Bahagikan dan tuliskan jawapan dalam bentuk nombor bercampur Kita ada 3/5 bahagi 1/2. Sekarang, bila kita membahagikan pecahan, kita cuma perlu ingat yang ia adalah serupa seperti mendarabkan salingan. Jadi di sini adalah sama dengan 3/5 darab-- 3/5 ada di sini jadi kita mahukan tanda darab, bukannya bahagi. dan kita mahukan salingan 1/2, bukannya 1/2. Ianya adalah 2/1-- jadi darab dengan 2/1. jadi membahagi dengan 1/2 adalah serupa dengan mendarabkan dengan 2/1. Dan kita akan lakukan soalan pendaraban yang mudah. 3x2 sama dengan 6, jadi pengangka barunya adalah 6. 5x1 sama dengan 5. Jadi 3/5 bahagikan dengan 1/2 dalam bentuk pecahan tak wajar adalah 6/5. Sekarang soalan inginkan kita untuk tuliskan dalam bentuk nombor bercampur. Jadi kita bahagikan 6 dengan 5, kita selesaikan soalan ni. Yang ini akan jadi bahagian nombor bulat, dan berapa sahaja bakinya akan jadi per 5. Jadi apa yang kita lakukan adalah bahagikan 6 dengan 5. Ada satu nilai 5 dalam 6. 1x5=5 Tolakkan. Kita akan dapat bakinya 1. Jadi 6/5 sama dengan 1 atau 5/5 dan 1/5. Satu ni datang dari baki pembahagian tadi. Dan dah selesai! 3/5 bahagi 1/2 sama dengan 1 1/5. Sekarang apa yang tidak jelas adalah bagaimana ia berkesan? Kenapa membahagi 1/2 adalah sama dengan mendarab dengan 2. 2/1 adalah serupa dengan 2. Untuk lakukan itu, saya akan lakukan di tepi ni, contoh yang mudah tapi harap dapat membantu. Saya ada 4 objek. Kita ada 4 objek; satu, dua, tiga, empat. Dengan 4 objek ni, saya bahagikan dengan dua. Sini ada dua, sini pun ada dua. Jadi ada berapa kumpulan yang saya ada? 4 bahagikan dengan 2, saya ada 2 kumpulan jadi ia sama dengan 2. Sekarang, kalau saya masih lihat pada objek yang sama: satu, dua, tiga, empat. Kita ambil empat objek tadi. kali ni kita bahagikannya 1/2 dalam datu kumpulan bukannya 2 dalam satu kumpulan. Maknanya setiap kumpulan akan ada 1/2 objek dalamnya. Katakanlah ini kumpulan pertama, Ini kumpulan kedua. Ini kumpulan ketiga. Saya rasa awak lihat dalam setiap kumpulan ada separuh bulatan di dalamnya. Ini keempat. Ini kelima. Ini keenam. Ini ketujuh dan yang ini kelapan. Kita ada 8 kumpulan, jadi ini bersamaan dengan 8. Lihat di sini, sekarang semua objek menjadi 2 kumpulan. Jadi ada berapa kumpulan? Asalnya kita ada 4 objek dan setiap satu menjadi 2 kumpulan. Saya cari warna lain-- Setiap satu objek ini dah jadi 2 kumpulan jadi kita dapat 8. Maka membahagi dengan 1/2 adalah sama dengan mendarabkan dengan 2. Dan saya rasa awak boleh fikirkan dengan nombor lain tapi harap ini dah berikan awak sedikit pemahaman.