Episod "Dunia Ini Akan Tamat Seperti Kita Tau & Aku Senang" telah dibikin bersama oleh hamba abdi seperti korang. Terima Kasih banyak2. Aku ni kapitalis Aku sekadar mengikut hukum perusahaan bebas. Hukum apa tu? Survival yang paling kuat. Mungkin ada orang tak nampak cam tu. Mungkin diorang tak nampak ni survival yang paling kuat. Mungkin diorang nampak survival yang paling tamak! Oh Katie...kenapa kau ni susah sangat? Sebab kau ni tak baik. Sejak bila kita kena jadi baik untuk jadi betul? Kau tak betul. Kau tau apa jadi. Satu hari nanti kita belajar dan kita luluskan undang-undang dan tutup bisnes kau. Diorang boleh luluskan suka hati diorang. Diorang hanya boleh tukar peraturan, diorang tak boleh stop permainan ni. Aku takkan blah, aku akan adapt. Selamat pagi hamba abdi dan selamat datang ke "Dunia Ini Akan Tamat Seperti Kita Tau dan Aku Senang... rancangan yang tepat ke kepala akan dapat 10 markah! EXCELLENT! Saya hos kalian, Stimulator (Perangsang), dan dalam dunia ni, takde apa pun yang pasti, melainkan mati dan kena cukai. Dan meskipun pelbagai usaha oleh beberapa jurutera biotech, saintis, dan medical profesional taraf dunia, Ianya benar yang si kaya bangsat yang menguasai dunia masih gagal membeli cara mengelak dari menjadi makanan cacing. Boleh saya tanya satu soalan? Apa? Macam mana kami boleh mati serentak? Salmon mousse ni. Tapi...sudah tentu kimak-kimak ni tak bayar cukai. Selain bermain kapal layar dan equestrian hidup billionaire hanya ada satu kerisauan. Dan ianya adalah bagaimana nak simpan harta dan cuba untuk tambah lagi harta. Nah...satu dollar. Dan, tak terkejut bila si kaya motherfucker ni, melalui puppet politikal mereka, mencipta sistem perbankan antarabangsa yang saje meletakkan jaringan rumit kawasan perlindungan cukai tak jujur di negara-negara di seluruh dunia. Dengan cara ni, mereka boleh tidur nyenyak di istana mereka, dengan beranggapan yang rezeki melimpah mereka takkan dibazirkan untuk benda remeh seperti tolong membiaya jalan, Apa kau buat kat jalan tu? Tengah baiki! Kau tak nampak ke? air minum bersih, dan sekolah awam untuk orang susah cam kita. Empat tahun lalu, satu laporan diterbitkan yang menjangka jumlah aset yang disembunyikan dalam kawasan lindung cukai off-shore telah melebihi 32 TRILLION dollar! Kau boleh hapuskan hutang dunia dalam sehari... dalam sejam... dalam seminit. Ia sekitar 42% daripada kombinasi GDP semua negara atas muka bumi. Tiga suku daripada wang dunia tersembunyi di tempat seperti ni. Kekayaan luar biasa ini telah dilindungi daripada pengetahuan awam oleh segerombolan lawyer korporat melalui perakaunan magik oleh perusahaan bayangan, yang merupakan company tipu dicipta untuk menguruskan aset, dan menyembunyi apa mereka ada. Satu ekonomi alternatif dan satu-satunya kemasukkan yang layak adalah perkhidmatan lawyer cukai yang bagus. Tetapi pada Sabtu 3hb April orang bawah seperti kita dapat mengintai disebalik tirai emas apabila 11.5 juta dokumen-dokumen sulit telah bocor dari perusahaan syarikat guaman Mossack Fonseca. Selamat datang ke Panama. Casablanca tanpa perwira. Apa yang dipanggil Panama Papers mendedahkan 214,000 para director dan pemegang saham perusahaan bayangan off-shore - satu senarai yang melibatkan lima ketua negara termasuk empat puluh kaitan menerusi ahli keluarga atau kenalan rapat. Di Iceland, Perdana Menteri Sigmundur Davíð Gunnlaugsson merupakan mangsa pertama kebocoran tersebut apabila dia diserang oleh seorang wartawan Sweden yang bertanya mengenai kaitan beliau dengan satu perusahaan bayangan off-shore Wintris Inc, yang mempunyai kepentingan kewangan dalam perbankan Iceland yang gagal ketika krisis ekonomi 2008. Dari negara mana kau datang? Uhh... apa nama... uhh KENAPA aku tak pernah dengar negara tu? Mereka cakap Bahasa Inggeris ke APA? Uhh... Tak ingat saya... Cakap! Well... uhh... ia... Sehari selepas krisis tersebar orang di Iceland telah turun ke jalan dalam protes terbesar negara kecil itu pernah saksikan. Lebih 10,000 orang mengepung parlimen di ibu negara tersebut Reykjavik, membaling telur dan buah, dan mendesak agar Perdana Menteri berundur. Dan, dia terus meletak jawatan keesokkan harinya. Kamu dipecat! Protes juga telah terjadi di Argentina, apabila pendedahan presiden sayap kanan mereka, Mauricio Macri, yang dipilih menggunakan landasan melawan korupsi, telah gagal menutup hubungannya dengan dua syarikat off-shore yang didedahkan. Beliau yang mempunyai banyak syarikat off-shore membuktikan kecenderungan beliau sentiasa terhadap money laundering. Dan di Eropah, si poyo penyotot babi PM British Kenapa panggil aku penyotot babi? Well... begini. Pertama... kau sontot babi! Oh ya! telah meletakkannya di keadaan panas Dari negara mana kau datang? Saya rasa salah soalan tersebut. selepas bocor dokumen tersebut yang mana bapanya, Ian Cameron, telah menggunakan satu perusahaan bayangan di jajahan British, Kepulauan Virgin untuk mengelak dari membayar cukai lebih daripada 30 tahun. Dalam satu pertunjukkan yang kelakar oleh si bodoh sombong, dan kemarahan yang hanya si kaya British mampu melakukannya, respon Cameron terhadap skandal itu Salah satu lawyer cukai terunggul negara Graham Erinson QC, telah menyatakan tanpa ragu-ragu, yang ianya, saya quote satu jenis dana pelaburan kolektif yang cukup sempurna. Orang British - korang semua bodoh sombong Pada Sabtu 9 April, ribuan orang dari kelas bawahan Britain mengadakan protes di luar 10 Downing Street mendesak Cameron berundur yang kemudian bertembung dengan the police. EXCELLENT! Protester telah berikrar untuk terus memprotes sehingga si penyontot babi berundur... menjadikan ianya menarik untuk melihat apa yang akan terjadi. Panama Papers hanyalah satu kemuncak kecil di dalam dunia licik kewangan kapitalisme. Tapiiiiiiiiiiii realitinya adalah perusahaan bayangan dan perbankan off-shore adalah satu amalan biasa! Dan walaupun seronok untuk melihat ahli politik menggelabah bila hubungan personal mereka dengan skim Ponzi terdedah, pada akhirnya, ianya hanyalah amat sedikit. Kapitalisme tak mengeluarkan epal rosak... sistemnya telah rosak dari akarnya. I'm from a little place called Great Britain. But I don't know if I love or hate Britain. These words upon my page written the things that make or break Britain. You see I'm from a little place called Great Britain But I don't know if I love or hate Britain. These words upon my page written the things that make and break Britain. One inch... to the left to the left coulda been the difference between life and death Knife wound to the heart or the side of the chest. Could have been one statistic less. See sometimes Great Britain ain't that great. Kids get stabbed at an alarming rate. Press with a passion to exaggerate increasingly clueless heads of state. You see knife crime knife crime ain't about knives. It's about young Britain and ways of life. You don't solve knife crime by taking knives to hand. You solve it by instilling new hopes and plans. You've got positives though, I swear it's true. North, south, east, west and the middle too. Got diversity that shines right through. Who makes the best music in the world? We do! Dua minggu lalu, aku dan hamba subMedia menyediakan laporan ringkas pemberontakan yang terjadi di Perancis, apabila pelbagai api resistansi telah bertukar menjadi satu mogok umum besar pada 31 Mac. Tapiiiiiii, rupa-rupanya ianya baru sahaja bermula! Selepas lebih sejuta orang turun ke jalan-jalan di Perancis pada 31hb, satu crew yang agak besar dari kontijen Paris memutuskan untuk meneruskan parti, dan melancarkan okupasi di Place de la République dipanggil Nuit Debout, yang kalau diterjemah ke BM bermaksud Kebangkitan Malam. Sama seperti occupy M15 plaza yang merebak di seluruh Sepanyol pada 2011, gerakan Nuit Debout telah mengubah dataran awam menjadi pusat giat pelbagai aktiviti kolektif, yang mana peserta mengadakan sidang umum, dan pada malamnya berdebat politik, dan menganjurkan workshop skill-sharing percuma, screening filem dan konsert. Sebagai tanda hormat kepada Revolusi Perancis... Peserta Nuit Debout telah menggunakan satu kalendar revolusi, dengan hari kedua occupy iaitu 1hb April, ditukar kepada 32hb Mac... dan 2hb April dipanggil 33hb Mac... dan... uhhh... kau faham la sendiri. Problem Math. Anyway, okupasi ini merebak cepat ke seluruh Perancis, dan sejak itu ia telah melangkah sempadan. Pada belah petang mmmmm.... 40hb Mac? Okupasi Nuit Debout terjadi di 33 bandar di seluruh Perancis, begitu juga bandar-bandar di Belgium, Jerman, Portugal dan Sepanyol. Dan walaupun tempat-tempat occupy setakat ini secara relatif masih kekal ruang kolektif kegirangan mesra keluarga dan revolusi joie de vivre, jalanan di sekitar mereka terus menjadi tempat resistansi militan. Semua... orang... benci... polis! Di seluruh negara, demo malam liar telah berlaku, pelajar yang mogok telah menghadang sekolah mereka, militan telah menyerang rel kereta api, occupy stesen train, memecah bank dan kedai, menghias kembali ofis-ofis pemerintah, Parti Sosialis, menghalang jalan, dan berjuang bertarung di jalanan dengan abang-abang polis Perancis. Pejuang jalanan bertopeng telah menggunakan pelancar secara cemerlang, tanpa henti menghujani anjing-anjing dengan botol, batu dan flare, dan telah menunjukkan satu kecekapan piroteknik hebat. Tengok ni! Ya... Perancis sedang turun hampir lebih sebulan sekarang cukup untuk menggembirakan revolutionaries dan riot porn junkies sedunia. Dan situasi tegang ini seperti tiada pertunjuk untuk berhenti dalam waktu ini. Ini amat mengecewakan presiden muka sedih Perancis, Francois Hollande, yang kerajaan beliau terkapai untuk mencari adunan sesuai represi dan konsesi politikal untuk membawa balik keamanan... dan ianya tak berfaedah! Meskipun gerakan ini bermula hasil perkongsian penentangan terhadap apa yang dipanggil Loi de Travail (undang-undang pekerja), ianya telah bertukar menjadi satu pemberontakan menentang kapitalisme, polis, dan seluruh sistem politikal yang hanya mengangkat status quo. Dan berdasarkan contoh tersebut rakyat di Perancis telah menawan imaginasi jutaan masyarakat marah seluruh dunia. Aku adalah Paris. Aku adalah Paris. Kita bersatu. Bersama-sama... Aku adalah Paris. Kami semua Paris. Jadiiiii... untuk tahu lebih lanjut apa hal yang terjadi, aku telah berjumpa dengan ahli Désaphilliation, satu crew pengacau autonomi yang sedang meng-occupy bangunan Phillia di Nanterre University di barat Paris. Hey y'all... apa khabar? Kami baik! Sejak mogok umum 31hb Mac, kami melihat okupasi umum merebak dan sidang umum dikenali sebagai Nuit Debout, atau Kebangkitan Malam. Gabungan masyarakat macam mana yang menyertai occupy ini? Dan apa jenis diskusi yang berlaku di sidang umum ini? Well... masyarakat dari semua tempat, kondisi sosial dan pendirian politikal dari sayap-kiri ke sayap-kanan. Secara dinamik ianya agak anti-kapitalis tapi tak semestinya anti-authoritarian Ia campuran marxist dan libertarian. Mereka berbincang mengenai everything tapi idea membina autonomi agak kurang. Ianya lebih mengenai bagaimana untuk reform negara dan masyarakat di sini. Secara umum mengenai permasalahan kami. Tapi, hubungan menarik telah terbina antara komuniti squatter dan kolektif militan lain secara amnya untuk organize kehidupan di kem -perbincangan, popular kitchen, dll... Ramai orang menyatakan yang Nuit Debout sebagai versi Perancis Indignatos Sepanyol, atau gerakan Occupy Amerika Utara. Kedua-dua gerakan ini awalnya telah terhalang oleh ombak pasifisme kebanyakan peserta. Ini bermaksud, occupy di Perancis terbina melalui gerakan sedia ada yang telah dan terus terlibat dalam direct action (aksi langsung) dan taktik jalanan militan. Bagaimana hal ini memberi kesan terhadap dinamik okupasi ini dan sidang itu sendiri? Masih ada banyak argumen terjadi mengenai taktik ganas vs taktik aman? Persoalan mengenai apa yang dipanggil aksi ganas telah memecah occupy ini. Tapi keganasan ini tidak datang secara sendiri. Berdekad lamanya, kekejaman polis merebak dan mensasarkan sesetengah komuniti... imigran, wanita, kaum lain... Anak muda memecahkan bank dan balai polis sebagai protes terhadap arahan wang dan polis. Kebanyakan suara yang diluah di #NuitDebout - mengulas siaran langsung atau bersuara di sidang umum - menolak protester ganas, tapi mereka hanya minoriti bersuara dan kebanyakan orang sebenarnya tidak bermasalah dengan membakar bank atau kereta sewa. Selain itu, pembahagian sekitar aksi ganas amat menarik dalam kes minoriti yang tertindas. Di Lyon sebagai contoh, beberapa hari lalu ketika #NuitDebout pertama, wanita dan golongan bukan binari cuba untuk organize satu ruang selamat di luar dominasi patriaki, tapi mereka dihentam oleh lelaki-lelaki marah - tapi bukan itu saja - mereka rasa mereka cuba untuk memecahkan gerakan dan cuba membina satu sistem dari atas ke bawah apabila mereka cuba untuk organize melawan satu sistem dominasi yang kami akan jumpa dalam gerakan anti-kapitalis. Perancis telah berada dalam keadaan darurat sejak serangan terroris pada November. Apa kesannya terhadap kehidupan seharian masyarakat? Darurat itu tak membawa apa-apa baru. Ia hanya praktis am dan normal yang kita sudah sedia ada - pemerhatian besaran, penggeledahan dan mengganggu orang di jalanan, pemeriksaan berdasarkan warna kulit, atau pemakaian. Demonstrasi masih haram, melainkan kau melaporkan orang yang bertanggung-jawab, tapi penindasan terhadap demo spontan telah ditekankan. Ia bukan kebiasaan untuk protes aman dibuat untuk dihujani dengan gas pemedih mata dan baton, dan dikepung dan dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan identiti. Anak muda Perancis telah memainkan peranan penting dalam gerakan ini dengan 10 ribu pelajar sekolah menengah turut serta. Apa yang membuatkan anak muda di Perancis untuk turun ke jalan dengan begitu ramai... dan bagaimana penyertaan mereka telah memberi kesan terhadap corak dan orientasi gerakan yang lebih besar? Ia adalah kebiasaan bagi remaja Perancis untuk bergerak dalam perjuangan sosial. Benda ini telah diserap dalam sistem sekolah Perancis, di mana sekolah menengah adalah tempat terakhir dengan campuran sosial. Pelajar sekolah biasanya lebih sedar derita, kekacauan dan penindasan yang berlaku di Perancis lebih daripada golongan pekerja Perancis. Pelajar sekolah tak semestinya bergerak melawan untuk projek politikal dan sosial, tapi mereka adalah yang pertama bergerak untuk melawan dan menghapuskan struktur penindasan yang ada. Berkenaan pengubalan undang-undang pekerja pelajar melihat Kerja sebagai satu insititusi menindas dan bukan satu alat kebebasan. Mereka mempunyai ibubapa, atau ibubapa rakan mereka yang merana setiap hari disebabkan kondisi kerja, dan mereka tidak mahu situasi ini menjadi benda biasa dan diterima oleh semua orang. Aku rasa amat menarik untuk melihat majoriti daripada mereka tidak organize atau berkait dengan mana-mana organisasi politik secara khusus. Terdapat beberapa kumpulan kecil remaja yang organize membuat sidang umum dan membuat protes, tapi bila polis datang dan memukul semua orang, ramai pelajar merasa ianya normal untuk melontar batu dan botol ke arah polis, tanpa perlu menutup muka. Ia adalah satu cara yang merbahaya untuk mereka, tapi ia menyingkap isu lebih dalam di dalam masyarakat Perancis. Kekejaman dari pihak polis telah berakar di dalam kehidupan seharian kami yang mana pertarungan dengan polis tidak memerlukan sebarang persiapan atau suasana luar biasa. Mereka just buat. Apa peranan yang dimainkan union pekerja dan pelajar dalam situasi tegang ini? Union sepatutnya organize perjuangan ini, secara legal dan menerusi media. Tapi mereka macam tak buat apa-apa yang tidak berkaitan dengan kepentingan mereka sebagai elitis gerakan pekerja dan mahasiswa. Mereka membawa argumen menentang pengubalan undang-undang pekerja tapi gagal meneliti lanjut kerana takut gol mereka untuk menyusun gerakan akan menjadi kontradik mengikut tuntutan-tuntutan yang lebih jelas: penghapusan hamba bergaji, autonomi dan koperasi. Gol mereka adalah mempertahankan kepentingan politik mereka, buat-buat sibuk selama mungkin. Pada akhirnya mereka hanyalah birokrasi dan reform. Bagaimana dengan situasi sekarang di hutan Calais, dan krisis imigran secara am memberi kesan kepada pergolakan sekarang? Krisis imigran telah mendedahkan kepada semua sifat sebenar rejim Sosialis dan negara polis mereka yang sama teruk seperti dengan Sarkozy - sama seperti pentadbiran Obama di U.S. Sejak bertahun-tahun imigran telah menjadi target oleh langkah-langkah melawan pemberontakan. Mereka tidak dipukul secara sistematik, walaupun biasa terjadi kes imigran diserang dan dirompak oleh kakitangan negara, tetapi setiap kali mereka cuba organize dan membina kem untuk mencari solidariti, kemah dan barang mereka dirampas, menyebabkan mereka tidur di jalanan tanpa selimut lagi. Ini kita boleh perhatikan ke House of Refugees (Rumah Pelarian) satu squat yang mana ratusan imigran tinggal di Paris. Rundingan dengan pegawai bandar telah berlaku dibawah pemerhatian Human Rights League. Kerajaan telah menjanjikan untuk menyedia tempat tinggal kepada semua tanpa mengira situasi mereka - pelarian... pendatang tanpa izin.. dan rampasan akan berlaku secara sukarela tanpa campur tangan pihak polis. Dua hari sebelum tarikh legal ditetapkan oleh mahkamah ketika perbicaraan, ratusan polis bersenjata, polis rusuhan, polis biasa dan unit anti-terroris menutup seluruh kawasan dan menyerang bangunan, memusnahkan harta benda dan memastikan semua imigran masuk ke dalam bas tanpa mengetahui destinasi mereka. Kewujudan pihak tentera di Calais, penubuhan special unit dalam polis rusuhan untuk mengawal krisis imigran, dan juga pihak tentera Eropah dan Turki selalu menyerang bot imigran di lautan dan membiarkan mereka lemas merupakan symptom negara polis sedang merebak di demokrasi Eropah dan cara kita telah jatuh ke dalam acuan orang putih Perancis bekerja dan membayar bil. Thanks yo. Dan itu sahaja sedition kali ini untuk "Dunia Akan Tamat Seperti Kita Tahu & Aku Senang". Kalau korang tak tahu, aku ada post playlist lagu-lagu dimainkan di website kami: Di sana anda juga boleh tinggalkan puisi cinta, subscribe podcast aku dan tinggal email untuk newsletter atau sumbang duit untuk membantu aku makan tacos seperti hamba-hamba berikut yang telah buat aku pokai sejak dua menjak ini. So big ups to... Steven, Andrew, Jay, Karlis, Steve, Nicodemus, Jonathan, Janne, Jan, John, Jaime, SpikeonWater, Per, Kevin, Bear, Flyn, Michael, Bruno, Sacha, William, Sebastian, Gabriel, Nicolas, Liam, Carly, Bunker Films, Juliano, Stephen, Sebastien, Samantha, Coby, Dino, Brian, Mathieu, Andrew, Lauren, Evan, Dylan, Harry, James, Joseph, Marisol, Michael, Harrison, and Kirk. Mezcal! Hamba-hamba berikut merupakan ahli baru Taconspiracy: -Juliano, IDC dan Dylan. Pulque! Oleh itu, nerakakan mereka, -jangan berhenti berharap dan hancur segalanya! Hasta la pasta mutherfuckers!