Adakah anda berseorangan di alam semesta ini?
Ataupun anda mempunyai kaitan dengan apa-apa sahaja?
Pertama sekali, anda ialah sebahagian kumpulan mamalia yang sangat muda
tetapi kita sudah boleh mencipta video YouTube
dan membina Pelanggar Gergasi Hadron
Kita boleh memisahkan atom dan memcipta Pokémon
Kita berasal daripada hidupan purba
yang memulakan hidup kira-kita tiga billion tahun setengah yang lampau
Kita merasakan yang kita berkuasa terhadap planet ini, tetapi sepertinya tidak
Satu asteroid kecil atau virus kreatif boleh
membunuh kita semua!
Kemanusiaan mengkreditnya dengan mampu memusnahkan planet
tetapi dengan permainan nuklear
Kita mungkin melakukan kepupusan besar-besaran
Mungkin kita boleh membunuh 90 peratus semua yang hidup di dalam planet ini
Perkara besar!
Beberapa juta tahun akan datang, hidupan akan kembali di mana-mana sahaja
Kebanyakan hidupan mikroskopik dan hidupan bawah permukaan
tidak diganggu sangat, mungkinlah
Dari sudut skala masa geologi, impak kita terhadap bumi
boleh dikatakan mencuit hati
Kita sebenarnya tidaklah kuat sangat
Kita hanyalah tinggal di batu kecil yang basah yang memecut di angkasa lepas
yang mengikuti bola besar plasma yang membakar
Satu hari nanti, bola plasma ini akan berhenti membakar
dan kemungkinan besarnya, membunuh kita dalam proses itu
Jika kita terselamat daripada kematian matahari, dan menakluki galaksi
secara teorinya, kita boleh hidup sehingga
bintang terakhir alam semesta 'terpadam'
Kemudian, hidup menjadi agak mustahil
Baiklah, semua ada pengakhiran
Di manakah perkara ini 'meninggalkannya' kepada kamu secara individu?
Dalam satu titik dalam hidup kamu, lebih kurang setengah jam
Kamu ialah sel tunggal di dalam rahim ibu kamu
Makhluk yang diameternya 0.1 mm
Hari ini, kamu terdiri daripada lebih kurang 50 trillion sel
50 trillion mesin biologi hebat yang kompleks
yang mana lebih besar dan kompleks daripada bakteria biasa
Mereka beroperasi berpandukan hukum-hukum fizik dan kimia
dan menggunakan mesin yang mikro untuk membina protein, menjadikan tenaga dapat digunakan, ataupun 'mencekik' makanan :))
membawa bahan, menghantar maklumat ataupun membiak
Mereka berkomunikasi, menyalin diri, membunuh diri, melawan penceroboh dan mengisi
tugasan superkhusus untuk kebaikan untuk memberi kelangsungan hidup kamu
jadi anda boleh mempunyai bayi
Tetapi, di manakah bahagian 'kamu' dalam ini, jika kamu ialah bertrillion-trillion bahagian kecil?
Informasi asas untuk 'kamu' tersimpan di dalam DNA
molekul yang mengekod arahan genetik
digunakan untuk pembangunan dan fungsi untuk hidupan
Jika kamu uraikannya, ia akan menjadi sepanjang 2 meter
Dan jika kamu gabungkan semua bebenang DNA yang kecil dalam sel kamu
kamu akan dapati yang bebenang itu terlalu panjang sehingga boleh berulang alik dari Bumi ke Pluto
Itu sangatlah panjang!
Dan DNA ialah penghubung langsung kepada leluhur kamu yang pertama
Ambil satu saat untuk memikirkan ini
Dalam setiap sel dalam badan kamu, terdapat bebenang bahan
yang telah berada di sana dalam pelbagai bentuk selama 3.4 billion tahun lepas
Ia berevolusi, bermutasi, dan menyalin dirinya sebanyak bertrillion-trillion kali ganda
tetapi ia menghubungkan kamu secara langsung terhadap hidupan pertama di planet ini
Kami boleh kata yang kamu 'menyentuh' setiap hidupan sebelum kamu wujud
dengan DNA kamu
Tetapi kamu adalah lebih daripada DNA
Tubuh anda terdiri daripada 7 oktillion atom
Itu merupakan tujuh billion billion billion!
Secara kasarnya, 93 peratus jisim manusia terdiri daripada 3 elemen
Oksigen, karbon dan hidrogen
Oksigen dan hidrogen kerap ditemui dalam air
yang terdiri daripada 60 peratus tubuh kamu mengikut berat
Karbon, mungkin ialah elemen yang paling penting untuk hidup
Ia boleh 'diikat' dengan mudah dengan atom lain untuk membina
rantai molekul kompleks yang panjang yang merupakan bahagian pepejal kamu
Baki 7 peratus ialah pelbagai elemen dalam Jadual Berkala
nitrogen, kalsium, fosforus, kalium, sulfur (belerang), natrium, klorin, magnesium
ferum (besi), flourin, zink, kuprum, iodin, selenium, kromium, mangan
molibdenum, kobalt, litium, strontium, aluminium, silikon, plumbum, vanadium
arsenik dan bromin, fuh
Apa-apa pun, ini bermakna kamu terdiri daripada 0.5 peratus logam
tidak kira apa muzik kesukaan anda
Apa-apa pun, element ini melakukan pelbagai fungsi seperti
membolehkan pengangkutan oksigen, membina tulang dan struktur sel
membawa isyarat, memandu tindak balas kimia, dan banyak lagi
Tubuh kamu ialah keadaan peralihan yang malar
Setiap 16 hari, 75 peratus daripada kamu diganti,
disebabkan pertukaran untuk manusia sihat ialah 100 peratus air dalam tempoh masa
Setiap tahun, 98 peratus atom kamu akan diganti baru
dan setiap 5 tahun, hampir semua atom dalam tubuh anda
bukanlah yang sama dengan 5 tahun lepas
Jadi, anda bolehlah memanggil diri sendiri sebagai koleksi sementara atom
Tetapi dari manakah atom ini datang?
Pada permulaan alam semesta, kebanyakannya terdiri dengan atom hidrogen dan helium
Awan gas yang besar terbentuk selama beberapa millennium
sehinggalah mereka 'runtuh' disebabkan graviti sendiri, melahirkan bintang pertama
di teras bintang ini
hidrogen bertukar menjadi helium dalam persekitaran yang ekstrem
Selepas berjuta-juta tahun, hidrogen semakin berkurangan
dan bintang mula mati
Dalam keadaan superekstrem, semua elemen yang kita kenal
diciptakan pada pecahan saat sebelum mereka mati dan meletup dalam supernova
Mereka 'menembak' isi mereka ke angkasa lepas
sementara terasnya runtuh dan menjadi lohong hitam
dan elemen ini bergerak melalui angkasa, tidak tahu berapa lama
Sehingga sampai di awan yang berbeza dan perlahan-lahan membentuk bintang baharu
Matahari kita
Elemen ini yang dahulunya ditemui dalam bintang
membentuk planet dan mencari jalan ke Bumi
di mana mereka membolehkan kehidupan untuk bermula
Jadi, kita dihubungkan secara langsung kepada bintang pertama yang lahir dalam alam semesta
Kita adalah sebahagian daripada alam semesta
Idea perkara yang kecil tetapi berhubung secara mendalam dengan struktur besar
adalah terlalu memecahkan kepala
Kami tidak tahu apa maksud semua ini ataupun kalau ianya mempunyai maksud
Kita tahu yang kita dijadikan daripada bahagian kecil yang menghubungkan kita
dengan semua benda di alam semesta kepada permulaan segala-galanya
Ini merupakan fikiran yang baik
Kamu tidak berseorangan, kamu tidak pernah dan tidak akan