0:00:00.988,0:00:03.983 Hari ini, [br]saya mempunyai satu permintaan. 0:00:03.983,0:00:07.373 Jangan beritahu saya [br]bahawa saya adalah normal. 0:00:07.373,0:00:11.749 Saya mahu memperkenalkan [br]adik-adik saya kepada anda. 0:00:11.749,0:00:14.015 Remi berusia 22 tahun. 0:00:14.015,0:00:16.979 Dia tinggi dan sangat kacak. 0:00:16.979,0:00:20.907 Dia tidak dapat berkata-kata, [br]tapi dia mengkomunikasikan kegembiraan 0:00:20.907,0:00:25.190 dengan cara yang mungkin tidak dapat [br]ditunjukkan oleh ahli pidato terbaik. 0:00:25.190,0:00:27.833 Remi tahu apa itu kasih sayang. 0:00:27.833,0:00:32.215 Dia memberikan kasih sayang tanpa syarat. 0:00:32.215,0:00:35.735 Dia tidak tamak. [br]Dia tidak membezakan warna kulit. 0:00:35.735,0:00:39.056 Dia tidak menghiraukan perbezaan agama, 0:00:39.056,0:00:42.311 dan dia tidak pernah bercakap bohong. 0:00:42.311,0:00:44.792 Semasa kecil, [br]apabila dia cuba menyanyikan 0:00:44.792,0:00:47.655 kata-kata yang saya sendiri sudah lupa, 0:00:47.655,0:00:49.879 dia mengingatkan saya kepada satu perkara: 0:00:49.879,0:00:52.432 betapa kurangnya apa yang kita tahu [br]tentang minda, 0:00:52.432,0:00:56.007 dan betapa indahnya [br]apa yang kita tidak tahu. 0:00:56.007,0:01:01.744 Samuel berusia 16 tahun. [br]Dia sangat tinggi. Dia sangat kacak. 0:01:01.744,0:01:05.528 Dia mempunyai ingatan yang sangat baik, 0:01:05.528,0:01:08.076 tapi ingatan dia terpilih. 0:01:08.076,0:01:11.844 Dia tidak ingat jika dia telah [br]mencuri coklat saya, 0:01:11.844,0:01:15.134 tapi dia ingat tahun terbitan [br]setiap lagu dalam iPod saya, 0:01:15.134,0:01:17.533 perbualan kami semasa dia berusia 4 tahun, 0:01:17.533,0:01:21.004 terkencing dalam pelukan saya [br]semasa episod pertama Teletubbies, 0:01:21.004,0:01:24.412 dan hari jadi Lady Gaga. 0:01:24.412,0:01:27.149 Mereka sangat menakjubkan, kan? 0:01:27.149,0:01:30.173 Tapi kebanyakan orang tidak setuju. 0:01:30.173,0:01:32.909 Pada hakikatnya, [br]oleh sebab minda mereka 0:01:32.909,0:01:35.645 tidak dianggap normal [br]oleh masyarakat, 0:01:35.645,0:01:38.583 mereka selalunya tidak [br]dipedulikan dan disalahfahami. 0:01:38.583,0:01:42.349 Tapi apa yang menggembirakan saya [br]dan menguatkan jiwa saya ialah, 0:01:42.349,0:01:44.669 walaupun ini keadaannya, 0:01:44.669,0:01:47.583 walaupun mereka tidak dianggap biasa, 0:01:47.583,0:01:50.095 ini menunjukkan satu perkara: 0:01:50.095,0:01:53.470 Mereka adalah luar biasa - 0:01:53.470,0:01:57.693 autistik dan luar biasa. 0:01:57.693,0:02:02.144 Bagi anda yang tidak biasa [br]dengan istilah "autisme", 0:02:02.144,0:02:06.046 ia merupakan kecelaruan otak [br]yang mempengaruhi komunikasi sosial, 0:02:06.046,0:02:09.734 pembelajaran dan kadangkala kemahiran fizikal. 0:02:09.734,0:02:12.549 Ia adalah berbeza bagi setiap orang, 0:02:12.549,0:02:15.230 sebab itu Remi sangat berbeza [br]daripada Sam. 0:02:15.230,0:02:17.864 Di seluruh dunia, setiap 20 minit, [br]satu orang 0:02:17.864,0:02:20.734 didiagnosis dengan autisme. [br]Walaupun ia merupakan 0:02:20.734,0:02:23.877 salah satu kecelaruan perkembangan [br]yang banyak berlaku di dunia, 0:02:23.877,0:02:27.053 tiada sebab atau rawatan [br]yang diketahui tentangnya. 0:02:27.053,0:02:30.318 Saya tidak ingat bagaimana [br]saya tahu tentang autisme, 0:02:30.318,0:02:33.397 tapi saya selalu berdepan dengannya. 0:02:33.397,0:02:35.782 Saya berusia 3 tahun [br]ketika adik saya lahir. 0:02:35.782,0:02:38.046 Saya sangat gembira kerana 0:02:38.046,0:02:41.149 saya mempunyai ahli keluarga yang baru. 0:02:41.149,0:02:43.878 Setelah beberapa bulan, 0:02:43.878,0:02:46.263 saya sedar bahawa dia agak berbeza. 0:02:46.263,0:02:48.469 Dia selalu menjerit-jerit. 0:02:48.469,0:02:51.556 Dia tidak bermain [br]seperti bayi-bayi yang lain. 0:02:51.556,0:02:53.502 Sebenarnya, dia nampaknya [br]tidak berminat pada saya. 0:02:53.502,0:02:56.387 Sebenarnya, dia nampaknya [br]tidak berminat pada saya. 0:02:56.387,0:03:00.367 Remi hidup dalam dunia sendiri, [br]dengan peraturan sendiri. 0:03:00.367,0:03:02.573 Dia menemui keseronokan [br]dalam perkara remeh, 0:03:02.573,0:03:05.096 misalnya membariskan kereta [br]di dalam bilik, 0:03:05.096,0:03:06.773 merenung mesin basuh, 0:03:06.773,0:03:10.155 dan makan apa saja [br]yang berada di depan dia. 0:03:10.155,0:03:13.900 Apabila dia semakin besar, [br]dia menjadi semakin berbeza, 0:03:13.900,0:03:16.583 dan perbezaan dia semakin ketara. 0:03:16.583,0:03:20.035 Perangai dan kekecewaan dia, 0:03:20.035,0:03:22.804 dan hiperaktiviti yang sering ditunjukkan 0:03:22.804,0:03:25.396 merupakan sesuatu yang unik: 0:03:25.396,0:03:29.364 Sifat yang tulus ikhlas, [br]seorang budak yang melihat dunia 0:03:29.364,0:03:34.995 tanpa prejudis, seorang manusia [br]yang tidak pernah bercakap bohong. 0:03:34.995,0:03:38.076 Luar biasa. 0:03:38.076,0:03:39.863 Saya tidak menafikan bahawa terdapat 0:03:39.863,0:03:42.595 saat-saat yang mencabar [br]dalam keluarga saya, 0:03:42.595,0:03:45.708 saat-saat di mana saya mengharapkan [br]bahawa mereka adalah seperti saya. 0:03:45.708,0:03:48.492 Tapi saya mengimbas perkara [br]yang mereka mengajar saya 0:03:48.492,0:03:52.332 tentang keindividuan, [br]komunikasi dan kasih sayang, 0:03:52.332,0:03:55.669 dan saya sedar bahawa saya tidak mahu 0:03:55.669,0:04:00.067 menukarkan semua ini dengan kenormalan. 0:04:00.067,0:04:05.220 Kenormalan mengabaikan keindahan perbezaan. 0:04:05.220,0:04:08.549 Biarpun kita berbeza, ia tidak bermakna [br]salah seorang daripada kita salah. 0:04:08.549,0:04:12.387 Itu cuma bermakna [br]ia betul dari segi yang berbeza. 0:04:12.387,0:04:16.204 Jika saya boleh mengkomunikasikan [br]satu perkara kepada Remi dan Sam, 0:04:16.204,0:04:18.530 Jika saya boleh mengkomunikasikan [br]satu perkara kepada Remi dan Sam, 0:04:18.530,0:04:20.257 dan kepada anda, 0:04:20.257,0:04:24.053 perkara itu ialah, [br]anda tidak perlu menjadi normal. 0:04:24.053,0:04:28.036 Anda boleh menjadi luar biasa. 0:04:28.036,0:04:30.117 Kerana sama ada autistik atau tidak, 0:04:30.117,0:04:32.327 perbezaan kita -- 0:04:32.327,0:04:36.695 Kita merupakan anugerah! [br]Setiap orang merupakan sebuah anugerah. 0:04:36.695,0:04:40.159 Secara jujur, [br]usaha mengejar kenormalan 0:04:40.159,0:04:43.156 akan mengorbankan potensi. 0:04:43.156,0:04:47.496 Peluang untuk keunggulan, [br]kemajuan dan perubahan 0:04:47.496,0:04:51.375 akan hilang ketika kita cuba menjadi orang lain. 0:04:51.375,0:04:54.607 Tolonglah, jangan beritahu saya [br]bahawa saya adalah normal. 0:04:54.607,0:04:57.080 Terima kasih. 0:04:57.080,0:04:59.793 (Tepukan)