0:00:00.467,0:00:07.600 Kita diminta untuk mengenal pasti peratus, jumlah dan nombor dasar bagi soalan ini. 0:00:07.600,0:00:11.800 Soalannya ialah nombor apakah yang 25% daripadanya adalah 150? 0:00:11.800,0:00:20.267 Kita boleh fikirkannya sebagai kita perlu mendarab 25% dengan sesuatu nombor, dan saya akan tuliskan 25% dalam kuning. 0:00:20.267,0:00:35.400 25% kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. 0:00:35.400,0:00:40.067 Jadi peratusnya mudah saja, iaitu 25% di sini. 0:00:40.067,0:00:45.067 Maka inilah peratusnya. Ini peratus. 0:00:45.067,0:00:50.400 Dan kita akan darabkan peratus ini dengan sesuatu nombor dasar. Jadi nombor di sini adalah dasarnya 0:00:50.400,0:00:56.933 dan peratus kali nombor dasar adalah bersamaan dengan sesuatu jumlah. 0:00:56.933,0:01:05.800 Dan kamu boleh cuba fikirkan. 0:01:05.800,0:01:11.467 Soalan ini sebenarnya bermaksud 25% darab dengan sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. 0:01:11.467,0:01:18.733 Untuk memudahkannya lagi, kita juga boleh tuliskannya sebagai 0.25 (yang sebenarnya sama dengan 25%). 0:01:18.733,0:01:26.667 0.25 kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. 0:01:26.667,0:01:31.667 Dan kita perlu fikirkan - adakah nombor ini sepatutnya lebih besar atau lebih kecil daripada 150? 0:01:31.667,0:01:35.200 Baik, kalau kita hanya mengambil 25% daripada nombor tersebut, ataupun 25/100 daripada nombor tersebut. 0:01:35.200,0:01:46.333 Yang juga bersamaan dengan 1/4. 25% adalah bersamaan dengan 1/4. Kita ambil 1/4 daripada nombor tersebut, maka nombor tersebut adalah lebih besar daripada 150. 0:01:46.333,0:01:49.667 Dan ia adalah 4 kali lebih besar daripada 150. 0:01:49.667,0:01:52.133 Untuk mendapat nombor tersebut, 0:01:52.133,0:01:57.067 kita perlu membuat pendaraban, kerana ungkapan di sebelah kiri adalah sama dengan di sebelah kanan. 0:01:57.067,0:02:00.800 Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mendarab dua-dua belah persamaan ini dengan 4. 0:02:00.800,0:02:05.067 Ini adalah kerana kalau saya darabkan ungkapan di sebelah kiri 0:02:05.067,0:02:08.200 dengan 4, saya juga perlu darabkan 4 di sebelah kanan untuk mendapat 0:02:08.200,0:02:09.333 nilai yang sama. 0:02:09.333,0:02:15.667 4 kali 0.25 (atau 4 kali 25% atau kali 1/4), ia adalah bersamaan dengan 1. 0:02:15.667,0:02:21.400 Dan nombor dasar ini adalah bersamaan dengan 150 kali 4. 0:02:21.400,0:02:23.933 Yang juga bersamaan dengan 600. 0:02:23.933,0:02:27.800 Dan ia adalah masuk akal, kerana 25% daripada 600 adalah 150. 0:02:27.800,9:59:59.000 1/4 daripada 600 adalah 150.