Stampy: Apa yang Stacy buat? Stacy: Wah, rasanya saya berada di tempat yang betul. Ia hebat! Saya rasa seperti Saya kembali ke dalam Minecraft! Helo. Apa khabar? Helo? Oh, ada penjalar. Anda tidak lakukan apa-apa, betul? Katie: Stacy? Stacy: Hai, Katie? Katie: Ya! Selamat datang ke Minecraft. Stacy: Terima kasih! Katie: Marilah! Stacy: Ini hebat. Anda bekerja setiap hari di sini sebagai pengatur cara, betul? Katie: Ya, ia agak hebat. Saya pengatur cara dalam pasukan pasaran Minecraft. Stacy: Berapa banyak bahasa kod yang anda tahu? Katie: Dalam kerjaya saya lebih dari 12. Stacy: 12? Katie: Ya. Stacy: Adakah anda tahu apa-apa tentang si golem kecil yang dipanggil "Ajen"? Katie: Kami gunakan Ajen untuk membantu Steve atau Alex, seperti merentasi lava. Stacy: Saya mahu belajar kod, mereka mahu belajar juga, jadi apakah perkara pertama yang perlu diketahui apabila belajar? Katie: Anda perlu belajar cara untuk menggunakan gelung. Stacy: Okey. Katie: Gelung digunakan oleh pengatur cara untuk memberi arahan kepada komputer secara berulang kali. Stacy: Rasanya ada sesuatu yang bakal muncul di peringkat seterusnya, jadi cubalah gelung. Dalam peringkat seterusnya, gunakan gelung untuk gerakkan Ajen dalam laluan. Leret blok berulang ke ruang bekerja dan letak blok gerak ke depan dalam blok berulang. Ini memberitahu komputer untuk mengulangi banyak kali tanpa meleret banyak blok ke ruang bekerja. Pilih kekerapan mengulangi dengan meletakkan nombor dalam blok berulang. Pusingan dan pelbagai arahan boleh dimasukkan dalam blok berulang juga, tapi pilih berulang untuk gerakkan Ajen beberapa langkah ke depan. Ingat, jika anda tersekat pada teka-teki anda boleh tekan butang biru "Reset" dan cuba semula. Jika anda inginkan pekerjaan hebat seperti Katie, klik butang "show code" apabila selesai setiap peringkat. Ia akan paparkan kod Javascript yang digunakan oleh Katie bila dia mengatur cara Minecraft. Jadi, terima kasih! Katie: Ya, semoga berjaya semua!