WEBVTT 00:00:00.607 --> 00:00:04.379 Pada tahun 70-an, saya dilatih selama 2 tahun di China 00:00:04.379 --> 00:00:06.975 untuk menjadi seorang ahli gimnastik. 00:00:06.975 --> 00:00:09.210 Semasa saya berada di gred satu, 00:00:09.210 --> 00:00:12.127 pihak kerajaan mahu memindahkan saya ke sekolah atlet, 00:00:12.127 --> 00:00:14.175 semua perbelanjaan dibayar. 00:00:14.175 --> 00:00:16.823 Tapi, mak saya kata, "Tidak". 00:00:16.823 --> 00:00:18.959 Ibu bapa saya mahu saya menjadi 00:00:18.959 --> 00:00:21.063 seorang jurutera seperti mereka. 00:00:21.063 --> 00:00:23.150 Setelah melalui Revolusi Kebudayaan, 00:00:23.150 --> 00:00:26.959 mereka percaya hanya ada satu cara untuk mendapat kegembiraan: 00:00:26.959 --> 00:00:29.892 sebuah kerja yang selamat dan bergaji lumayan. 00:00:29.892 --> 00:00:32.687 Ia tidak penting sama ada saya suka kerja itu atau tidak. NOTE Paragraph 00:00:32.687 --> 00:00:37.967 Tapi, impian saya adalah untuk menjadi seorang penyanyi opera Cina. 00:00:37.967 --> 00:00:41.615 Itu saya memainkan piano khayalan. 00:00:41.615 --> 00:00:43.799 Penyanyi opera mesti mula berlatih sejak kecil 00:00:43.799 --> 00:00:45.383 untuk belajar akrobatik. 00:00:45.383 --> 00:00:48.327 Jadi, saya mencuba semua cara untuk pergi ke sekolah opera. 00:00:48.327 --> 00:00:50.594 Saya juga menulis kepada pengetua sekolah 00:00:50.594 --> 00:00:53.355 dan juruacara sebuah rancangan radio. 00:00:53.355 --> 00:00:57.161 Tapi, tiada orang dewasa yang suka idea ini. 00:00:57.161 --> 00:00:59.884 Tiada orang dewasa percaya bahawa saya serius. 00:00:59.884 --> 00:01:03.128 Hanya kawan-kawan saya yang sokong saya, tapi mereka ialah kanak-kanak, 00:01:03.128 --> 00:01:05.884 tidak berupaya seperti saya. 00:01:05.884 --> 00:01:11.649 Jadi, pada usia 15, saya tahu bahawa saya sudah terlalu tua untuk dilatih. 00:01:11.649 --> 00:01:14.616 Impian saya tidak akan menjadi kenyataan. 00:01:14.616 --> 00:01:17.924 Saya takut bahawa sepanjang hidup saya, 00:01:17.924 --> 00:01:19.961 saya hanya boleh mengharapkan 00:01:19.961 --> 00:01:22.498 kegembiraan kelas kedua. NOTE Paragraph 00:01:22.498 --> 00:01:24.926 Itu sangat tidak adil. 00:01:24.926 --> 00:01:28.728 Jadi, saya bertekad untuk mencari jalan lain. 00:01:28.728 --> 00:01:31.465 Tiada orang yang boleh mengajar saya? Tak apa. 00:01:31.465 --> 00:01:33.697 Saya beralih kepada buku. NOTE Paragraph 00:01:33.697 --> 00:01:37.339 Saya memuaskan keinginan terhadap nasihat ibu bapa 00:01:37.339 --> 00:01:42.216 daripada buku ini oleh sekumpulan penulis dan ahli muzik. ["Surat-menyurat dalam Keluarga Fou Lei"] NOTE Paragraph 00:01:42.216 --> 00:01:45.289 Saya menemui model peranan saya: Seorang wanita yang berdikari, 00:01:45.289 --> 00:01:49.133 apabila tradisi Confucius memerlukan kepatuhan. ["Jane Eyre"] NOTE Paragraph 00:01:49.133 --> 00:01:52.830 Saya belajar menjadi cekap daripada buku ini. ["Lebih Murah Melalui Berdozen"] NOTE Paragraph 00:01:52.830 --> 00:01:56.795 Saya bersemangat untuk belajar di luar negara selepas membaca semua ini, NOTE Paragraph 00:01:56.795 --> 00:01:58.866 ["Karya Lengkap Sanmao" (juga dikenali Echo Chan)], ["Pengajaran daripada Sejarah" oleh Nan Huaijin] NOTE Paragraph 00:01:58.866 --> 00:02:02.057 Saya datang ke A.S pada tahun 1995. 00:02:02.057 --> 00:02:04.938 Jadi, apakah buku yang saya baca dahulu di sini? 00:02:04.938 --> 00:02:08.463 Buku-buku yang dilarang di China, semestinya. 00:02:08.463 --> 00:02:12.133 "Bumi yang Subur" adalah tentang kehidupan petani Cina. 00:02:12.133 --> 00:02:16.235 Ia tidak sesuai untuk propaganda. Faham. 00:02:16.235 --> 00:02:19.960 Kitab Bible adalah menarik, tapi ia pelik. 00:02:19.960 --> 00:02:22.445 (Gelak ketawa) 00:02:22.445 --> 00:02:25.916 Ia sebuah topik untuk hari yang lain. 00:02:25.916 --> 00:02:29.211 Tapi, rukun kelima memberikan keinsafan kepada saya: 00:02:29.211 --> 00:02:32.190 "Anda patut menghormati ibu bapa anda." 00:02:32.190 --> 00:02:35.140 "Menghormati," saya kata. "Ia sangat berbeza 00:02:35.140 --> 00:02:36.879 dan lebih baik daripada mematuhi." 00:02:36.879 --> 00:02:39.383 Jadi, ia menjadi alat saya untuk bebas daripada 00:02:39.383 --> 00:02:41.499 rasa bersalah terhadap ajaran Confucius 00:02:41.499 --> 00:02:45.771 dan menjalinkan semula hubungan saya dengan ibu bapa saya. NOTE Paragraph 00:02:45.771 --> 00:02:48.793 Pertembungan kebudayaan baru juga menyebabkan saya memulakan 00:02:48.793 --> 00:02:50.565 bacaan perbandingan. 00:02:50.565 --> 00:02:52.420 Ia memberikan banyak wawasan. 00:02:52.420 --> 00:02:57.200 Contohnya, saya mendapati peta ini tidak betul 00:02:57.200 --> 00:03:02.085 kerana inilah yang dipelajari pelajar-pelajar China sejak kecil. 00:03:02.085 --> 00:03:03.586 Saya tidak pernah terfikir, 00:03:03.586 --> 00:03:06.721 China tidak semestinya berada di tengah-tengah dunia. 00:03:06.721 --> 00:03:10.974 Sesebuah peta membawa pandangan seseorang. 00:03:10.974 --> 00:03:13.382 Bacaan perbandingan bukan sesuatu yang baru. 00:03:13.382 --> 00:03:16.686 Ia amalan yang standard dalam dunia akademik. 00:03:16.686 --> 00:03:18.154 Terdapat juga bidang penyelidikan 00:03:18.154 --> 00:03:22.099 seperti agama perbandingan dan kesusasteraan perbandingan. NOTE Paragraph 00:03:22.099 --> 00:03:24.334 Tindakan membanding dan membeza memberikan sarjana 00:03:24.334 --> 00:03:27.340 pemahaman yang lebih lengkap tentang sesebuah topik. 00:03:27.340 --> 00:03:29.093 Jadi, saya terfikir, jika bacaan perbandingan 00:03:29.093 --> 00:03:32.929 berfungsi dalam penyelidikan, kenapa tidak lakukannya dalam kehidupan harian juga? 00:03:32.929 --> 00:03:36.304 Jadi, saya mula membaca buku dalam pasangan. 00:03:36.304 --> 00:03:37.518 Ia boleh tentang orang -- 00:03:37.518 --> 00:03:38.401 ["Benjamin Franklin" oleh Walter Issacson], ["John Adams" oleh David McCullough] -- 00:03:38.401 --> 00:03:40.909 mereka yang terlibat dalam peristiwa yang sama, 00:03:40.909 --> 00:03:43.588 atau kawan-kawan yang mempunyai pengalaman yang sama. 00:03:43.588 --> 00:03:44.988 [Sejarah Peribadi" oleh Katherine Graham], [Curahan Salji: Warren Buffett dan Perniagaan Kehidupan" oleh Alice Schroeder] 00:03:44.988 --> 00:03:49.386 Saya juga membandingkan kisah yang sama dalam genre yang berbeza -- (Gelak ketawa) 00:03:49.386 --> 00:03:51.498 [Kitab Suci: Versi King James], [Biri-biri" oleh Chrisopher Moore] -- 00:03:51.498 --> 00:03:54.635 atau kisah yang serupa daripada kebudayaan yang berbeza, 00:03:54.635 --> 00:03:57.516 seperti yang dilakukan Campbell dalam bukunya yang menakjubkan. ["Kuasa Mitos" oleh Joseph Campbell] 00:03:57.516 --> 00:04:00.909 Contohnya, Christ dan Buddha 00:04:00.909 --> 00:04:03.342 mengharungi 3 jenis godaan. 00:04:03.342 --> 00:04:05.144 Bagi Christ, godaan tersebut 00:04:05.144 --> 00:04:09.119 adalah dari segi ekonomi, politik dan rohaniah. 00:04:09.119 --> 00:04:13.445 Bagi Buddha, kesemuanya dari segi psikologi: 00:04:13.445 --> 00:04:20.763 nafsu, ketakutan dan tanggungjawab sosial. Menarik. NOTE Paragraph 00:04:20.763 --> 00:04:23.802 Jadi, jika anda tahu bahasa asing, adalah seronok 00:04:23.802 --> 00:04:25.699 membaca buku kegemaran anda dalam 2 bahasa. 00:04:25.699 --> 00:04:26.951 ["Ajaran Chuang Tzu" oleh Thomas Merton], ["Tao: Pendekatan Saluran Air " oleh Alan Watts] 00:04:26.951 --> 00:04:30.511 Daripada merisaukan isu terjemahan, saya mendapati bahawa saya banyak belajar. 00:04:30.527 --> 00:04:34.735 Contohnya, melalui penterjemahan, saya sedar bahawa 00:04:34.735 --> 00:04:40.708 secara harfiah, "kegembiraan" bermakna "cepat gembira" dalam bahasa Cina. 00:04:40.708 --> 00:04:45.997 Secara harfiah, "pengantin perempuan" bermakna "ibu baru". 00:04:45.997 --> 00:04:49.258 (Gelak ketawa) NOTE Paragraph 00:04:49.258 --> 00:04:54.645 Buku ialah pintu gerbang saya untuk berhubung dengan orang 00:04:54.645 --> 00:04:57.290 pada masa dahulu dan masa kini. 00:04:57.290 --> 00:05:01.525 Saya tahu, saya tidak akan rasa sunyi atau tidak berupaya lagi. 00:05:01.525 --> 00:05:04.202 Mempunyai impian yang tidak tercapai bukannya apa-apa 00:05:04.202 --> 00:05:07.138 berbanding dengan penderitaan orang lain. 00:05:07.138 --> 00:05:09.866 Saya percaya bahawa impian menjadi kenyataan 00:05:09.866 --> 00:05:13.146 bukan satu-satunya tujuan impian. 00:05:13.146 --> 00:05:17.047 Tujuannya yang terpenting ialah, 00:05:17.047 --> 00:05:19.162 tahu dari mana datangnya impian, 00:05:19.162 --> 00:05:22.066 dari mana datangnya keghairahan, dari mana datangnya kegembiraan. 00:05:22.066 --> 00:05:26.288 Sesebuah impian yang tidak tercapai boleh melakukannya untuk anda. NOTE Paragraph 00:05:26.288 --> 00:05:28.542 Sebab buku, saya berada di sini hari ini, 00:05:28.542 --> 00:05:32.202 gembira, hidup saya bertujuan dan mempunyai kejelasan, 00:05:32.202 --> 00:05:33.952 kebanyakan masanya. 00:05:33.952 --> 00:05:37.513 Semoga buku sentiasa bersama anda. NOTE Paragraph 00:05:37.513 --> 00:05:38.991 Terima kasih. NOTE Paragraph 00:05:38.991 --> 00:05:40.839 (Tepukan) NOTE Paragraph 00:05:40.839 --> 00:05:44.484 Terima kasih. (Tepukan) NOTE Paragraph 00:05:44.484 --> 00:05:49.577 Terima kasih. (Tepukan)