Setiap atlet tahu bahawa anda akan
menjadi bagus dengan berlatih,
mengulangi pergerakan yang sama sehingga anda
mahir atau sehingga mencapai matlamat anda.
Semasa saya di sekolah menengah,
Saya tidak akan habiskan latihan sehingga saya
mencapai 10 lontaran percuma berturut-turut.
Sama juga, apabila anda memprogram
komputer dan ulangi perintah
anda boleh memberikannya jumlah bilangan
untuk mengulanginya,
atau anda boleh menentukan matlamat,
dan menyuruhnya untuk mengulangi perintah
sehingga ia mencapai beberapa matlamat.
Dalam contoh seterusnya, blok "ulangi"
diubah,
sebalik menentukan jumlah bilangan yang
anda mahu ia berulang
anda boleh gunakan blok "ulang sehingga"
untuk memberitahu angry bird melakukan
perkara yang sama sehingga ia mendapat
babi atau sehingga ia merempuh dinding.
Kita boleh letakkan beberapa blok di dalam
ulangan dan ulangi beberapa tindakan tersebut.