Adakah anda berseorangan di alam semesta ini? Ataupun anda mempunyai kaitan dengan apa-apa sahaja? Pertama sekali, anda ialah sebahagian kumpulan mamalia yang sangat muda tetapi kita sudah boleh mencipta video YouTube dan membina Pelanggar Gergasi Hadron Kita boleh memisahkan atom dan memcipta Pokémon Kita berasal daripada hidupan purba yang memulakan hidup kira-kita tiga billion tahun setengah yang lampau Kita merasakan yang kita berkuasa terhadap planet ini, tetapi sepertinya tidak Satu asteroid kecil atau virus kreatif boleh membunuh kita semua! Kemanusiaan mengkreditnya dengan mampu memusnahkan planet tetapi dengan permainan nuklear Kita mungkin melakukan kepupusan besar-besaran Mungkin kita boleh membunuh 90 peratus semua yang hidup di dalam planet ini Perkara besar! Beberapa juta tahun akan datang, hidupan akan kembali di mana-mana sahaja Kebanyakan hidupan mikroskopik dan hidupan bawah permukaan tidak diganggu sangat, mungkinlah Dari sudut skala masa geologi, impak kita terhadap bumi boleh dikatakan mencuit hati Kita sebenarnya tidaklah kuat sangat Kita hanyalah tinggal di batu kecil yang basah yang memecut di angkasa lepas yang mengikuti bola besar plasma yang membakar Satu hari nanti, bola plasma ini akan berhenti membakar dan kemungkinan besarnya, membunuh kita dalam proses itu Jika kita terselamat daripada kematian matahari, dan menakluki galaksi secara teorinya, kita boleh hidup sehingga bintang terakhir alam semesta 'terpadam' Kemudian, hidup menjadi agak mustahil Baiklah, semua ada pengakhiran Di manakah perkara ini 'meninggalkannya' kepada kamu secara individu? Dalam satu titik dalam hidup kamu, lebih kurang setengah jam Kamu ialah sel tunggal di dalam rahim ibu kamu Makhluk yang diameternya 0.1 mm Hari ini, kamu terdiri daripada lebih kurang 50 trillion sel 50 trillion mesin biologi hebat yang kompleks yang mana lebih besar dan kompleks daripada bakteria biasa Mereka beroperasi berpandukan hukum-hukum fizik dan kimia dan menggunakan mesin yang mikro untuk membina protein, menjadikan tenaga dapat digunakan, ataupun 'mencekik' makanan :)) membawa bahan, menghantar maklumat ataupun membiak Mereka berkomunikasi, menyalin diri, membunuh diri, melawan penceroboh dan mengisi tugasan superkhusus untuk kebaikan untuk memberi kelangsungan hidup kamu jadi anda boleh mempunyai bayi Tetapi, di manakah bahagian 'kamu' dalam ini, jika kamu ialah bertrillion-trillion bahagian kecil? Informasi asas untuk 'kamu' tersimpan di dalam DNA molekul yang mengekod arahan genetik digunakan untuk pembangunan dan fungsi untuk hidupan Jika kamu uraikannya, ia akan menjadi sepanjang 2 meter Dan jika kamu gabungkan semua bebenang DNA yang kecil dalam sel kamu kamu akan dapati yang bebenang itu terlalu panjang sehingga boleh berulang alik dari Bumi ke Pluto Itu sangatlah panjang! Dan DNA ialah penghubung langsung kepada leluhur kamu yang pertama Ambil satu saat untuk memikirkan ini Dalam setiap sel dalam badan kamu, terdapat bebenang bahan yang telah berada di sana dalam pelbagai bentuk selama 3.4 billion tahun lepas Ia berevolusi, bermutasi, dan menyalin dirinya sebanyak bertrillion-trillion kali ganda tetapi ia menghubungkan kamu secara langsung terhadap hidupan pertama di planet ini Kami boleh kata yang kamu 'menyentuh' setiap hidupan sebelum kamu wujud dengan DNA kamu Tetapi kamu adalah lebih daripada DNA Tubuh anda terdiri daripada 7 oktillion atom Itu merupakan tujuh billion billion billion! Secara kasarnya, 93 peratus jisim manusia terdiri daripada 3 elemen Oksigen, karbon dan hidrogen Oksigen dan hidrogen kerap ditemui dalam air yang terdiri daripada 60 peratus tubuh kamu mengikut berat Karbon, mungkin ialah elemen yang paling penting untuk hidup Ia boleh 'diikat' dengan mudah dengan atom lain untuk membina rantai molekul kompleks yang panjang yang merupakan bahagian pepejal kamu Baki 7 peratus ialah pelbagai elemen dalam Jadual Berkala nitrogen, kalsium, fosforus, kalium, sulfur (belerang), natrium, klorin, magnesium ferum (besi), flourin, zink, kuprum, iodin, selenium, kromium, mangan molibdenum, kobalt, litium, strontium, aluminium, silikon, plumbum, vanadium arsenik dan bromin, fuh Apa-apa pun, ini bermakna kamu terdiri daripada 0.5 peratus logam tidak kira apa muzik kesukaan anda Apa-apa pun, element ini melakukan pelbagai fungsi seperti membolehkan pengangkutan oksigen, membina tulang dan struktur sel membawa isyarat, memandu tindak balas kimia, dan banyak lagi Tubuh kamu ialah keadaan peralihan yang malar Setiap 16 hari, 75 peratus daripada kamu diganti, disebabkan pertukaran untuk manusia sihat ialah 100 peratus air dalam tempoh masa Setiap tahun, 98 peratus atom kamu akan diganti baru dan setiap 5 tahun, hampir semua atom dalam tubuh anda bukanlah yang sama dengan 5 tahun lepas Jadi, anda bolehlah memanggil diri sendiri sebagai koleksi sementara atom Tetapi dari manakah atom ini datang? Pada permulaan alam semesta, kebanyakannya terdiri dengan atom hidrogen dan helium Awan gas yang besar terbentuk selama beberapa millennium sehinggalah mereka 'runtuh' disebabkan graviti sendiri, melahirkan bintang pertama di teras bintang ini hidrogen bertukar menjadi helium dalam persekitaran yang ekstrem Selepas berjuta-juta tahun, hidrogen semakin berkurangan dan bintang mula mati Dalam keadaan superekstrem, semua elemen yang kita kenal diciptakan pada pecahan saat sebelum mereka mati dan meletup dalam supernova Mereka 'menembak' isi mereka ke angkasa lepas sementara terasnya runtuh dan menjadi lohong hitam dan elemen ini bergerak melalui angkasa, tidak tahu berapa lama Sehingga sampai di awan yang berbeza dan perlahan-lahan membentuk bintang baharu Matahari kita Elemen ini yang dahulunya ditemui dalam bintang membentuk planet dan mencari jalan ke Bumi di mana mereka membolehkan kehidupan untuk bermula Jadi, kita dihubungkan secara langsung kepada bintang pertama yang lahir dalam alam semesta Kita adalah sebahagian daripada alam semesta Idea perkara yang kecil tetapi berhubung secara mendalam dengan struktur besar adalah terlalu memecahkan kepala Kami tidak tahu apa maksud semua ini ataupun kalau ianya mempunyai maksud Kita tahu yang kita dijadikan daripada bahagian kecil yang menghubungkan kita dengan semua benda di alam semesta kepada permulaan segala-galanya Ini merupakan fikiran yang baik Kamu tidak berseorangan, kamu tidak pernah dan tidak akan