Setiap atlet tahu bahawa anda akan menjadi bagus dengan berlatih, mengulangi pergerakan yang sama sehingga anda mahir atau sehingga mencapai matlamat anda. Semasa saya di sekolah menengah, Saya tidak akan habiskan latihan sehingga saya mencapai 10 lontaran percuma berturut-turut. Sama juga, apabila anda memprogram komputer dan ulangi perintah anda boleh memberikannya jumlah bilangan untuk mengulanginya, atau anda boleh menentukan matlamat, dan menyuruhnya untuk mengulangi perintah sehingga ia mencapai beberapa matlamat. Dalam contoh seterusnya, blok "ulangi" diubah, sebalik menentukan jumlah bilangan yang anda mahu ia berulang anda boleh gunakan blok "ulang sehingga" untuk memberitahu angry bird melakukan perkara yang sama sehingga ia mendapat babi atau sehingga ia merempuh dinding. Kita boleh letakkan beberapa blok di dalam ulangan dan ulangi beberapa tindakan tersebut.