WEBVTT 00:00:00.329 --> 00:00:02.280 Stevie dan Projek Besarnya. 00:00:02.280 --> 00:00:03.969 Ditulis oleh Kiki Prottsman. 00:00:03.969 --> 00:00:08.119 Ilustrasi oleh Jenny Lang. 00:00:08.119 --> 00:00:11.780 Stevie adalah tupai yang sangat mahir. 00:00:11.780 --> 00:00:17.230 Dia adalah pelari terpantas dalam kelasnya dan salah satu pengeja terbaik di sekolahnya. 00:00:17.230 --> 00:00:20.600 Tetapi hari ini, Stevie tidak gembira! 00:00:20.600 --> 00:00:27.029 Dia telah mengusahakan satu projek dan seolah-olahnya semua yang dilakukan tidak betul. 00:00:27.029 --> 00:00:30.750 "Oh tidak," Stevie berfikir kepada dirinya sendiri. 00:00:30.750 --> 00:00:33.880 "Ini tidak baik sama sekali!" 00:00:33.880 --> 00:00:36.810 Stevie dapat merasakan wajahnya semakin panas. 00:00:36.810 --> 00:00:40.890 Dia bimbang bahawa seseorang akan lihat dia gagal dalam 00:00:40.890 --> 00:00:44.490 projeknya dan mereka tidak akan menyukai dia lagi. 00:00:44.490 --> 00:00:46.480 "Saya sangat marah!" 00:00:46.480 --> 00:00:47.480 Jerit Stevie. 00:00:47.480 --> 00:00:49.190 "Saya marah dengan projek ini. 00:00:49.190 --> 00:00:50.820 Saya marah pada cikgu. 00:00:50.820 --> 00:00:53.810 Dan saya marah pada diri sendiri!" 00:00:53.810 --> 00:00:59.010 Dengan itu, Stevie mengambil projeknya dan menghancurkannya di lantai. 00:00:59.010 --> 00:01:04.940 Projeknya pecah dalam cebisan dan dia mula pijaknya dengan kaki. 00:01:04.940 --> 00:01:08.740 Ketika itu, Laurel datang untuk melihat apa yang telah berlaku. 00:01:08.740 --> 00:01:11.850 "Stevie, apa yang berlaku?" 00:01:11.850 --> 00:01:16.250 "Saya benci projek ini, dan saya benci kelas ini!" 00:01:16.250 --> 00:01:19.330 "Oh, Stevie," kata Laurel dengan lembut. 00:01:19.330 --> 00:01:23.470 "Ia kedengaran seperti anda kecewa." 00:01:23.470 --> 00:01:25.070 "Kecewa?" 00:01:25.070 --> 00:01:28.040 Tanya Stevie, keliru. 00:01:28.040 --> 00:01:32.780 "Ya, kecewa," Laurel mengesahkan. 00:01:32.780 --> 00:01:39.680 "Kecewa sama seperti menjadi marah, tetapi biasanya ini bermaksud anda marah kerana sesuatu 00:01:39.680 --> 00:01:42.700 berlaku bukan seperti yang anda mahukan." 00:01:42.700 --> 00:01:48.720 "Anda mungkin fikir anda marah pada cikgu, atau diri anda, atau projek anda. 00:01:48.720 --> 00:01:53.570 Anda mungkin menyalahkan kemarahan anda pada gunting itu, atau sekeping pita. 00:01:53.570 --> 00:01:59.580 Apabila anda mula merasa marah pada semuanya dan anda tidak boleh tahan lagi, 00:01:59.580 --> 00:02:01.670 itu kekecewaan." 00:02:01.670 --> 00:02:05.040 "Bagaimana saya menyingkirkannya?" 00:02:05.040 --> 00:02:06.090 Tanya Stevie. 00:02:06.090 --> 00:02:08.568 "Saya tidak ingin merasakan seperti ini lagi." 00:02:08.568 --> 00:02:12.640 "Banyak perkara yang mengecewakan, Stevie. 00:02:12.640 --> 00:02:17.040 Caranya ialah mengetahui bahawa kekecewaan adalah perkara yang baik." 00:02:17.040 --> 00:02:18.920 "Perkara yang baik?!" 00:02:18.920 --> 00:02:21.870 Stevie terkejut. 00:02:21.870 --> 00:02:23.160 "Ya! 00:02:23.160 --> 00:02:27.360 Kekecewaan adalah emosi yang memberitahu kita bahawa kita akan belajar sesuatu. 00:02:27.360 --> 00:02:32.230 Apabila anda kecewa, ini bermakna sesuatu bukan seperti yang anda mahukan. 00:02:32.230 --> 00:02:36.849 Jika anda fikirkan suatu penyelesaian, dan kemudian memperbaikinya, anda akan belajar sesuatu 00:02:36.849 --> 00:02:38.340 yang dapat menolong anda pada masa depan." 00:02:38.340 --> 00:02:43.420 "Saya rasa saya tidak faham," teriak Stevie. 00:02:43.420 --> 00:02:45.400 "Cuba pertimbangkan. 00:02:45.400 --> 00:02:48.400 Semasa anda belajar menunggang basikal anda, apa yang berlaku? " 00:02:48.400 --> 00:02:49.700 Laurel menjawab. 00:02:49.700 --> 00:02:57.470 "Saya akan menaiki basikal, mengayuh beberapa kali, kemudian jatuh," kata Stevie. 00:02:57.470 --> 00:03:00.390 "Dan apakah perasan anda ketika itu?" 00:03:00.390 --> 00:03:01.760 Laurel bertanya. 00:03:01.760 --> 00:03:04.030 "Saya sangat kecewa! 00:03:04.030 --> 00:03:07.810 Saya menangis, dan beritahu ibu bahawa saya tidak boleh lakukannya!" 00:03:07.810 --> 00:03:09.320 Stevie berkerut. 00:03:09.320 --> 00:03:12.860 "Kemudian apa yang berlaku?" Laurel menggesa. 00:03:12.860 --> 00:03:17.220 "Ibu menyuruh saya menarik nafas panjang dan mencuba lagi. 00:03:17.230 --> 00:03:20.180 Hanya beberapa kali kemudian, saya berjaya!" 00:03:20.180 --> 00:03:21.940 Kata Stevie sambil berseri. 00:03:21.940 --> 00:03:25.140 "Jadi apakah perasaan anda?" Laurel bertanya. 00:03:25.140 --> 00:03:28.280 "Saya berasa hebat!" Stevie memekik. 00:03:28.280 --> 00:03:30.620 "Saya sangat bangga dengan diri saya sendiri." 00:03:30.620 --> 00:03:36.100 "Pada pendapat anda, apakah perasaan anda jika anda berputus asa pada kali pertama dan tidak pernah belajar 00:03:36.100 --> 00:03:39.040 menunggang basikal?" tanya Laurel. 00:03:39.060 --> 00:03:43.340 "Saya mungkin akan merasa kecewa pada diri saya sendiri. 00:03:43.349 --> 00:03:44.790 Kecewa! 00:03:44.790 --> 00:03:50.330 Dan saya masih akan berasa kecewa setiap kali saya melihat orang lain menunggang basikal." 00:03:50.330 --> 00:03:53.260 "Tepat," seru Laurel. 00:03:53.260 --> 00:03:59.220 "Kekecewaan sebenarnya tanda bahawa anda akan belajar sesuatu yang luar biasa. 00:03:59.220 --> 00:04:05.080 Jika anda berputus asa sebelum belajar sesuatu, anda akan berasa tidak sedap hati dan kecewa." 00:04:05.080 --> 00:04:11.140 "Ia kedengaran seperti anda juga bercakap tentang kegigihan," tambah Jorge. 00:04:11.140 --> 00:04:14.709 "Kegigihan adalah perkataan lain untuk tidak berputus asa. 00:04:14.709 --> 00:04:19.949 Jika anda cuba menyelesaikan masalah secukup kali, dalam pelbagai cara, akhirnya anda akan 00:04:19.949 --> 00:04:21.180 berjaya!" 00:04:21.180 --> 00:04:24.540 "Tetapi jika saya cuba lapan kali sebelum saya berjaya, 00:04:24.540 --> 00:04:28.640 ini bermakna bahawa saya telah gagal tujuh kali!" kata Stevie. 00:04:28.640 --> 00:04:33.540 "Mengapa anda fikir gagal adalah perkara buruk?" Jorge bertanya. 00:04:33.580 --> 00:04:38.740 "Semua orang gagal dalam sesuatu sebelum mereka berjaya...seperti anda dengan basikal anda, 00:04:38.759 --> 00:04:41.629 atau bayi belajar berjalan. 00:04:41.629 --> 00:04:46.979 Anda perlu mula memikirkan perkataan gagal sebagai cara untuk cuba belajar." 00:04:46.980 --> 00:04:52.000 "Saya tidak pernah memikirkannya seperti itu!" Stevie berseru. 00:04:52.000 --> 00:04:59.219 "Ingat," Laurel bermula, "ketika anda merasa kecewa, jangan berputus asa. 00:04:59.219 --> 00:05:03.820 Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anda berasa lebih baik supaya anda boleh terus bergigih." 00:05:03.820 --> 00:05:12.129 "Hitung perlahan hingga 10, ambil nafas yang mendalam, tulis kebimbangan anda dalam jurnal, bercakap dengan 00:05:12.129 --> 00:05:15.990 rakan-rakan tentang perasaan anda, dan meminta bantuan." 00:05:15.990 --> 00:05:21.969 "Setelah anda tenang," tambah Jorge, "anda boleh fokus untuk terus bergigih dan menyelesaikan 00:05:21.969 --> 00:05:23.919 masalah. 00:05:23.919 --> 00:05:27.110 Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda terus bergigih." 00:05:27.110 --> 00:05:31.080 "Mencatat kaedah yang telah anda cuba. 00:05:31.080 --> 00:05:33.599 Fikirkan apa yang sedang berlaku. 00:05:33.599 --> 00:05:37.289 Fahami apa yang sepatutnya berlaku. 00:05:37.289 --> 00:05:39.580 Memerhati apa yang ia beritahu anda. 00:05:39.580 --> 00:05:42.279 Buat perubahan dan cuba lagi." 00:05:42.280 --> 00:05:45.200 "Terima kasih, anda berdua!" Jerit Stevie. 00:05:45.200 --> 00:05:48.580 "Saya tidak merasa kecewa lagi. 00:05:48.580 --> 00:05:51.520 Saya tahu apa masalahnya dengan projek saya dulu, 00:05:51.520 --> 00:05:56.060 dan kini saya bersedia untuk terus bergigih dan menjadikannya lebih baik." 00:05:56.060 --> 00:05:58.640 Dengan sikap baru, Stevie menyelesaikan projeknya 00:05:58.640 --> 00:06:02.720 dan menghabiskan masa sepanjang kelas mengujinya dengan rakan-rakannya. 00:06:02.729 --> 00:06:03.379 Tamat.