Unplugged Activity | Sumber khalayak
Pelajaran ini dipanggil sumber khalayak.
Dalam pelajaran ini kita akan
menggunakan kad untuk mengetahui betapa mudahnya
untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan
daripada secara sendiri. Jadi jemput rakan
anda dan menghasilkan sesuatu yang hebat.
Sumber khalayak ialah mendapat bantuan dari sekumpulan
orang untuk menyelesaikan sesuatu lebih cepat.
Dalam sains komputer, kami banyak menggunakan sumber
khalayak. Beribu-ribu amatur dan profesional
memautkan komputer mereka bersama-sama untuk
mencari melalui berbilion-bilion maklumat.
Mencari perkara seperti nombor perdana Marsenne
seterusnya, atau kemungkinan komunikasi mahkluk asing.
Mula-mula anda akan, wah! Dan kemudian
kita, wah! Dan kemudian anda, wah...
Apabila anda melihat filem, setiap saat filem
adalah 24 gambar individu, kami memanggilnya bingkai.
Jadi setiap gambar tersebut perlu
dicipta dan sintesis dan disatukan.
Saya dan semua pasukan saya ialah pembangun perisian.
Kita semua bekerjasama untuk menghasilkan satu
perisian yang sebenarnya mencipta imej, mencipta
imej akhir yang anda lihat di skrin. Itulah
alat yang artis dan pemaju lain boleh gunakan
dalam kerja berpasukan mereka dan proses mereka
untuk menghasilkan imej yang mereka mahu
di skrin. Contohnya, dalam Finding Nemo,
apabila Crush dan Squirt dan semua kawan
mereka berenang melalui Arus Australia Timur,
Anda dapat lihat imej air mengalir,
anda dapat lihat warna di belakang
penyu, anda dapat lihat sisi ikan.
Semua perkara itu dijana melalui
matematik dan program komputer yang kami tulis,
kemudian kita berikan kepada artis dan mereka
menggunakannya untuk menghasilkan imej akhir dan laras
menjadikannya kelihatan menarik dan menyeronokkan.