WEBVTT 00:00:00.467 --> 00:00:07.600 Kita diminta untuk mengenal pasti peratus, jumlah dan nombor dasar bagi soalan ini. 00:00:07.600 --> 00:00:11.800 Soalannya ialah nombor apakah yang 25% daripadanya adalah 150? 00:00:11.800 --> 00:00:20.267 Kita boleh fikirkannya sebagai kita perlu mendarab 25% dengan sesuatu nombor, dan saya akan tuliskan 25% dalam kuning. 00:00:20.267 --> 00:00:35.400 25% kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. 00:00:35.400 --> 00:00:40.067 Jadi peratusnya mudah saja, iaitu 25% di sini. 00:00:40.067 --> 00:00:45.067 Maka inilah peratusnya. Ini peratus. 00:00:45.067 --> 00:00:50.400 Dan kita akan darabkan peratus ini dengan sesuatu nombor dasar. Jadi nombor di sini adalah dasarnya 00:00:50.400 --> 00:00:56.933 dan peratus kali nombor dasar adalah bersamaan dengan sesuatu jumlah. 00:00:56.933 --> 00:01:05.800 Dan kamu boleh cuba fikirkan. 00:01:05.800 --> 00:01:11.467 Soalan ini sebenarnya bermaksud 25% darab dengan sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. 00:01:11.467 --> 00:01:18.733 Untuk memudahkannya lagi, kita juga boleh tuliskannya sebagai 0.25 (yang sebenarnya sama dengan 25%). 00:01:18.733 --> 00:01:26.667 0.25 kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. 00:01:26.667 --> 00:01:31.667 Dan kita perlu fikirkan - adakah nombor ini sepatutnya lebih besar atau lebih kecil daripada 150? 00:01:31.667 --> 00:01:35.200 Baik, kalau kita hanya mengambil 25% daripada nombor tersebut, ataupun 25/100 daripada nombor tersebut. 00:01:35.200 --> 00:01:46.333 Yang juga bersamaan dengan 1/4. 25% adalah bersamaan dengan 1/4. Kita ambil 1/4 daripada nombor tersebut, maka nombor tersebut adalah lebih besar daripada 150. 00:01:46.333 --> 00:01:49.667 Dan ia adalah 4 kali lebih besar daripada 150. 00:01:49.667 --> 00:01:52.133 Untuk mendapat nombor tersebut, 00:01:52.133 --> 00:01:57.067 kita perlu membuat pendaraban, kerana ungkapan di sebelah kiri adalah sama dengan di sebelah kanan. 00:01:57.067 --> 00:02:00.800 Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mendarab dua-dua belah persamaan ini dengan 4. 00:02:00.800 --> 00:02:05.067 Ini adalah kerana kalau saya darabkan ungkapan di sebelah kiri 00:02:05.067 --> 00:02:08.200 dengan 4, saya juga perlu darabkan 4 di sebelah kanan untuk mendapat 00:02:08.200 --> 00:02:09.333 nilai yang sama. 00:02:09.333 --> 00:02:15.667 4 kali 0.25 (atau 4 kali 25% atau kali 1/4), ia adalah bersamaan dengan 1. 00:02:15.667 --> 00:02:21.400 Dan nombor dasar ini adalah bersamaan dengan 150 kali 4. 00:02:21.400 --> 00:02:23.933 Yang juga bersamaan dengan 600. 00:02:23.933 --> 00:02:27.800 Dan ia adalah masuk akal, kerana 25% daripada 600 adalah 150. 00:02:27.800 --> 99:59:59.999 1/4 daripada 600 adalah 150.