Saya rasa ia amat penting untuk budak perempuan belajar sains komputer. Untuk masa yang lama, dunia menganggap sesetengah perkara sesuai untuk budak lelaki atau budak perempuan, kini semua orang faham, budak lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama. Jika kita menyokong budak perempuan dan memberi mereka galakan,kita boleh mula mengimbangi skala. Kita tidak perlu menggunakan persamaan kerana lama-lama ia akan menjadi semulajadi. Pengaturcaraan memberi anda kebebasan untuk membina apa-apa sahaja, dan itu sangat memperkasakan. Saya suka mempunyai kuasa itu di tangan saya sendiri untuk menyatakan imaginasi saya, menggunakan pengaturcaraan. Hanya dengan pengalaman pengaturcaraan boleh memberi anda akses ke kaedah fikiran baru. Semua menjadi langkah yang boleh anda ambil ke arah penyelesaian, dan itu amat berharga. Tahu menggunakan perisian adalah satu hal, ia amat berbeza untuk dapat berubah fungsi perisian yang anda gunakan. Semua kenangan kegemaran saya dari sains komputer adalah pengaturcaraan bersama-sama dengan pasukan. Saya rasa sains komputer bukan perkara solo. Jika anda ingin membina sesuatu yang menakjubkan, anda sering melakukannya dalam satu pasukan dan sains komputer adalah sama. Anda kini hidup di zaman di mana menyatakan diri anda, belajar tentang orang yang berbeza, membuat perniagaan dan perbezaan sebenar dalam komuniti adalah kemungkinan. Dengan komputer semua ini di di hujung jari anda. Ini bukan soal anda budak lelaki atau perempuan,ia mengenai bakat. Sains komputer memerlukan lebih orang yang berbakat, orang yang tidak takut menjadi kreatif dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Jom cuba! Belajar! Cubakan satu kelas.Berikan satu jam. Ia amat menakjubkan apa yang anda boleh belajar dalam satu jam. Dan itulah yang begitu menarik tentang Hour of Code. Anda semua boleh mengambil bahagian, dari seluruh dunia, semua peringkat umur,dari semua latar belakang yang berbeza. Ini akan mewujudkan peluang yang betul untuk semua orang.Setiap budak perempuan layak untuk mengambil bahagian dalam mewujudkan teknologi yang akan mengubah dunia kita dan mengubah sesiapa yang mengendalikannya. Saya cabar semua budak perempuan di setiap negara untuk belajar satu Hour of Code. Teknologi terlibat dalams etiap bahagian kehidupan kita, jadi jika anda boleh berubah teknologi anda boleh mengubah dunia. Mengubah dunia. #HourOfCode