WEBVTT 00:00:00.988 --> 00:00:03.983 Hari ini, saya mempunyai satu permintaan. 00:00:03.983 --> 00:00:07.373 Jangan beritahu saya bahawa saya adalah normal. 00:00:07.373 --> 00:00:11.749 Saya mahu memperkenalkan adik-adik saya kepada anda. 00:00:11.749 --> 00:00:14.015 Remi berusia 22 tahun. 00:00:14.015 --> 00:00:16.979 Dia tinggi dan sangat kacak. 00:00:16.979 --> 00:00:20.907 Dia tidak dapat berkata-kata, tapi dia mengkomunikasikan kegembiraan 00:00:20.907 --> 00:00:25.190 dengan cara yang mungkin tidak dapat ditunjukkan oleh ahli pidato terbaik. 00:00:25.190 --> 00:00:27.833 Remi tahu apa itu kasih sayang. 00:00:27.833 --> 00:00:32.215 Dia memberikan kasih sayang tanpa syarat. 00:00:32.215 --> 00:00:35.735 Dia tidak tamak. Dia tidak membezakan warna kulit. 00:00:35.735 --> 00:00:39.056 Dia tidak menghiraukan perbezaan agama, 00:00:39.056 --> 00:00:42.311 dan dia tidak pernah bercakap bohong. 00:00:42.311 --> 00:00:44.792 Semasa kecil, apabila dia cuba menyanyikan 00:00:44.792 --> 00:00:47.655 kata-kata yang saya sendiri sudah lupa, 00:00:47.655 --> 00:00:49.879 dia mengingatkan saya kepada satu perkara: 00:00:49.879 --> 00:00:52.432 betapa kurangnya apa yang kita tahu tentang minda, 00:00:52.432 --> 00:00:56.007 dan betapa indahnya apa yang kita tidak tahu. 00:00:56.007 --> 00:01:01.744 Samuel berusia 16 tahun. Dia sangat tinggi. Dia sangat kacak. 00:01:01.744 --> 00:01:05.528 Dia mempunyai ingatan yang sangat baik, 00:01:05.528 --> 00:01:08.076 tapi ingatan dia terpilih. 00:01:08.076 --> 00:01:11.844 Dia tidak ingat jika dia telah mencuri coklat saya, 00:01:11.844 --> 00:01:15.134 tapi dia ingat tahun terbitan setiap lagu dalam iPod saya, 00:01:15.134 --> 00:01:17.533 perbualan kami semasa dia berusia 4 tahun, 00:01:17.533 --> 00:01:21.004 terkencing dalam pelukan saya semasa episod pertama Teletubbies, 00:01:21.004 --> 00:01:24.412 dan hari jadi Lady Gaga. 00:01:24.412 --> 00:01:27.149 Mereka sangat menakjubkan, kan? 00:01:27.149 --> 00:01:30.173 Tapi kebanyakan orang tidak setuju. 00:01:30.173 --> 00:01:32.909 Pada hakikatnya, oleh sebab minda mereka 00:01:32.909 --> 00:01:35.645 tidak dianggap normal oleh masyarakat, 00:01:35.645 --> 00:01:38.583 mereka selalunya tidak dipedulikan dan disalahfahami. 00:01:38.583 --> 00:01:42.349 Tapi apa yang menggembirakan saya dan menguatkan jiwa saya ialah, 00:01:42.349 --> 00:01:44.669 walaupun ini keadaannya, 00:01:44.669 --> 00:01:47.583 walaupun mereka tidak dianggap biasa, 00:01:47.583 --> 00:01:50.095 ini menunjukkan satu perkara: 00:01:50.095 --> 00:01:53.470 Mereka adalah luar biasa - 00:01:53.470 --> 00:01:57.693 autistik dan luar biasa. 00:01:57.693 --> 00:02:02.144 Bagi anda yang tidak biasa dengan istilah "autisme", 00:02:02.144 --> 00:02:06.046 ia merupakan kecelaruan otak yang mempengaruhi komunikasi sosial, 00:02:06.046 --> 00:02:09.734 pembelajaran dan kadangkala kemahiran fizikal. 00:02:09.734 --> 00:02:12.549 Ia adalah berbeza bagi setiap orang, 00:02:12.549 --> 00:02:15.230 sebab itu Remi sangat berbeza daripada Sam. 00:02:15.230 --> 00:02:17.864 Di seluruh dunia, setiap 20 minit, satu orang 00:02:17.864 --> 00:02:20.734 didiagnosis dengan autisme. Walaupun ia merupakan 00:02:20.734 --> 00:02:23.877 salah satu kecelaruan perkembangan yang banyak berlaku di dunia, 00:02:23.877 --> 00:02:27.053 tiada sebab atau rawatan yang diketahui tentangnya. 00:02:27.053 --> 00:02:30.318 Saya tidak ingat bagaimana saya tahu tentang autisme, 00:02:30.318 --> 00:02:33.397 tapi saya selalu berdepan dengannya. 00:02:33.397 --> 00:02:35.782 Saya berusia 3 tahun ketika adik saya lahir. 00:02:35.782 --> 00:02:38.046 Saya sangat gembira kerana 00:02:38.046 --> 00:02:41.149 saya mempunyai ahli keluarga yang baru. 00:02:41.149 --> 00:02:43.878 Setelah beberapa bulan, 00:02:43.878 --> 00:02:46.263 saya sedar bahawa dia agak berbeza. 00:02:46.263 --> 00:02:48.469 Dia selalu menjerit-jerit. 00:02:48.469 --> 00:02:51.556 Dia tidak bermain seperti bayi-bayi yang lain. 00:02:51.556 --> 00:02:53.502 Sebenarnya, dia nampaknya tidak berminat pada saya. 00:02:53.502 --> 00:02:56.387 Sebenarnya, dia nampaknya tidak berminat pada saya. 00:02:56.387 --> 00:03:00.367 Remi hidup dalam dunia sendiri, dengan peraturan sendiri. 00:03:00.367 --> 00:03:02.573 Dia menemui keseronokan dalam perkara remeh, 00:03:02.573 --> 00:03:05.096 misalnya membariskan kereta di dalam bilik, 00:03:05.096 --> 00:03:06.773 merenung mesin basuh, 00:03:06.773 --> 00:03:10.155 dan makan apa saja yang berada di depan dia. 00:03:10.155 --> 00:03:13.900 Apabila dia semakin besar, dia menjadi semakin berbeza, 00:03:13.900 --> 00:03:16.583 dan perbezaan dia semakin ketara. 00:03:16.583 --> 00:03:20.035 Perangai dan kekecewaan dia, 00:03:20.035 --> 00:03:22.804 dan hiperaktiviti yang sering ditunjukkan 00:03:22.804 --> 00:03:25.396 merupakan sesuatu yang unik: 00:03:25.396 --> 00:03:29.364 Sifat yang tulus ikhlas, seorang budak yang melihat dunia 00:03:29.364 --> 00:03:34.995 tanpa prejudis, seorang manusia yang tidak pernah bercakap bohong. 00:03:34.995 --> 00:03:38.076 Luar biasa. 00:03:38.076 --> 00:03:39.863 Saya tidak menafikan bahawa terdapat 00:03:39.863 --> 00:03:42.595 saat-saat yang mencabar dalam keluarga saya, 00:03:42.595 --> 00:03:45.708 saat-saat di mana saya mengharapkan bahawa mereka adalah seperti saya. 00:03:45.708 --> 00:03:48.492 Tapi saya mengimbas perkara yang mereka mengajar saya 00:03:48.492 --> 00:03:52.332 tentang keindividuan, komunikasi dan kasih sayang, 00:03:52.332 --> 00:03:55.669 dan saya sedar bahawa saya tidak mahu 00:03:55.669 --> 00:04:00.067 menukarkan semua ini dengan kenormalan. 00:04:00.067 --> 00:04:05.220 Kenormalan mengabaikan keindahan perbezaan. 00:04:05.220 --> 00:04:08.549 Biarpun kita berbeza, ia tidak bermakna salah seorang daripada kita salah. 00:04:08.549 --> 00:04:12.387 Itu cuma bermakna ia betul dari segi yang berbeza. 00:04:12.387 --> 00:04:16.204 Jika saya boleh mengkomunikasikan satu perkara kepada Remi dan Sam, 00:04:16.204 --> 00:04:18.530 Jika saya boleh mengkomunikasikan satu perkara kepada Remi dan Sam, 00:04:18.530 --> 00:04:20.257 dan kepada anda, 00:04:20.257 --> 00:04:24.053 perkara itu ialah, anda tidak perlu menjadi normal. 00:04:24.053 --> 00:04:28.036 Anda boleh menjadi luar biasa. 00:04:28.036 --> 00:04:30.117 Kerana sama ada autistik atau tidak, 00:04:30.117 --> 00:04:32.327 perbezaan kita -- 00:04:32.327 --> 00:04:36.695 Kita merupakan anugerah! Setiap orang merupakan sebuah anugerah. 00:04:36.695 --> 00:04:40.159 Secara jujur, usaha mengejar kenormalan 00:04:40.159 --> 00:04:43.156 akan mengorbankan potensi. 00:04:43.156 --> 00:04:47.496 Peluang untuk keunggulan, kemajuan dan perubahan 00:04:47.496 --> 00:04:51.375 akan hilang ketika kita cuba menjadi orang lain. 00:04:51.375 --> 00:04:54.607 Tolonglah, jangan beritahu saya bahawa saya adalah normal. 00:04:54.607 --> 00:04:57.080 Terima kasih. 00:04:57.080 --> 00:04:59.793 (Tepukan)