♪ (muzik) ♪
[Pencemaran Maklumat]
Talian rangkaian memberi ruang umum kepada
masyarakat bersuara
Namun, limpahan maklumat terjadi apabila
sesiapa pun boleh muatnaik ke atas talian
Ada maklumat yang boleh dipercayai tapi
banyak yang tidak.
Maklumat dalam media sosial dan laman
carian kelihatan sama saja
Agak sukar untuk kita tahu
maklumat dari sumber sahih
contohnya dari agensi berita profesional
dan yang mana kurang
boleh diyakini.
Rangkaian media sosial memudahkan
maklumat salah tersebar,
oleh sebab itu kita selalu dengar
masalah berita palsu.
Tapi, apa berita palsu ini sebenarnya?
Frasa ini digunakan untuk semua
jenis maklumat yang tidak betul
daripada artikel untuk
memperdaya orang ramai
hingga ke tajuk dan meme yang mengumpan,
ataupun teori konspirasi.
Ada yang gelar berita yg mereka tak suka
sebagai "berita palsu"
untuk memburukkan sumber yang sahih,
yang hanya menambah kepada kekeliruan.
Untuk memahami masalah maklumat
tidak benar atas talian ni,
elok kita menakrif dan mengkategorinya.
Maklumat tidak benar terbahagi
kepada dua kategori:
salahfaham maklumat dan beri
maklumat yang salah.
Salahfaham maklumat itu salah
tapi orang yang kongsikannya
percaya ia benar.
Walaupun salah beri maklumat ni
memudaratkan,
tapi ia bukanlah untuk membuat
kacau bilau.
Contohnya macam kesilapan fakta
yang terjadi kerana salah faham,
gambar yang diubah atau
gambar sebenar yang kelihatan macam
cerita dibuat-buat.
Memberi maklumat yang salah pula adalah
perbuatan sengaja mengadakan
maklumat palsu & dikongsi
untuk memudaratkan.
Matlamatnya adalah mengelirukan orang
apa yang betul dan
mempengaruhi bagaimana mereka
berfikir dan bertindak
Sebagai contoh, khabar angin yang berlegar
tentang calon politik yang
menyebabkan orang lain meragui
ketelusan mereka.
Salahfaham maklumat dan beri
maklumat yang salah
boleh dikatakan sebagai
pencemaran maklumat.
Cerita atau hantaran tidak sahih nampak
menarik atau kelakar
atau menyebabkan kita percaya dan
mahu berkongsi dengan rakan-rakan.
Umum juga penyumbang pencemaran maklumat
melalui perkongsian yg mengelirukan/salah.
Sebelum mempercayai atau berkongsi sesuatu
berhenti & tanya diri
"Siapa yang buat semua ini dan kenapa?"
Ini adalah langkah pertama dalam memerangi
pencemaran maklumat
lalu menjadi rakyat yang
lebih berpengetahuan
♪ (muzik) ♪
[Dibawakan kepada anda oleh CIVIX]
[Dengan sokongan Kanada]
[Dihasilkan oleh SPACE HEART]