Stampy: Rasanya apa yang telah berlaku
pada Stacy?
Stacy: Woah, saya rasa saya berada di
tempat yang betul.
Hebatnya!
Saya berasa seperti di Minecraft!
Helo.
Apa khabar?
Helo?
Oh, ada Creeper. Anda tidak boleh lakukan
apa-apa kan?
Katie: Stacy?
Stacy:Hai, Katie?
Katie: Ya!
Selamat datang ke Minecraft.
Stacy: Terima kasih!
Katie: Marilah masuk!
Stacy: Ini memang menakjubkan.
Jadi anda bekerja di sini setiap hari
sebagai pemaju?
Katie: Ya, ia amat hebat.
Saya seorang pemaju di pasukan pasaran
Minecraft.
Stacy: Berapa bahasa pengekodan yang anda
tahu?
Katie: Dalam kerjaya saya, saya mungkin
telah bekerja dengan lebih sedozen.
Stacy: Satu dozen?
Katie: Ya.
Stacy: Jadi, adakah anda tahu apa-apa
tentang golem kecil ini yang
memanggil dirinya "Ejen"?
Katie:Kami gunakan Ejen untuk melakukan aksi yang
Steve atau Alex tidak boleh, seperti menyeberangi lava.
Stacy: Saya ingin belajar pengaturcaraan,
dan mereka ingin belajar pengaturcaraan,jadi
apakah perkara pertama yang anda perlu
tahu bila anda mula belajar?
Katie: Anda mesti belajar bagaimana untuk
menggunakan ulangan.
Stacy: Ok.
Katie: Ulangan adalah perkara yang ditulis
oleh pemaju untuk memberi arahan kepada
komputer yang boleh diulangi.
Stacy: Faham, saya rasa ulangan akan
muncul di tahap yang seterusnya,
jadi cuba meneroka ulangan.
Di tahap seterusnya, anda boleh gunakan ulangan
untuk gerakkan Ejen di sepanjang laluan.
Seret blok ulangan ke ruang kerja dan
tempatkan blok bergerak ke hadapan di
dalam blok ulangan.
Ini memberitahu komputer untuk mengulangi
perkara yang sama berturut-turut tanpa
menyeret sekumpulan blok ke ruang kerja.
Anda boleh pilih jumlah ulangan dengan
memasukkan nombor di dalam blok ulangan.
Anda juga boleh masukkan perintah pusing
dan lain-lain di dalam blok ulangan, tetapi
untuk sekarang cuba gunakan ulangan untuk
menggerakkan Ejen ke hadapan beberapa langkah.
Ingat, jika anda tersekat pada teka-teki anda
boleh menekan butang biru "set semula" dan
cuba lagi.
Jika anda ingin mempunyai kerjaya yang
hebat seperti Katie, klik butang "tunjukkan
kod" selepas menyelesaikan setiap tahap.
Itu akan menunjukkan kod Javascript yang
digunakan oleh seorang pemaju seperti Katie
semasa pengaturcaraan Minecraft kepada anda.
Terima kasih banyak!
Katie: Semoga berjaya semua!