0:00:00.754,0:00:02.810 Saya membesar di Taiwan 0:00:02.810,0:00:04.422 sebagai anak seorang ahli kaligrafi, 0:00:04.422,0:00:06.790 salah satu kenangan yang paling dihargai 0:00:06.790,0:00:09.883 ialah mak saya menunjukkan kepada saya kecantikan 0:00:09.883,0:00:12.516 dan bentuk huruf-huruf Cina. 0:00:12.516,0:00:15.023 Sejak itu, saya terpesona oleh 0:00:15.023,0:00:17.685 bahasa yang menarik ini. 0:00:17.685,0:00:20.420 Tapi bagi orang luar, ia seperti 0:00:20.420,0:00:23.929 Tembok Besar China yang sukar ditembusi. 0:00:23.929,0:00:26.304 Beberapa tahun yang lalu, saya tertanya-tanya 0:00:26.304,0:00:28.356 kalau-kalau saya dapat menembusi tembok ini 0:00:28.356,0:00:30.950 jadi sesiapa yang mahu memahami dan menghargai 0:00:30.950,0:00:34.858 kecantikan bahasa yang anggun ini dapat buat begitu. 0:00:34.858,0:00:39.170 Saya mula memikirkan cara pembelajaran 0:00:39.170,0:00:42.018 bahasa Cina yang baru dan cepat. 0:00:42.018,0:00:46.004 Sejak usia lima tahun, saya mula belajar cara menulis 0:00:46.004,0:00:49.009 setiap strok untuk setiap huruf 0:00:49.009,0:00:51.553 mengikut urutan yang betul. 0:00:51.553,0:00:53.610 Saya belajar huruf baru setiap hari 0:00:53.610,0:00:56.337 sepanjang 15 tahun seterusnya. 0:00:56.337,0:00:58.457 Oleh sebab kita hanya ada lima minit, 0:00:58.457,0:01:02.092 adalah baik jika kita gunakan cara yang cepat dan mudah. 0:01:02.092,0:01:05.617 Seseorang cendekiawan Cina memahami 20,000 buah huruf. 0:01:05.617,0:01:10.729 Anda hanya memerlukan 1,000 huruf untuk memahami literasi yang asas. 0:01:10.729,0:01:14.745 200 huruf terpenting membolehkan anda memahami 0:01:14.745,0:01:17.641 40% daripada kesusasteraan asas -- 0:01:17.641,0:01:20.517 memadai untuk membaca isyarat jalan raya, menu restoran, 0:01:20.517,0:01:23.521 memahami idea asas laman web 0:01:23.521,0:01:25.460 atau surat khabar. 0:01:25.460,0:01:27.659 Hari ini, saya akan mulakan dengan lapan huruf 0:01:27.659,0:01:29.551 untuk menunjukkan bagaimana cara ini berfungsi. 0:01:29.551,0:01:31.472 Anda sedia? 0:01:31.472,0:01:34.155 Buka mulut anda seluas yang mungkin 0:01:34.155,0:01:36.201 sehingga ia berbentuk empat segi. 0:01:36.201,0:01:38.883 Ini ialah "mulut". 0:01:38.883,0:01:41.971 Ini ialah orang yang sedang berjalan. 0:01:41.971,0:01:45.102 "Orang". 0:01:45.102,0:01:47.811 Jika bentuk api ialah orang 0:01:47.811,0:01:50.081 yang mempunyai dua tangan di kedua-dua belah, 0:01:50.081,0:01:52.251 seolah-olah dia sedang menjerit kegila-gilaan, 0:01:52.251,0:01:55.804 "Tolong! Saya terbakar!" -- 0:01:55.804,0:01:59.971 Sebenarnya, simbol ini berasal daripada bentuk api, 0:01:59.971,0:02:03.784 tapi saya suka memikirkannya begitu. Apa-apa saja yang berguna untuk anda. 0:02:03.784,0:02:06.043 Ini ialah pokok. 0:02:06.043,0:02:08.141 "Pokok". 0:02:08.141,0:02:12.566 Ini ialah "gunung". 0:02:12.566,0:02:15.167 "Matahari". 0:02:17.458,0:02:22.112 "Bulan". 0:02:22.112,0:02:24.087 Simbol "pintu" 0:02:24.087,0:02:29.793 kelihatan seperti pintu bar pada abad ke-19 di Amerika Syarikat. 0:02:29.793,0:02:33.531 Saya menganggap lapan huruf ini huruf radikal. 0:02:33.531,0:02:35.297 Ia merupakan blok binaan 0:02:35.297,0:02:39.427 yang membolehkan anda membentuk lebih banyak huruf. 0:02:39.427,0:02:41.165 Satu "orang". 0:02:41.165,0:02:45.433 Jika ia diikuti "orang", ia membentuk "mengikuti". 0:02:45.433,0:02:47.561 Bak kata pepatah (dalam Bahasa Inggeris), 0:02:47.561,0:02:51.287 "Two is company, three is a crowd" (Dua sekawan, tiga berkumpulan). 0:02:51.287,0:02:54.202 Jika "orang" membentangkan kedua-dua tangan dengan luas, 0:02:54.202,0:02:58.849 ia membentuk "besar". 0:02:58.849,0:03:02.697 Jika "orang" berada di dalam "mulut", dia terperangkap. 0:03:02.697,0:03:08.543 Ia membentuk "banduan", seperti Nabi Yunus di dalam ikan paus. 0:03:08.543,0:03:12.037 Satu "pokok" ialah "pokok". Dua "pokok" membentuk "hutan kecil". 0:03:12.037,0:03:15.593 Tiga "pokok" membentuk "hutan". 0:03:15.593,0:03:19.665 Satu garisan di bawah "pokok" membentuk "asas". 0:03:19.665,0:03:23.800 "Mulut" di atas "pokok", membentuk "bodoh". 0:03:23.800,0:03:25.881 Agak mudah untuk diingat, 0:03:25.881,0:03:30.823 kerana pokok yang bercakap kedengaran bodoh. 0:03:30.823,0:03:32.865 Masih ingat "api"? 0:03:32.865,0:03:35.526 Dua "api" membentuk "panas". 0:03:35.526,0:03:38.385 Tiga "api" membentuk "nyalaan api". 0:03:38.385,0:03:42.986 Satu "api" di bawah dua "pokok" membentuk "bakar". 0:03:42.986,0:03:46.078 Bagi kami, matahari ialah punca kemakmuran. 0:03:46.078,0:03:48.257 Dua "matahari" membentuk "makmur". 0:03:48.257,0:03:50.615 Tiga "matahari" membentuk "kilau". 0:03:50.615,0:03:52.636 Biarkan "matahari" dan "bulan" bersinar bersama, 0:03:52.636,0:03:53.944 ia adalah "terang". 0:03:53.944,0:03:58.169 Ia juga bermakna "esok", selepas siang dan malam. 0:03:58.169,0:04:02.652 "Matahari" muncul di atas kaki langit. "Matahari terbit". 0:04:02.652,0:04:05.755 "Pintu". Letakkan satu garisan di dalam "pintu", 0:04:05.755,0:04:07.812 ia membentuk "selak". 0:04:07.812,0:04:10.776 Letakkan "mulut" di dalam "pintu", membentuk "tanya". 0:04:10.776,0:04:14.107 Ketukan pintu. Ada orang di rumah? 0:04:14.107,0:04:16.995 "Orang" menyelinap keluar melalui "pintu" 0:04:16.995,0:04:19.827 membentuk "melarikan diri", "mengelakkan diri". 0:04:19.827,0:04:21.980 Di sebelah kiri, terdapat seorang "perempuan". 0:04:21.980,0:04:24.142 Dua "perempuan" membentuk "pertengkaran". 0:04:24.142,0:04:26.275 (Bunyi ketawa) 0:04:26.275,0:04:32.793 Berhati-hati! Tiga "perempuan" membentuk "zina". 0:04:32.793,0:04:36.302 Jadi, kita telah melihat hampir 30 huruf. 0:04:36.302,0:04:39.639 Dengan menggunakan cara ini, lapan huruf yang radikal 0:04:39.639,0:04:41.640 membolehkan anda membentuk 32 huruf. 0:04:41.640,0:04:43.403 Lapan huruf yang seterusnya 0:04:43.403,0:04:45.595 akan membentuk 32 huruf. 0:04:45.595,0:04:47.897 Jadi, dengan mudahnya, 0:04:47.897,0:04:50.163 anda dapat belajar ratusan huruf, 0:04:50.163,0:04:52.715 yang sama seperti seorang budak Cina berumur lapan tahun. 0:04:52.715,0:04:56.262 Setelah belajar tentang huruf, mari kita membentuk frasa. 0:04:56.262,0:04:58.959 Contohnya, "gunung" dan "api" 0:04:58.959,0:05:01.887 membentuk "gunung berapi". 0:05:01.887,0:05:05.207 Kita tahu yang Jepun ialah negara matahari terbit. 0:05:05.207,0:05:08.625 Ini ialah "matahari" dan "asas", 0:05:08.625,0:05:11.752 ini kerana Jepun terletak di sebelah timur China. 0:05:11.752,0:05:15.642 "Matahari" dan "asas" membentuk "Jepun". 0:05:15.642,0:05:18.600 "Orang" di belakang "Jepun", apa yang kita dapat? 0:05:18.600,0:05:21.702 "Orang Jepun". 0:05:21.702,0:05:24.503 Huruf di sebelah kiri ialah dua "gunung" 0:05:24.503,0:05:26.610 yang bertimbun. 0:05:26.610,0:05:29.827 Semasa zaman China kuno, ia bermakna "hidup dalam buangan", 0:05:29.827,0:05:32.265 ini kerana maharaja China menempatkan musuh politik mereka 0:05:32.265,0:05:34.636 di gunung-gunung. 0:05:34.636,0:05:39.647 Kini, huruf ini bermakna "keluar". 0:05:39.647,0:05:42.218 "Mulut" yang memberitahu anda di mana jalan keluar 0:05:42.218,0:05:44.146 ialah hala "keluar". 0:05:44.146,0:05:47.787 Slaid ini mengingatkan saya bahawa saya patut behenti bercakap 0:05:47.787,0:05:49.670 dan turun dari pentas. Terima kasih. 0:05:49.670,0:05:53.639 (Tepukan)