.258 berlaku pada arkitek lain yang terkenal. 0:09:08.258,0:09:10.671 Ia berlaku pada Zaha. 0:09:10.675,0:09:13.078 dan berlaku pada Libeskind. 0:09:13.078,0:09:17.676 Apa yang berlaku pada para arkitek ini 0:09:17.676,0:09:19.562 semasa peralihan abad 0:09:19.562,0:09:22.797 boleh juga berlaku pada bidang seni bina, 0:09:22.797,0:09:25.209 kerana media digital membolehkan kita 0:09:25.209,0:09:28.314 memperoleh maklumat [br]pada kadar yang lebih pantas. 0:09:28.796,0:09:32.124 Fikirkan bagaimana anda [br]mendapat maklumat bangunan. 0:09:32.124,0:09:33.614 Seribu tahun yang lalu, 0:09:33.614,0:09:36.938 anda perlu berjalan ke kampung sebelah [br]untuk melihat sebuah bangunan. 0:09:36.938,0:09:38.708 Pengangkutan mempercepatnya: 0:09:38.708,0:09:40.678 anda boleh menaiki bot dan kapal terbang.[br] 0:09:40.678,0:09:42.078 Anda boleh menjadi pelancong. 0:09:42.078,0:09:43.329 Teknologi mempercepatnya: 0:09:43.329,0:09:45.516 Anda boleh melihatnya [br]dalam surat khabar, TV. 0:09:45.516,0:09:49.604 Dan akhirnya, kita semua [br]mengambil gambar-gambar bangunan. 0:09:49.604,0:09:54.014 Bangunan itu bukan lagi [br]terdapat di satu tempat. 0:09:54.378,0:09:58.019 Kini, bangunan itu [br]terdapat di mana-mana saja. 0:09:58.019,0:10:01.313 Ia bermakna bahawa kepantasan komunikasi 0:10:01.313,0:10:04.990 telah berjaya mengejar [br]kemajuan dalam bidang seni bina. 0:10:05.409,0:10:07.873 Oleh sebab bidang ini [br]berkembang dengan pantas, 0:10:07.873,0:10:10.631 reka bentuk bangunan mudah disediakan. 0:10:10.635,0:10:12.828 Tapi, pembinaannya [br]mengambil masa yang lama, 0:10:12.828,0:10:14.766 tiga atau empat tahun, 0:10:14.766,0:10:18.848 dan sementara itu, [br]seorang arkitek akan mereka 2 atau 8 0:10:18.848,0:10:21.452 atau 100 bangunan lagi 0:10:21.452,0:10:25.137 sebelum dia tahu bangunan yang [br]direka pada 4 tahun yang lalu 0:10:25.137,0:10:27.085 mendapat sambutan atau tidak. 0:10:27.090,0:10:30.067 Ini kerana tidak terdapatnya [br]lingkaran maklum balas yang baik 0:10:30.067,0:10:31.764 dalam bidang seni bina. 0:10:32.304,0:10:35.292 Sebab itulah terdapatnya[br]bangunan-bangunan seperti ini. 0:10:35.292,0:10:37.986 Trend brutalisme tidak berakhir [br]selepas 2 tahun. 0:10:37.986,0:10:40.223 Ia berterusan selama 20 tahun. 0:10:40.223,0:10:44.005 Selama 20 tahun, kami membina [br]bangunan-bangunan sebegini 0:10:44.005,0:10:47.313 kerana kami tidak tahu anda bencikannya. 0:10:48.074,0:10:50.018 Ia tidak akan berlaku lagi, 0:10:50.538,0:10:51.958 rasanya begitu. 0:10:52.972,0:10:58.996 Disebabkan berlakunya revolusi yang hebat[br]dalam bidang seni bina 0:10:58.996,0:11:01.259 sejak terciptanya konkrit, 0:11:01.259,0:11:04.037 keluli, atau lif, 0:11:04.037,0:11:06.119 iaitu revolusi media, 0:11:06.562,0:11:11.456 maka teori saya ialah, bila media [br]diletakkan pada buah jam ini, 0:11:11.456,0:11:14.617 ia mula berayun dengan semakin cepat 0:11:14.641,0:11:18.373 sehingga ia berada di kedua-dua belah [br]pada masa yang sama, 0:11:18.373,0:11:22.845 dan ia telah mengaburkan [br]perbezaan antara inovasi dengan simbol, 0:11:22.845,0:11:27.070 dengan kami, iaitu arkitek, [br]dan anda, iaitu orang awam. 0:11:27.202,0:11:29.396 Sekarang, dengan pantasnya, [br] 0:11:29.406,0:11:35.485 kami boleh mencipta simbol-simbol baru [br]yang menyentuh emosi. 0:11:35.843,0:11:37.856 Saya akan tunjukkan [br]bagaimana ia dilakukan 0:11:37.856,0:11:40.706 dalam sebuah projek yang baru [br]disiapkan oleh syarikat saya. 0:11:40.709,0:11:44.144 Kami diupah untuk menggantikan [br]bangunan ini yang telah terbakar. 0:11:44.144,0:11:45.897 Sini ialah Pines, 0:11:45.897,0:11:48.297 pusat bandar Fire Island, [br]Negeri New York. 0:11:48.297,0:11:50.139 Ia sebuah tempat percutian. 0:11:50.139,0:11:54.086 Kami mencadangkan [br]sebuah rancangan yang berani, 0:11:54.086,0:11:58.157 yang menggunakan bentuk-bentuk [br]yang tidak biasa dilihat di situ. 0:11:59.501,0:12:02.446 Kami berasa takut, [br]klien kami berasa takut, 0:12:02.446,0:12:04.359 komuniti di situ pun berasa takut. 0:12:04.359,0:12:08.113 Jadi, kami menghasilkan [br]gambar-gambar realistik 0:12:08.113,0:12:09.931 dan memaparkannya di Facebook 0:12:09.931,0:12:12.055 dan Instagram, 0:12:12.055,0:12:14.560 dan kami melihat [br]apa yang orang ramai lakukan: 0:12:14.560,0:12:17.631 kongsikannya, memberi komen, [br]sukakannya, bencikannya. 0:12:17.982,0:12:22.366 Jadi, 2 tahun sebelum [br]bangunan itu siap dibina, 0:12:22.366,0:12:25.258 ia telah menjadi sebahagian [br]daripada komuniti itu. 0:12:25.668,0:12:32.158 Oleh sebab lukisan tersebut adalah [br]serupa dengan produk akhir, 0:12:32.158,0:12:34.188 maka tidak terdapatnya kejutan. 0:12:34.212,0:12:37.734 Bangunan ini telah menjadi [br]sebahagian daripada komuniti ini. 0:12:37.734,0:12:40.013 Kemudian, [br]pada musim panas yang pertama, 0:12:40.013,0:12:44.481 bila orang ramai ke situ dan kongsikan [br]gambar bangunan itu dalam media sosial, 0:12:44.481,0:12:49.126 selain sebuah bangunan yang besar, [br]ia telah menjadi sebuah media, 0:12:49.426,0:12:53.633 kerana semua itu bukannya sekadar [br]gambar-gambar sebuah bangunan, 0:12:53.633,0:12:56.080 ia gambar-gambar yang anda ambil. 0:12:56.377,0:12:59.678 Bila anda menggunakannya untuk [br]menceritakan kisah anda, 0:12:59.678,0:13:02.510 ia menjadi sebahagian [br]daripada naratif peribadi anda, 0:13:02.510,0:13:04.522 dan apa yang anda lakukan ialah, [br] 0:13:04.522,0:13:08.176 anda mengaburkan [br]ingatan bersama semua orang, 0:13:08.176,0:13:12.927 dan anda menghasilkan simbol-simbol yang [br]menyentuh emosi ini untuk semua orang. 0:13:12.927,0:13:15.496 Maksudnya, kita tidak lagi [br]memerlukan orang Yunani 0:13:15.500,0:13:18.102 untuk memberi kita idea [br]dalam bidang seni bina. 0:13:18.102,0:13:21.797 Kita boleh saling berbincang [br]tentang bidang seni bina, 0:13:21.797,0:13:28.002 kerana media digital bukan saja telah [br]mengubah perhubungan antara kita semua, 0:13:28.002,0:13:31.735 ia juga telah mengubah perhubungan [br]antara kita dengan bangunan. 0:13:32.324,0:13:35.882 Berfikir sebentar tentang [br]pustakawan di Livingston. 0:13:36.130,0:13:38.779 Jika mereka mahu [br]membina sebuah perpustakaan, 0:13:38.779,0:13:43.473 mereka akan melayari Internet dan [br]mencari "perpustakaan baru". 0:13:43.705,0:13:48.439 Mereka akan melihat [br]banyak eksperimen, inovasi, 0:13:48.439,0:13:52.637 dan banyak lagi maklumat tentang [br]reka bentuk sebuah perpustakaan. 0:13:52.798,0:13:54.336 Itulah senjata mereka. 0:13:54.336,0:13:56.795 Itulah senjata yang boleh ditunjukkan 0:13:56.795,0:14:00.134 kepada datuk bandar Livingston, [br]warga livingston, 0:14:00.134,0:14:04.373 dan berkata tidak terdapatnya reka bentuk [br]yang tertentu untuk perpustakaan. 0:14:04.373,0:14:06.282 Marilah menjadi sebahagian daripadanya. 0:14:06.287,0:14:08.797 Contoh-contoh yang banyak ini 0:14:08.797,0:14:12.236 membolehkan mereka [br]menjalankan eksperimen sendiri. 0:14:14.032,0:14:16.514 Semua perkara adalah berbeza sekarang. 0:14:16.514,0:14:19.823 Arkitek bukan lagi [br]orang yang penuh misteri 0:14:19.823,0:14:22.538 yang menggunakan jargon [br]dan lukisan yang rumit, 0:14:22.562,0:14:25.506 dan anda bukannya orang yang kasihan, 0:14:25.506,0:14:29.531 iaitu pengguna yang enggan menerima [br]sesuatu yang anda tidak pernah lihat. 0:14:30.680,0:14:32.653 Arkitek mendengar pendapat anda, 0:14:32.653,0:14:35.141 dan anda tidak berasa takut pada arkitek. 0:14:35.440,0:14:39.136 Maksudnya, buah jam [br]yang berayun ulang-alik 0:14:39.136,0:14:42.058 dari gaya ke gaya, dari trend ke trend 0:14:42.058,0:14:43.470 adalah tidak relevan. 0:14:43.470,0:14:45.784 Kita boleh pandang ke depan 0:14:45.784,0:14:48.237 dan mencari penyelesaian [br]yang relevan dengan [br] 0:14:48.237,0:14:51.200 masalah yang dihadapi [br]oleh masyarakat kita. 0:14:51.540,0:14:54.813 Sejarah bidang seni bina tamat di sini. 0:14:54.813,0:14:58.075 Ia bermakna bahawa [br]bangunan pada masa depan 0:14:58.075,0:15:01.478 akan kelihatan jauh berbeza dengan [br]bangunan pada masa kini. 0:15:02.389,0:15:06.791 Ia bermakna bahawa ruang awam [br]di Seville, sebuah bandar purba, 0:15:06.791,0:15:11.485 boleh kelihatan unik dan disesuaikan [br]mengikuti gaya moden di bandar. 0:15:11.812,0:15:16.245 Ia bermakna bahawa stadium di Brooklyn [br]mungkin bergaya Brooklyn, 0:15:16.245,0:15:19.121 bukannya mempunyai [br]bata merah dan pastis lama 0:15:19.121,0:15:21.701 yang mana kita rasa ia sepatutnya begitu. 0:15:22.190,0:15:25.373 Maknanya, robot akan [br]membina bangunan kita, 0:15:25.397,0:15:29.014 kerana akhirnya kita sudah bersedia [br]untuk bentuk-bentuk yang akan dibinanya. 0:15:29.842,0:15:33.667 Ia juga bermakna bahawa bangunan [br]akan berkompromi dengan alam sekitar, 0:15:33.667,0:15:35.520 bukannya sebaliknya. 0:15:36.676,0:15:40.264 Ia bermakna garaj [br]di Miami Beach, Florida, 0:15:40.264,0:15:42.762 boleh juga dijadikan tempat untuk bersukan 0:15:42.762,0:15:44.251 dan berlatih yoga, 0:15:44.251,0:15:46.778 bahkan anda boleh berkahwin [br]di situ pada waktu malam. 0:15:46.778,0:15:47.872 (Gelak ketawa) 0:15:47.872,0:15:51.993 Ia bermakna bahawa tiga arkitek [br]boleh bermimpi tentang berenang 0:15:51.993,0:15:53.973 di East River, New York, 0:15:53.997,0:15:56.487 kemudian mengumpulkan [br]hampir setengah juta dolar 0:15:56.511,0:15:59.813 daripada sebuah komuniti yang [br]menyokong impian mereka, 0:15:59.813,0:16:01.873 bukannya daripada seorang klien. 0:16:02.325,0:16:05.696 Ia bermakna bahawa inovasi juga [br]boleh berlaku pada bangunan kecil. 0:16:05.696,0:16:08.008 contohnya pavilion untuk [br]melihat rusa kutub ini, 0:16:08.008,0:16:13.003 rupanya adalah sehebat [br]rusa-rusa kutub di situ. 0:16:13.328,0:16:16.510 Ia juga bermakna bahawa [br]bangunan tidak perlu kelihatan cantik 0:16:16.510,0:16:17.863 agar ia akan disukai, 0:16:17.887,0:16:20.902 contohnya bangunan [br]yang hodoh ini di Sepanyol, 0:16:20.926,0:16:23.407 yang mana arkiteknya [br]menggali sebuah lubang, 0:16:23.431,0:16:24.813 memasukkan rumput kering, 0:16:24.837,0:16:27.170 kemudian mencurahkan konkrit [br]di sekitarnya. 0:16:27.174,0:16:28.884 Setelah konkrit menjadi kering, 0:16:28.884,0:16:32.418 mereka menjemput seseorang untuk [br]menguruskan rumput kering di situ 0:16:32.442,0:16:35.247 agar apa yang tinggal setelah ia selesai 0:16:35.247,0:16:38.066 ialah bilik kecil yang hodoh ini 0:16:38.066,0:16:44.014 yang penuh dengan kesan-kesan [br]yang ditinggalkan semasa ia dibina. 0:16:44.014,0:16:48.558 Ia merupakan tempat yang hebat [br]untuk melihat matahari terbenam. 0:16:49.348,0:16:52.997 Kerana ia tidak penting jika [br]lembu yang membina bangunan kita 0:16:52.997,0:16:54.877 atau robot yang membinanya, 0:16:54.877,0:16:58.219 bagaimana ia dibina tidak penting, [br]yang penting apa yang kita bina. 0:16:58.769,0:17:02.288 Arkitek sudah tahu cara untuk membina [br]bangunan yang lebih mesra alam, 0:17:02.288,0:17:04.340 lebih bijak dan mesra. 0:17:04.340,0:17:07.404 Kami cuma menunggu [br]anda semua mahukannya. 0:17:08.022,0:17:11.350 Akhirnya, kita tidak lagi berada [br]di pihak yang bertentangan. 0:17:11.767,0:17:14.893 Temuilah seorang arkitek, [br]upahlah seorang arkitek, 0:17:14.893,0:17:16.376 bekerjasamalah dengan kami 0:17:16.376,0:17:20.119 untuk membina bangunan, [br]bandar, dan dunia yang lebih baik, 0:17:20.389,0:17:23.034 kerana ganjarannya adalah besar. 0:17:23.455,0:17:26.387 Bangunan bukan saja [br]menggambarkan masyarakat kita, 0:17:26.387,0:17:28.479 ia juga membentuk masyarakat kita 0:17:28.479,0:17:30.725 walaupun ruangnya kecil: 0:17:30.725,0:17:32.793 perpustakaan tempatan, 0:17:32.793,0:17:35.376 rumah di mana kita membesarkan anak-anak, 0:17:35.376,0:17:38.919 dan laluan yang diambil [br]dari bilik tidur ke bilik air. 0:17:39.188,0:17:40.372 Terima kasih. 0:17:40.372,0:17:42.862 (Tepukan)