Satu perkara yang komputer benar-benar mahir adalah mengulangi perintah. Tetapi komputer boleh melakukan perkara yang sama berjuta atau bahkan berbilion kali, dan tidak akan menjadi bosan dan dapat berfungsi dengan bagus. Contohnya, jika saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada semua orang di Facebook dengan menghantar e-mel kepada semua, ia mungkin mengambil masa satu abad untuk saya menulis semua e-mel tersebut kepada semua. Tetapi dengan hanya beberapa baris kod, saya boleh menghasilkan satu sistem menghantar e-mel kepada semua orang di Facebook mengucapkan selamat hari lahir. Jadi inilah kegunaan ulangan, mengapa mereka bernilai dan sesuatu yang komputer boleh lakukan dengan baik. Dalam contoh ini, matlamat anda adalah menggerakkan burung untuk mendapatkan babi. Sekarang kita akan menggunakan blok "ulangan" untuk melakukan ini dengan mudah. Anda boleh melakukan ini dengan memberikan komputer perintah "bergerak ke hadapan" lima kali untuk memajukan burung satu langkah setiap kali ke arah babi. Atau anda boleh memberitahu komputer untuk "bergerak ke hadapan" sekali, kemudian beritahunya untuk "ulang" 5 kali dan ia akan melakukan perkara yang sama. Jadi untuk melakukan ini, anda perlu seret perintah "bergerak ke hadapan", dan kemudian letakkannya di dalam blok "ulangan". anda boleh klik blok dan beritahunya berapa kali anda mahu mengulangi blok tersebut untuk memberitahunya bilangan langkah yang anda mahu maju ke hadapan. Satu perkara lagi adalah anda boleh letakkan sebanyak perintah yang anda ingin di dalam blok "ulangan". Dalam contoh ini anda memberitahunya bergerak ke hadapan dan pusing ke kiri, yang akan dilakukan lima kali. Ok bagus dan selamat bermain!