Janelle sedang berlatih untuk acara lumba lari di jalan raya. Alat pengukur langkahnya mengambil kira jarak dia berlari tiap-tiap hari. Inilah bacaan alat pengukur langkahnya untuk empat hari yang baru berlepas: pada hari Sabtu, dia berlari sejauh 3.89 batu; Ahad, 5.1; Isnin, 10.21; Selasa, 3.35. Anggarkan jumlah jarak dia berlari sepanjang empat hari yang lepas, dan kemudian kirakan jumlah yang tepat. Mari kita menganggar dahulu. Jadi saya akan membundarkan mereka ke batu yang terdekat. Jadi 3.89, mari kita membundarkannya ke atas menjadi 4 batu. Dan saya melakukan itu kerana dalam tempat persepuluh, kita mempunyai satu 8, yang adalah 5 atau lebih. Jadi mari kita tukarkan itu kepada lebih kurang 4 batu. Mari kita jadikan ini sebagai 5.1. Kita membundarkan itu ke bawah kerana 1 ini adalah kurang daripada 5. Jadi mari kita jadikan ini sebagai 5 batu. 10.21, mari kita jadikan itu sebagai 10 batu kerana 2 membundarkan ke bawah. Ia adalah kurang daripada 5. Dan 3.35, mari kita menjadikan ia sebanyak 3 batu, kerana 3 adalah kurang daripada 5, jadi kita membundarkan ia ke bawah. Jadi itu adalah 3 batu. Dan jikalau kita menambahkan kesemuanya, 4 tambah 5 adalah 9. 9 tambah 10 adalah 19. 19 tambah 3 adalah 22. Jadi anggaran saya adalah yang dia telah berlari sebanyak 22 batu dalam masa 4 hari itu. Itu anggaran saya. Sekarang mari kita carikan jumlah sebenar yang dia telah berlari. Saya akan bergerak sedikit ke bawah. Jadi kita perlu menambah 3.89 kepada 5.1 -- dan ingat, apabila anda menambahkan perpuluhan, anda perlu menyusun perpuluhan-perpuluhan itu dalam sebaris-- 10.21 dan kemudian akhirnya 3.35. Dan mari kita menambahkan kesemua ini. Sekarang kita bermula pada tempat perseratus. Tiada apa-apa di sini, jadi 9 tambah kosong tambah 1 adalah 10, tambah 5 adalah 15. Jadi mari kita menulis 5 itu, dan bawa ke atas, atau kumpulkan semula, 1 itu. Saya akan melakukan ini dengan warna yang berlainan. 1 tambah 8 adalah 9. 9 tambah 1 adalah 10. 10 tambah 2 adalah 12. 12 tambah 3 adalah 15. Letakkan 5 itu di bawah. Bawa naik, atau kumpulkan semula, 1 itu. 1 tambah 3 adalah 4. 4 tambah 5 adalah 9. 9 tambah 0 adalah masih 9. 9 tambah 3 adalah 12. Tuliskan 2 itu. Kumpulkan semula 1 itu di sini. Saya akan melakukannya di luar sini supaya ia tidak menjadi sebahagian daripada nombor-nombor ini, dan kemudian 1 tambah 1 adalah 2. Dan kemudian kita perlu mengingati perpuluhan yang terletak di sini. Jadi jarak sebenar yang dia telah berlari adalah 22.55 batu. Jadi anggaran kita adalah agak baik. Ia adalah 22 batu. Kita mendapat jawapan yang agak dekat, dalam lingkungan sedikit melebihi setengah batu.