Stampy: Apa yang Stacy buat?
Stacy: Wah, rasanya saya berada
di tempat yang betul.
Ia hebat!
Saya rasa seperti
Saya kembali ke dalam Minecraft!
Helo.
Apa khabar?
Helo?
Oh, ada penjalar.
Anda tidak lakukan apa-apa, betul?
Katie: Stacy?
Stacy: Hai, Katie?
Katie: Ya!
Selamat datang ke Minecraft.
Stacy: Terima kasih!
Katie: Marilah!
Stacy: Ini hebat.
Anda bekerja setiap hari di sini
sebagai pengatur cara, betul?
Katie: Ya, ia agak hebat.
Saya pengatur cara dalam
pasukan pasaran Minecraft.
Stacy: Berapa banyak bahasa kod
yang anda tahu?
Katie: Dalam kerjaya saya lebih dari 12.
Stacy: 12?
Katie: Ya.
Stacy: Adakah anda tahu apa-apa
tentang si golem kecil
yang dipanggil "Ajen"?
Katie: Kami gunakan Ajen untuk membantu
Steve atau Alex, seperti merentasi lava.
Stacy: Saya mahu belajar kod,
mereka mahu belajar juga, jadi
apakah perkara pertama
yang perlu diketahui apabila belajar?
Katie: Anda perlu belajar
cara untuk menggunakan gelung.
Stacy: Okey.
Katie: Gelung digunakan oleh pengatur cara
untuk memberi arahan kepada komputer
secara berulang kali.
Stacy: Rasanya ada sesuatu yang
bakal muncul di peringkat seterusnya,
jadi cubalah gelung.
Dalam peringkat seterusnya, gunakan
gelung untuk gerakkan Ajen dalam laluan.
Leret blok berulang ke ruang bekerja
dan letak blok gerak ke depan dalam
blok berulang.
Ini memberitahu komputer untuk
mengulangi banyak kali tanpa meleret
banyak blok ke ruang bekerja.
Pilih kekerapan mengulangi dengan
meletakkan nombor dalam blok berulang.
Pusingan dan pelbagai arahan boleh
dimasukkan dalam blok berulang juga,
tapi pilih berulang untuk gerakkan
Ajen beberapa langkah ke depan.
Ingat, jika anda tersekat pada teka-teki
anda boleh tekan butang biru "Reset"
dan cuba semula.
Jika anda inginkan pekerjaan hebat
seperti Katie, klik butang
"show code" apabila selesai
setiap peringkat.
Ia akan paparkan kod Javascript
yang digunakan oleh Katie bila dia
mengatur cara Minecraft.
Jadi, terima kasih!
Katie: Ya, semoga berjaya semua!