Komputer amat bagus dalam mengulangi arahan. Sebagai manusia, anda pasti bosan jika melakukan benda sama berulang. Tetapi komputer boleh lakukan perkara yang sama berjuta atau berbilion kali, tidak bosan dan melakukannya dengan baik. Jika saya ingin ucapkan selamat harijadi kepada semua orang di Facebook dengan menghantar e-mel, ia mungkin mengambil lebih dari seabad untuk menulis e-mel kepada semua orang. Tetapi dengan beberapa barisan kod, saya boleh minta sistem hantar e-mel untuk mengucapkan selamat harijadi kepada semua di Facebook. Itulah gelung, dan ia bernilai, sesuatu yang boleh dilakukan dengan baik oleh komputer. Dalam contoh ini matlamat anda adalah menggerakkan burung untuk mendapatkan khinzir. Kami gunakan blok "repeat" untuk melakukannya dengna mudah. anda melakukannya dengan memberikan arahan "move forward" kepada komputer 5 kali untuk menggerakkan burung satu langkah setiap kali ke khinzir. Atau beritahu komputer untuk "move foward" sekali, dan mintanya "repeat" 5 kali, dan ia akan lakukan perkara sama. Untuk melakukan ini tarik arahan "move foward" anda, kemudian letakkannya dalam blok "repeat". Klik padanya dan beritahunya berapa kali anda mahu ulangi blok untuk jumlah langkah ke depan. Satu lagi perkara adalah anda boleh letakkan seberapa banyak arahan dalam blok "repeat". Dalam contoh ini anda memberitahunya untuk gerak ke dapan dan ke kiri, yang akan dilakukan 5 kali. Baiklah tahniah dan berseronoklah :-)