Nama saya Bob Prottas.
Saya dari Trumbull, Connecticut,
Amerika Syarikat.
Saya berada di
Persidangan TEDActive 2015.
Saya mantan ahli kimia
di DuPont selama 27 tahun,
dan empat tahun lepas, saya bersara.
Anak sulung saya pekak
dan beliau asalnya dari Korea,
pernah sewaktu menonton rancangan TV
yang ada sarikata,
saya fikir, "Bagus ada sarikata ini."
Mulai itu, itulah misi saya
untuk menyediakan sarikata ceramah TED,
supaya komuniti pekak boleh menontonnya,
dan saya mendapat tahu tentang
projek terjemahan ini,
mereka menterjemah sarikata
kepada bahasa-bahasa lain.
Saya memilih ceramah berbahasa Inggeris
dan menambah sarikata Inggeris.
Mereka boleh ambil sarikata tersebut
dan menterjemahkannya ke bahasa lain,
supaya semua orang di seluruh dunia
boleh menontonnya,
dan baca dalam bahasa ibunda mereka,
saya rasa ia sangat mengagumkan.
Ada banyak ceramah untuk dipilih,
kamu tidak tahu nak pilih yang mana satu.
Dan keindahannya adalah,
organisasi TED yang telah banyak membantu.
Ada banyak ceramah TEDx,
dan ianya bagaikan mutiara--
permata yang belum diasah.
Ia sangat mengujakan;
kamu dapat penonton yang lebih ramai..
Usaha saya yang sedikit ini
untuk menjadikannya satu fenomena
sejagat
Saya sukakannya.