Nama saya Bob Prottas. Saya dari Trumbull, Connecticut, Amerika Syarikat. Saya berada di Persidangan TEDActive 2015. Saya mantan ahli kimia di DuPont selama 27 tahun, dan empat tahun lepas, saya bersara. Anak sulung saya pekak dan beliau asalnya dari Korea, pernah sewaktu menonton rancangan TV yang ada sarikata, saya fikir, "Bagus ada sarikata ini." Mulai itu, itulah misi saya untuk menyediakan sarikata ceramah TED, supaya komuniti pekak boleh menontonnya, dan saya mendapat tahu tentang projek terjemahan ini, mereka menterjemah sarikata kepada bahasa-bahasa lain. Saya memilih ceramah berbahasa Inggeris dan menambah sarikata Inggeris. Mereka boleh ambil sarikata tersebut dan menterjemahkannya ke bahasa lain, supaya semua orang di seluruh dunia boleh menontonnya, dan baca dalam bahasa ibunda mereka, saya rasa ia sangat mengagumkan. Ada banyak ceramah untuk dipilih, kamu tidak tahu nak pilih yang mana satu. Dan keindahannya adalah, organisasi TED yang telah banyak membantu. Ada banyak ceramah TEDx, dan ianya bagaikan mutiara-- permata yang belum diasah. Ia sangat mengujakan; kamu dapat penonton yang lebih ramai.. Usaha saya yang sedikit ini untuk menjadikannya satu fenomena sejagat Saya sukakannya.